Friday, May 6, 2011

wow! menang karaoke tapi hadiah roti jer????



MELAKA: Sepuluh finalis pertandingan akhir karaoke yang dianjurkan seorang individu menerusi program dijalankan sebuah agensi kerajaan mendakwa hanya menerima hadiah berupa sebuku roti bernilai 60 sen.


Lebih memalukan apabila pemenang tempat pertama hingga ketiga tidak mendapat hadiah wang tunai dijanjikan, sebaliknya hanya menerima sampul berisi nota tulisan tangan yang dianggap baucar oleh penganjur yang meminta mereka menukarnya pada tarikh ditetapkan

Namun, hingga petang semalam hadiah yang didakwa dijanjikan lelaki berusia 26 tahun itu belum diterima pemenang walaupun mereka mendakwa penganjur berjanji menyerahkannya sehari selepas acara akhir yang diadakan di sebuah pusat beli-belah di bandar ini, Selasa lalu
Peserta yang memenangi tempat pertama, Hasnita Abd Hamid, 41, mendakwa terkejut apabila membuka beg kertas diterimanya dan mendapati ia hanya berisi sebungkus roti krim berharga 60 sen yang disangkakan hadiah iringan yang lebih berharga.
Dakwanya, lebih mengecewakan apabila sampul bagi hadiah pertama yang dimenanginya tidak berisi wang tunai RM300, sebaliknya nota yang tertulis ucapan tahniah dan memintanya menukarkan nota dianggap baucar itu kelmarin dengan penganjur.
“Saya bertanya kepada pemenang tempat kedua serta ketiga dan mereka juga mendapat benda sama, begitu juga finalis lain,” katanya, di sini, semalam
Hasnita mendakwa mereka bertiga kemudian berpakat menemui penganjur berkenaan selepas penyampaian hadiah, namun lelaki terbabit menyatakan dia tidak dapat menyerahkan wang, kerana cek diterimanya belum dapat ditunaikan.
Dakwanya lelaki terbabit turut menunjukkan cek bernilai RM3,000 kepadanya dan menyatakan ia akan ditukarkan kelmarin serta berjanji menghubungi semua pemenang untuk menyerahkan hadiah wang tunai RM300 kepadanya dan masing-masing RM200 dan RM100 bagi pemenang di tempat kedua dan ketiga.
Bagaimanapun, ibu kepada dua anak itu mendakwa cek itu berpalang dan tidak boleh ditunaikan di bank.
“Malah, dia (penganjur) yang berjanji mahu menyerahkan hadiah berkenaan terus memungkiri sehingga petang ini (semalam).
“Apabila saya hubungi petang semalam (kelmarin) dia menyatakan terlalu sibuk dan hanya akan tunaikan cek itu di Kluang (Johor). “Saya hairan mengapa ia perlu ditunaikan di sana,” katanya yang menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjayanya sejak 20 tahun lalu.

* Alahai... siannya, dah penat-penat berkaraoke alih-alih hadiah roti jer..tu pun roti paling murah. Kalau dapat tajaan bekalan  roti percuma untuk setahun ok la jugak.*

 

2 comments:

  1. macam2 cara nak menipu...kesian orang tu nyanyi sungguh....alih2 dapat roti je...



    New Entry: Pergaduhan di Boulevard

    ReplyDelete
  2. salam.. sa mmg gemar men karaoke.. baik sa karaoke tnpa hadia dripada dpt hadia roti je.. alah alh...ksian..hehe.. i folo u folo me back yer tuan blog..
    20 top lagu english masa kini part 2

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails