Friday, April 29, 2011

Alhamdulillah...dah 6 Tahun


Semalam dah crita pasai Pre-Aniversary aku DISINI

Hari ini pukul 11 pagi tadi maka genaplah 6 tahun usia perkahwinan aku bersama insan bernama
Syed Saiful Azly Bin Syed Hassan Asly



Aku bersyukur pada Allah s.w.t kerana memanjangkan lagi jodoh antara kami dan mengurniakan kami putera puteri sebagai pelengkap kehidupan rumahtangga kami.

Kepada suami tersayang...Terima Kasih untuk segalanya....

Thursday, April 28, 2011

Pre-Aniversary


Ha.. selalu orang dok buat pre-weding la..pre-oder la... kali ni aku nak wat pre-Aniversary plak.
 Boleh gitu?
Aniversary aku yang ke-6 pada esok hari. Tahun depan aku sambut aniversary sama ngan prince william la.
Pre-aniversary ni aku nak catit la kat sini kisah percintaan aku ngan hubby sampai la kami bertunang. Bukan apa, mana tau kot-kot nanti aku lupa ke hapa bleh la refresh balik kat sini.

Aku keja under mindef di Jalan semarak KL, hubby pun kat situ gak tapi kami ni lain-lain banggunan. Hubby sebenarnya tak penah kanai or tengok aku pun.. tapi roomate aku opismate hubby, dia yang bagi no fon opis aku kat hubby. Time rehat jer hubby mesti call aku... dia cakap namanya azly dari tingkat 2 dan dia tentera. Yang aku tau tingkat 2 mindef tu semua staf awam. Ok lah.. aku layan la tiap kali dia fon tapi tertanya gak dari man dia dapat no fon aku. 1 ari dia nak tengok aku of coz aku pun nak tengok gak rupa dia.
Hubby tunggu kat parking motor time balik keja ,aku plak mmg lalu ikut situ. Bagitau aku pakai baju kaler apa... petang tu jalan blik ada ada org panggil nama aku, aku pun toleh pastu nampak 2,3 orang kat parking tu dok sengeh2... so dia tau la tu aku tapi aku tak tau dia yang mana satu dalam 2,3 orang tu.

Pastu first date dia amik aku kat umah sewa, sebelum nak kuar tu roomate aku ada time tu baru aku tau yang dia bagi no fon aku kat hubby. Kami kuar p makan kat Kampung baru.. hubby jam tu jugak cakap nak couple ngan aku.... apa hal dia ni, baru je kenal tak tau apa pun lagi....aku pun entah apa dok pikir terus kata ok. Kami couple hampir 8 bulan pastu break jap... aku tak pasti sebab apa kami break tu tp rasanya aku yang minta putus. Then dia ada kawan ngan orang len , aku pun cam tu gak tapi aku just kawan tak de yg spesial pun... tapi dah jodoh kami kuat jumpa blik..couple kejap pastu tak mo panjang cerita terus bagtau family kami nak bertunang. Biasa la kan.. duk jauh dari mak pak ni macam-macam leh jadik so lebih baik cepat kawen kan..

4-3-2005 bertunang...majlis pun sangat simple. Dari belah hubby yang datang hubby  ngan mak abahnya jer. Kat umah aku pun tak ramai just jiran 2, 3 umah yang dekat. Baju tunang pun tak de la sewa bagai.. aku pakai baju raya yang aku jahit manik ngan letak batu skit kasi kelip2. Gambar pun tak de tau... time tu aku mmg tak de kamera tapi tak terpikir pun nak pinjam ke hapa.

Kami bertunang tak lama... 29-4-2005 maka sah lah kami menjadi suami isteri. Majlis pun simple2 jer... time tu baru keja masing-masing gaji kecik buat mana yang termampu je lah...

Ok lah takat ni dulu.. esok sambung lagi.

Eh! esok korang baca ker entry aku... maklumlah semua pakat nak tengok william ngan kate kawen.


Ini CikMot Punya pasal la...

Awas! ini bukan entry amarah yer... sila baca dengan nada dan intonasi yang betul..

Gara-gara satu entry di blog CikMot yang telah bejaya mengoda aku untuk  mengikut jejak langkahnya disamping menerbangkan $$$ aku. Tapi tak pe, walau $$$ aku terbang pagi tadi tapi hati aku tetap berbunga-bunga untuk memilki barang seperti CikMot tu.

 Korang rasa barang apa yang aku nak sangat tu sampai sanggup tido kul 1 pagi gara-gara nak mengoder barang ni. Dah dapat comfirmation oder terus pagi ni kul 7 pagi aku terpacak di maybank tranfer duit.

TENGOK DISINI
klik kat atas untuk tengok di blog CikMot. Aku tak berani nak copy pic nanti kena marah hehehe..

Dah tau dah kan.....
Cik Mot boleh la beli terus jer sebab dekat kan, aku yang di sini kena la oder online.
Tak sabar nak tunggu barang tu sampai. Nanti dah sampai bleh la aku bergaya cun cam Cik Mot tu.

Yang aku pakai sekarang ni dari BUTIKNARA tu pun beli 3 je..hitam ngan krim. Tapi selalu pakai hitam la sebab tu warna selamat.Yang sekarang ni stil melekap walau dah gunting skit kat belakang so harap dengan yang baru nati tak melekap dah...



Jeles tau!

Yang keja gomen dah gaji kan.... yang swasta tak pasti lak aku, adik aku keja ngan tokey cina tu selalu gaji 6 ,7 ari bulan. Aktiviti yang menjadi rutin bulanan tentunya menyoping barang-barang keperluan rumah...
 shoping barang bukan keperluan tapi  kehendak ada juga dilakukan berdasarkan baki duit di bank.

Aku mengaku yang aku jeles ngan korang bab shoping ni. Selalu tengok entry korang p shoping di pasaraya besar-besar..ada aircond, parking senang, ada troli pastu bleh p makan-makan lepas shoping. Paling-paling pun shoping kat mydin... eh! ada kata mydin low klas punya temapt shoping. Bagi aku ok pa... murah dan banyak pilihan. Aku suka p mydin time bujang2 dulu....

Sekarang tempat shoping aku tiap bulan di
Kedai Ubat Sin Ban. Sebelah ismail group di pekan kuah..
Tau-tau je lah kedai ubat cina ni.. dengan barang yang banyak, tak cukup susun di rak dia bantai susun kat lantai depan rak atau bubuh dalam kotak-kotak di tepi lorong kita nak lalu amik barang tu. Mana ada aircond... panas nak mampus.satu lagi yang aku tak suka bab parking memang susah skit la, dah bagitau dah kedai ni sebelah kedai ismail group yang jual pinggan mangkuk vantage korang dok mai borong tu sah-sah keta banyak park depan kedai.
Selalu kalau aku beli banyak barang ngan pampers, susu, beras segala bagai tokey kedai tu soh budak kuli tu tolong angkat barang sampai ke keta.
Walau cam na pun aku shoping gak disitu sebab pampers ngan susu anak di kedai dia ja yang paling murah.. ada sekali tu aku beli pampers di bilion sebab ada ofer murah RM1 dari kedai tu, sekali tokey tu tanya napa aku tak beli pampers bulan tu.. aku bgtau la bilion buat ofer lagi murah... dia cakap napa tak bagitau.. dia pun nak bagi turun gak harga. Tapi aku dah beli banyak dah di bilion.
Bulan ni susu naufal dutch lady 4,5,6 murah sangat sebab dia nak abiskan stok yang packing lama. Harga biasa RM 20.90 (cokolat) so murah jadi RM 15.90 aku amik 2 je sebab naufal sebulan 1 pek saja. Dah sekolah kurang susu... minum time nak tido jer.


Stok sebulan
Nureen punya Lactogen 2.
Aku tanya jugak pasal pa susu nureen tak buat ofer... dia cakap lactogen 3 promosi kumpul 6 kotak tukar ngan 1 kotak susu percuma. Susu untuk budak  dibawah 1 tahun tak boleh buat ofer sesuka hati or letak hadiah bila beli sebab kerajaan tak galak budak bawah 1 tahun minum susu formula. Kalau buat ofer gak bleh kena saman ngan lesen kedai digantung.
Kalau cam tu kita tukar lactogen 3 jer lah adik yer...

*tajuk tak sesuai ngan cerita ker?


Wednesday, April 27, 2011

Hari TLDM Ke-77 : Mawilla 3


 
Hari ni merupakan hari Ulang Tahun tentera Laut Di Raja Malaysia ke 77.Selamat hari ulang tahun untuk semua anggota TLDM termasuk hubby. Sambutan di dilakukan disemua Pangkalan dan yang paling meriah tentunya di Bandar Tentera Laut iaitu Lumut.Katanya TV3 pun ada buat liputan... aku tak tengok la sebab keja kan..Tapi aku join sambutan peringkat Markas Wilayah Laut 3 sebagai sebahagian dari warga pangkalan.awal aku turun amik port...kerusi pun banyak yang kosong lagi


Perbarisan bermula

 Lagu yang sinonim dengan perbarisan

time ni dah panas weh...
aku yang duduk di bawah bumbung ni pun terkena skit tempias panas tu pun dah berpeluh apatah lagi depa yang dok dalam baris ni... berkilat muka.

Sory la terselindung skit, aku duduk kerusi line ke 3 yang depan-depan semua khas untuk jemputan pesara navy. Lagipun aku guna henpon je, pastu time rekod ni pun sorok-sorok segan plak semua orang berdiri tegak aku plak dok amik gambar


Pancaragam dari tentera darat..tak pasti plak dari unit mana tapi memang best la. Korang rasa lagu apa yang depa main ni... time ni ada check baris oleh panglima

Habis acara untuk hari ni.. Esok ada majlis resepsi diatas kapal oleh ahli bakat tapi aku tak ikut walaupun aku ahli bakat juga....tak berapa aktif sangat. Kakitangan awam pun bleh ikut juga tapi yang pompuan saja...ada la yang ikut. Boleh juga merasa naik kapal sambil kapal tu round-round sekitar langkawi. Buakan senang dapat peluang cam ni tapi tah la, aku tak berasa plak nak ikut. maybe next time la kot.

Ari sabtu ada hari terbuka pangkalan, orang awam dijemput datang ke pangkalan. Ada 2 biji kapal yang boleh kita naik tapi kapal tu tak jalan la. Gerai jualan pun banyak juga.

Monday, April 25, 2011

First day menjadi ibu tunggul


Baca betul betul yer tajuk tu.... Ibu tunggul bukan ibu tunggal, mintak simpang jauh2 la ststus ibu tunggal tu...
Berbalik pada entry sebelum ni pasal hubby p traning BACA DISINI

Pagi tadi lepas hantar nureen ke umah pengasuh then naufal ke taska, aku pun hantar hubby ke jetty. sebelum tu singgah bekpes dulu. Mula-mula ingat nak drop gitu jer tapi rasa berat plak nak lepas hubby pegi so aku pun park keta ikut sama sampai la ke area menunggu... lagipun hubby ada minta tlg aku masukkan rokok dlm henbeg aku. Dia beli stok untuk diri sendiri pastu ada plak kawan pesan belikan 1 karton lagi..takut kena tahan ngan kastam yang dok cek barang tu aku pun letak lam henbeg then lalu ngan muka tak bersalah menonong terus jer...

kat opis aku tak senang duduk...dah jadik peel aku dah kalau hubby p mana-mana lagi dia tak sampai destinasi aku memang tak senang duduk. satu lagi, aku tak kan sms hubby tanya dia kat mana sebab tak mau ganggu dia tengah drive. aku akan tunggu sampa hubby sms dulu pastu baru aku balas or call. Aku dah bajet masa berapa lama hubby akan sampai then kalau dah lebih masa dari aku bajet tu hubby tak sms gak baru aku call.

Tepat pukul 5 terus aku kuar opis walaupun ada lagi yang dok buat keja... ati aku dok ingatkan anak jer..tak tau la napa padahal sebelum ni pun aku dah biasa kena tinggal pling lama 6 bulan. Amik anak, singgah kedai beli barang skit then sampai umah kul 6. Basuh baju,mandi segala bagai...baru masuk dapur.

Sebelum maghrib kami anak beranak dah makan malam... cepat kan aku masak? alah takat buat ayam goreng kicap ulam then sambal berapa lama sangat kan..aku ni jenis makam simple2 jer
Pukul 8 hubby call bgtau dia dah sampai lumut... tengahari tadi dia singgah taiping dulu umah MIL... minta restu & amik berkat katanya.
Bentang toto depan tv...bagi nureen tido, lipat baju, buka lappy, jengok blog sana sini skit pastu baru menaip entry ni.

TamaT




Sunday, April 24, 2011

Bersiaran dari rumah.....best! best!


Di tika dan saat ini aku sedang bersiaran dari rumah ku syurga ku..hehehe
Berbekalkan lappy, line intenet,meja tulis naufal dan ditemani pulak dengan nureen yang dok buat sepah dan berlatar belakangkan lagu pororo di tv maka dengan hati berbunga-bunga aku menaip entry ni.. Eh lupa plak....hubby pun teman aku jugak sambil pejam mata...hahaha

Sebelum ni aku berblogging,check email, berFB, layan beautifulnara, layan redmummy dengan line wifi di opis sebab tu hanya time keja jer aku online...weekend ofline la. Jangan salah faham yer....aku buat semua tu bila keja hakiki aku dah siap yer... Keja aku nak kata banyak tak juga tapi sikit pun tak juga sebab keja aku ni ada masanya, banyak...ada masanya, tak de..So sekarang rasanya malas dah aku nak bawa lappy ni ke opis...aku online di umah je lah... Kalau aku online pun time rehat jer kot..hahaha, bleh caya ker?

TAPI
dalam syok ni, ada jugak yang tak berapa syok..... sebabnya.... esok, hubby akan ke lumut untuk traning then kalau lulus traning tu dengan jayanya maka aku ngan anak-anak akan ditinggalkan dalam satu jangka masa yang lama....1 tahun (lebih kurang )
Sebenarnya berita hubby kena g traning ni kami dapat dalam masa yang singkat..kelam kabut juga dibuatnya.. Dapat arahan (signal) kul 11 malam jumaat lepas suh lapor diri di lumut ari selasa ni. Maka SI KUNING terus dihantar ke workshop untuk diservis maka terbang la $$$.
Sekarang SI KUNING sudah di pos ke tanah besar.... harap-harap dapatlah dia bagi perkhidmatan yg terbaik untuk hubby, jangan buat perangai dah la. Aku risau betul bila hubby drive sesorang sbb hubby ni boleh dikategori drive laju, kalau tak, tak kan saman speed trap sampai berjela panjang. Kalau aku ada kat sebelah, aku tukang break nya... break pakai mulut yer....
"slow-slow bang..."
"laju sangat ni.."
"ha....tu..tu...camera" (di highway)
Inilah ayat aku. Biarlah hubby marah pun kata aku bising...janji selamat.

Dalam ati aku ni seribu macam rasa ada... tak tau nak terangkan.
Sedih pun ada.... berjauhan ngan hubby, anak2 mesti tanya nanti
Suka pun ada...... impian hubby selama ni tercapai
Bangga pun ada...... hubby pergi berkhidmat untuk negara
Takut pun ada..... macam2 benda bleh terjadi disan dan disini
Kesian pun ada...... kat anak2 la sebab depa mmg rapat ngan hubby

27hb ni, NAVY DAY..... ada sambutan di pangkalan. Time sambutan tu nanti hubby sepatutnya menjadi salah seorang penerima sijil perkhidmatan cemerlang tapi memandangkan hubby tiada masa tu mungkin aku akan jadik penggantinya... kalau boleh aku nak suruh orang len ja yang ganti, segan la weh!

Apapun, aku harap apa yang dicitakan hubby ni akan tercapai... kalau dia gembira aku pun gembira jugak walaupun perlu ada pengorbanan yang perlu kami lakukan.

"Abang... doa ayang sentiasa akan mengiringi abang"

Ops!... dah lari tajuk ni.

sekian saja untuk kali ni..... nak p join kontest plak di
http://thecolourfulisland.blogspot.com/

Wednesday, April 20, 2011

Tonton Maharaja Lawak di ASTRO Warna Secara PERCUMA !!




Ct Copy dari FB INI

Aku pasti ramai peminat Maharaja Lawak di luar sana kecewa apabila Maharaja Lawak minggu ke-3 hanya akan ditayangkan di ASTRO Mustika sahaja terutama pelanggan ASTRO yang tidak melanggan pakej Mustika.
Tak apa. Jangan risau. Kami ada menerima emel yang memberitahu teknik untuk melanggan pakej Mustika secara percuma. Ya. Percuma.

Mari kita ikuti tips daripada emel tersebut :-

HANYA IKUT ARAHAN YANG DIBERIKAN SEPERTIMANA DIBAWAH DENGAN TENANG DAN SABAR..KERANA IANYA MENGAMBIL SEDIKIT MASA..AL-MAKLUMLAH...BENDA FREE...JIKA KENA LAH SABAR...MARI KITA MULAKAN...STEP BY STEP..OKEY..

Cara ni aku dapat dari cousin aku yg kije di Astro. Aku xmo cakap department mana takut die terkantoi.
Tu ari aku pergi rumah die time siaran MAHARAJA LAWAK. Die tgk kat channel ASTRO WARNA.
Ntah mcmane die pecah lobang bgtau aku mcmane nak access saluran dalam pakej MUSTIKA nie tanpa perlu melanggan.

Aku mula tak caya gak. Tapi balik umah aku test sendiri MEMANG BETUL JADIK!
Korang cuba try test. Cara nie boleh UNLOCK channel pakej MUSTIKA sahaja.
HBO ke, NG ke, Sport ke, sume xboleh sebab channel ni di kawal selia di luar negara.

1. Biarkan dekoder Astro anda dalam keadaan 'STAND-BY'.

2. Tekan butang ON/OFF. Astro akan menyiarkan channel terakhir yg anda buka.

3. Tekan butang 130. Anda akan melihat pratonton utk pakej Musika.

4. Tekan MENU. Pilih LIST SERVICE. Kemudian tekan OK.

5. Pilih saluran yg anda ingin UNLOCK. (WARNA, CITRA, B4U shj)

6. Tekan OK untuk pengesahan.

7. Tekan MENU untuk keluar ke siaran TV. TV akan kembali ke saluran 130.

8. Tekan MENU sekali lagi. Pilih OPTION. Tekan butang OK

9. Pilih CHANNEL INFO. Tekan OK

Di sini pengaktifan akan di hantar terus ke bahagian penyiaran. Dekoder anda akan di kemaskini untuk menyiarkan saluran yg anda UNLOCK.

10. Tekan butang ON/OFF. Tunggu selama seminit (supaya dekoder anda dikemas kini.)

11. Tekan semula butang ON/OFF utk siaran TV.

12. Langkah terakhir, tekan 130

13. Saksikan pratonton Mustika.

14. Untuk melanggan:
i - Hubungi 1 300 82 3838; ATAU
ii - SMS Mustika ke 32888; ATAU
iii - Klik 'Dapatkan Mustika'  untuk melanggan secare ONLINE.

15. Dgn muke bengang korang tgk jela pakej2 yg korang langgan.

Hahahhahaha...mana ada benda free kat kat ASTRO ni...semua nak kena bayor...kalo ujan tak dapat tengok pun korang tetap kena bayor gak
:
:
:
Takkan aku sorang jer terkena kan.... so aku pun Tag la kat Korang semua gak.....






Tuesday, April 19, 2011

Peraduan Dapur Sarat F&N



Pada pengguna setia susu F&N jom kita join
PERADUAN DAPUR SARAT
Hadiahnya berupa sijil simpanan premium BSN yang bernilah RM25K

Cara untuk join
* Beli mana-mana 2 tin susu F&N
* Jawab soalan mudah di dalam Borang Peraduan
* Hantarkan borang bersama bukti pembelian (label tin susu)

DOWNLOAD BORANG PERADUAN

Tempoh peraduan : 15 April hingga 30 Jun 2011

Hadiah

Grand Prize: 1 x RM15,000 BSN Premium Savings Certificate
First Prize: 1 x RM5,000 BSN Premium Savings Certificate

Second Prize: 1 x RM3,000 BSN Premium Savings Certificate

Third Prize: 1 x RM1,5000 BSN Premium Savings Certificate

Weekly Prize: 7 x RM100 BSN Premium Savings Certificate

GOOD LUCK!!!!


Monday, April 18, 2011

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Pendang


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan diberi kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut;



 PEMBANTU PENILAIAN GRED W17


MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN DAN BORANG PERMOHONAN


Tarikh Tutup Permohonan : 21 April 2011


Friday, April 15, 2011

Giveaway Warna-Warna Pelangi



Ini giveaway terbaru dari ct di blog contest ct....
sudi-sudilah join yer..
Klik banner untuk join


Thursday, April 14, 2011

Jawatan Kosong SPA Kedah


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
(keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman).



1. Pembantu Tadbir (P/O)

2. Pembantu Tadbir (Kewangan)

3. Pembantu Akauntan

4. Pegawai Khidmat Pelanggan


MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

Tarikh Tutup Permohonan : 23 April 2011



Semakan Panggilan Temuduga (KPLSPM) Ambilan Jun 2011


Semakan Panggilan Temuduga Kursus Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 boleh dibuat
http://apps.moe.gov.my/kplspm/sptd_kplspmjun2011/index.cfm

GOOD LUCK!!!!!

Wednesday, April 13, 2011

Jom ke Kota Kinabalu


Horey!!!!
Sempena cuti hari pekerja ni, jom la semua pekerja kita bercuti ke tempat percutian impian uolls dengan



Tambang serendah RM 29 jer....

Boking dari sekarang sehingga 17 April 2011
Travel dari 25 April sehingga 30 Jun 2011

Dalam banyak-banyak tempat tu aku just nak p Kota Kinabalu jer.... yang obersea tu nanti lah tunggu aku kaya skit...



Jawatan Kosong Universiti Pertahanan Nasional Malaysia



Pemohon-pemohon yang terdiri daripada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan bagi jawatan seperti berikut di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM):

1. PEGAWAI PENERBITAN GRED N41

2. PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q41-54

3. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41

4. PUSTAKAWAN GRED S41

5. AKAUNTAN GRED W41

6. JURUPULIH PERUBATAN GRED U29/32

7. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29

8. JURURAWAT PERGIGIAN GRED U29

9. JURUTEKNOLOGI PERGIGIAN GRED U29

10. PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N27

11. PENOLONG PENGURUS ASRAMA GRED N27

12. PEMBANTU LAUT GRED A17

13. PEMBANTU MAKMAL GRED C17

14. JURUTEKNIK GRED J17

15. PEMBANTU KESELAMATAN GRED KP17

16. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN & OPERASI) GRED N17

17. PENJAGA JENTERA ELEKTRIK GRED R17

18. TUKANG K1 GRED R17

19. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN GRED W17

20. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

21. PEMANDU KENDERAAN GRED R3/R6

22. OPERATOR LOJI GRED R3

23. PEKERJA RENDAH AM GRED R1


MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN DAN PERMOHONAN SECARA ONLINE


Tarikh Tutup Permohonan : 24 April 2011


Welcome KAN 7918


Selepas Bye-Bye WPW 219 maka harus ada penggantinya iaitu Welcome KAN 7918.
Dah hampir sebulan lebih ahli baru ni bersama kami tapi ari ni baru teringat nak cerita. Sebelum ni pun hubby dah dok berbunyi-bunyi nak tambah ahli atas beberapa sebab musabab tapi yang terjadi bukan bertambah tapi berganti.
Yang terbaru ni naufal cakap Si Kuning (walau bukan kaler kuningpun). Si kuning ni bukan new baby dari kilang or show room dah third hand dah pun..... tapi memandangkan si kuning hanya untuk perjalanan jarak dekat so ok lah.
tak mau cerita banyak inilah si kuning tu

 yang ni bukan drivernya....


Thursday, April 7, 2011

Pecah sudah

Inilah suspek bagi kes hari khamis lepas
PEACE!!!!!


Mangsa yang terselamat

Agak cedera parah
Keadaan tempat kejadian
Kelihatan mangsa yang tidak dapat diselamatkan....
 kejadian berlaku apabila mak suspek leka membasuh baju dan suspek memang telah menjadikan aktiviti membuka tutup peti sejuk dan menyusun semula barang-barang didalam tu sebagai hobi
Hukuman yang setimpal telah dijatuhkan bersama dengan sebakul dua bebelan.

Kes selesai.

Wednesday, April 6, 2011

Jom tukar background sesuka hati


Dah tak dak idea nak buat entry mulalah gatai tangan dok tukar itu ini... hasil dari kegatalan tangan aku maka background blog ni aku tukar sekali lagi...
Sebelum tu dalam entry
Dengan kuasa PhotoScape blog aku BERTUKAR!!!!!

 ada yang komen background tu terlalu berat atau sakit mata. Memang pun... Kalerful sangat kan?
So, korang rasa yang ini ok tak? Bila korang buka blog ni, lambat tak nak loading?
Ataupun background ni gelap sangat?

Sebenarnya senang jer nak tukar background ni... ada yang nak blajar ke? Kalau ada boleh la aku buat tutorial tapi cara simple2 ja la... tak de main kod-kod HTML semua.


western food from Awana Porto Malai Langkawi

Cerita ni agak basi sebab berlaku 2 minggu lepas, time tu mood update blog akan merudum so sekarang baru nak cerita. Hari jumaat lepas aku ada attend aktiviti BAKAT (L). BAKAT (L) ni macam persatuan bagi isteri-isteri tentera...yang (L) tu maknanya laut..bini NAVY la. Kalu polis kan ada PERKEP...gitu la..sama je fungsinya. Aku jarang join sebab keja kan...just aktiviti yang menarik dan time tu plak keja tak banyak so baru aku join.
Aktiviti kali ni, Masakan western yang diajar oleh Chef Ben dari Hotel Awana Porto Malai Langkawi.
Chef ben ni memang friendly sangat... menunya ada 3,4 jenis tapi aku tak ingat namanya sebab kertas menu tu dah hilang.Tu la pasal..lambat sangat cerita.
Ini lah Chef Ben


Ikan Salmon yang digrill.
Tabur garam ngan serbuk lada hitam..letak ikan....tabur garam+black paper skali lagi pastu grill
Kat langkawi ni just ada 2 kedai ja jual ikan salmon yang dibeku...Chef ben yang cakap

ujung tu...Nasi goreng telur.. Goreng semata-mata ngan telur tak de tambah sayur ke hapa pun
tengah.... Udang sambal. yang ni aku tak tengok cara masak sebab Chef Ben dah buat awal-awal. Menurut member yang tengok dia masak, Cili sos+tomato sos+telur then udang dicelur dulu pastu masuk je dalam sos tadi.Masak kejap ngan api yang kuat...siap
Yang kiri nampak skit tu..... desert rasanya, aku tak rasa pun.
Tengah masak sos untuk ikan salmon yang digrill
Butter+cream+garam+gula+lada hitam+lemon
masak sampai semua butter cair tapi jangan sampai mendidih
boleh jugak tambah stok ayam skit
Hasilnya
Nasi goreng telur
sambal udang
salmon grill + sos
papadom + salsa
pasta fettucini
Yang paling aku suka sambal udang dengan salsa
Salsa tu yang kat atas papadom..ni kira cam salad la..
Tomato+bawang besar+daun salad+daun ketumbar+garam+lemon+black paper+cili
potong dadu dan gaul semua sekali..simpan dalam peti sejuk sekejap pastu leh makan... sangat sedap bila makan ngan papadom yang rangup tu.Boleh kalau nak tambah sayur lain lagi
Ikan salmon tu pun ok jgk tapi rasa mual skit sebab ikan tu isi saja...First time aku makan salmon.

Cara nak masaknya sangat simple...tak  banyak benda sangat. Yang ikan salmon, aku rasa kalau isi ikan lain pun ok jugak, macam fish n chip tu.

adoyai....lapar la plak bila tengok gambo-gambo ni...
sory... gambo kurang memuaskan sebab snap guna henpon sony erik leong son ja..

Tuesday, April 5, 2011

Sambal Kacang Pea



Rupa kacang Pea (disebut piss)

Semalam pegi pasar aku beli la ini

Tahu tak apa????
Kalau tak tau aku rasa korang bukan orang malaysia. Ini lah benda yang paling sedap kalau dibuat sambal bersama udang. Memandangkan udang tersangat la mahal.... aku plak dalam mood save bajet so aku buat sambal bersama ikan bilis yang digoreng garing.... perghhhh....sodap.

Apa kena mengena ngan kacang pea plak kan????

Gini, tugas mengopek petai tu diturunkan pada hubby memandangkan aku ada byk benda lagi nak buat. Hubby tak suka kalau masak sekali nagan kulit2 tu tp aku plak suka ngan kulit.memandangkan hubby yang kopek maka ikut style dia lah.Tengah sedap dan asyik hubby kopek petai tu, tiba2 Naufal mai tanya

Abah nak buat apa ngan kacang pea tu?
Kacang pea???
Tu... abah buat tu..( sambil tunjuk petai)
Ni bukan kacang pea... ni petai
Dalam little einstein, roket makan sup kacang pea cam ni la

Oooo... dalam kartun tu dia nampak kacang pea tu cam petai. Aku memang tak pernah beli pun kacang pea sebab tak tau nak masak apa. Korang ada resepi dari kacang pea?


sample Kotex LUXE



Rasanya dah lama request sample ni sampai dah tak ingat dah.... minggu lepas baru dapat.
Dalam tu ada 2 sample yang sangat cantik, cam sayang plak nak pakai hehehe
Kotex luke ni dah ada di pasaran..
JOm cuba, kalu nak sample boleh terjah SINI

Monday, April 4, 2011

Si hitam manis



Berbekalkan tepung secawan dua, serbuk koko yang ujung2 nyawa dan sedikit kerajinan dalam diri aku maka terhasillah Si hitam manis (rujuk gambar diatas)

Resepi dari MY RESEPI


Related Posts with Thumbnails