Monday, May 2, 2011

Warga Langkawi 13 tahun di lombok selamat pulang




DAYAH (kiri) tidak dapat menahan sebak ketika bertemu anaknya, Nooriah yang melarikan diri ke Lombok sejak 13 tahun lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, semalam.





LANGKAWI: “Alhamdulillah, sebelum pejam mata dapat juga jumpa anak yang Mak Cik kandung dan besarkan daripada kecil. Cuma rasa sikit terkilan kerana dia pulang seorang diri tanpa membawa bersama dua cucu yang masih berada di Lombok.

“Dalam keadaan begini (pulang seorang diri) mungkin dia tak lama kerana teringatkan anak dan suami. Ini yang buat Mak Cik tak seronok, kalau pulang semua baru seronok,” kata Dayah Sibun, 64, dengan linangan air mata ketika menyambut kepulangan anak perempuannya yang terpisah sejak 13 tahun lalu.

Nooriah Abdullah, 30, wanita yang lari mengikut seorang lelaki ke Mataram, Lombok, Indonesia pada 1998, kembali ke pangkuan keluarga di Kampung Bohor Tok Ad di sini, malam kelmarin.

Nooriah yang sudah berkahwin dengan lelaki Lombok, Zainudin Amaq Gen, 32, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) di sini pada jam 10.30 malam. Sebelum itu, dia menaiki pesawat AirAsia diiringi Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Nor Saidi Nanyan yang menyambutnya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang.

4 comments:

  1. hhmmmm...geram nye dengor citer mcm ni, kesian sunguh ibu dia..

    ReplyDelete
  2. kampung bohor tok ad tu tang mana? x pernah dgr pun nama tu

    ReplyDelete
  3. @Madam Casper
    kat kelibang...kalau tak silap ct kalau kita mai dari kuah sebelum masjid kelibang ada lorong p kampung tu.

    ReplyDelete
  4. @Adyshariz ct ingat la ni ja budak2 dok ikut jantan lombok ni, rupa2nya dulu2 lagi dah ada.... di ni sam umur gan ct tp skolah sampai PMR ja

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails