Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

HaPPy BirTHdaY tO SyED nAuFaL

As salam

Alhamdulillah....hari ni 1 MAC 2012 genaplah my little hero
Syed Naufal Haziq
6 Years old
Kejap jer rasanya...kenangan melahirkannya1 Mac 2006 still fresh dalam ingatan Ct.

 Tiada sambuatn yang meriah-meriah sebab hubby pun tak de disini, rasanya Ct just nak beli kek dan sambut dengan anak-anak jer...


Tapi apapun yang tak pernah kurang walau sedikitpun sejak 1 mac 2006 ialah
Kasih Sayang...LOVE...LOVE..LOVE


Happy Birthday to Naufal.....
mak dengan abah sentiasa mendoakan hanya yang terbaik untuk naufal.


Sunday, October 17, 2010

Birthday Gifts yang pasti tak mampu aku beli

SALAM

Cerita Birthday lagi????? walaupun birthday aku dah seminggu berlalu tapi aku nak crita jugak pasai birthday tapi bukan birthday aku tapi pasai hadiah birthday yang uolls pernah dapat.
Apa hadiah yang paling best?
Apa hadiah yang paling bermakna?
Apa hadiah yang paling mahal?

Masuk bab mahal ni, ct ada skit nak tunjuk beberapa benda yang boleh dijadikan hadiah
JOM
:
:
:

Lipstick berharga 62,000 Dollars

Kalau ct la, tak kan guna la lipstick ni. Just simpan dalam peti besi.
Tapi ada ka peti besi? peti sejuk ada la...

 Remote Control berharga 55,000 Dollars

Tak pasti pulak remote control untuk apa ni.
 Astro boleh ke?

Kasut bertatahkan berlian bernilai 2 Juta Dollars

Cinderella punya kasut ka ni? dah pakai mesti tak pijak tanah takut kotor


Eco House bernilai 7.2 Juta Pound

Eco house ini rumah yang bercirikan mesra alam gitu.. harga dalam Pound yer...
sila kira jika convert ke RM
Nampak kecik je..

Subang berlian 8.5 Juta Dollar

subang-subang ct tak minat... lagipun pakai tudung uolls bukan nampak pun
kalau ct pakai yang mahai blig-blig

Diva Premium Vodka Spirit 1,060,000 Dollars

botolnya cantik, ct ingat minyak wangi ke.. rupanya vodka
Untuk non muslim jer tau!

Frozen Haute Chocolate Desert berharga 25,000 Dollars

Apa yang mahai sangat ni???
Ada emas ka?

Perfume berharga 215,000 Dollars sebotol

sekali pakai tahan sebulan kot baunya. Tak pasti pulak jenama apa

 Bunga Ros dilingkari rantaian berlian berharga 75,450 Dollar

Untuk Valentine or aniversary ok ni...

Tie yang ditaburi berlian 220,000 Dollars

tie je tau, harga tak termasuk dengan orangnya.

Kalau di belek-belek balik kebanyakan barang yang mhal-mahal ni pasti ada diselaputi emas atau ditaburi berlian. Ye la kan... emas, berlian, intan permata dikatakan simbol kekayaan dan kemewahan. Ada yang sampai mangkuk tandas pun dibuat daripada emas, ct penah tengok gambar tu. 

Bagi perempuan pastinya berlian menjadi idaman hati, kalau boleh nak sebesar-besarnya. Bukan apa, nanti orang tak nampak pulak kita pakai cincin berlian kalau berlian tu kecik sangat.
TAPI
 uolls nak ke kalau berlian tu sebesar ni
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Blue Diamond 7.98 Juta Dollars

TATA


Friday, October 8, 2010

Ucapan pertama & Hadiah pertama

SALAM

Hari ini 08-10-2010 maka genap lah umur ct 29 tahun. Uolls tau dak sapa yang paling awai wish besday ct then kasi ganjaran....
:
:
:
MAXIS!!!!!!
ops! sengat pulak, pakai web cam ja ni..

Sehingga saat aku taip entry ni hubby belum wish apa2 pun, apatah lagi kasi hadiah. Adakah dia lupa or buat2 lupa....tak pe la, lagi pun aku nampak dia bz je ari ni..(jgn tak tau, opis aku ngan hubby dekat2 ja)

Pada kawan-kawan kat FB, terima kasih yer... uolls ingat jugak besday ct
(mesti la, kan dah ada reminder kat Fb tu..hohoho)
Pada opismate Insyaallah, kalau ada rezeki lebih skit kita potong kek...
(jangan harap la korang dapat secret resepi, kat sini mana ada)

Berbalik pada ganjaran yang aku terima dari maxis tu, orang pertama dalam kepala aku ialah
KAK ENA!!!!!!

ok. dah siap entry besday.... tapi apasal cam tak de mood besday pun???????
:
:
:
tak pe la... aku bukan budak2 lagi dah jadi mak budak pun.

TamaT


Wednesday, November 18, 2009

"18 nov 1982"



Tanggal 18 nov 1982 lahirlah sorang hamba allah di Muar johor yang diberi nama Syed Saiful Azly. Dibesarkan dan disekolahkan di perlis selepas 18thn diterima masuk ke dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Selepas hampir 3 tahun dalam perkhidmatan bertemu jodoh dengan Siti Nurkhijah pada 29 April 2005. Tak sempat nak sambut ulang tahun perkahwinan dah sambut orang baru pada 3 Mac 2006 dengan lahirnya Syed Naufal Haziq. Then 3thn lepas tu tambah lagi orang baru pada 2 Mei 2009 yang dinamakan Sharifah Nureen Humaira.
Semoga Syed Saiful Azly dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan gembira selalu disamping keluarga tersayang.

Related Posts with Thumbnails