Thursday, September 30, 2010

EE BURGER

SALAM

Ini cerita minggu lepas yer kawan-kawan, Biasa la dah dapat gaji so aku bawa la anak-anak makan kat luar. Hehehe..gaji je ke? padahal boleh kata tiap-tiap minggu makan kat luar, al maklumlah emaknya ni teramatlah pandai dan rajin memasak.(sila jangan percaya). Naufal cakap nak makan burger, so tak de tempat lain la kalau family aku ni nak makan western food kalau tak kat EE BURGER. EE BURGER ni dah lama dah since zaman aku skolah lagi, dari depa juai burger saja sampai dah maju juai western food plak. Aku memang peminat setia la, burger kat tempat lain (di langkawi) aku rasa cam tak best ja..


Ini bahagian belakang, sebab aku ikut jalan belakang
(sory gambaq x memuaskan)

Chicken chop yang 1/4 dah  dalam perut aku

bukan nak tayang hubby aku tapi nak bagitau kalau mai makan kat sini malam-malam ada TV besaq
 (macam cakap naufal) kat belakang tu.

Dah abis... kuli tngan roti  aku tak makan

Ni baru nampak TV besaq tu
Hubby cakap ni last dia merokok sebab nak berenti dah
tapi hampes!!!!!
Aku nak p cari ubat bagi berenti merokok cam lam iklan kat TV tu


Naufal bersama Burgernya...
Ada hati nak makan burger ngan pisau n garfu... Tak payah la sayang oiii... pakai tangan lagi sodap.

Ops! mana anak dara aku? Malas la nak tempek gambaq nureen yang comot dengan air milo.

Uolls kalau mai Langkawi singgah la kat EE BURGER ni, Area Trimula kuah atau pun boleh p kat Sebelah Shell di Kelibang.

p/s: ni bukan iklan berbayar yer...


♥ Jamuan Hari Raya PTA Mawilla3 ♥

SALAM

Semalam ct tak sempat nak update @ blogwalking kerana sibuk sikit dengan majlis jamuan hari raya di opis ni.. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan makanan pun habis walaupun bos tak ada (out-station). Kami dah planing dari minggu lepas tup-tup bos kena out station last-last minit..
tak pe lah puan, nanti kita buat makan-makan lagi yer...

acara baru bermula

jemput-jemput, jangan malu-malu

yum...yum...

dah kenyang dah... alhamdulillah
tak puas hati ngan gambaq ni, nape aku nampak bolat?
Muka pulak berminyak2..huhuhu

Antara tetamu yang hadir

Tetamu jugak.. wajib hadir dia ni..

Majlis ni secara kecil-kecilan saja, Terima kasih pada semua kakitangan awam MAWILLA3 yang telah menjayakannya.
Tahun depan kita buat lagi Grand yer...

p/s: gambo banyak lagi tapi line tenet slow sangat so ini je lah yang ada.



Tuesday, September 28, 2010

Jawatan Kosong Sani Ekspress


SANI EXPRESS SDN BHD adalah sebuah syarikat pengangkutan bas ekspress yang berkembang maju. Kami sedang mencari calon yang berkelayakan dan berpengalaman untuk mengisi kekosongan pekerjaan di pejabat kami, yang terletak di Wisma Dato' Sani, Klang.

1. PEGAWAI AKAUN - 2 KEKOSONGAN
2. PEMBANTU AKAUN
3. PEGAWAI PENGURUSAN PERJALANAN - 1 KEKOSONGAN
4. PENOLONG PEGAWAI OPERASI
5. MEKANIK
6. PEMBANTU AM

 
SYARAT LANTIKAN:

1. PEGAWAI AKAUN - 2 KEKOSONGAN
- Diploma/Ijazah dalam Perakaunan/LCCI/Kewangan.
- Minimum 2 tahun pengalaman.
- Lepasan Ijazah digalakkan memohon.
2. PEMBANTU AKAUN
- Sijil/Diploma dalam Perakaunan/LCCI/Kewangan.
- Minimum 2 tahun pengalaman.
- Lepasan Diploma digalakkan memohon.

3. PEGAWAI PENGURUSAN PERJALANAN - 1 KEKOSONGAN
- Sijil/Diploma dalam Komputer
- Pengalaman dalam bidang pengangkutan diberi keutamaan
4. PENOLONG PEGAWAI OPERASI
- SPM atau yang setaraf
- Minimum 2 tahun pengalaman
- Berpengalaman dalam bidang pengangkutan
- Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan mesra pelanggan

5. MEKANIK
- Sijil/Diploma dalam Automotif
- Minimum 1-3 tahun pengalaman kerja dibidang Automotif

6. PEMBANTU AM
- SPM atau yang setaraf
- Pengalaman dalam bidang Automotif diberi keutamaan

CARA MEMOHON:
Calon-calon yang berminat sila emailkan atau fax kepada Jabatan Tadbir & Sumber Manusia sebelum 15hb Oktober 2010.

Office : 03-33444542

Fax : 03-33444544


Tarikh Tutup Permohonan : 15 Oktober 2010

✿Lagi tentang Tudung pin belakang ✿

SALAM

Sebelum ni ct ada buat entry tentang sanggul tinggi dan tudung pin belakang, pada yang belum tahu apa critanya SILA KE SINI

Hari ni ct dah dapat penerangan dengan jelas setelah membaca di BLOG MAMA ZHARFAN

Uolls pun patut baca juga untuk tidak menimbulkan kekeliruan

Tapi 1 komen pada entry di blog MAMA ZHAFRAN telah menarik minat ct.



Masa ct buat entry tentang Tudung pin belakang dulu memang dah tergerak hati ct kenapa letak gambar orang tu untuk dibandingkan, walaupun mukanya dikaburkan pasti ada yang cam baju dan yang lain-lain. So ct buat keputusan tak letakkan gambar tu tapi ct letak gambar tudung dipakai oleh model patung.. Kesian pulak, ramai yang berfesyen begitu tapi dia yang terpilih untuk jadi contoh.

Berbalik pada hukum Pin Tudung Belakang tu, ct harap semua jelas dengan apa yang telah diterangkan.


Friday, September 24, 2010

Contest Nescafe Gold Mug

SALAM

Uolls ada tengok tak iklan ni di TV

video



Macam mana nak join?

Beli mana-mana produk Nescafe
Isi borang peraduan dengan mengira Jumlah GOLD MUG dalam gambar
Sertakan Pek luar @ Pembalut @ penutup sentap sebagai bukti pembelian
Pos borang uolls

Peraduan ni bermula dari 1/10/2010 hingga 31/12/2010.
Belum bermula lagi tapi uolls dah boleh kumpul bukti pembelian then isi borang siap2 macam aku ni.

Bukti Pembelian

Isi Borang

Ct belum pos lagi, mungkin minggu depan tunggu 1/10/2010....

5 orang yang bertuah akan dipanggil untuk ke pusingan cabaran minda Nescafe bagi merebut peluang memenangi hadiah utama iaitu
1 GOLD MUG EKSKLUSIF yang bernilai RM100K
Hadiah mingguan pun best jugak iaitu Loket berbentuk GOLD MUG bersama rantai yang bernilai RM3K

Borang boleh di DOWNLOAD DI SINI atau ambil di kedai @ pasaraya yang jual produk nescafe

Nak tau lebih detail jom terjah di http://www.nescafe.com.my/nescafe_gold_mug.html


Thursday, September 23, 2010

✿ Birthday Lucky Draw By Naufal N Nureen ✿


Semalam ct dah bagitau nak buat Lucky Draw sempena Birthday ct pada  8 Oktober ni so hari ini bermulalah Lucky Draw tersebut. Pada uolls yang nak join silalah penuhi syarat-syarat dibawah

Tajuk Entry Birthday Lucky Draw By Naufal N Nureen

Follow salah satu blog ini
(follow dua-dua lagi bagus)

Buat Entry mengenai Lucky Draw ini  dan pastikan banner Lucky Draw ada dalam entry uolls (wajib)

Letak Banner Lucky Draw di sidebar uolls (wajib)
link balik ke entry ini

Tag 2 orang kawan-kawan untuk join
pastikan kawan-kawan ni tau dia di tag

Tinggalkan link entry anda di komen box entry ini sahaja.


Tarikh Tutup: 25 Oktober 2010

Hadiah akan di update kemudian sebab ct baru dok pikir  apa hadiahnya. Tapi yang pasti barang dari Langkawi yer...

Ok! itu saja..


Wednesday, September 22, 2010

Jawatan Kosong Angkatan Tentera Malaysia




Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa graduan warganegara Malaysia Lelaki dan Wanita yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat (TDM) sebagai Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) dan Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Umur:
a. Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Perkhidmatan Am (Pendidikan) Tentera Darat
Malaysia (TDM). Graduan Lelaki dan Wanita tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010.

b. Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) TDM . Graduan
Lelaki dan wanita tidak melebihi 30 tahun pada 31 Disember 2010.

CARA PERMOHONAN
Dokumen Diperlukan. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti
berikut:

a. Salinan Ijazah.
b. Salinan Sijil SPM atau setaraf.
c. Salinan Transkrip Akademik.
d. Salinan Kad Pengenalan.
e. Salinan Sijil Kokurikulum.
f. Surat Pengesahan JPA (sekiranya berkaitan).
g. Profil Peribadi/’Resume’ termasuk nombor telefon terkini.
h. Sekeping gambar berukuran pasport.
i. Sampul surat berukuran 20sm x 28sm, bersetem 50 sen dan beralamat sendiri.

Alamat. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada:

Markas Angkatan Tentera Malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Cawangan Tenaga Kerja
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(Untuk Perhatian: Sel C)

ATAU

 
Datang sendiri ke Cawangan Tenaga Kerja, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur dengan membawa salinan dokumen–dokumen seperti di atas. Calon-calon

juga boleh memohon melalui laman web http://www.jobsmalaysia.gov.my/



 Maklumat Permohonan:

Sila berhubong dengan pegawai pemilih seperti berikut
Pegawai Kanan Pemilihan Anggota: Lt Kol Mohammad Yatim bin Mohd Nor - 03-20712382
Pegawai Pemilh : Mej Siti Normiah bte Marzuki - 03-20714524
: Kapt Ridzuan bin Abdullah - 03-20714526

Kaunter Pertanyaan dan Penyerahan Borang: 03-20712391
Talian Bebas Tol : 1-800-88-7588
Nombor Faks: 03-26985340 ,03-26986235
Email: ctk.mtk@ mod.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan : 17 Oktober 2010.

PRE BIRTHDAY LUCKY DRAW


Ct nak buat Lucky Draw sempena Birthday ct bulan Oktober ni.

Banner dah siap tapi esok baru ct akan buat entry tentang Lucky Draw ini.

Ada ke orang yang nak join?

Uolls tunggu Esok yer... Boleh?

34 Jawatan Kosong untuk diisi di UTM



UTM memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru dalam usaha merealisasikan Wawasan Universiti dan Wawasan 2020. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di UTM.


1. PENERBIT RANCANGAN (BA21A)

2. PENOLONG PEGAWAI SENIREKA (BA27)

3. PEGAWAI KEBUDAYAAN (BA41)

4. PEMBANTU MAKMAL (CA17)

5. PENOLONG PEGAWAI SAINS (CA27)

6. PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (FA29)

7. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (FA41)

8. JURUTEKNIK KOMPUTER (FT17)

9. PELUKIS PELAN (JA17)

10. PEMBANTU PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (JA21)

11. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (JA29)

12. PENOLONG JURUTERA (J29)

13. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA (J29)

14. ARKITEK (JA41)

15. JURUUKUR BAHAN (JA41)

16. JURUTERA KIMIA (JA41)

17. PENGAWAL KESELAMATAN (KP11)

18. PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN (KP27)

19. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN (NA17)

20. PENOLONG PENGURUS ASRAMA (NA27)

21. SETIAUSAHA PEJABAT (NA27)

22. PEGAWAI PENERBITAN (NA41)

23. PEKERJA RENDAH AWAM (RA01)

24. PEMANDU KENDERAAN (RA03)

25. PEMASANG JENTERA GRED III (RA11)

26. PEMBANTU PERPUSTAKAAN (SA17)

27. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (SA27)

28. PENOLONG PUSTAKAWAN (SA41)

29. PEGAWAI AGAMA (SA41)

30. PEGAWAI RUNDINGCARA (SA41)

31. ATTENDAN KESIHATAN (UA03)

32. PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN (UA17)

33. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (WA17)

34. PEGAWAI KERJA AKAUN (WA27)

Tarikh Tutup :27 September 2010




Pak Guard Main-main dengan Pump Gun


CHERAS: Gara-gara bergurau dengan rakan sejawat, seorang pengawal keselamatan sebuah kedai emas di pusat beli-belah di sini, terlepas tembakan yang mengenai lima orang termasuk dua pekerja wanita sebuah pasar raya yang kebetulan melalui ruang legar pusat itu, tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, pengawal keselamatan berusia 50 tahun itu yang sedang berehat di depan pentas ruang legar bersama seorang rakannya dipercayai tertekan picu pump gun miliknya yang ketika itu muncungnya dihalakan ke lantai.


Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abd Rahim Hamzah Othman (gambar) berkata, tembakan itu menyebabkan peluru melantun ke lantai sebelum mengenai lima mangsa berkenaan.


Katanya, semua mangsa cedera di muka dan paha akibat terkena serpihan peluru dari pump gun milik pengawal keselamatan terbabit.


“Seorang lelaki warga Britain yang juga pengurus sebuah sebuah pasar raya di situ turut terkena terkena serpihan peluru itu,” katanya.

Sementara itu, rakan suspek yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Syahril, 27, berkata, sahabatnya itu sudah bekerja selama 12 tahun sebagai pengawal keselamatan, tetapi baru dua hari bertugas di kedai emas pusat beli-belah berkenaan.
“Kami bergurau dan bersembang, tetapi saya juga turut menasihatinya agar berhati-hati dengan senjata itu kerana takut tertekan, baru saja saya berkata beberapa saat kemudian terdengar bunyi tembakan mengenai lantai. Saya tergamam terus meniarap kerana bunyi yang datang dari senapang berkenaan sangat kuat,” katanya.

Berhati-hatilah masa bekerja, dah la bawa senapang pastu tak berhati-hati pulak sampai menyusahkan orang lain.


 

♥Kalaulah Mr. Bean jadi........♥

SALAM

Dah habis ke belom mood raya uolls? Kuih raya ada lagi ke?
Jom la selang seli cerita raya dengan cerita lain pulak... kali ni ct nak ajak uolls bayangkan kalaulah Mr Bean tak jadik Mr bean tapi dia jadi orang lain
Seperti

baby

Avatar

Justin Bieber

model

Lady Gaga
Legally Blonde

Pirate

Harry Porter

President

Tom Rider

Hahaha.... rajin la depa ni dok super imposekan Mr Bean nih..


Tuesday, September 21, 2010

♥ Shoping online lepas raya ♥

SALAM

Masa raya lepas mesti ramai yang bershoping sakan nooo..... Tak cukup di shoping complex, jalan Tar tu tak kira lagi yang shoping online... Aku ala kadar ja...hehehe
Tadi dok belek-belek FB jumpa pulak Sale tudung & shawls untuk clearence stok lepas raya.
Aku terbekenan la pulak lagipun less sampai 35% tu.... pastu kalau beli 5 dapat free postage
Kat mana?
Di sini

Create your own banner at mybannermaker.com!


Dah comfirm oder dah... petang ni nak p bank in, harap-harap minggu depat dapat la..

Uolls add tokei kedai kat FB sebab gambar2 shawls ada dalam FB
Uolls pun boleh jenguk-jenguk jugak, mana tau kot-kot ada yang terbekenan dihati

Monday, September 20, 2010

✿ Mercedes Benz dari 1886 hingga 2010✿

SALAM

Entry ini hanya dipenuhi dengan gambar-gambar kereta Mercrdes benz dari tahun 1886 sehingga 2010.
Lihatlah perkembangan kereta model mercedes benz






Amacam? duit dah cukup nak sambar sebijik?



Related Posts with Thumbnails