Showing posts with label Crite opis. Show all posts
Showing posts with label Crite opis. Show all posts

Tuesday, December 27, 2011

Sambung Mood

As salam

Hahaha..tah apa-apa tajuk entrty kali ni... sebenarnya ni entry sambungan dari entry MOOD: X BEST
Cerita disebalik mood x best tu rasa cam malas dah nak crita kat sini tapi hari ni bertambah lagi la berita yang Ct tak tau nak gembira or sedih...
Sebelum ni ada jugak bagitau kan Opismate Ct akan bertukar ke kementerian lain start januari (minggu depan) so tinggai la Ct sesorang buat keja kat opis kecik tu..Staff opis 2 orang jer dan sorang N27
Hari ni plak dapat tau N 27 tu dapat naik pankat ke 32 maka dia pun bakal ditukarkan ke kementerian lain.....
Waaaaaaa...... cam na ni? Tinggai la Ct sorang kat opis ni...Tak sukanya.
Rasa gembira jugak la sebab N27tu dapat naik pangkat tapi sedih sebab dia akan meninggalkan Ct sesorang kat sini...Tak pasti la bila nak sampai pengganti dan  belum tentu pengganti tu sebaik yang ada sekarang ni...

Lepas ni tak tau la cam na nak cuti...tak kan nak tinggai opis kosong kot....huaaaaa...
Dah mula pikir macam-macam sekarang ni.. kalau anak sakit ke apa kena amik EL ke... Cam na? Adoi la...
Harap pengganti untuk 17 dan 27 cepat sampai la... kalau tak, makin banyak keja dan susah nak cuti.

Sekarang pun dah terasa bebanan kerja tu...tengah dok semak tuntutan ada anggota di kaunter pi layan depa pastu telefon bunyi..pi angkat telefon..pastu sambung layan di kaunter..dah siap dok kat tempat balik buat keja pastu ada lagi orang datang...ke kaunter plak... Waaaaaa..cam tu la berulang. Habis???? bila keja kat meja tu nak siap ni?

Rasa cam sekarang jugak nak tukar keluar... tapi apa alasan plak ct nak minta tukar tu..hubby pun tak balik dari lebanon lagi...huhuhu..kena tunggu hubby balik dulu la bulan julai ni pastu baru boleh minta tukar... Tu pun kalau dah ada pengganti 17 disini...kalau tak mesti Ct tak dapat tukar jugak la jawabnya.... Tension betul cam ni... Maknanya kena pi hunggah tadbir la minta depa push HQ minta pengganti...

Dah la... tak tau nak cakap cam na lagi ~TaTa~


Monday, October 3, 2011

Dah 2kali tapi tak pandai jugak

As salam

Tahun lepas pun dah pi kusus ni di Hotel Sri Malaysi Alor setar, tahun ni pi lagi gara-gara nak cukupkan 7 hari kursus setahun. Kali ni tempat kursusnya Jaaaaaaauuuuuuuuhhhhhh sangat di Langkawi.
Yer.... jauh bagi staf yang datang dari Kuala Lumpur, sabah dan sarawak sampai bas pancit tengah jalan la...
Tapi dekat sangat bagi aku.

Hotel tu 5 minit jer dari rumah... aku tak tido hotel pun, balik tido umah la ngan anak-anak dah abahnya tak de.. 
Ni blajar buat buku vot manual dan penyesuaian, yang buat kewangan tahu la ni.... aku pun buat kewangan jugak tapi aku tak tahu sebab sekarang semua guna sistem.. laporan ke apa semua dah ada lam sistem ckup masa print jer..tu la kan zaman sekarang semua harap kan komputer tapi buatnya komputer problem time nak buat laporan...mampus la. Memang best la dapat blajar semua ni walaupun tak di praktikkan tapi ilmu tu tak rugi, mana tau nanti ditukarkan jabatan kena buat pulak kan.
Penceramah pun faham-faham jer ngan naluri peserta kursus ni...sengaja dia cepatkan modul  supaya dapat bagi lebih masa pada yang nak menambahkan koleksi vantage, corell, parfume dan memborong cokelat.
Hebat depa ni, tau aja kat mana kedai parfume yang murah...aku kat sini pun tak tau sangat (dah jarang membeli) hasilnya.... datang 1 beg balik 3 beg.



Tuesday, September 27, 2011

Jamuan Raya Terakhir

As salam

Rasa baru ja sambut raya ari tu.. tup-tup lagi 5,6 hari dah nak abis dah bulan syawal. Biasa la kan, time raya cuti panjang.
Kakitangan awam kat sini ada  buat jamuan raya hari Jumaat lepas... Meriah sangat lebih meriah dari tahun lepas. Makanan pun meriah jugak... macam-macam ada.... tapi bukan ct yang masak la.
satay, kek coklat, ketupat, buah, rendang ayam


Kuih raya banyak jenis jugak, crabstik popia dan puding roti
Laksa dan koteow sup (tak nampak lam gambaq ni)
Banyak lagi yang tak ada dlm gambaq ... rojak, lontong
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar hasil kerjasama semua staff awam di Mawilla 3
Sayangnya Pegawai awam tak dapat hadir last minit sebab kena mesyuarat.
Insyaallah.. tahun depan harap lebih meriah lagi

Hari sabtu pi jamuan raya pangkalan pulak yang ni termasuk staff tentera la.
Ct sampai pun dah lewat, duduk kat luar dewan je kat dalam dah penuh... lepas makan skit terus balik
Hubby tak de tak best la.. nak ambil makanan pun susah skit ngan anak-anak.. orang len duduk jer kat meja nanti suami masing2 hantarkan makanan.
Tak pe lah janji join jugak.

Tempek skit gambar budak bertuah ni time on da way balik umah



Bye!!!!


Saturday, September 24, 2011

Over Time!!!

As salam

Bukan ct yang over time tapi pengasuh nureen (Kak Sal) sebabnya start hari isnin ni ct kena berkursus di Hotel Langkasuka Langkawi..... 5 minit jer dari umah ct.
Asalnya memang tak de nama ct pun tapi disebabkan nak cukupkan 7 hari wajib kursus tu maka opismate ct minta tolong ngan bahagian latihan tu selitkan nama kami berdua... last2 dapat jugak la tapi kami berdua ni tak disediakan bilik la, tak pe kalau sedia bilik pun ct tetap akan tido kat umah jugak...
Best2 sebab lepas ni dah cukup la 7 hari tu so tak payah la lagi pikir nak kena berkursus jauh-jauh tinggalkan anak-anak.
Disebabkan malam pun ada kelas jugak maka kena minta tolong ngan Kak Sal overtime jagakan Naufal ngan Nureen dari pukul 8 hingga 10.30mlm. Selalu Nureen je Kak Sal jaga, Naufal ke taska just petang kalau ct lambat ambil di taska baru Kak sal tolong ambilkan Naufal... Taska depan umah Kak sal jer.

Yang lain ct tak bimbang sangat sebab tau dah Naufal ngan Nureen memang ok di rumah Kak Sal tu kadang2 sampai ct nak ajak balik pun depa tak mau... syok la kat situ ada kawan nak main kat umah ni depa dua ja. Yang bimbang tu Kalau dah pukul 10.30 abis kelas gedebuk gedebak maunya 11mlm baru sampai umah Kak Sal jangan Naufal tido sudah la... boleh kejutkan tapi dia akan buat perangai ... dah la umah Kak Sal tingkat 1 pastu umah aku plak tingkat 3... kena berangkut la kami anak beranak malam2 buta.
Nak buat cam na kan... redah je lah. Demi kerjaya jugak anak-anak harap semua berjalan ngan lancar.

*Entry lepas ni adalah Autopublish yer... tu pun kalau ct rajin nak menaip*


Wednesday, August 24, 2011

TQ Stabilo, best jer menulis

As salam

Hari isnin dah terima 2 batang pen dari stabilo ni tapi ari ni baru sempat buat entry.
Just isi form kat FB Stabilo  tak pasti ada ke tak lagi sample nya
Bleh guna kat opis... nak harap kan hak kerajaan bila tahun tak tau la baru nak dapat dari stor tu


Wednesday, June 15, 2011

Tukar Suka Sama Suka

As salam
Semalam aku dok mengoogle cari resepi dan map ke TUDM Subang, klik sana klik sini..... sekali jumpa plak 1 group di FB "Tukar Suka Sama Suka"
Ingatkan tukar apa...rupanya tukar tempat kerja. Bila join group ni kita bleh tengok dan iklankan kalau kita nak tukar tempat kerja dengan gov staf di kementerian lain di tempat lain.
Banyak jugak yang dok mencari orang nak tukar suka sama suka ni.... tapi yang masalahnya tempat yang kita nak p tu jawatan plak tak sama ngan kita. Nampak susah jugak... ada macam-macam alasan nak bertukar. Dari komen-komen yang aku baca, ada yang berjaya bila join group ni tapi yang pasti kena hantar permohonan terlebih dulu then selalu follow up ngan jabatan or kementerian tu.

Aku pun join jugak tapi tak de la mencari atau mengiklan cuma sebagai persediaan kalau-kalau nanti hubby kena tukar ke tempat lain aku pun kena la cari jalan tukar jugak. Dulu aku ni kategori close just leh tukar dalam kementerian pertahanan ja pastu start awal tahun ni dah setuju untuk opsyen gunasama so sekarang dah boleh bertukar ke mana-mana kementerian lah. Peluang untuk bertukar tu luas skit tapi bab urusan permohonan pertukaran tu jadi rumit plak...kalau dulu apa-apa hal, nak merayu ke hapa bleh terus ke HQ di mindef tu tp la ni kena berurusan di Jpa putrajaya plak.

Sebenarnya aku lebih suka kalau hubby ditukarkan pastu aku pun minta tukar ke pangkalan or kem yang sama ngan hubby... senang skit nak p keja... cam sekarang ni. Tapi kena jugak buat persediaan untuk ke kementerian lain kalau dalam kem tu tak dak kekosongan jawatan aku ni. Yang pastinya dalam masa setahun dari sekarang aku akan tetap disini....perancangan hujung tahun 2012 aku nak kuar dari Langkawi...insyallah.

Sapa nak join group tu KLIK SINI ataupun search di FB Tukar Suka Sama Suka.


Friday, June 10, 2011

Seminggu yang cool

As salam



Sapa rasa cool ari ni angkat keyboard..... eh! yang tak angkat tu hot la kot no...

Aku dah seminggu dah dok cool dalam opis nih...
Tak tau la sapa yang jaga temperature aircond kat bangunan ni...awat la dia set yg low sangat ni, tambah plak ngan cuaca yang mendung kat luat tu...naik kebas dah kaki tangan aku.
Bukan ari ni ja, bleh kata sepanjang minggu ni aku ngan opismate lain keja ldaam suhu cam musim sejuk kat obersea plak (pandai je cam la penah p obersea)
Bak kata opismate aku, kalau kita beli ikan pastu simpan kat opis blik masak petang nnt pun ikan tu ok lagi sbb kat sini dah rasa cam dok lam peti asi dah ni... Kata dalam langkah penjimatan elektrik..kena tutup lampu dalam opis bila tengahari tapi aircond kalau sejuk gini pun makan letrik kuat gak kan? rasanya lah...sbb aku tak ada aircond kat umah.
Bilik yg dok control aircond tu dekat jangan opis aku ni tp mana bleh nak memandai p dok ubah temperature tu..silap-silap nanti meletup ke hapa mampus aku.

Ok ~tata~


Wednesday, April 27, 2011

Hari TLDM Ke-77 : Mawilla 3


 
Hari ni merupakan hari Ulang Tahun tentera Laut Di Raja Malaysia ke 77.Selamat hari ulang tahun untuk semua anggota TLDM termasuk hubby. Sambutan di dilakukan disemua Pangkalan dan yang paling meriah tentunya di Bandar Tentera Laut iaitu Lumut.Katanya TV3 pun ada buat liputan... aku tak tengok la sebab keja kan..Tapi aku join sambutan peringkat Markas Wilayah Laut 3 sebagai sebahagian dari warga pangkalan.awal aku turun amik port...kerusi pun banyak yang kosong lagi


Perbarisan bermula

 Lagu yang sinonim dengan perbarisan

time ni dah panas weh...
aku yang duduk di bawah bumbung ni pun terkena skit tempias panas tu pun dah berpeluh apatah lagi depa yang dok dalam baris ni... berkilat muka.

Sory la terselindung skit, aku duduk kerusi line ke 3 yang depan-depan semua khas untuk jemputan pesara navy. Lagipun aku guna henpon je, pastu time rekod ni pun sorok-sorok segan plak semua orang berdiri tegak aku plak dok amik gambar


Pancaragam dari tentera darat..tak pasti plak dari unit mana tapi memang best la. Korang rasa lagu apa yang depa main ni... time ni ada check baris oleh panglima

Habis acara untuk hari ni.. Esok ada majlis resepsi diatas kapal oleh ahli bakat tapi aku tak ikut walaupun aku ahli bakat juga....tak berapa aktif sangat. Kakitangan awam pun bleh ikut juga tapi yang pompuan saja...ada la yang ikut. Boleh juga merasa naik kapal sambil kapal tu round-round sekitar langkawi. Buakan senang dapat peluang cam ni tapi tah la, aku tak berasa plak nak ikut. maybe next time la kot.

Ari sabtu ada hari terbuka pangkalan, orang awam dijemput datang ke pangkalan. Ada 2 biji kapal yang boleh kita naik tapi kapal tu tak jalan la. Gerai jualan pun banyak juga.

Wednesday, February 16, 2011

Posto! Posto!


Geram betul la aku... pagi tadi hati ni berbunga-bunga bila tau menang contest Intrend tu,  pastu la ni kepala otak dok memikir jer cam na nak buat.
Kisahnya ari rabu lepas adik aku kat KL  ada hantar kat aku beberapa dokumen pasai urusan jual beli motor, dia guna pos ekspress. Aku tak sempat nak bagitau dia suh guna poslaju ke atau kurier lain dia dah pos dah menda tu. Aku agak paling lama pun mau ari ahad or isnin menda tu sampai kat aku tapi sampai ari ni tak sampai-sampai jugak. aku dah check no rujukan  kat pos online tu... jawapanya dah "final delivery"
Aduh... cam na ni...
 Aku bagi alamat opis sebab dah biasa semua surat menyurat alamat opis lagipun kat umah tak de orang then tong pos kat umah tu tak leh kunci, budak2 selalu main-main surat kat situ.
Aku dah check kat gate tempat semua surat sampai kat opis ni... tak de jugak.
Jap lagi nak p pejabat pos pulak la...

Tak tau sapa hilangkan menda tu..
Posmen? ikut rekod  benda dah diserah
Budak gate tempat terima surat? katanya semua surat dah tak dak dalam simpanan depa

Kat mana aku nak tuju ni!!!!

note: kadang2 bahasakan diri "aku" kadang2 "ct" ikut suka jer kan?


Tuesday, December 14, 2010

Aku dah setuju


Comfirm!!!
Aku dah setuju dengan syarat-syarat dan faham akan  implikasi yang bakal aku terima bila aku menadatangani borang tersebut.
Dengan senang hatinya pagi ni aku tandatangan borang tu tinggal nak buat pengesahan saksi ja.
Tak  payah pikir-pikir lagi rasanya sebab semua dah dijelaskan pada aku.

Hubby lagi la suka kan????
:
:
:
:
:
:
Korang tau ka borang apa yang aku tandatangan tu?
:
:
:
Borang ini

klik kasi jelas skit

Borang Opsyen pertukaran ketua perkhidmatan. Sebelum ni ketua perkhidmatan aku adalah KSU Kementerian Pertahanan selepas ni akan bertukar kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)
Dulu aku dibawah skim bukan gunasama sekarang bertukar kepada Skim gunasama.
Minggu lepas aku dah p dengar taklimat pasal ni oleh JPA. Rasanya hampir semua bersetuju dengan opsyen ni sebab banyak kebaikanya.

 Sebelum ni peluang kenaikan pangkat adalah sangat terhad kerana kami hanya boleh dinaikkan pangkat jika ada kekosongan jawatan di dalam Kementerian Pertahanan sahaja.
Sekarang peluang lebih meluas, kerana boleh memohon KPSL dimana-mana kementerian atau jabatan

Sebelum ni, tempat pertukaran juga terhad di unit-unit atau kem-kem tentera dan Khidmat negara (JLKN) yang majoritinya perlu bertuankan @ berbosskan tentera.Tak semua negeri ada kem tentera, kalau ada pun bilangan anggota awam cam aku ni tak ramai.
Sekarang tidak lagi... boleh bebas diletakkan dimana-mana yang dirasakan sesuai oleh JPA so peluang untuk aku mengalami Perkahwinan jarak jauh (PJJ) tu kurang skit kot.

Yang lain-lain dalam perkhidmatan seperti Cuti, Gaji,kemudahan adalah seperti biasa. Tak da perubahan pun
Yang leceh skit adalah proses permohonan pertukaran yang mungkin memakan masa sebab kena lalui banyak peringkat. Dari unit ke mindef, setelah mindef lulus pertukaran baru dilepaskan ke JPA, Kalu mindef tak luluskan...dia nak kita keja under dia juga so masih di unit tentera la jawabnya.

Masa sesi taklimat tu wakil JPA dah bagitau... kalau nak bertukar dari KL ke kampung sendiri kena Q dulu la dengan Staf Awam yang lain tapi kalau nak bertukar ke KL tak dak masalah.

Note: Aku ni teringin nak p keja sebelah sabah or sarawak.Nak merasa duduk tempat orang. 


Thursday, December 9, 2010

Dah boleh bebas?


Ni entry auto publish
Masa uolls baca entry ni ct mungkin tengah dok dengar taklimat pasal tukar ketua jabatan & kementerian di JANM kedah ataupun dah abis taklimat on da way balik umah.

Kementerian Pertahanan adalah Kementerian yang close maknanya kebanyakan (tak semua) staf awam (bukan tentera) yang bekerja di dalam kementeria ni adalah ditakbir sepenuhnya oleh kementerian pertahanan. Ada juga staf awam yang dari JANM tapi tak banyak la..

Baru-baru ni kami terima maklumat mengatakan kementerian akan di Open tetapi jawatan aku ni masih Close. Pungutan suara telah dibuat... aku bersetuju untuk open then ari ni taklimat mengenai benda ni telah dibuat. Aku sebenarnya tak berapa nak faham pun lagi sebab dengar berita ni dari mulut orang ja... tak dengar sendiri dari HQ di KL. Insyallah selepas mendengar taklimat ni pasti kami disini yang masih kabur-kabur akan jelas akan kedudkan yang sebenar.

Member-member aku cakap kalau kementerian Open maknanya apabila kami minta ditukarkan atau posting ke tempat lain kami boleh diletakkan di mana-mana kementerian yang ada kekosongan jawatan di kawasan yang kita minta tu. Sekarang ni  kami hanya boleh ditukarkan ke unit-unt dibawah kementerian pertahan atau JLKN (khidmat negara) sahaja. Selamanya bekerja bersama tentera la jawabnya..

Bagi orang cam aku yang hubby tentera aku lebih suka kalau ditukarkan ke unit atau pangkalan yang sama dengan hubby tapi masalah yang sering timbul adalah tiada kekosongan (tak banyak perjawatan awam) So aku sokong juga lah kementerian pertahanan di OPEN sebab kalau tak dak kekosongan di unit tentera aku boleh diletakan di mana-mana sperti di balai polis, Jpj, sekolah dan mana-mana lah. Aku tak kisah bab kerja ni, janji aku ngan anak-anak bersama ngan hubby. Tak nak Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) sian kat anak-anak rindukan abahnya....


Tuesday, November 16, 2010

Aku belum... Uolls dah siap?

SALAM

Apa yang belum ... apa yang dah siap tu????
Ni ha, ct nak tanya uolls dah siap ke isi Laoran Penilaian Prestasi tahun ni. Kan dah ujung-ujung tahun tentu la benda ni kena isi untuk menunjukkan prestasi uolls kat boss pastu baru la boss leh kasi markah tinggi-tinggi skit.. tapi jangan dok gaduh plak kalau markah rendah..Ops! macam pernah ku lihat aksi gaduh-gaduh pasal Markah penilaian prestasi ni..

Pada bos-bos pulak jangan la bagi markah ikut suka ati ja tanpa merujuk pada prestasi kerja yang kakitangan awak telah tunjukan. Yang paling penting jangan ada sikap pilih kasih dan ketepikan hal-hal peribadi, nilailah berdasarkan apa yang sepatutnya.

Ct pun belum siap isi lagi...  Uolls dah ke?


Hari ini dan Esok

SALAM

Hari Raya Aidil Adha tahun ni aku sambut di umah aku ja... tak balik kampung pun. Ni first time kami sefamily tak balik beraya di kampung. Ada beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.. antaranya  cuti aku tinggal 4 hari saja lagi yang aku simpan untuk bercuti pada disember ni sebab pengasuh aku nak cuti. Tak pa la, aku tak kisah sangat beraya dimana pun janji hubby ngan anak-anak ada disamping aku.. meriah ke tidak itu lain hal.. Aku tak lah buat persiapan apa pun, sebab kami akan menyambutnya di Pangkalan.

Hari ni dah bermula persiapan untuk majlis pada esok hari, dengarnya seekor lembu dikorbankan.. Sekarang pun kat opis tinggal aku sorang je, ada yang dah bercuti balik kampung dan ada pulak yang menguruskan persiapan di dewan makan.

Mengikut perancanganya esok seawal pagi semua warga pangkalan yang tidak pulang ke kampung (termasuk aku sefamily) akan berada di MAWILLA 3 untuk menunaikan solat Aidil Adha bersama-sama dan seterusnya acara korban akan dijalankan dan diakhiri dengan majlis makan-makan.

Walaupun tak dapat pulang ke kampung, semoga majlis ini akan mengubat duka..
Lagipun ni Raya Aidil Adha ja kan... lain la kalau Raya Aidil Fitri, kalau tak dapat cuti mau menangis jugak aku ni..

Insyaallah... gambar-gambar sekitar majlis esok akan aku tempek disini. Tu pun kalau ada gambar la.. tak kan tak tau majlis-majlis gini bawa anak kecik..


Monday, November 15, 2010

Hari Jumaat punya cerita

SALAM

Hari jumaat lepas, malamnya…. Malam jumaat la kan.. bukan produk yg spray2 lam mulut tu yer.(ada kata hari jumaat malam sabtu) Heeeeheeeeheee… bukan jugak crita pasai hantu tapi nak crita pasai hubby yang join pertandingan memancing tertutup di jeti Mawilla 3 ni. Aku tak ikut pun, sebab depa buat malam then sah-sah pukul 2,3 pagi baru selesai.. anak-anak nak letak mana? Aku suruh la hubby amik gambar skit sepanjang pertandingan tu, nak suruh dia awa camera nati susah plak,mana nak memancing mana nak usung camera amik gamba so aku cakap pakai caera henpon je lah..


Dan ini lah hasilnya..





Apa pun tak Nampak…. Gagal la…

Kalau dapat gambar yang cantik sikit nanti ct publish lain yer..

Monday, November 8, 2010

Selamat semuanya

salam


:
:
:
:

:
:
:
:


TATA!!!

Friday, October 29, 2010

Alfatihah.... damailah mu disana

SALAM

Di pagi jumaat (dah tgah ari) penghulu shgala hari ct menerima berita yg menyedihkan iaitu kepulangan seorang anak kecil kepada yang maha esa... Aisyah (3 bulan) Aisyah adalah anak kepada salah seorang anggota navy (halim) di pangkalan ini. Walaupun halim bukan lah opismate ct tp dia selalu ke opis ct untuk guna e-perolehan disini.

Hari selasa lepas halim ada datang ke opisuntuk menyiapkan kerjanya walaupun dia dalam bercuti kerana anaknya dimasukkan ke wad. Menurut halim dalam jam 3 pagi dia sedar anaknya seperti tidak selesa dan menagis, dia ingatkan hanya perkara biasa sehingga pulul 4 pagi  barulah dia rasa seperti ada yang tak kena dan terus bawa ke hospital. Doktor mengatakan anaknya sesak nafas (mungkin lelah) dan jika ia lambat lagi sedikit mungkin anaknya sudah tiada... Setelah diberi rawatan kecemasan aisyah sudah stabil dan dimasukan ke wad.

Tiga bulan lepas, semasa memberitahu ct tentang kelahiran aisyah, halim nampak sangat gembira dan teruja menjadi seorang ayah..  maklumlah sebelum ini isterinya pernah keguguran..Pada majlis sambutan hari raya ct tengok halim sentiasa mengendong anaknya kesana kesini

Allah s.w.t lebih sayangkanya...... malam tadi baby comel tersebut telah meninggal di hospital.
Ct pun dapat berita ni dari opismate dan sempat jugak menziarahi.....

AL-FATIHAH

Tuesday, October 19, 2010

Hill View @ Sea View

SALAM

Pertengahan tahun 2011 berkemungkinan Kuarters mawilla 3 akan siap sepenuhnya, bermakna separuh yang sedang menyewa rumah diluar akan dipindahkan ke kuarters.


Crita pasai kuarters @ rumah kerajaan aku rasa sekarang ni memang dah berbeza dengan dulu… Dulu Kuarters macam rumah teres memanjang gitu… ada yang batu ada jugak yang separuh papan. Masih ingat lagi rumah kerajaan yang mak sedara aku duduk.. Umah batu, pintu papan, tingkap papan pastu ada dawai petak-petak, bilik2 ja.. tapi sekarang ni,kuarters mesti rumah tingkat-tingkat.

Biasalah kan… tanah pun dah mahal, yang pangkat-pangkat rendah ni kena la duduk umah merpati tu..

Walaubagaimana pun aku rasa kuarters sekarang dah sangat selesa dan cantik. Apa tidaknya, tengoklah kuarters mawilla 3 yang bakal siap ni


 Pandangan dari opis aku.


Kiranya Hill View la
Bila tengok ni, takut jugak la.. maunya jadik tragedy bukit antarabangsa


Ini pulak pandangan sea View jika dapat rumah yang menghadap laut


Nampak tak pulau yang berbukit kat depan tu….Itulah pulau dayang bunting
Dengar-dengarnya taska PERMATA pun nak dibuka disini, sesiapa yang berminat diminta bagi nama anak. Hubby dah bagi nama Naufal… senang sikit kalau naufal belajar kat sini, dekat la kalau nak pi amik dan hantar tapi adik nureen tetap jauh la.

Pemandangan dari pangkalan ni memang cantik tambahan pulak waktu malam
Kalau datang Langkawi lalu lah jalan Bukit malut pasti jumpa Mawilla 3.

Thursday, September 30, 2010

♥ Jamuan Hari Raya PTA Mawilla3 ♥

SALAM

Semalam ct tak sempat nak update @ blogwalking kerana sibuk sikit dengan majlis jamuan hari raya di opis ni.. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan makanan pun habis walaupun bos tak ada (out-station). Kami dah planing dari minggu lepas tup-tup bos kena out station last-last minit..
tak pe lah puan, nanti kita buat makan-makan lagi yer...

acara baru bermula

jemput-jemput, jangan malu-malu

yum...yum...

dah kenyang dah... alhamdulillah
tak puas hati ngan gambaq ni, nape aku nampak bolat?
Muka pulak berminyak2..huhuhu

Antara tetamu yang hadir

Tetamu jugak.. wajib hadir dia ni..

Majlis ni secara kecil-kecilan saja, Terima kasih pada semua kakitangan awam MAWILLA3 yang telah menjayakannya.
Tahun depan kita buat lagi Grand yer...

p/s: gambo banyak lagi tapi line tenet slow sangat so ini je lah yang ada.



Friday, September 3, 2010

♥Terima Kasih....lega sikit hati ni ♥

SALAM

Masalah payslip ct masih belum selesai.....tapi dah nampak sedikit bunga-bunga penyelesaianya.
Yang tak tau apa masalahnya boleh jenguk DISINI

Masalah tu dah dibawa ke dalam mesyuarat dan pihak yang bertanggungjawab telah memberikan feed back yang baik. Lega sikit ct mendengarnya tapi KEW8 pergerakan gaji tu kena minta tolong kak fatimah di perlis tolong uruskan buat sementara waktu.

Ct harap masalah ini akan selesai sebelum akhir tahun ni....
Pada SHAFIZA , IBUNAFIS dan MAMA AIZARA
terima kasih sudi beri pendapat dan nasihat pada ct


Tuesday, August 24, 2010

✿Sesiapa pandai tentang payslip, boleh tolong ct.....✿.

SALAM

Dah hampir 3 tahun....... ct di Mawilla 3 dan selama itu jugak ct hanya dapat payslip/slip gaji 6 bulan sekali. Uolls nak tau kenapa? Gini ceritanya...

-Bulan 9 2007 ct bertukar ke Mawilla 3 langkawi, masa tu unit ni baru beroperasi so apa pun tak dak lagi.. Kod pusat pembayar pun tak wujud lagi... ct staf awam pertama kat sini (yang lain tentera)
- Segala hal pentadbiran dan gaji sepatutnya dibawah TLDM sg. nyior di butterworth tup-tup ditolak dengan alasan Mawilla 3 di langkawi kedah so tak boleh dibayar oleh AG p.pinang maka ct ditumpangkan di Kem Oran Perlis (kem terdekat)
-So payslip ct minta tolong staf di perlis pos kan.(5.6 bulan skali baru dapat).... Sebelum dapat tukar payslip ni pun macam-macam masalah dah timbul... Jawatan dan kadar cola salah di KEW8. nak dapat KEW8 baru punyalah lambat sampai masuk tahun lain....
-Ok takat tu..... Dah dapat gaji pun dikira ok lah.
-2009 disini dah ada kod pusat pembayar, so ct nak tukarkan balik payslip ke sini.
-Cuba buat pertukaran guna KEW8 petukaran yang lama. AG tolak, nak yang terbaru...
-Mohon CKA (di KL) buat KEW8 baru tapi depa tak nak buat
-Lepas bagi alasan dan sebab baru KEW8 baru dapat.
-Di kew8 diletakan "Dipindahan pentadbiran dan urusan gaji ke mawilla 3"
-AG tolak lagi sebab nak KEW8 "Ditukarkan ke mawilla 3"

Hadoi!!!! AG ni pun satu lah.... kejap nak macam ni... kejap macam ni....
Tahun 2007 dan 2008 punya kenaikan pada Oktober hampir 1 tahun baru ct dapat..
tahun ni punya KEW8 kenaikan dah dapat tapi tak leh buat tindakan sebab kena tunggu payslip aku ditukar ke sini. kalau tak sempat tindakan bulan 12?
Sekarang ni memang la ct dapat gaji tiap-tiap bulan cuma payslip ja tak dapat tapi mulai bulan 6 tahun ni payslip dah boleh di print dari laman web AG... senang la. Yang ct takut ialah sekiranya ct bertukar ke unit lain lagi sekali macam mana pulak? Dan setiap kali kenaikan tahunan ct kena hantar KEW8 ke perlis, tambahan pulak bulan oktober kena buat tindakan cepat-cepat.
Tak tau la sekarang ni nak minta tolong ngan sapa.... ct dah jadi malu nak minta tolong, merayu orang tolong uruskan benda ni takut nanti kata orang kata dok push depa lah.....

Dah nak masuk tiga tahun... semua pakat dok tolak sana, tolak sini...
huh! buruknya muka..


Hah! yang ni cummil....



DAN



Related Posts with Thumbnails