Showing posts with label alahai artis. Show all posts
Showing posts with label alahai artis. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

Jumpa Aaron Aziz disana

As salam

 Cakap nak update lagi kan pasai hubby pi umrah tu...ni la critanya

 Tahniah menang bintang paling popular....walau ada orang yang tak puas hati kan....
Rezeki masing-masing...
Bukan nak crita pasai ABPBH tu
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
cuma pasai ni

Aaron Aziz pi buat umrah jugak yer...hubby cakap jumpa masa di retoran kat sana


*nampak sangat amik gambar sendiri..hikhikhik..*


Wednesday, October 5, 2011

Selamat bertunang Chef Rizz & Ana Dahlia

As salam


Gambar cilok dari FB Serina... cantik jugak kan Ana Dahlia ni, makeup pun simple jer
Hari ni selamat sudah  anak teruna Dato Chef Wan ditunangkan dengan seorang pelakon Ana Dahlia.. ct pun tak brapa prasan Ana ni belakon crita apa...

Dari apa yang di luahkan oleh Dato Chef wan di Fan Page nya nampak sungguh teruja dia nak terima menantu sorang lagi ni..



Ini yang paling best nii.. slalu dengar pihak lelaki ada tawar menawar....minta kurang la tapi lain pulak dengan pihak lelaki ni siap Tambah lagi tu dan alasan kenapa dia tambah duit hantran tu memang ct setuju sangat... sekarang semua benda mahal kan.....

Bila majlis nak dilangsungkan?
Cari kat sini....
Apa pun tahniah lah untuk bakal pengantin ni.... bertuah Ana Dahlia, tak kisah la janda ke apa janji tak dak crita tak sedap didengar...

*suka tengok crita wedding serina di AFC dulu*


Tuesday, September 20, 2011

Diana Amir berhijab Tapi Fida tunjuk bahu


As salam

Selepas Siti Nordiana berhijab maka tiba plak masa Diana Amir pulak mengikut jejak berhijab comel cam Irma Hasmie...
 Tak pasti Diana amir ni berhijab dalam lakonan ataupun untuk majlis tertentu tapi comel jer kan

TAPI!!!!!!!
Apa yang jadik pada FIDA


Fesyen apa plak tak tau la... Kalau pakai inner neck pun apa salahnya kan? 



Fida buka tudung bila dating ngan Mamat

As salam

Baru je baca pasal Siti Nordiana dah bertudung tup-tup timbul plak Fida yang asalnya bertudung dah buka tudungnya bila kuar dating ngan boipren si mamat sepah tu.. apa dah jadi ni???
Kalau tak caya tengok gambaq ni


nampak tak si mamat yang tukang amik gambaq tu
 
Dah ikut pesyen sedaranya Tok T pulak dah... alahai napa jadi gini? Tak kan pasal dah bercinta ngan artis so kuar dating pun kena buka tudung?
 
Sumber dari SINI

Friday, June 17, 2011

Dato Siti dalam baju loreng

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin merupakan antara artis yang menyerahkan borang penyertaan dan menerima kelengkapan pakaian seragam sebagai simbolik beliau menyertai Rejimen Askar Wataniah.
Selebriti lain yang turut menyertai pasukan tersebut adalah pelakon Shaheizy Sam, Intan Ladyana, penerbit filem David Teo, penyanyi Ana Raffali dan penyanyi Aizat.
Penyerahan uniform itu dilakukan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Kementerian Pertahanan, di sini, Khamis.
Menurut Siti, program ini bukan sahaja membantu menguatkan mental dan fizikalnya tetapi mampu meningkatkan jati dirinya sebagai seorang sukarelawan.
“Saya pernah menyertai latihan ketenteraan yang lasak sebelum ini untuk sebuah program televisyen tetapi menyertai askar wataniah lebih berbeza dan memerlukan senaman yang lebih,” katanya pada majlis tersebut.
Dia bersedia untuk melakukan latihan pada bila-bila masa bergantung kepada kesesuaian jadual kariernya.
Malah dia lebih seronok jika ramai peminatnya turut serta menyertai askar wataniah.
Sementara Ana Raffali berkata angan-angannya menjadi kenyataan apabila ditawarkan melibatkan diri dalam rejimen itu.
“Saya pernah berangan-angan untuk menjadi askar tetapi angan itu tidak dapat diteruskan kerana kekangan masa dan tidak tahu prosedurnya.
“Setelah mendapat tawaran daripada Kementerian Pertahanan, saya terus menerimanya,” katanya yang pernah memegang jawatan koperal sewaktu menyertai kadet remaja sekolah.
Tanpa berselindung, Ana akui dia pernah mengidap asma. Bagaimanapun, padanya masalah kesihatan tidak akan menghalang dirinya untuk menyumbang sesuatu kepada negara.
Aizat pula begitu teruja untuk menyertai pelbagai jenis latihan seperti kawad kaki, menembak, mengendalikan senjata seperti bom dan M-16 setelah mendengar cerita daripada kawannya yang merupakan seorang anggota tentera di Singapura.
Sementara Shaheizy Sam menyertai askar wataniah demi meneruskan cita-cita arwah ayahnya dan mempelajari lebih banyak ilmu ketenteraan yang menyeronokkan.
Selain selebriti berkenaan, anak sulung Zahid Hamidi iaitu Nurul Hidayah,34, yang juga pengacara rancangan Inspirasi Ramadan di RTM turut menyertai pasukan itu

SUMBER: SINI

Lepas ni ramai yang join wataniah sebab nak 1 skuad ngan dato siti...tapi ok lah kan untuk jadi contoh pada budak-budak sekarang ni yang lebih suka buat benda tak berfaedah lebih baik join wataniah...banyak benda bleh belajar then kalau berminat dan bersungguh-sungguh boleh jugak diserap masuk ke perkhidmatan tetap...Datang buat latihan ni pun ada elaun jugak tau. David teoh pun join jugak tu...wakil dari kaum cina la kot...
Kakitangan awam dibawah mindef ni pun dah lama kena join tapi aku tak pun sebab susah skit bila dah ada family ni... kalau bujang lagi mau jugak la.
Maknanya susah lagi la dato siti nak mengandung.
 

Friday, March 4, 2011

Beli kain sulam indonesia dari Anuar Zain


* best arrr lagu tema Hikayat merong mahawangsa ni*

Siapa tak minat Anuar Zain sial angkat keyboard... hahahaha 
aku tak angkat, maknanya aku suka la ....
semalam ngan ari ni aku tengok ramai yang buat entry pasal Anuar Zain rela dicium oleh peminat masa dia perform minggu setiausaha nanti.
Aku pun nak jugak buat entry pasai anuar zain tapi critanya len skit la..

Dalam dok belek berita harian semalam (3-3-2011) kat ruangan yang ada banyak iklan-iklan tu, aku tertarik dengan iklan ni yang

Korang yang baca Berita harian... perasan tak iklan ni?

Ni petikan dari iklan tu
JOM SERTAI SAYA, Anuar Zain sebagai usahawan capital boutique, rebut peluang mengedarkan barangan berjenama serta produk sulaman indonesia sepeerti kebaya, baju kurung, tudung dan telekung. Untuk keterangan lanjut SMS.......

Betul ke ni? korang ada ke pernah dengar pasal Anuar Zain jadik usahawan Capitol Boutique tu...
Aku ni, walaupun minat Anuar Zain tapi tak tau sangat pasal live dia just suka lagu yang dia nyanyi jer..

Kalau betul, ok lah... takut tak betul jer..
nanti jadik cam kes Rosyam nor pulak.


Tuesday, February 22, 2011

Dato' Sudirman bin Haji Arshad


Lahir: 25 Mei 1954Temerloh, Pahang,Malaysia
Meninggal dunia: 22 Februari 1992 (umur 37)
Lucky Garden, Bangsar,Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan: Penyanyi, peguam, pelakon, penulis, ahli perniagaan
 
Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.



Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.
 
Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.


Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO di Temerloh, Pahang. Bapanya telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada 1978.

Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain - Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini. Dari sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.

Sudirman memulakan persekolahnya pada tahun 1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.

Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.


Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu Jali Jali, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suaranya memang unik.

Hari ini genaplah 19 tahun pemergian Allahyarham Sudirman...  Al-Fatihah
Ct suka sangat lagu-lagu nyanyian Allahyarham, pagi tadi on d way p kerja hubby dok melalak lam keta nyanyi sambil dengar Hotfm.

Sumber: DISINI


Monday, February 21, 2011

Mentor 5



Korang tengok tak mentor semalam?... yang sesi uji bakat tu..
Ramai yer orang kita ni yang nak jadik artis... almaklumlah kalau menang hadiahnya pun memang lumayan.

Aku layan mentor ni sambil makan nasi, nak tersedak aku bila tengok dressing bini sorang peserta uji bakat tu... perg... dah lebih dari artis dah. Suami dia tak puas ati bila ajai ckp dia tak layak so dia tunggu Noh sampai pastu cuba lagi tapi Noh pun reject jugak.

Macam-macam orang yang mai cuba nasib.. yang nak mai mintak keja jadik peon Edry pun ada, siap bawa resume lagik. Yang nak meniaga minyak wangi pun ada, sambi menyelam sambil minum air ye tak?

Kita tunggu je lah tengok protege tahun ni hebat ke tak

Ada terbaca pasal juara tahun lepas Mohd tak dapat lagi duit kemenangan tu sebab dia letak nama mak dia sebagai pewaris pastu mak dia meninggal then benda tu dah di masukan dalam amanah raya.


Wednesday, February 16, 2011

Jumpa Shah Rukh Khan di Langkawi




Korang minat ke si SRK ni?
Aku tak dak la minat sangat si SRK ni, tapi dulu masa sekolah suka la jugak tengok crita dia berlakon yang paling pemes Kuch Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai ngan Kabhi Kushi Khabi Gham tu..
Dengarnya la ni dia ada kat malaysia dok buat perganbaran filem DON 2 di Melaka pastu katanya nak mai Langkawi pulak.

Dalam filem baru ni pelakon Malaysia pun ada jugak


Ady Putra
 
Kalau nak tau lebih lagi KLIK SINI
 
 

Friday, January 21, 2011

Tahniah Ayu Raudhah & Zaquan



Cantiknya Ayu Raudhah pada malam berinai ni. Sama padan Ayu dan Zaquan...
Tapi ct lagi suka kalau Ayu ni bertudung macam yang selalu tengok dia berlakon...mata dia cantik
Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat.

Bertuah adik beradik kembar ni.. dapat isteri artis yang cantik-cantik belaka.

sumber: SINI

note: vanida ngan shidi tak bercerai kan? ct suka la pasangan tu..romantik


Thursday, January 13, 2011

Jennifer love hewitt

SALAM

Aku suka sangat tengok jennifer love hewitt  punya make up dalam ghost whisperer tu. Nmapak simple dan natural jer... tapi aku tak pandai la nak make up cam tu.. Ada jugak tengok kat you tube cara-cara nak make up nampak simple tapi cantik.... dah cuba tapi tak menjadi. Nak make up ni pun kena berseni jugak kan... aku ni mana la berseni gitu... keras je tangan ni.





Sesekali tu ada jugak rasa cam nak join mana-mana kelas yang ajar make up ni, yang basic-basic pun jadi la kan... nak make up diri sendiri ja. Bukan nak melaram dengan 3,4 inci bedak dimuka,lipstik menerang, blusher cam badut tapi cuma nak sedikit perubahan dalam bab make up ni. Bila dah nampak cantik, konfiden lavel tu mesti akan bertambah kan... terutamanya bila berdepan dengan orang ramai.
Ini cuma pendapat aku untuk diri aku saja la, orang lain aku tak pasti pulak cam na. Sekarang ni banyak yang suka buat sesi photoshoot sana sini tu tak masuk lagi yang photoshoot sendirian berhad, bila dah make up cantik, baju cantik, posing cantik so gambar pun cantik la. Jelesnya aku.......
Disebabkan kurang Konfiden  tu la, aku jarang letak pic aku dalam blog ni dan  nak join Kontest yang bedasarkan kecantikan memang aku tak join la kot..

note: belajar make up ni tak rugi kan... kalau pandai nanti bleh buat bisnes plak

Bikini Vs Anak angkat

SALAM

Ramai dah dok crita kat sana sini pasai Fasha Sandha  berbikini di bali. Kalau kat malaysia ni mungkin separuh bikini je kot dia berani pakai cam masa parti Hallowen (betul ke aku eja) ari tu tapi bila dah p luar dari malaysia dengan selambanya dia pakai cam tu siap dok berjemur kat pantai lagi. Maybe dia ingat kat sana tak dak sapa kenai dia kot.... betoi la tu sebab yang letak gambar tu di internet kawan dia yang p sekali ke bali.
korang dah tengok ke?
Kalau tak tengok jom kita tengok



Fasha mengaku itu memang gambar dia dan dia dah minta maaf dengan peminat tapi aku suka statment dari
CIK GELI dalam entry dia pasai fasha minta maaf ni.

Korang tau tak sebelum keluar crita pasal bikini ada jugak crita pasal Fasha nak amik anak angkat

I’m thinking to adopt this babygirl name Khairunisa. She’s cute, 11months. Her father left her. Her mother (19years old), has got 9siblings n struggling with her life. what do u think? Pls advice.
ini kata fasha la

Bila baca ni, aku  ingat tahun ni si fasha dah tak mo ada crita tak elok  tup-tup sehari dua kuar plak isu bikini.

ikut suka hampa la.... tak bleh nak buat apa dah...



Wednesday, January 12, 2011

Hadiah Birthday Siti Nurhaliza

SALAM

11-01-11
Tarikh birthday Datuk Siti Nurhaliza yang ke-32.


HAPPY BIRTHDAY!!!!!

Tahun ni dengarnya ct belum dapat lagi hadiah dari suami tercinta Datuk K, agak-agak uolls apa hadiah untuk Ct tahun ni? Ada yang mengatakan Ct hanya minta sebuah Macbook pro.
Itu je ke Ct?  bukan sebijik dua 50 bijik pun Datuk K boleh beli kat Ct.

Tahun 2008 hadiah Mercedez Benz hitam RM 800,000
Tahun 2009 hadiah Jam Tangan Richard Mille RM 250,000
Tahun 2010 hadiah Hand bag Loius Vuitton RM 40,000

Tahun 2011 ni, Datuk K tak sempat nak beli hadiah untuk Ct sebab sibuk then Ct hanya minta Macbook ja..

Esok lusa ada la nanti crita pasai hadiah birthday Datuk Ct ni kuar, ramai yang nak tau ni.... terutamanya isteri-isteri yang ada angan-angan nak minta benda yang sama dari suami masa birthday.

note: perasan tak, makin lama makin murah hadiahnya


Monday, January 10, 2011

Jumpa Ummi Aida di Taman Tasik Titiwangsa

SALAM


Uolls peminat UMMI AIDA? nak jumpa dengannya sambil beramal dan menderma boleh ke
Taman Tasik Titiwangsa pada 15 hb ni.


Keterangan lanjut boleh jenguk di FAN PAGE UMMI AIDA


Monday, November 15, 2010

"cinta syyhh" Uncleseekers & Siti Aishah



Bagitu mesra mereka berdua...
Ikuti kisah-kisah "Cinta syyhh" antara Uncle seekers & mantan permaisuri agong Puan Besar Selangor Datuk Amar Siti Aishah


Ala-ala cerita hindustan pun ada.. tapi bab masuk hotel yang PANAASSS tu...


Friday, November 12, 2010

Hattan dan Nurul gembira dengan kejayaan anak

SALAM

Semalam keputusan UPSR 2010 telah dikeluarkan... ramai yang meraih keputusan yang cemerlang.
Terengganu adalah negeri yang paling ramai mendapat keputusan cemerlang selama 10 tahun.. Cayalah, orang terengganu ni pandai-pandai yer...

Tahun ni mencatat peratusan terbaik dalam sejarah dengan
148,327 
mendapat semua A

PENYANYI terkenal Hattan (kanan) dan Nurul Huda Wahab (kiri sekali) gembira dengan keputusan anak mereka Adam Eman dan Ayu Nazirah di sekolah yang sama mendapat keputusan 5A bagi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010 di SK Tun Dr Ismail (1) Kuala Lumpur.


Tahniah kepada semua yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang...



Monday, October 25, 2010

MARI MENARI



Tengok tajuk tu pun tentu uolls dah tau aku nak crita pasai program reality yang baru bermula di ASTRO iaitu MARI MENARI. Lebih kurang sehati berdansa la jugak  Cuma yang bezanya pasangan bukan dari kalangan artis atau selebriti tapi orang biasa yang terdiri dari ahli keluarga… ada yang suami isteri, adik kakak dan ayah anak. Pasangan ini pulak datang daripelbagai profesion… ada suri rumah,anggota tentera, pemandu, pesara tentera,model,pegawai pemasaran,pengajar golf, penari dan sebagainya… ops!

Sebenarnya aku bukan peminat MARI MENARI tapi hari sabtu lepas hubby terbuka chanel 104 dan aku tertengok pasangan Rosdi (kalau tak silap aku lah) tengah menari… Nampak ok jugak so lepas tu tunggu lah pasangan seterusnya. Bila Nampak pasangan ZulFahmi, hubby aku “Eh! Abang Emy la”. La….rupa-rupanya Zul Fahmi tu sepupu hubby. Aku ni tak berapa cam muka sepupu hubby tu.. maklum lah setahun sekali ja jumpa masa raya tambah pulak hubby ramai sangat sepupu sepapatnya.


Walaupun isterinya adalah penari dan zulfahmi tu dulu penari jugak tetapi malam tu depa kurang menyerlah then markah dari juri pun cukup-cukup makan ja…

Malam ahad ada penyingkiran tapi aku tak tau nasib depa sebab aku tengok FFM 23. Pasangan tentera pun boleh menari dengan baik..



GOOD LUCK!

note: aku tak penah dok abiskan kredit undi-undi program realiti ni...


Related Posts with Thumbnails