Showing posts with label Adik nureen. Show all posts
Showing posts with label Adik nureen. Show all posts

Friday, June 22, 2012

Slurppppp....

As salam

Lamanay tak update kat sini....padahal ari-ari buka blog ni tapi mood nak menaip tu tak sampai pulak... so jun dah nak abis tapi entry bulan ni tak sampai 5 entry pon.. tu bukti mood memang ke laut dalam lah... tapi mood lain plak yang  panasssss.... 10 Julai horeyyyy!!!

alahai.. melalut plak...banyak benda nak tempek kat sini tapi tak tau tau nak mula yang mana satu... So petang ni kita mula dengan entry makan-makan...

Minggu lepas ada buat makan-makan untuk pegawai then ada lebih tu depa bagi kat opis... spegathi (betul ke eja gini?) hehehe...ni memang tak brapa kena dengan tekak Ct so amik la skit bawak balik untuk Naufal sebab dia dah lama cakap nak makan sepghati ni... Niat nak buat sendiri dah lama ada tapi tak terbuat-buat jugak...
Balik umah Naufal rasa skit jer pastu tak mau dah sebab kata masam... hahaha..tau pon! kalau tak selau jer dok cakap tanya bila nak masak spegahti... ni semua pengaruh dalam citer karton kat Tv tu...
Naufal tak suka tapi ada orang lain yang suka rupanya...

Habis semangkuk....Budak kecik ni tak penah pon minta, tapi dah dapat.....korang tengok la cara makan tu... hilang semua garfu-garfu .. pakai tangan lagi sodap.

Naufal dari minta spegahti beralih minta Pancake pulak..... alahai....


Thursday, May 17, 2012

Mood : rindu dia disana

As salam

Dah 3 minggu rasanya asyik mimpikan hubby disana. Anak-anak pon dah boleh nampak depa rindukan abahnya.
Lebih kurang 2 bulan lagi insyalllah hubby akan tamat misi
Kalau boleh tahun 2012 ni nak masa berjalan dengan cepat....dikira dari hubby mula traning di kuantan, cukup setahun dah..so kiranya kami kena PJJ hampir 1 tahun 2 bulan.
Ini paling lama kami lalui PJJ...sebelum ni hanya 4 bulan ja masa hubby kursus di lumut tapi itu lain, 2 minggu sekali hubby akan balik.

2 bulan rasanya lama sangat nak tunggu...huhuhu

Tempek gambar kami disini untuk Hubby disana








~TaTa~


Sunday, May 6, 2012

HaPPy BirTHdaY ShaRiFah NuREEn HumAIrA


As salam

02 mac 2009 -  02 mac 2012



kek beli on the spot jer... tak de tempah apa pon...

Muka teruja nak tiup lilin..hahaha



yum...yum...

Adik, mak ngan abah harap adik membesar dengan sihat....jadi budak baik, nanti tahun depan kena rajin-rajin pi sekolah tau..pastu jangan nakal sangat buli abang Naufal...

Dah 3 tahun so kena traning katakan TIDAK pada Pampers


Tuesday, April 10, 2012

Naufal & Nureen yang punya

As salam

Malam bila tah dalam minggu lepas ct ada pi beli barang kat kedai area rumah ni... dok melilau dalam kedai cari barang tu baru perasan Naufal dan ikut kat belakang...patah balik cari rupanya dia dok ikut belakang
 sorang budak pompuan yang dok main PSP dalam kedai tu.. budak tu kecik skit dari naufal so bila dia dok kat belakang nampak la apa budak tu main... bila panggil... baru sengeh-sengeh mai kat ct.. bertuah sungguh la..
Ct perasan budak pompuan tu asyik jer dok main PSP tu sampai mak dia dah kuar kedai pon dia dok kat situ lagi...memang kusyuk la dia dok main
Dalam keta ct tanya Naufal...

Abang dok kat budak pompuan tadi tu buat pa?
tak buat apa... tengok ja...
tengok apa?
dia main game
abang nak ke game tu?
abg  nak la... tapi abg kena pandai dulu baru boleh main game
Sekarang abg tak pandai ker?
pandai.... tapi kena lagi pandai...

Sebabkan Naufal dah pandai so Naufal dapat ini dulu...nanti dah lagi pandai baru boleh dapat PSP

mana boleh untuk Naufal saja so Pinky tu untuk Nureen

Bukan tak boleh beli PSP tu tapi takut Naufal leka ngan benda tu ja... sekarang ni pon kena suruh tengok buku baru dia tengok kalau tak dok mengadap tv ja...Nanti dah besaq pandai bahagi masa boleh la...

*ini lah barang dalam parcel airpak ari tu*

Sunday, March 25, 2012

Santai petang

As salam

Weekend tak dak pi mana round-round pulau ni ja... last lepak tepi pantai sebelah Airport Langkawi.
Berbekalkan pisang goreng RM2 dan sebungkus sirap kami 3 beranak melepak sambil tunggu flight naik & turun.
Untuk hubby... 
ni ubat lepaskan rindu pada anak

Anak- anak saja...
maknya tak leh letak kat sini :P

*TaTa*



Thursday, February 16, 2012

Kempen Kumpul dan Tukar kembali lagi

As salam

Tahun lepas dah ada kempen ni... BACA DISINI
Bulan ni tokey kedai ubat cina tu bagitau kempen ni ada pulak....waaaahhhhh..best ni
Khas untuk Lectogen 3 sahaja..Lectogen 1 & 2 tak boleh.. ada sebab tak boleh buat promosi untuk susu formula umur bawah 3 tahun

Kumpul penutup kotak sebelah bawah yang ada lambang lectogen dan barkod
6 X Barkod tu = 1kotak lectogen
Kalau yang  kotak 700g so 6x barkod 700g la...
cam tu jugak yang 1 kg lebih tu (tak ingat plak brapa berat sebenar) 6 x barkod dapat 1 kotak yg 1kg++

Lepas abis kemepan ari tu Ct memang dah siap-siap simpan barkod ni...then bila dapat tau bleh tukar pulak..dah banyak la yg terkumpul..

Ada yang tanya kat mana ada kempen ni?
Sebenarnya Ct tak pasti kat semua tempat ada ke kempen ni.. kat Langkawi ni cuma kedai ubat cina tu saja yang boleh tukar..Tokey tu cakap kat Langkawi dia saja yang buat promosi dan kat tempat lain ada jugak kedai runcit yang buat.. Ini promosi dari pengedar yang hantar susu tu.

Sempat la kot tukar 2,3 kotak lagi...hehehe


Saturday, December 24, 2011

Ternak burung marah

As salam

Cakap pasai burung marah (angry bird) dah mula terbayang game yang juga dibintangi oleh onk onk
La ni memang dok mengila angry bird ja..sana angry bird..sini angry bird..
Baju, seluar,kek,apam,bantal,sticker dan macam-amacam lagi la...angry bird jer
Fenomena sungguh
Kat umah ni pun ada 2 ekor angry bird ni...satu kaler biru satu kaler ijau...
Ni semua hasil ternak Nureen la ni...asal pi pasar malam jer, benda angry bird ni la yang dia nak...


Yang ni jenis isi helium (betoi ka ni) kalau tak silap la..jenis kena pegang kalau tak dia terbang
Tapi balik umah besi bulat buat pemberat tu dah tercabut then belon tu terbang kena kipas syiling tengah pusing...sangkut kat situ..tali putus...belon tu dok la kat syiling
Nak ambil tak sampai..hahaha biar la semalam kat syiling tu

Bangun esok pagi dah berubah tempat dah burung tu...3 hari jugak la dia dok kat situ sampai adik ct mai umah. minta tolong dia amik kan...

Nureen memang pantang nampak belon angry bird..mesti melompat-lompat nak beli... tapi kalau benda lain bentuk angry bird dia buat tak heran plak...so kena berhati-hati bila pi tempat yang ada jual belon ni. Bukan tak nak beli or kedekut ( mahai jugak benda ni) tapi rasa buang duit jer, balik umah bukan main pun..baik beli benda makan. betul tak?


Tuesday, December 13, 2011

Skype time!!

As salam

Sekarang ni, walau duduk jauh berjuta kilometer pun tapi ada line internet semua rasa dekat jer...
pejam celik pejam celik dah hampir 6 bulan hubby disana....Insyallah next month (jan 2012) hubby akan balik bercuti....horeyyyy
bila ada yang bertanya 
"tak rindu ke?" 
"anak-anak tak ingat abahnya ke?"
Rindu la kan...giler apa tak rindu..hehehe tapi terubat jugak la sebab boleh berhubung setiap masa...
Ct guna FB dan skype

budak kecik seksi sedang skype....hahaha 
sebenarnya dia syok pakai earphone tu ja...kalau tak pasang tu kejap je dia layan abahnya, pastu pi tengok tv

haloo.......haloo....

Korang abaikan lah background gambaq yang bersepah tu yer...malas nak edit la..


Sunday, December 11, 2011

Hari Terakhir LIMA 2011

As salam

Semalam hari terakhir LIMA 2011....Ct bawa  Naufal dan nureen ke Dewan pameran, adik (komi)  pun ikut jugak ok lah ada jugak assistant  tolong tengokkan budak-budak n. Kuar umah dah pukul 9 pagi..makan siap-siap kat umah senang nanti tak payah singgah makan dah terus je ke Padang Matsirat...takut sesak pulak. Ct tak ikut jalan biasa...ikut jalan ulu melaka,yoi then kuar simpang ke padang matsirat. Jalan clear ja..

Dewasa RM10..kanak-kanak Free...
Parking RM2..ok lah tak banyak lagi kenderaan..dapat park dekat ngan pintu masuk
Beli tiket pun tak tunggu lama sangat...dalam 5 minit jer

Budak kecik yang masih terpinga-pinga.... hahaha 
Nureen cam heran kat mana dia...banyak sangat kapal terbang, helicopter macam-macam jenis

Helicopter Bomba..ramai yang amik gambar helicopter ni...maybe sebab heli ni satu-satunya yang berwarna ceria..yang lain kaler loreng ngan kelabu ja...
boleh naik heli ni.. masuk pintu depan kuar ikut bontot dia...Naufal ngan Komi jer yang masuk

Sebenarnya Naufal nak masuk kapal terbang NAVY Australia ni tapi ramai sangat la yang berbaris

Bawah sayap kapal terbang jadi tempat berteduh...walaupun panas tapi tak terasa sangat sebab angin kuat..


Kami lepak kat tepi pagar ni ja.. nampak clear pertunjukan tu...segala aksi memang betul-betul atas kepala..
Ct tak rekod video pun ...nanti ct amik dengan adik sebab dia yang banyak rekod pertunjukan tu...

Legacy Of Heroes
sedikit info tenteng helicopter ini
“Sikorsky Aircraft was built on Igor Sikorsky’s vision of the helicopter as a life-saving device,” said Carey Bond, President of Sikorsky Global Helicopters. “Since Sikorsky’s earliest days, our helicopters have been the first to arrive on the scene of natural disasters and other emergency, life-threatening situations. The Legacy of Heroes demo tour gives us the opportunity to share the success stories of the extraordinary people who use our products and to introduce the aircraft capabilities and product solutions to those who may be unfamiliar with them.”
 Di badan heli ni penuh dengan tandatangan
Susah betul nak amik gambar bebudak ni... duduk tak diam


Sempat ke pertunjukan udara jer...yang kapal punya tak pi pun sebab komi nak masuk keja pukul 3 ptg...
Lain tahun pulak lah... Rasa best boleh bawak Naufal dan Nureen ke tempat cam tu...Naufal nampak happy dan lebih teruja bila dapat masuk dalam heli bomba tu....


Friday, December 2, 2011

Free Container from Lactogen 3

As salam

Sebelum ni ada entry tentang Lactogen ni jugak BACA DI SINI pasal kumpul dan tukar
Kali ni lain skit tapi masih dengan Lactogen 3

 Nureen memang minum Lactogen dari mula minum susu formula
Sekarang dah 2 tahun 6 bulan so minum Lactogen 3
Bulan ni ada promo beli Lactogen dapat percuma bekas kedap udara

Bulan ni Ct beli 5 sebab memang stok Nureen 5 kotak 700g untuk sebulan tapi rasanya gaji bulan 12 ni nak p borong lagi lah...takut nanti abis plak promosi ni...tak rugi beli banyak buat stok.
Tak pasti pulak untuk Lactogen 1 & 2 sebab yang ct tengok Lactogen 3 jer ada pelekat free container ni...dan yang kotak 700g jer...yang 1.3 kg tak perasan plak ada tak promosi ni..

Ct beli ni di kedai ubat cina (SIN BAN) sebab di sini murah RM1 dari Billion or Langkawi Perade
harap-harap masih ada stok bekas tu... nak p borong lagi ni.


Saturday, November 19, 2011

Menu malam ni

As salam


 Beli kat sini..... uptown kuah yg tak berapa nak up


Beli ini untuk makan malam.... alhamdulillah kenyang



Pergi dengan Nureen then dia pun dapat habuan sebiji kepala @ seekor angry bird
Tak tau dapat bertahan berapa lama... kalau belon pasar malam tu 1 ari je riwayatnya


Naufal tak dak kat umah minggu ni, ikut tok dia baik pokok Sena
Weekend depan kalau tak dak sapa-sapa nak mai hantaq dia balik so kenalah p amik disana.


Thursday, November 10, 2011

Rainbow shoes

As salam

Masa ct pi beli kasut naufal ari tu, dalam entry ni  Bukan Kasut Raya mata memang tertarik ngan satu rak yang penuh dengan sandals colourfull cam pelangi

Lagipun masa tu tak de customer lain dalam kedai kami dua beranak ja pastu sales girl tu plak sibuk dok semak stok baru sampai so best la nak tengok-tengok.. Ct memang rimas skit kalau sales girl yang dok ikut bontot je..padahal tu dah memang keja dia kan (ct pun penah jadi sales girl jugak)
 

Dah pegang letak pegang letak sliper bintang tu tapi pikirkan baru je beli bulan lepas so tak jadi lah... bekenan yang kaler merah tu.
Yang cam tapak kaki dinosor tu cam pelik jer..hahaha

Doremon pink so cute! RM13 yer.... tgok kat pasar malam sejibik RM8 jer...
Kalau time tu bawak Nureen sekali sah-sah dia dok try sliper ni dah..pompuan la katakan jumpa kasut ke baju ke semua nak try

*Rindu my hubby dah 2,3 ari tak chat & skype*


Related Posts with Thumbnails