Monday, February 28, 2011

Cer citer..cer citer...


Kuat sungguh penangan HKLBR ni, sampai budak-budak kat taska anak aku pun dok cakap gitu.
Bebudak sekarang ni memang cepat blaja benda-benda gitu. Anak aku jer tak tau apa pasai HKLBR sebab dia tak tengok...penakut tu...tengok iklan citer hantu pun tutup muka dah.

Aku ada 2, 3 citer nak gitau korang tp rasanya ari ni tak leh nak citer panjang-panjang sebab ada baucer dok berlonggok kat atas meja.

Citer pertama: Malam ni tepat jam 12.45 "Happy Birthday To Naufal" (5thn)
Citer kedua: New baby coming soon
Citer Ketiga: Back to manual

Nak taip entry memalam pun tak sempat aku ni, ada jer keja nak buat... Dah siap semua keja mata lak buat hal...mengantuk tahap gaban...so ZZZZZZZZZ...

Ok lah, nanti aku citer yer... korang nak tau ka dak?


* cam nak buat simple Giveaway sempena Birthday Naufal *


Thursday, February 24, 2011

Hadiah InTrend sudah sampai


Ingat lagi tak entry ct pasal BENDA NI
Hari ni barangnya sudah sampai

Tadaaa....
snap pakai cam lappy jer

Ct tak pernah pakai produk olay, alang-alang dapat free apa salahnya mencuba kan..
Nak beli sendiri minta maaf la kot sebab harganya agak mahal bagi orang cam ct ni. Dari apa yang ct baca dikotaknya untuk kesan yang lebih cepat dan elok kena guna 1 set... cleanse, daily treatment,moisturice & specialty treatment. Yang ct dapat ni.. daily treatment.
Yang ni pun harganya rm129... kalau nak cukupkan 1 set berapa ongkosnya?
Pakai yang mana ada jer lah.


Wednesday, February 23, 2011

Pemenang saguhati Naufal N Nureen 2nd Giveaway

Siapakah pemilik nombor bertuah ini


 DAN
Kalau tak ingat korang senarai nombor berapa TENGOK KAT SINI

Sila emailkan ke sy_ifal06@yahoo.com

Nama
Alamat
No Tel

Untuk urusan penghantara hadiah..... Lagi cepat ct dapat detail lagi cepat ct pos kan.

TAHNIAH!!!!!!!


Mohon doa untuk kesihatan "baby Miracle"


Dalam dok BW tadi, ct terjumpa blog seorang ibu yang sedang mengharungi detik-detik sukar sekarang ni bila baru sahaja melahirkan "baby miracle" pada 14 feb 2011.
Selalunya kita menyambut kelahiran dengan kegembiraan tetapi bagi ibu ini sebalik kegembiraan ada duka sebab baby yang dilahirkan pramatang (6 bulan). Disini ct mohon kawan-kawan semua supaya sama-sama lah kita berdoa supaya ibu dan "baby miracle" akan kuat semangat dalam mengharungi ujian Allah SWT ini dan semoga "baby Miracle" sihat seperti baby normal yang lain.

Jom ke
http://pensilmagik.blogspot.com 
untuk mengetahui keadaan sebenar "baby miracle"



Tuesday, February 22, 2011

Bye Bye WPW 219


Dari semalam nak crita pasai ni tapi terlupa plak.
Hari ahad lepas, si merah dah bertukar hak milik... selepas hampir 4 tahun menjadi kuda tunggangan aku sekeluarga. Walaupun aku ni jarang sangat join hubby ngan anak-anak tunggang si merah tapi terasa sedih jugak la. Dulu masa dok KL si merah lah yang bawa aku ngan hubby pergi balik keja, bila dok di langkawi ni kurang skit sebab opis jauh then nak hantar anak-anak p umah pengasuh pagi-pagi yang sejuk so aku lebih pada si hitam la tapi si merah tetap banyak berjasa jugak.

Selalunya petang-petang lepas balik keja  hubby akan bawa nak-anak p jalan-jalan ngan si merah. bila si merah tak dak so berakhirlah aktiviti tersebut.Nureen memang suka sangat jalan-jalan ngan si merah.. sampai semalam dia tengok Roda-roda KL tu pun dok tunjuk motor polis tu.

Hubby pun cam rasa silap skit sebab cepat sangat jual si merah untuk beri laluan pada new baby. New baby tu pulak mungkin amik masa 2,3 minggu lagi untuk jadik hak milik. Semalam, balik keja lalu kat kedai yang hubby jual si merah..aku buat tak tau jer tp aku perasan gak hubby dok tengok-tengok kedai tu cari si merah.Nak buat cam na, dah terlepas.
Minggu ni kalau hubby ada sukan luar pangkalan maknanya aku la yang kena hantar....

Dah godek-godek cari gambar si merah tapi tak dak.. baru aku perasan rupanya selama ni tak penah aku amik gambar si merah. So aku letak gambar ni je lah


*siapa lah tuan baru si merah*

Dato' Sudirman bin Haji Arshad


Lahir: 25 Mei 1954Temerloh, Pahang,Malaysia
Meninggal dunia: 22 Februari 1992 (umur 37)
Lucky Garden, Bangsar,Kuala Lumpur, Malaysia
Pekerjaan: Penyanyi, peguam, pelakon, penulis, ahli perniagaan
 
Sudirman Hj Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.



Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.
 
Sudirman Haji Arshad dilahirkan pada hari Rabu, 25 Mei 1954 di no. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh, Pahang. Anak kepada Puan Hajjah Romlah binti Dahalan dan Haji Arshad bin Haji Hassan.


Ibunya, seorang wanita yang aktif di arena politik sebagai Ketua Wanita UMNO Pahang Selatan dan Wakil Rakyat Pertama 1955 mewakili Kawasan Temerloh, telah meninggal dunia pada tahun 1959 di usia muda 32 tahun (ketika Sudirman berumur 5 tahun) setelah mengidap penyakit kanser. Bapanya adalah pengurus Syarikat Bas Temerloh (Temerloh Bus Company), juga seorang ahli politik UMNO di Temerloh, Pahang. Bapanya telah berkahwin dengan Puan Mariam binti Mohammad setelah kematian isterinya, sebelum meninggal dunia pada 1978.

Sudirman adalah anak bongsu, adik beradik yang lain - Zainuddin, Rudiah, Basir, Roslan dan Roaini. Dari sejak kecil, Sudirman sering menyanyi di mana sahaja. Di sekolah pula, beliau memasuki pertandingan bersyair, berpidato, berpantun, kuiz dan terlibat dalam persembahan teater dan koir sekolah. Dia suka bersukan, senang berpidato dan setiap waktu di perpustakaan.

Sudirman memulakan persekolahnya pada tahun 1961 di Sekolah Rendah Abu Bakar (Mentakab), Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia (Temerloh) dan Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar (Kuantan), Pahang sehingga beliau menamatkan Tingkatan 6. Sebelum memasuki Tingkatan 6, Sudirman menjalani kursus persediaan di ITM Petaling Jaya. Beliau mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negeri tetapi dia menolak tawaran itu.

Pada tahun 1976, beliau melanjutkan pelajaran di Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya (Kuala Lumpur). Di sebalik kepadatan jadual dalam bidang seni, beliau masih dapat membahagi masanya dengan baik di antara menyanyi dan kelas tutorial di Universiti Malaya. Pada tahun 1980 beliau telah menerima Ijazah undang-undang (LL.B) dengan mendapat Kepujian Kelas Ketiga. Tahun 1983, Sudirman menjalani latihan guaman dan diiktiraf sebagai Peguam pada tahun 1984. Bagaimanapun, Sudirman meninggalkan bidang guaman kerana memilih bidang seni sebagai kerjayanya.


Sudirman Haji Arshad mula mencipta namanya sebagai penyanyi apabila dia berjaya merebut gelaran Johan Bintang RTM peringkat akhir yang diadakan di Melaka pada 11 Ogos 1976. Beliau mendendangkan lagu Seruling Bambu dan Big Spender. Di peringkat awal saringan, beliau memberi jawapan spontan "seluar pinjam..." apabila disoal oleh pengacara rancangan mengenai seluar besar yang dipakainya. Para penonton suka caranya yang berterus terang. Beliau mendendangkan lagu Jali Jali, sebuah lagu klasik dari Indonesia. Jelas sekali suaranya memang unik.

Hari ini genaplah 19 tahun pemergian Allahyarham Sudirman...  Al-Fatihah
Ct suka sangat lagu-lagu nyanyian Allahyarham, pagi tadi on d way p kerja hubby dok melalak lam keta nyanyi sambil dengar Hotfm.

Sumber: DISINI


Monday, February 21, 2011

Disini ahad bukan hari cuti




YES!!!!!!

Lokasi kejadian: Umah aku
Masa: 8 Pagi (ahad) 20-2-2011

Pagi-pagi aku bangun cam biasa.. mandi then bersiap-siap sebab jap lagi nak p klinik ada check up bulanan Nureen. Lepas bersiap baru aku kejutkan budak dua orang tu... pastu bawa p bilik air bagi mandi. Tengah dok mandikan depa aku cam rasa lain jer... cam ada benda yang tak kena.
Pikir punya pikir.. aku lari kuar p tengok jam... pukul 8.30.
ALAMAK!!!!
Hari ni Naufal sekolah lah... Aku je yang tak keja
Kedah  kan cuti ujung minggu hari jumaat ngan sabtu so ari ahad Naufal sekolah la. Yang boleh buat aku lupa tu sebab aku ni keja, cuti hujung minggu ikut KL sabtu & ahad. Dah sebulan lebih naufal sekolah cam na aku boleh lupa ni.
Dah lewat sangat aku nak hantar naufal lagipun baju sekolah apa pun aku tak iron lagi.
Maknanya semalam naufal ponteng sekolah disebabkan penyakit lupa aku ni.

*banyak makan kepala ikan ke aku ni...


Mentor 5



Korang tengok tak mentor semalam?... yang sesi uji bakat tu..
Ramai yer orang kita ni yang nak jadik artis... almaklumlah kalau menang hadiahnya pun memang lumayan.

Aku layan mentor ni sambil makan nasi, nak tersedak aku bila tengok dressing bini sorang peserta uji bakat tu... perg... dah lebih dari artis dah. Suami dia tak puas ati bila ajai ckp dia tak layak so dia tunggu Noh sampai pastu cuba lagi tapi Noh pun reject jugak.

Macam-macam orang yang mai cuba nasib.. yang nak mai mintak keja jadik peon Edry pun ada, siap bawa resume lagik. Yang nak meniaga minyak wangi pun ada, sambi menyelam sambil minum air ye tak?

Kita tunggu je lah tengok protege tahun ni hebat ke tak

Ada terbaca pasal juara tahun lepas Mohd tak dapat lagi duit kemenangan tu sebab dia letak nama mak dia sebagai pewaris pastu mak dia meninggal then benda tu dah di masukan dalam amanah raya.


Saturday, February 19, 2011

Match & win Contest online hadiah Apple iPhone4


 

 Pada siapa yang suka main game online tu boleh la join. Hadiah memang menarik
Game dia memang mudah just padankan kad yang sama jer.. tapi korang kena cepat sebab score berdasarkan kepantasan korang.

KLIK BANNER UNTUK JOIN


Friday, February 18, 2011

Perhatian kepada pemilik Honda City & Jazz

Ramai dah yang dok bercerita pasal penarikan balik hampir 23K unit kereta Honda model City & jazz di pasaran sebab ada something yang tak kena. Aku pun just dengar dalam Buletin Utama malam semalam la... tu  pun dengar tak dengar ja sebab dok riuh ngan anak-anak main cam tongkang pecah..
Korang ada ka yang pakai keta Honda cam gini


Kalau ada tu dan nak kompomkan keta korang terlibat ke tak boleh la p tanya mana-mana showroom honda terdekat ataupun call salesman yang dok promot masa korang beli keta tu..
Aku kalau ada masalah ngan "si hitam" memang salesman (kamarol) yang aku cari dulu.
Keta breakdown ka....eksiden ka...ataupun nak buat appoiment servis sekali pun si kamarol ni la yang aku call.

Alhamdulillah.... "si hitam" aku tak terlibat sebab  model 2007


Percutian ditunda


*Comel budak ni*

Huhuhuhu....... sedihnya....
Cerita pasai plan aku nak bercuti cam KATSINI berkemungkinan besar terpaksa ditunda.
Plan awalnya nak bercuti bulan 3 ni tp akan ditunda ke penghujung bulan 5 masa cuti sekolah tu.
Ada beberapa faktor yang aku perlu amik kira terutamanya dalam hal jumlah cuti tahun aku yang sikit.

Tahun ni aku tak de cuti yang di bawa dari tahun lepas so cutinya hanya 20 ari je lah.
Ari tu ingat bila aku cuti bulan 3 ni, pengasuh (kak sal) pun bleh cuti balik kampung tapi dia cakap dia nak amik cuti bulan 5 sebab ada kenduri di kampung. Kalau bulan 3 pun aku cuti pastu bulan 5 pun kena amik cuti lagi.... abis la cuti aku. Tu, tak kira lagi yang EL ke hapa... anak-anak sakit pun kena amik cuti jugak. Tak harap aku, kalau anak sakit hubby yg jaga... tak senang aku nak buat keja kat opis. Hujung tahun nak cuti beraya lagi...puasa thn lepas pun tak abis ganti dah pikir raya dah...hehehe

Lagipun BFF aku nak turun Langkawi ujung bulan tu jugak... lepas depa terbang ke KL balik aku pun ikut skali la. Kalut je kan aku ni, nak bercuti sekali sekali pun nak heboh... orang len tiap-tiap bulan bercuti tak cerita pun.. aahhh.. pedulik hapa... aku nak cerita gak. Korang nak tau gak kan?

* boring giler weh dok lam pulau ni... p balik...p balik kat situ jugak*


Thursday, February 17, 2011

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kuantan



Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Tetap bagi jawatan-jawatan berikut. Keutamaan akan diberi kepada rakyat negeri Pahang Darul Makmur:-



1. PEGAWAI PENGUATKUASA N41

2. ARKITEK J41

3. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41

4. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

5. PENOLONG JURUTERA J29

6. PENOLONG AKAUNTAN W27

7. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27

8. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29

9. PEMBANTU PENGUATKUASA N17

10. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

11. PEMBANTU AKAUNTAN W17

12. PEMBANTU PENILAIAN W17

13. JURUTEKNIK (MEKANIKAL) J17

14. JURUTEKNIK J17

15. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA J17

16. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17

17. PENGHANTAR NOTIS N3

18. PENYELAMAT N1

19. PEMBANTU AM PEJABAT N1

20. PERKERJA AWAM R1

21. PEMANDU R3

22. TUKANG K3 R9

23. PENGAWAL KESELAMATAN KP11


MUAT TURUN SYARAT LANTIKAN

MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN


Tarikh Tutup Permohonan: 3 Mac 2011








Wednesday, February 16, 2011

Jumpa Shah Rukh Khan di Langkawi




Korang minat ke si SRK ni?
Aku tak dak la minat sangat si SRK ni, tapi dulu masa sekolah suka la jugak tengok crita dia berlakon yang paling pemes Kuch Kuch Hota Hai, Dil To Pagal Hai ngan Kabhi Kushi Khabi Gham tu..
Dengarnya la ni dia ada kat malaysia dok buat perganbaran filem DON 2 di Melaka pastu katanya nak mai Langkawi pulak.

Dalam filem baru ni pelakon Malaysia pun ada jugak


Ady Putra
 
Kalau nak tau lebih lagi KLIK SINI
 
 

Posto! Posto!


Geram betul la aku... pagi tadi hati ni berbunga-bunga bila tau menang contest Intrend tu,  pastu la ni kepala otak dok memikir jer cam na nak buat.
Kisahnya ari rabu lepas adik aku kat KL  ada hantar kat aku beberapa dokumen pasai urusan jual beli motor, dia guna pos ekspress. Aku tak sempat nak bagitau dia suh guna poslaju ke atau kurier lain dia dah pos dah menda tu. Aku agak paling lama pun mau ari ahad or isnin menda tu sampai kat aku tapi sampai ari ni tak sampai-sampai jugak. aku dah check no rujukan  kat pos online tu... jawapanya dah "final delivery"
Aduh... cam na ni...
 Aku bagi alamat opis sebab dah biasa semua surat menyurat alamat opis lagipun kat umah tak de orang then tong pos kat umah tu tak leh kunci, budak2 selalu main-main surat kat situ.
Aku dah check kat gate tempat semua surat sampai kat opis ni... tak de jugak.
Jap lagi nak p pejabat pos pulak la...

Tak tau sapa hilangkan menda tu..
Posmen? ikut rekod  benda dah diserah
Budak gate tempat terima surat? katanya semua surat dah tak dak dalam simpanan depa

Kat mana aku nak tuju ni!!!!

note: kadang2 bahasakan diri "aku" kadang2 "ct" ikut suka jer kan?


Menang Intrend - OLAY REGENERIST



Pagi ni masuk opis tengok ada surat atas meja dari MEASAT Publication.

 Alhamdulillah...  Ct menang Peraduan dalam majalah INTREND untuk bulan oktober 2010.

Pertama kali Ct beli  majalah INTREND (entry ini) 
Pertama Kali Ct Join Peraduan dalam Majalah
Pertama Kali Ct menang dan hadiah yang agak lumayan bagi Ct.

Kalau di ikutkan dari gambar dalam majalah tu hadiahnya macam ini lah


TAPI

Hadiahnya kena p ambil sendiri kat  pejabatnya di sri kembangan ataupun hantar wakil. Jauh tu... lagipun dia bagi tempoh sampai 8 mac ni ja.. masa tu ct pun tak bercuti lagi.

Ada juga alternatif lain iaitu hantar wang pos then diaorang akan poskan barang tersebut.
Ct nak minta pendapat uolls sapa-sapa yang ada pengalaman tentang benda cam ni...
Ct ingat nak minta diaorang pos jer... OK tak?

note: Betul kata MamaZharfan mudah nak menang peraduan dalam intrend ni.. tapi semua bergantung pada rezeki jugak kan...


Monday, February 14, 2011

Temuduga Terbuka Penolong Pegawai Tadbir N27 di PTPTN



Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 lantikan sambilan yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

BIL TARIKH / HARI WAKTU TEMUDUGA TEMPAT TEMUDUGA

 14 Februari 2011
16 Februari 2011 Sesi I
17 Februari 2011


Pagi : 8.30 hingga 12.00 tghari

Sesi II
Petang : 2.30 hingga 4.30 petang

Dewan Besar PTPTN,
Tingkat 3A,
Wisma Chase Perdana
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

Calon adalah diminta untuk membawa bersama borang permohonan yang telah diisi, dokumen sokongan asal dan salinan dokumen sokongan (yang telah disahkan) pada hari temuduga yang ingin dihadiri.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan semua salinan sijil dan dokumen yang telah disahkan hendaklah disusun mengikut susunan berikut :

1) Salinan Kad Pengenalan pemohon

2) Salinan Surat Beranak pemohon

3) Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

4) Salinan Ijazah berserta transkrip

5) Lain-lain dokumen sokongan

6) Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA (sekiranya pemohon adalah lepasan IPTS)



Thursday, February 10, 2011

Aku tak puas hati!!!!


Aku memang tak puas hati!
Punya lah lama aku aku bersengkang mata ngadap lappy pastu tangan aku pulak bersilat-silat ngan mouse ni just ranking ke 71 jer?

Hampeh betul.. aku nak join senarai top ten tu...
Semua nama orang cina ja..

Gara-gara benda ni lah aku blog aku tak berupdate ari ni
 (tapi keja opis dah siap)

Korang nak tau aku tak puas hati kat sapa@apa?
:
:
:
:
:
:
 Benda ni lah

Jom la join skali.... senang ja nak main, cam cari benda tersembunyi jer.. lagi cepat jumpa dan tak banyak salah lagi banyak mata.

Nak main kat mana?
Klik ja kat iklan nuffnang macam kat atas tu

eh! ni bukan update blog ke?


Related Posts with Thumbnails