Showing posts with label umah. Show all posts
Showing posts with label umah. Show all posts

Friday, June 1, 2012

Cleaning Servis...anyone?

As salam

Esok dah sabtu pastu ahad.....horey leh lepak-lepak kat umah sambil golek-golek layan tv...
Korang mesti la ni tengah syok dok bercuti jalan-jalan makan angin dalam luar negara kan? jeles tau....

Weekend...masa mengemas rumah ke?
bagi ct yang bekerja ni time weekend la dok kalut basuh baju yang bertimbun dalam raga tu pastu opersi melipat pulak....kemas-kemas rumah tu skit-skit jer lah, umah pon kecik saja.
minggu lepas ada amik ni dalam peti surat

First time ct dapat ni..dah dekat lima tahun duduk umah kat sini tak penah ada iklan cam ni... Ini sudah bagus :)
Selalu iklan buat hutang & baiki paip jer yang banyak

Yang mengelap kipas rasanya yang paling Ct perlukan sekarang
Kipas syiling tu dah berhabuk sangat...ni kes tak sampai nak bersihkan kipas tu...tangga pon tak dak, dulu harapkan hubby yang tolong buatkan.

harga pon boleh la.... bukan selalu pon kan?

Korang penah guna servis cam gini tak?


Friday, October 21, 2011

Alhamdulillah.... jodoh masih panjang

As salam

Pagi rabu lepas memang cuak jugak time drive baru perasan something tak de kat jari... Cincin hadiah Aniversary dari hubby 3 tahun lepas dah hilang. Rasa cam nak balik cari time tu jugak tapi mengingatkan kalau balik sure lambat masuk keja pastu Naufal pun lambat ke taska so sabarkan diri petang nanti balik baru cari.
Sepanjang ari tu nak tunggu pukul 5 ptg dalam kepala ni puas dok ingat balik kat mana letak.. tak ingat jugak. Ct agak mesti jatuh time mandi sebab cincin tu memang dah longgar skit.... Sebelum ni pernah jugak sekali jatuh di umah mak, nasib baik 2,3 ari lepas tu mak jumpa kat belakang pintu bilik. Mak cakap kalau benda tu dibeli dengan hasil yang betul insyallah akan jumpa balik...
Dah bagitau hubby disana dan tentunya hubby suruh cari jugak ....ada lah hubby pelawa nak belikan yang baru tapi tak sama kan yang baru dengan yang lama tu walaupun nilainya tak seberapa tapi Ct rasa nilai lain yang lebih berharga ada pada cincin tu.

Balik umah petang tu terus cari serata rumah dah... tak jumpa jugak.... so report lagi kat hubby di FB. Dalam hati  rasa cam dah tak dapat balik cincin tu tapi dengan kuasa bulan dah penat berFB Ct nak letak kaki bawah meja  lappy ni..tup-tup rasa cam ada something kena kaki.. tunduk tengok... Ya Allah..cincin tu... Alhamdulilah jumpa jugak akhirnya.

* Ada baca blog ANJE pasai DSLR yang hilang tu.... sedih kan....*


Thursday, October 13, 2011

A - Z & 1 - 10

As salam

Dah lama nak beli benda ni... tapi tak beli-beli jugak hinggalah jumpa dalam catalog cosway akak opis ni terus je oder sebab murah.
Kalau harga di pasaraya ct tengok dalam rm29.90 (di langkawi la)
dalam cosway separuh dari harga tu.



Dah ada benda ni haruslah umah akan bersepah kan.. tak pa la janji Naufal ngan Nureen happy main sambil blajar. Ada juga tengok yang lekatkan benda ni kat dinding tapi ct bagi depa dua ni main cenggitu ja.
Kadang-kadang penat jugak tengok umah bersepah ngan mainan anak tapi nak buat cam na kan.. nasib baik lah kalau depa simpan balik lepas main kalau tak.. kita la yg kena kemas.


Friday, August 19, 2011

Magnet Photo From Photo Delivery.com

As salam

First time beli kupon dari Milk A Deal untuk promosi 6 keping Magnet Photo dari Photo Delivery.com





saja ja nak tempek banyak gambar....
Tapi memang puas hati lah, gambar pun clear, cantik dan paling penting murah.

Dah lama join Milk A Deal tapi tak pernah beli apa pun sebab kebanyakan promosi di KL dan Penang tapi promosi ni cam rugi plak tak beli sebab depa poskan barang tu ke rumah. Last minit jugak beli ni...


Tuesday, May 17, 2011

Kembung oh kembung

assalam
Dah hubby tak dak sekarang ni aku mmg jadi malas sangat nak masak tapi kena masak jugak kalau tak anak-anak nak makan apa… harap beli kat kedai bleh la takat seminggu sekali dua kalau hari-hari tak lalu la nak makan. Dah tak tau nak oder benda apa..asyik-asyik nasi goring memanjang…. Mee, mihun aku memang tak berapa suka skit. Anak pun makan tak abis jer kalau nasi beli…mungkin jemu kot.

Malam je lah aku masak pun tu lauk yang simple-simple. Naufal kalau ada sup sayur ngan fishball pun dah bertambah nsi dah. Menu aku plak ikan goreng, sambal belacan dan kuah apa-apa skit dah cukup sedap. Tak payah nak  berkari segala bagai. Kalau dah lewat aku bantai telur dadar ngan sardine je… makan ngan nasi panas-panas  pergh… sedap tu.

Sekarang ni ikan kembung (temenung) banyak dan murah-murah pulak tu. Sekilo empat hengget jer kadang-kadang dua hengget…ikan segar-segar…kalau yang semalam punya dah jadik sekilo sehengget. Tokey laksa syok la gini… ikan murah, kuah tetap cair pastu harga tetap sama…untung lebih. Rezeki masing-masing nak buat cam na yer dak?


Aku tak rajin nak buat kari ikan ke hapa just goreng celup tepung jer… orang kampung aku panggil cucur ikan. Bila makan ni, teringat time dulu-dulu masa zaman aku kecik molek lagi, duduk plak di kampung nelayan ikan kembung gini p amik free je kat umah mak sedara aku yang p kelaut tu. Kalau tak pun bawa dua hengget ngan plastik bag tungu tepi orang balik kelaut di pantai… bagi duit ngan plastik pastu depa bubuh sampai penuh plastic..ikan campur-campur. Kalau udang depa tak bagi la sebab tu mahal kena p beli ngan tokey udang plak.
Balik umah mak ngan tok (nenek) aku siang then goreng makan panas-panas cicah ngan sos cili jer… Goreng tu guna dapur kayu plak, kat bawah umah, makan pun kat situ jugak.ohhh… bestnya bila diingat-ingatkan balik. Tapi semua tu tinggal kenangan dah la…. Umah pusaka tu pun dah jadik sarang ular ngan tokek dah…tok aku dah pindah duduk ngan anak-anak.
Dah sampai kemana-mana tah aku punya crita ni… ok lah, crita pasai makan ni rasa lapar plak. Jom jalan-jalan cari makan.Malam-malam ni jalan p mana? selongkar peti sejuk la critanya.

*Dah lama tak makan nasi kerabu…kat sini ada jual tapi tak sedap la*



Friday, April 29, 2011

Alhamdulillah...dah 6 Tahun


Semalam dah crita pasai Pre-Aniversary aku DISINI

Hari ini pukul 11 pagi tadi maka genaplah 6 tahun usia perkahwinan aku bersama insan bernama
Syed Saiful Azly Bin Syed Hassan Asly



Aku bersyukur pada Allah s.w.t kerana memanjangkan lagi jodoh antara kami dan mengurniakan kami putera puteri sebagai pelengkap kehidupan rumahtangga kami.

Kepada suami tersayang...Terima Kasih untuk segalanya....

Thursday, April 28, 2011

Pre-Aniversary


Ha.. selalu orang dok buat pre-weding la..pre-oder la... kali ni aku nak wat pre-Aniversary plak.
 Boleh gitu?
Aniversary aku yang ke-6 pada esok hari. Tahun depan aku sambut aniversary sama ngan prince william la.
Pre-aniversary ni aku nak catit la kat sini kisah percintaan aku ngan hubby sampai la kami bertunang. Bukan apa, mana tau kot-kot nanti aku lupa ke hapa bleh la refresh balik kat sini.

Aku keja under mindef di Jalan semarak KL, hubby pun kat situ gak tapi kami ni lain-lain banggunan. Hubby sebenarnya tak penah kanai or tengok aku pun.. tapi roomate aku opismate hubby, dia yang bagi no fon opis aku kat hubby. Time rehat jer hubby mesti call aku... dia cakap namanya azly dari tingkat 2 dan dia tentera. Yang aku tau tingkat 2 mindef tu semua staf awam. Ok lah.. aku layan la tiap kali dia fon tapi tertanya gak dari man dia dapat no fon aku. 1 ari dia nak tengok aku of coz aku pun nak tengok gak rupa dia.
Hubby tunggu kat parking motor time balik keja ,aku plak mmg lalu ikut situ. Bagitau aku pakai baju kaler apa... petang tu jalan blik ada ada org panggil nama aku, aku pun toleh pastu nampak 2,3 orang kat parking tu dok sengeh2... so dia tau la tu aku tapi aku tak tau dia yang mana satu dalam 2,3 orang tu.

Pastu first date dia amik aku kat umah sewa, sebelum nak kuar tu roomate aku ada time tu baru aku tau yang dia bagi no fon aku kat hubby. Kami kuar p makan kat Kampung baru.. hubby jam tu jugak cakap nak couple ngan aku.... apa hal dia ni, baru je kenal tak tau apa pun lagi....aku pun entah apa dok pikir terus kata ok. Kami couple hampir 8 bulan pastu break jap... aku tak pasti sebab apa kami break tu tp rasanya aku yang minta putus. Then dia ada kawan ngan orang len , aku pun cam tu gak tapi aku just kawan tak de yg spesial pun... tapi dah jodoh kami kuat jumpa blik..couple kejap pastu tak mo panjang cerita terus bagtau family kami nak bertunang. Biasa la kan.. duk jauh dari mak pak ni macam-macam leh jadik so lebih baik cepat kawen kan..

4-3-2005 bertunang...majlis pun sangat simple. Dari belah hubby yang datang hubby  ngan mak abahnya jer. Kat umah aku pun tak ramai just jiran 2, 3 umah yang dekat. Baju tunang pun tak de la sewa bagai.. aku pakai baju raya yang aku jahit manik ngan letak batu skit kasi kelip2. Gambar pun tak de tau... time tu aku mmg tak de kamera tapi tak terpikir pun nak pinjam ke hapa.

Kami bertunang tak lama... 29-4-2005 maka sah lah kami menjadi suami isteri. Majlis pun simple2 jer... time tu baru keja masing-masing gaji kecik buat mana yang termampu je lah...

Ok lah takat ni dulu.. esok sambung lagi.

Eh! esok korang baca ker entry aku... maklumlah semua pakat nak tengok william ngan kate kawen.


Jeles tau!

Yang keja gomen dah gaji kan.... yang swasta tak pasti lak aku, adik aku keja ngan tokey cina tu selalu gaji 6 ,7 ari bulan. Aktiviti yang menjadi rutin bulanan tentunya menyoping barang-barang keperluan rumah...
 shoping barang bukan keperluan tapi  kehendak ada juga dilakukan berdasarkan baki duit di bank.

Aku mengaku yang aku jeles ngan korang bab shoping ni. Selalu tengok entry korang p shoping di pasaraya besar-besar..ada aircond, parking senang, ada troli pastu bleh p makan-makan lepas shoping. Paling-paling pun shoping kat mydin... eh! ada kata mydin low klas punya temapt shoping. Bagi aku ok pa... murah dan banyak pilihan. Aku suka p mydin time bujang2 dulu....

Sekarang tempat shoping aku tiap bulan di
Kedai Ubat Sin Ban. Sebelah ismail group di pekan kuah..
Tau-tau je lah kedai ubat cina ni.. dengan barang yang banyak, tak cukup susun di rak dia bantai susun kat lantai depan rak atau bubuh dalam kotak-kotak di tepi lorong kita nak lalu amik barang tu. Mana ada aircond... panas nak mampus.satu lagi yang aku tak suka bab parking memang susah skit la, dah bagitau dah kedai ni sebelah kedai ismail group yang jual pinggan mangkuk vantage korang dok mai borong tu sah-sah keta banyak park depan kedai.
Selalu kalau aku beli banyak barang ngan pampers, susu, beras segala bagai tokey kedai tu soh budak kuli tu tolong angkat barang sampai ke keta.
Walau cam na pun aku shoping gak disitu sebab pampers ngan susu anak di kedai dia ja yang paling murah.. ada sekali tu aku beli pampers di bilion sebab ada ofer murah RM1 dari kedai tu, sekali tokey tu tanya napa aku tak beli pampers bulan tu.. aku bgtau la bilion buat ofer lagi murah... dia cakap napa tak bagitau.. dia pun nak bagi turun gak harga. Tapi aku dah beli banyak dah di bilion.
Bulan ni susu naufal dutch lady 4,5,6 murah sangat sebab dia nak abiskan stok yang packing lama. Harga biasa RM 20.90 (cokolat) so murah jadi RM 15.90 aku amik 2 je sebab naufal sebulan 1 pek saja. Dah sekolah kurang susu... minum time nak tido jer.


Stok sebulan
Nureen punya Lactogen 2.
Aku tanya jugak pasal pa susu nureen tak buat ofer... dia cakap lactogen 3 promosi kumpul 6 kotak tukar ngan 1 kotak susu percuma. Susu untuk budak  dibawah 1 tahun tak boleh buat ofer sesuka hati or letak hadiah bila beli sebab kerajaan tak galak budak bawah 1 tahun minum susu formula. Kalau buat ofer gak bleh kena saman ngan lesen kedai digantung.
Kalau cam tu kita tukar lactogen 3 jer lah adik yer...

*tajuk tak sesuai ngan cerita ker?


Sunday, April 24, 2011

Bersiaran dari rumah.....best! best!


Di tika dan saat ini aku sedang bersiaran dari rumah ku syurga ku..hehehe
Berbekalkan lappy, line intenet,meja tulis naufal dan ditemani pulak dengan nureen yang dok buat sepah dan berlatar belakangkan lagu pororo di tv maka dengan hati berbunga-bunga aku menaip entry ni.. Eh lupa plak....hubby pun teman aku jugak sambil pejam mata...hahaha

Sebelum ni aku berblogging,check email, berFB, layan beautifulnara, layan redmummy dengan line wifi di opis sebab tu hanya time keja jer aku online...weekend ofline la. Jangan salah faham yer....aku buat semua tu bila keja hakiki aku dah siap yer... Keja aku nak kata banyak tak juga tapi sikit pun tak juga sebab keja aku ni ada masanya, banyak...ada masanya, tak de..So sekarang rasanya malas dah aku nak bawa lappy ni ke opis...aku online di umah je lah... Kalau aku online pun time rehat jer kot..hahaha, bleh caya ker?

TAPI
dalam syok ni, ada jugak yang tak berapa syok..... sebabnya.... esok, hubby akan ke lumut untuk traning then kalau lulus traning tu dengan jayanya maka aku ngan anak-anak akan ditinggalkan dalam satu jangka masa yang lama....1 tahun (lebih kurang )
Sebenarnya berita hubby kena g traning ni kami dapat dalam masa yang singkat..kelam kabut juga dibuatnya.. Dapat arahan (signal) kul 11 malam jumaat lepas suh lapor diri di lumut ari selasa ni. Maka SI KUNING terus dihantar ke workshop untuk diservis maka terbang la $$$.
Sekarang SI KUNING sudah di pos ke tanah besar.... harap-harap dapatlah dia bagi perkhidmatan yg terbaik untuk hubby, jangan buat perangai dah la. Aku risau betul bila hubby drive sesorang sbb hubby ni boleh dikategori drive laju, kalau tak, tak kan saman speed trap sampai berjela panjang. Kalau aku ada kat sebelah, aku tukang break nya... break pakai mulut yer....
"slow-slow bang..."
"laju sangat ni.."
"ha....tu..tu...camera" (di highway)
Inilah ayat aku. Biarlah hubby marah pun kata aku bising...janji selamat.

Dalam ati aku ni seribu macam rasa ada... tak tau nak terangkan.
Sedih pun ada.... berjauhan ngan hubby, anak2 mesti tanya nanti
Suka pun ada...... impian hubby selama ni tercapai
Bangga pun ada...... hubby pergi berkhidmat untuk negara
Takut pun ada..... macam2 benda bleh terjadi disan dan disini
Kesian pun ada...... kat anak2 la sebab depa mmg rapat ngan hubby

27hb ni, NAVY DAY..... ada sambutan di pangkalan. Time sambutan tu nanti hubby sepatutnya menjadi salah seorang penerima sijil perkhidmatan cemerlang tapi memandangkan hubby tiada masa tu mungkin aku akan jadik penggantinya... kalau boleh aku nak suruh orang len ja yang ganti, segan la weh!

Apapun, aku harap apa yang dicitakan hubby ni akan tercapai... kalau dia gembira aku pun gembira jugak walaupun perlu ada pengorbanan yang perlu kami lakukan.

"Abang... doa ayang sentiasa akan mengiringi abang"

Ops!... dah lari tajuk ni.

sekian saja untuk kali ni..... nak p join kontest plak di
http://thecolourfulisland.blogspot.com/

Thursday, April 7, 2011

Pecah sudah

Inilah suspek bagi kes hari khamis lepas
PEACE!!!!!


Mangsa yang terselamat

Agak cedera parah
Keadaan tempat kejadian
Kelihatan mangsa yang tidak dapat diselamatkan....
 kejadian berlaku apabila mak suspek leka membasuh baju dan suspek memang telah menjadikan aktiviti membuka tutup peti sejuk dan menyusun semula barang-barang didalam tu sebagai hobi
Hukuman yang setimpal telah dijatuhkan bersama dengan sebakul dua bebelan.

Kes selesai.

Monday, March 28, 2011

Penghuni baru dapur kecik aku


TARRAAAA!!!!
:
:
:
:
:
:
:


Ini lah hasil dari ENTRY INI
Walaupun jumlahnya tak banyak tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga hasilnya.
First cek dulu aku beli shawls almaklumlah time tu baru nak berjinak-jinak dengan shawls ni. Kali ni aku telah berjaya mendapatkan penghuni baru iaitu Periuk pengukus pula.
Lepas ni kita tengok apa plak hasil dari periuk pengukus ni........TUNGGUUUU.....

*Duit Nuff korang buat apa?*

BPA FREE.... (dah jumpa pun)


Ramai dah dok crita pasai botol susu BPA Free.. aku ni, rasanya pernah dengar pasai benda ni tapi time tu buat endah tak endah ja sebab aku tak cari pun maklumat yang lebih lagi pasai BPA Free ni.

Antara Tip memilih botol susu anak@ bekas plastik

* Hindari penggunaan botol polikarbonat yang mengandung BPA. Sebagai gantinya gunakan botol bebas BPA, atau botol yang terbuat dari gelas/kaca.


* Ketika membeli botol plastik, pilihlah botol yang menggunakan polypropylene/polyethylene, yang tidak keras dan warnanya kabur.

* Carilah tanda "BPA-free" pada kotak atau botol susu yang anda beli.

* Hindari pemberian teether berbahan plastik/vinyl pada bayi. Cari yang silikon.

* Hindari memanaskan makanan dalam plastik kerana ia dapat melepaskan BPA. Sebagai gantinya, gunakanlah bahan gelas/kaca atau keramik.

* Cucilah botol dan bekas plastik dengan spons agar tidak merosak lapisan plastiknya.

* Belajar membaca kandungan dalam plastik. Singkirkan produk plastik yang mengandung bahan-bahan seperti DBP dan DEP, DEHP, DMP.
Gunakan polyethylene (#5), dan hindari polikarbonat (#7).

* Jangan gunakan lagi botol plastik yang sudah tergores/rosak atau kusam 
 
*Sebaiknya botol susu digunakan dalam jangka 1 tahun tapi kalau sudah tidak elok lagi dalam 6 bulan botol sudah boleh diganti.


*Botol susu yang bertulis PC kode 7 itu ternyata mengandung BPA (Bisphenol-A), tapi kalau dibuat dari PP (Poli Propylene) dengan kode 5 itu ok.

Ct ambil info dari SINI sila klik untuk maklumat lebih lanjut

Lepas shout kat FB... pastu ramai yang komen bagi cadangan jenama botol BPA free.
Yang paling glemer tentunya AVENT. TQ pada yang bagi cadangan tu.Tapi hasil rembatan aku semalam bukan jenama tu
FIFFY & ANAKKU (9 oz) satu untuk dirumah satu untuk di umah pengasuh


 kuning (fiffy) pink (anakku)

Fiffy tu bentuk len macam skit..mengikut info di kotak bentuk gitu untuk memastikan posisi botol ketika baby minum ada lah betul (elak tbaby tersedak) yg bawah plak untuk mudah letak botol tak tumpah

Tengok...warna botol tu kelabu2 skit tak clear cam yang selalu ct gunaputing pun dari silicon

Pengesahan bahawa yang ni BPA Free
 anak zirafah disitu

Ini yang lain skit... selain dari bentuk yang bengkok cam pic diatas tu, botol Fiffy ni jugak boleh dibuka dari bahagian bawah.. Rasa mudah nak cuci sebab comfirm berus masa basuh kena kat semua tempat

Harganya pun sangat berpatutan dan bagi ct ok la.... beli ikut keperluan dan kemampuan kan, bukan ikut orang atau trend.


Friday, March 25, 2011

Kembali Bersiaran dari Kepulauan Di utara

Fuh! Fuh! Fuh! Dah berhabuk umah aku ni, hampir 2 minggu umah kecik ni tak berupdate sebab tuan umah bercuti then naik kerja terus kena p kursus pulak. Ada beberapa benda nak crita kat sini...


Cuti sekolah seinggu, aku pun cuti jugak tapi tak p mana-mana pun. Aku cuti sebab pengasuh nak cuti balik kampung ada kenduri katanya tapi hubby tak boleh cuti plak. So, sepanjang cuti seminggu tu aku jadik suri rumah sepenuh masa la jawabnya. Kejanya... masak, kemas umah skit2, basuh segala yg kena basuh, urus 2 budak tu...pastu layan astro. Hubby ada suruh aku p bawa anak jalan2 tapi aku ni memang malas sangat nak berjalan kalau tak cukup korum. Tambah pulak nureen bukan mau dok diam dalam keta tu, kejap depan..kejap belakang...buat keta cam umah. Nasib la keta auto kalau manual mamang tak menang tangan aku dibuatnya.
Letak dalam baby car seat?
Jangan harap la dia mau dok dalam tu.. Beratus hengget aku beli guan takat 3,4 bulan ja. Bila dah bleh meniarap dah tak mau dok dlm tu dah..Nak beralih meniarap tak bleh so melalak la jawabnya... bila bagi duduk pun melalak jugak. Last benda alah tu dok diam-diam dalam stor..tunggu next baby hehehe

Semalam baru abis kursus keluarga cemerlang.... Cemerlang ke???
Ari ni baru leh ngadap blog skit tu pun lepas habiskan keja lain dulu...petang ni plak aku kena hadiri aktiviti BAKAT (badan kebajikan isteri tentera) alah... cam BAKTI, PERKEP. Dengarnya ada kelas masakan western....hahaha, pasni aku bagi resepi yer..tu pun kalau sedap

* Peserta Giveaway pun aku tak sempat nak jenguk lagi*


Monday, February 21, 2011

Disini ahad bukan hari cuti




YES!!!!!!

Lokasi kejadian: Umah aku
Masa: 8 Pagi (ahad) 20-2-2011

Pagi-pagi aku bangun cam biasa.. mandi then bersiap-siap sebab jap lagi nak p klinik ada check up bulanan Nureen. Lepas bersiap baru aku kejutkan budak dua orang tu... pastu bawa p bilik air bagi mandi. Tengah dok mandikan depa aku cam rasa lain jer... cam ada benda yang tak kena.
Pikir punya pikir.. aku lari kuar p tengok jam... pukul 8.30.
ALAMAK!!!!
Hari ni Naufal sekolah lah... Aku je yang tak keja
Kedah  kan cuti ujung minggu hari jumaat ngan sabtu so ari ahad Naufal sekolah la. Yang boleh buat aku lupa tu sebab aku ni keja, cuti hujung minggu ikut KL sabtu & ahad. Dah sebulan lebih naufal sekolah cam na aku boleh lupa ni.
Dah lewat sangat aku nak hantar naufal lagipun baju sekolah apa pun aku tak iron lagi.
Maknanya semalam naufal ponteng sekolah disebabkan penyakit lupa aku ni.

*banyak makan kepala ikan ke aku ni...


Monday, January 10, 2011

Hair Dryer 10K

SALAM

Uolls guna hair drye tak? Kalau guna, yang jenis mana uolls guna? Tiap-tiap hari ke uolls guna?
Banyak betul soalan aku kan... sebenarnya aku ni baru je ada hair dryer (dah 2 bulan kot) tapi aku ni tak berapa pandai la nak guna menda alah ni, lagipun ni first time aku ada hair dryer.
Alah... selalu aku keringkan rambut pakai towel ja, pastu dok kat depan kipas angin yang dibuka paling laju.
Dah ada ni, cepat skit la aktiviti mengeringkan rambut tu...


hair dryer uolls ada ke yang macam ni?
Zebra pink!

Jangan tak caya ni pun hair dryer jugak



Dan ini pun sama

ni sesuai untuk gegirl

lain pesen skit yang ni tapi fungsi sama


Bunga-bunga gitu

 polkadot

ni sesuai kalau yang suka english style
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tapi
Mana hair dryer 10K tu?
:
:
:
inilah rupanya



Percaya tak? aku dapat ni dengan nilai 10K ...................
point Kad kredit hubby
Jangan silap baca yer.... bukan RM 10K
Gila ke apa, aku nak beli hair dryer RM10K... lebih baik aku p beli barang kemas kat wah chan tu... dah la wah chan dok antaq sms promo jer...

note: seminggu berapa kali uolls basah rambut yer.....hehehe

Related Posts with Thumbnails