Tuesday, May 24, 2011

Welcome to Langkawi

Assalam

Besok BFF aku dari KL mai bercuti di Langkawi, aku kena la jemput depa sefamily di airport. Dah lama depa nak mai sini tapi tertangguh-tangguh ja...setelah sekian lama akhirnya sampai juga depa menaiki
 Air Asia yang diboking tahun lepas time promo....bagus kan AA ni, dengan promo cam la ni yang 10sen tu dapat la kita makan angin tempat orang. Hotel pun aku dah tolong bokingkan..harap selesa la depa tido di hotel tu... aku ni dah orang sini mana la penah tido di hotel kat sini tak tau yang mana ok yang mana tak so harap p survey skit-skit sebelum booking.

Hari khamis depa nak jalan-jalan pusing Langkawi, tapi aku tak bleh nak jadi tour guide sebab aku dah keja. Hari isnin sampai rabu aku cuti sebab pangasuh anak tak ada p hantar anak dia masuk matrik di gopeng. So esok, khamis aku dah keja dah.. mulanya nak amik cuti terus sampai jumaat tapi opis aku ada audit tambah plak cuti aku dah tinggal nyawa-nyawa ikan ja.
Tak pa la, pandai-pandai la depa drive pusing Langkawi ni. Tak yah takut sesat cam na pun masih lagi di Langkawi tak kan sampai Thailand ke hapa selagi tak naik feri. Pelancong dari oversea pun rileks ja sewa mota/ keta drive sendiri di sini... Jalan di KL lagi pening kalau nak dibandingkan disini. Habis sangat pun sesat masuk kampung pastu tanya la orang kampung tu mana jalan keluar..hahahaha

Kalau nak p tempat-tempat menarik yang orang selalu p tu, ikut ja sighboard....
Kabel  car di  Pantai kok/gunung matchinchang
Underwaterworld/ mandi laut di Pantai Chenang
Taman buaya di datai
Makam mahsuri di Ulu melaka @ makam mahsuri
Beras terbakar di Padang matsirat
Dataran Lang di Jety kuah
 Taman burung di kilim
Galeria perdana di kilim

Nak shoping
Idaman Suri di Jalan ayer hangat keluar skit dari pekan kuah (murah berpadan dengan kualitinya)
Ismail Group di pekan kuah, banyak cawangan (vantage dan beg troli murah)
Ram's di pekan kuah dan pekan rabu (mahal skit dari idaman suri tapi berkualiti)
Saga di pekan kuah (towel dan chocolate banyak pilihan)
Kalau nak borong chocolate di Ismail Group pekan kuah ada kedai khas jual chocolate ja.
Minyak gamat di jalan tok senik, bayas

Tapi mai Langkawi tak sah kalau tak p Pantai Chenang... banyak kedai dan gerai yang jual macam-macam benda tapi kebanyakan dari Thailand...ok lah beli buat kenang kenangan mai Langkawi kan.

Bab makan plak aku tak tau sangat..just kedai yang biasa-biasa je lah yang biasa aku p
Restoran bamboo di penarak (seafood)
EE burger di kuah (western food)
Restoran simpang area kedawang (thailand)
gerai-gerai di pekan rabu (malam jer)
eh! dah tak ingat la... tau kedai tu tapi tak tau nama apa.  Cari je lah kedai yang mana-mana yang nampak orang ramai dan cam best jer..ok lah tu. Kalau lalu di jalan kat pantai belakang airport tu singgah la makan laksa di lori-lori yang ada kat tepi jalan tu.. yang paling best lori ujung skali dan paling ramai orang.

Aku tak tau sangat nak crita..nak tau lebih lanjut mai la sendiri...


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails