Wednesday, March 31, 2010

♥Beautiful blogger award♥

SALAM

Sejak kebelakangan ni kita selalu tengok para blogger kita ni dapat banyak award dari member2 bloger..
Macam-macam nama award yang ada dan sesetengah tu sampai berderet-deret award kat sidebar..(jeles aku) so kali ni aku pun dapat jugak dari IBU NAFIS
  sebelum tu aku kena buat tugasan dulu...

Blogger yang ada nama kat bawah ni telah dianugerahkan award iaitu
 cukup la kot sebab ct rasa dah ramai dapat award ni...

Para blogger ni ct akan beritahu tentang award yang diterima

7 perkara yang uolls perlu tahu tentang Ct Nurkhijah
Asal dari Langkawi
Hubby seorang Tentera Laut
baru je berjinak-jinak dengan blog ni sejak ujung tahun lepas
sekarang dah ada hobi baru iaitu.. Decoupage..
Berkerja sepenuh masa berbloging ni time free-free ja..
Orang yang bertanggungjawab mengheret ct ke arah blogging ni ialah my cousin SHUHADA

Ct tak paksa para blogger buat tugasan ni... just nak ambil award tu saja pun tak pa....



Monday, March 22, 2010

✿MYBABYSHOPONLINE✿

SALAM

Marilah beramai-ramai kita join Cabutan bertuah MY BABY SHOP ONLINE

1) terbuka kepada semua blogger tak kira lelaki @ perempuan.
2) buat 1 entry khas bertajuk Cabutan Bertuah MYBABYSHOPONLINE

3) letak banner di side bar anda dah link kan ke post ini.

4) Mestilah dan wajib jadi follower 2-2 blog ini
(sebab nak bagi hadiah kt follower kan)

5) tarikh tutup adalah pada 04 APRIL 2010 jam 1.00 am

6) letakkan nama anda di sudut ruangan komen dan bagi link direct ke entry yang telah anda buat...



Friday, March 19, 2010

✿2nd Decoupage✿

SALAM

Sekarang aku sudah terjerumus dalam kancah mendecoupage....kisahnya bermula apabila aku slalu blogwalking sehinggalah terjumpa blog-blog yang cerita tentang decoupage. Belek punya belek, baca punya baca...then hati ku sudah tertawan dengan seni decoupage...
Aku pun apa lagi..memulakan langkah seribu pertama iaitu larikkk oder kit D.I.Y deoupage..

Semalam aku dah post N3 hasil kerjakaki kerjatangan aku yang pertama (klik sini) so ari nia aku nak kasi uolls tengok pulak hasil yang kedua

balang Cokelat (tudung dah hilang)....dah siap tak tau pulak nak letak apa dalam tu...
Ada  cadangan????

balang ni asalnya putih jernih (transparent) betul ke aku eja tu..

Yang ni pulak kotak Ferero Rocher...

pandangan dari atas atas....

Ok, setakat ini dulu.....

Wednesday, March 17, 2010

♥ 1st Decoupage ♥

SALAM

Inilah hasil pertama aku buat Decoupage....

macam mana?

Asalnya cawan tu putih plain ja (lupa nak amik gambo) selepas dikerjakan oleh tangan yg tak berapa nak kreatif ni so inilah hasilnya.....
Minggu ni nak cuba buat yang lain pulak... kalau jadik aku bagi uolls tengok kalau tak jadik aku tak kasi tengok la...malu kat  uolls yang pandai2 wat benda-benda ni

✿SLEEP BOX ✿

SALAM

SLEEP BOX??? apakebendanya?? uolls penah dengar tentengnya atau tengok  SLEEP BOX.
Rupanya cam ni..

Kegunaan Sleep Box ni tentulah untuk tido (abeh..nak wat apa lagi???) Sleep Box ni adalah sebagai kemudahan kepada orang ramai yang mudah dan murah sekiranya jadi kes2 kecemasan seperti  uolls tertinggal flight then flight seterusnya esok pagi dan hotel penuh atau mahal so Sleep Box jalan penyelesaian..tak perlu uolls tido kat airport/stesen bas/stesen keretapi atau cari masjid/surau untuk tido.


Berukuran 2m x 1.4m x 2.3m  selesa dan selamat
Rekabentuk yang sesuai diletakan indoor atau outdoor (takut kena tampal poster ahlong)


Selesa untuk maximun 2 orang.
Dibawah katil ialah ruang tempat untuk menyimpan beg atau barang
Dilengkapi dengan katil,cadar,tilam dan bantal
TV LCd pun ada jugak (tak la boring)
Meja untuk Laptop dan WIFI (boleh update blog/FB)
Plug intuk charge henpon
tingkap cermin yang boleh ditutup (tak de la orang nak intai uolls tido)
Pembayaran boleh dibuat pada pengurusan terminal atau di kaunter2 disediakan dan uolls akan di beri kunci elektronik. Boleh sewa dari 15 minit atau berapa jam pun yang uolls nak....
mudah kan? so nanti tak dak la org dok tido kat kerusi menunggu flight/bas/ketapi
(tapi kalau nak jimat bajet lagi tido ja kat kerusi tu..)



Tuesday, March 16, 2010

✿Seksi VS Seksa ✿

SALAM
Penah pergi Motorshow? tapi kalau tak penah pergi pun uolls mesti dah leh bayang apa yang ada kat show tu. Selain dari Kereta-kereta, jentera-jentera yang canggih lagi manggih berjenama femes-femes dengan harga yang tinggi menyayup pasti dan wajib ada gadis-gadis atau model-model yang dok bertenggek,liuk lentok,posing segala bagai macam kat bawah ni
V
V
V
tak tau la depa dok amik gambaq apa...

hu..yo... juling biji mata tengok


sapa la yg amik gambaq ni pandai cari shoot2 menarik tertarik

FERARI
VS
KIA
V
V
V
hambik ko.....

Posing maut ni....

Agak2 berapa jumlah berat depa ni???? termasuk lori tu..
Boleh buat Kontest cam Teka Berat Mister Potato



Monday, March 15, 2010

♥ Giveaway Something to Share ♥

SALAM


Minat @ suka "PINK" ? mesti join giveaway ni sebab hadiahnya semua colour "PINK"
Cepat-cepat sebab tarikh tutup pada 16-03-2010
klik kat atas


Friday, March 12, 2010

♥Tecik Tenit Tomel My 1st Giveaway♥


Comel kan banner kat atas??? kena la dengan namanya tecik tenit tomei
Yang best tentang giveaway ni sapa-sapa yang tak dak blog pun boleh join jugak. Nak tau macam mana sila la ke Tecik Tenit Tomei (syok la sebut)




✿ alahai...artis islam ✿

SALAM

Aku memang terkejut bila terima email tentang kejadian / perkara atau apa-apa la
Aku tak tau nak ulas apa-apa tetapi uolls tengoklah sendiri
:
:
:
:
:
:

Kenal tak siapa artis malaysia ni??????
HINT berlakon lam NUR KASIH.....

:
:
SHARIFAH SOFEA

Menurut crita lam email tu dia tak ada masalah bermain dengan anjing peliharaannya (macam tak dak menatang lain nak dipelihara) kerana berada dalam keadaan kering. Tukang amik gambar ni kaum kerabatnya jugak dan sharifah sofea yg meletakan gambar ni dalam tenet..(untuk tatapan peminat kot)

Aku ni tak la pandai sangat bab2 agama ni tapi yang aku tau Anjing ni haram dan dalam keadaan apa sekalipun tak mungkin aku nak sentuh menatang haram tu.. apatah lagi nak bela
Uolls pikir la sendiri



✿ koleksi jentolak ✿

SALAM


Dalam banyak-banyak barang permainan di dunia ni, kategori ni la yang Naufal suka. Dah belambak2 kat umah mainan jentolak ataupun yang sespesis denganya...
Naufal ni kalau bab pilih mainan ni memang lama sangat, macam-macam benda aku suggest tapi last-last spesis ni jugak yang dia nak..
Yang ni sebahagian ja..ada banyak lagi yang kecik dalam bakul mainanya tu tak dikira lagi yang dah lingkup punah ranah....
Kalau aku kutip2 mana yang dah rosak nak di buang naufal akan kutip balik masuk dalam bakul dia...
alasanya.....Elok lagi ni...abang nak main lagi so terus amik bawa p main...
geramnya aku....
Bukan nya apa, aku nak buang sebab la ni nureen dah pandai dok kutip2 barang atas lantai masuk lam mulut. Mainan tu kalau dah pecah mesti tercabut spring,skru, serpih2 sana sini...
Yang dah buang rasanya dah banyak tapi yang aku heran dalam bakul tu tak kurang2 pun...

Hmmmmm...... musykil-musykil

♥ Ins.P.a.C.Falisha Giveaway ♥

SALAM


7 cabutan bertuah akan dilakukan... makna nye ade 7 lucky winner...

Murah hati sungguh Mama Falisha ni nak kasi sampai 7 hadiah
so tunggua apa lagi.... jom la join beramai-ramai
klik kat bunga dibawah kalau nak join





Thursday, March 11, 2010

✿kesian Abang Naufal ✿

SALAM

Entah la.... aku rasa kesian+bersalah kat Naufal... sebab kecuaian aku naufal yang terima akibatnya..
Ari isnin lepas my hubby duty 24H keja (kalau tentera tu tau la duty tu cam mana) so mmg tugas aku la petang isnin p amik anak2 kat umah bb sitter.. jarak umah aku ngan umah bb sitter tu jauh la jugak.

Untuk pengetahuan uolls Nureen dah tak brapa mau dok lam bb carseat tu.... ada la 3,4 minit dok baik2 pas tu mula la nak bangun tengok naufal kat belakang, tambah2 plak naufal dok main cak-cak ngan dia.... mmg menguji skil pemanduan aku betul....aku penah bawa keta ngan sebelah tangan pegang nureen sebelah lagi pegang stereng nasib baik keta auto & jalan lengang ja.. (haighway langkawi)

Tragedi ni jadi pada pagi selasa masa aku hantaq anak2 p umah bb sitter. Nureen mmg buat perangai dari bangun tido..aku pakai tudung pun ala kadar ja.... (sampai opis pakai balik elok2) Naufal dok meniarap kat seat blakang sambil dok main mainan kat lantai keta.. Nureen dah nangis tak mo dok lam carseat tu, aku dah bagi segala bagai benda tapi tak mo jugak

Sampai ja kat kawasan sekolah dalam aku dok kelam kabut ngan nureen, mata sat tengok jalan sat tengok nureen tup-tup keta depan brek,bagi signal nak kona.... aku pun apa lagi brrreeeeekkkkkk mengejut
Gedebak.... Gedebuk..... Waaaa....Waaa......
Maaaakkkkk..... Sakkkkiiitttt...
aku toleh belakang tengok naufal dah bedebuk tergolek kat lantai keta... aku panik jugak tapi nureen dok nangis lagi kuat

Aku berenti kat tepi (gerai jual nasi lemak) tengok  naufal dulu... dia dok pegang mulut yg penuh darah lam ati aku syak patah gigi dah....bila lap2 darah tu baru nampak bibir luka..
So, jadik la cam ni


Bila Senyum


Sory ye Abang......


Wednesday, March 10, 2010

✿ Akademi Fantasia 8 ✿

SALAM

Demam AF akan melanda tak lama lagi.... aku sebenarnya tak  demam pun kalau musim AF ni sebabnya aku suka2 jer tengok AF tak la fanatik sangat.....tak penah undi pon..

Pengacaranya dah bertukar untuk musim ni.


kepada

 yang terbaru

bersama


Dan para pelajarnya adalah


1. Dayang Nor Anum Arjuna Aharun atau Anum, 19 tahun, Sabah

2. Muhammad Alif Kadim atau Alif, 18 tahun, Kuala Lumpur

3. Muhd Shahril Firdaus El atau Daus, 22 tahun, Sarawak

4. Nadiawati Ainul Basir atau Ain, 23 tahun, Sabah
5. Muhammed Shahril Mohd Saleh Hussein atau Shah, 26 tahun, Selangor

6. Zafarina Jamhari atau Farina, 28 tahun, Sarawak
7. Erma Suhaimi atau Erma, 21 tahun, Sabah (kakak kepada Adira)

8. Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21 tahun, Perak

9. Nadia Emilia Roselan atau Nad, 21 tahun, Selangor

10. Emirza Awan Zulazrin Chew atau Iwan, 20 tahun, Negeri Sembilan

11. Muhd Firdaus Maulana Mohamed atau Mulana, 22 tahun, Johor

12. Siti Adira Suhaimi atau Adira, 19 tahun, Sabah (adik kepada Erma)

Kita tunggu dan lihat diaorang ni lagi hebat ke tidak dari bintang2 AF yang lepas

♥ SARARISA GIVEAWAY 2010 ♥

SALAM


GIVEAWAY TIME!!!!!

Cepat2 kawan2 kita join giveaway ni sebab tarikh tutupnya 11-03-2010 jam 8-00mlm
masih sempat kalau nak join sebab hadiah2nya barang2 kat atas tu..ada jugak hadiah misteri menanti uolls




Tuesday, March 9, 2010

♥ GG ♥

SALAM

Lompat sana lompat sini....lari2 setempat....jalan2 cuci mata....singgah sana singgah sini
(BLOGWALKING)

aku jumpa 2 kisah tentang GG (bukan kumpulan gigi indon tu...) ni GG kat lam mulut nak wat kunyah2 apa yg korang makan..
1...Kak Da yg patah gigi masa makan....KLIK SINI keterangan lebih lanjut
2.....Wawa yg berus gigi tak ingat dunia...KLIK SINI keterangan lebih lanjut

aku nak syor kan depa pakai berus gigi ni
:
:
:
:
:
 OK?



♥ My-alia.com march giveaway ♥

SALAM


1. Menjadi Follower di My-Alia.com ini.


2. Tinggalkan komen di entry ini... (cth: Saya nak join giveaway ini...)

hadiahnya

 mudah kan? apa tunggu lagi.....



✿Layout FaceBook ✿

SALAM

 aku bukan nak promot FB aku tapi kalau uolls nak add aku pun tak de masalah...
tapi uolls persan tak? layout FB aku tu lain skit... cantik tak?
kalau uolls  nak make-up FB uolls cam tu klik sini ♥ 
tapi pastikan uolls ada mozilla firefox 3 kalau tak ada pun uolls leh download kat page yang sama jugak

1. Buka web ni : KLIK SINI

2. Download Mozilla firefox3 dulu kat sebelah kanan tu (kalau tak de lagi la...)

3. Pilih 1 yg nak klik kat Select

4. Bila kuar kotak kecik tu klik RUN then SAVE

5. Buka balik Web tadi : KLIK SINI

6. Pilih mana layout uolls nak, klik select skali lagi
kotak tu jadik cam ni..


7. Login balik FB uolls....klu dah login sebelum buat ni tu kena logout dulu then baru login balik
selamat ber Fb....

Related Posts with Thumbnails