Thursday, March 29, 2012

Alhamdulillah...sudah nampak perubahan


As salam

Syukur alhamdulillah.... dengan sedikit usaha beserta doa dan keizinan darinya, dah narmpak perubahan pada Naufal.
 Berkaitan dengan ENTRY INI
Hampir 3 minggu Naufal makan Examo memang boleh nampak banyak perubahan pada Naufal terutama bab ingatan. Dulu kalau ct ajar membaca tu dalam 1 ayat 4 perkatan bila dah eja sampai perkataan yang last mesti perkataan yang pertama dia dah lupa dah...jenuh nak ulang balik eja sampai dia ingat. Sekarang nampaknya setakat ayat 4 perkataan tu dia dah boleh baca dan ingat cuma still kena eja lah..


Dalam minggu ni dia asyik dok menghafal Al-Fatihah, doa Iftitah, bacaan duduk antara dua sujud dan tahiyat awal & akhir. Dalam semua tu 90% dah boleh baca.. .ct cuma perbetulkan skit-skit sebutan sebab Naufal ni still ada lagi perkaatan yang dia tak boleh nak sebut...rasanya banyak belajar ni
dengan ustazah yang dia pi mengaji tu...tahun lepas Naufal baca  iqra di sekolah ja tapi start bulan feb ari tu ct hantar Naufal belajar mengaji iqra di umah sorang ustazah...Naufal pon nampak happy jer nak pi mengaji kat situ..Lepas abis baca iqra kena semayang asar dulu then baru bleh balik..dari situ dia banyak belajar. Kalau kat umah ni biasa lah..kita yang ajar dia banyak alasan tapi ngan orang lain dia mau pulak..maybe sebab ada kawan kot.Minggu ni Naufal tak pi mengaji sebab ustazah tu blik kampung ada hal....so tadi pi amik di umah pengasuh dia nangis dah sebab nak pi mengaji tapi ustazah tak ada.

Lepas ni kena tumpukan pada matematik pulak... nampak Naufal tak berapa boleh sangat bab matematik.
Target Naufal dah boleh baca bila masuk darjah 1 tahun depan, sekarang ni bebudak semua pandai-pandai, kalau tak boleh bersaing takut nanti ketinggalan pulak.
 Walaupun ct tak mampu hantar anak ke taska mahal-mahal yang dikatakan bagus pembelajarannya tapi Ct akan cuba usahakan supaya Naufal dan Nureen berjaya...
Insyallah...


Tuesday, March 27, 2012

Jawatan Kosong Negeri Perak

As salam

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan kini mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi 321 kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Pegawai Hal Ehwal Islam (Imam) Gred S41 (10 kekosongan)
2. Penghulu Gred NP27 (25 kekosongan)
3. Pembantu Pertanian Gred G17 (16 kekosongan)
4. Pembantu Veterinar Gred G17 (8 kekosongan)
5. Renjer Hutan Gred G17 (5 kekosongan)
6. Juruteknik Komputer Gred FT17 (2 kekosongan)
7. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S17 (6 kekosongan)
8. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17 (54 Kekosongan)
9. Pembantu Tadbir (Kewangan) (30 kekosongan)
10. Pembantu Akauntan Gred W17 (2 kekosongan)
11. Pengawas Hutan Gred G11 (29 kekosongan)
12. Penghantar Notis Gred N3 (21 kekosongan)
13. Pekerja Awam Khas Gred R3 (33 kekosongan)
14. Pemandu Kenderaan Gred R3 (80 kekosongan)

(klik diatas)

Sumber DISINI

GOOD LUCK!!!!!


Monday, March 26, 2012

Betty Crocker 100 Piece Cake Decorating Kit

As salam

Akhirnya dapat jugak beli benda ni....Dulu dah oder dah masa promosi kat groupon pastu ada problem ngan penjual tu dia pulang balik duit. Minggu lepas ada nampak promosi WONDER BEE  di fb terus oder.


Ini lah rupanya.... harganya RM20 tak masuk  yer..tapi ni paling murah yang ct jumpa kat tempat lain ada yang rm39...oder kat FB WONDE BEE (klik jer)

Nak tau cam mana gunanya jom tengok ni




Sunday, March 25, 2012

Santai petang

As salam

Weekend tak dak pi mana round-round pulau ni ja... last lepak tepi pantai sebelah Airport Langkawi.
Berbekalkan pisang goreng RM2 dan sebungkus sirap kami 3 beranak melepak sambil tunggu flight naik & turun.
Untuk hubby... 
ni ubat lepaskan rindu pada anak

video
Anak- anak saja...
maknya tak leh letak kat sini :P

*TaTa*



Tuesday, March 20, 2012

Minggu yang agak kalut

 as salam

Tah la kat mana nak mula crita tapi yang pastinya start selasa lepas memang agak kelam kabut...
 Naufal ikot abah balik kampung so kira sunyi la skit kat umah, ingat bleh la rileks-rileks tapi Nureen plak demam mengejut...dalam ok-ok tu terus malam badan panas
Bila anak demam ni cara autonya Ct pun payah nak tido.. baru jer nak terlelap Nureen dah bunyi-bunyi....dia tak selesa ngan idong pon tersumbat...Ubat dah berbotol-botol kat sebelah tu. Tapi nasib baik budak-budak ni jenis mudah makan ubat.
Bila pi keja pon dok ingat nak kat umah pengasuh tu...henpon dok stanby jer dekat-dekat takut pengasuh call.
kat opis malas nak crita lah...sebelum ni pon sapa yang dok baca kat sini dah tau kan...keadaan terbaru di opis sejak Januari lepas dan tak tau sampai bila keadaan akan still cam ni. sekarang  tengah berusaha sesuaikan diri bekerja tanpa bos dan opismate.
3/4 dari masa di opis tu dihabiskan hanya berteman komputer, meja,kerusi,fail-fail...emmm
dan paling tak suka kalau dapat task last minit...dah tu pulak, kerja tu bukan kerja ct sebenarnya dan Ct kena buat dalam keadaan kelam kabut sebab nak send ari tu jugak. Ya Allah...kalau dah biasa buat ok la jugak kan? ini tak.. first time plak tu, terpaksa la call sana sini minta tolong..
Sekarang kena biasakan diri dengan keadaan opis waktu ni walaupun Ct dah hampir 4 tahun kat situ..segalanya berubah so kena belajar slow-slow benda yang selama ni Ct tak buat...
Cuba pikir positif jer...tu semua ilmu kan?

*Bye*

Friday, March 16, 2012

Salji di bumi Lebanon

As salam

Seronoknya dapat main salji kan? entah bila dapat merasa bermain salji ni...yang salji buatan di icity dan genting tu pon tak pegi lagi.. beruntung my hubby dapat merasa keadaan tinggal di negara bersalji ni...
Di sana sekarang katanya musim salji agak melampau sampaikan ada tempat yang tak penah turun salji pon dah bersalji tahun ni.

Jom layan pi yang Ct amik dari FB hubby


 Weekend diaorang ada pi jalan-jalan main ski
bergaya jer tu tapi tak pandai main ski pon....asyik jatuh jer katanya..hahaha

Bergambar dalam salji renyai-renyai (betul ker renyai-renyai?)

Tengok bertapa hebatnya orang Malaysia....
selamba jer pakai cam tu macam nak pi pasar ngan selipar,t-shirt lengan pendek.
Hubby ct yang kiri tu...hehehe

Rasanya ni dalam kem...nampak kan salji dok turun tu...bestnya..

Snow man ni request dari Naufal, dia tanya kenapa tak de snow man pon kat sana cam dalam kartun Pororo so hubby buatkan ni special untuk Naufal.
Cam pakai skirt ja snow man ni...eh, kalau pakai skirt snow girl la yer..

Harap satu hari nanti dapat la bawak anak-anak cuti-cuti oversea walaupun tak jauh dari Malaysia.
Insyallah

*TaTa*


Wednesday, March 14, 2012

Bye bye Naufal

As salam

Abah ct ada mai Langkawi ari isnin lepas ada hal....pastu semalam abah cakap nak bawak Naufal balik Pokok sena nanti ari Sabtu abah hantar balik sini.
Mmmmmm.... kena pikir dulu... masa abah call tu Naufal dah tido so tak leh tanya dia nak pi ke tak tp Ct memang leh kompom dah Naufal mesti nak ikut la.... Tapi ct plak yang rasa cam berat ati jugak nak lepaskan...Kalau tak bagi ikut sian plak kat Naufal tu cuti skolah ni tak kemana pon asyik terperap kat umah pengasuh ngan  tengok tv ja...ada jugak bawak pi taman permainan tapi kejap je lah dah pegi lepas amik depa di umah pengasuh pastu dah lewat petang kan..

Pagi tadi kejutkan Naufal tanya dia 
nak ikut Tokwan pi balik umah tokwan ka?
Naik feri ka?
ye lah
lama dia diam...pastu dia cam nak nangis
La... pasai pa? napa abang nak nagis?
Mak ikut tak?
mak keja la...abang pi ngan wan ja...
Nanti adik nak main ngan sapa?
Rupanya dia dok pikir kan Nureen nanti nak main ngan sapa kalau dia tak dak.....Alahai
Adik main ngan intan (anak pengasuh) la
Ooooo...ok

Pagi tadi dah hantar abah ngan Naufal ke jeti, feri pukul 7.30 ke kuala kedah...Tunggu tengok Nureen plak petang nanti bila tengok abangnya tak dak.... mesti dia cari jugak..

Ct tak leh nak amik cuti...sekarang ni tak cukup staff....huhuhu

¬TaTa¬


Tuesday, March 13, 2012

My pic dalam cosmopolitan mac

As salam

Hik..hik..hik... ni pon mau kecoh kan? pic kecik cinonet jer pon

 
Fazlina member Fb ada bgtau pic Ct kat dalam Comopolitan mac....ingat2 balik mana ada ct join kontest bergambar ke apa kan...maklumla kita tak fotogenik hehehe...
cosmo sampai kat tangan jenuh dok belek kat mana pic tu.... rupa-rupanya  team cosmo amik komen ct di FB cosmo pasai langgan majalah tu...dah lama dah komen..tu pasal hilang ingatan jap
Nik Izyanti pon ada jugak... kaki kontest jugak tu tp lagi hebat dari Ct lah


Monday, March 12, 2012

Examo 500 & 500 plus

 As salam

Mulai hari ni Naufal mula ambil suplement untuk kecerdasan minda... Ct memang perasan Naufal agak slow dalam mengingati sesuatu, maybe sebab Naufal ada G6PD... Sebelum ni Naufal cuma makan kismis Tok gurui. Ct tak berani bagi sebarangan ubat or suplement sebelum dapat pengesahan doktor sebab G6PD ada pantang laranganya.
Tapi kali ni hubby dah tanya ngan doktor kandungan dalam Examo  Naufal tak bagi kesan pada G6PD...lagipun Examo ni adalah jenis homopati...Dulu masa Naufal kena jaundis pon Ct bagi  ubat homopati..alhamdulillah ok jer

1 set RM80

ada aturan untuk makan examo
ini dari web EXAMO

dan ini plak yang Ct buat..hehehe

Ini salah satu usaha Ct ngan hubby untuk kebaikan Naufal...tapi cam na pun kena rajin belajar jugak kan...
Harap-harap ada perubahan nanti
 

Thursday, March 8, 2012

Boring & Busy

As salam

Dua perkataan  yg temankan ct minggu ni...mmm...entahlah apa yang dok menari-nari dalam kepala ni, nak crita pon tak tau.
 
BORING
weekend asyik terperap kat umah.... Tak dak mood nak kuar...sian kat Naufal &Nureen yang sama terperap.
Rasa lambat sangat masa berjalan...tak sabar tunggu hubby abis misi...banyak benda nak disembangkan...walaupun bleh skype tapi tak sama dengan ada depan mata...rindu nak cakap itu ini...crita tu crita ni...pokpekpokpek kat hubby.
Di opis pon still berseorangan...takde opismate....takde boss..... please la JPA gantikan cepat Boss ct...Opismate tu tak pe lambat-lambat skit (bleh tanggung keja) yg penting Boss tu..banyak keja  yg tak masuk dalam tugas ct kena buat ni...klu dpat gaji 27 tak pe lah..tp ttp gaji 17..huhu

BUSY
Busy ulang alik ke toilet ja dari ari ahad lepas..tak tau la, salah makan ke apa...tp bila ingat balik rasanya tengah malam sabtu tu ct ada makan roti cicah milo, roti tu baki breakfast Naufal..maybe dah xpired kot...hok aloh...patutlah pagi ahad tu memulas-mulas perot ni sampai tak leh hantar Naufal ke skolah.
Selasa pulak pengasuh call bgtau Naufal sakit telinga lepas balik skolah.....bergegas dari opis amik Naufal bawa ke klinik...di klinik tak sakit pula telinga tu tp demam pulak.
Di opis pon busy jugak tapi itu biasalah dah namanya kerja kan....kena buat report yg sepatutnya tugasan boss...tak pe lah..think positif...sekurang kurangnya ct dapat belajar buat semua tu...

 Ya Allah...ku mohon agar segala urusanku dipermudahkan....Amin..

Thursday, March 1, 2012

HaPPy BirTHdaY tO SyED nAuFaL

As salam

Alhamdulillah....hari ni 1 MAC 2012 genaplah my little hero
Syed Naufal Haziq
6 Years old
Kejap jer rasanya...kenangan melahirkannya1 Mac 2006 still fresh dalam ingatan Ct.

 Tiada sambuatn yang meriah-meriah sebab hubby pun tak de disini, rasanya Ct just nak beli kek dan sambut dengan anak-anak jer...


Tapi apapun yang tak pernah kurang walau sedikitpun sejak 1 mac 2006 ialah
Kasih Sayang...LOVE...LOVE..LOVE


Happy Birthday to Naufal.....
mak dengan abah sentiasa mendoakan hanya yang terbaik untuk naufal.


Related Posts with Thumbnails