Wednesday, December 30, 2009

GOLD! GOLD! GOLD!

SALAM

Penah dengar dak tentang pelaburan Emas?.. klu korang mmg kaki tangan kepala internet ni sah-sah korang penah dengar tentang ni atau penah terbaca iklan2 kat sidebar blog2 ynag korang jenguk.
Sebenarnya bukan nak crita tentang Pelaburan Emas tapi benda ni ada sangkut paut ngan EMAS
(orang kampung aku ckp GOLD)

Apapun kita LAYAN.....ZASSS...







ha..ha... jaga-jaga lalat masuk mulut tenganga tu,,,,
 Ni tak tipu punya
COMPLETE GOLD MERCEDEZ BENZ
VALUE 9 MILLION US
NOW IN DUBAI

tau-tau ja la.. orang Dubai tu kaya raya..


Untuk insan bernama SITI......

SALAM

Di Malaysia ni pasti ramai yang bernama SITI, hatta seluruh pelosok dunia pun..tak kisah la SITI apapun termasuk la SITI NURKHIJAH (me la tu) so ni adaa 9 SITI yang patut dicontohi:-



1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aisyah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


Thursday, December 17, 2009

First Giveaway : KhairunKraf



SALAM
Berminat dengan barang-barang kraf yang comel2??? Ha... jangan tak tau plak adanya 1 blog yang anda bleh jenguk2 then oder hasil kraf yg comel lagi berpatutan harganya...
Dimana?
Disini....KhairunKraf

Dengan berbesar hatinya tuan kedai kita ni nak buat giveaway so sebagai permulaan apakata kita join giveaway ni (mana tau kot-kot bertuah) then terus bershoping di kedainya...
GIVEAWAY-GIVEAWAY

T & C
1) Jadi follower tuan kedai..

2) Link kan blog tuan kedai dalam blog list korang..

3) Buat satu post dalam blog korang tentang giveaway ni..jangan lupa letak pic atas tu sekali..then, letak link http://khairuncraft.blogspot.com/2009/12/first-giveway-khairunkraf.html
kat post tu ye..

4) Copy pic kat atas tu, dan letak jugak kat side bar blog korang..biasa orang guna html kan..ni kira korang add image la kat ruang "Add a Gadjet" yg edit layout tu..pastu link image tu dengan link ni http://khairuncraft.blogspot.com/2009/12/first-giveway-khairunkraf.html

5) Tinggalkan comment kat post tuan kedai, link yang korang dah buat post pasal giveaway ni..

-sekali dengan word yang nak letak kat car signage tu (MAX 3 WORDS, tapi jangan panjang sangat tau..nanti jadik kecik plak tulisannya)
-request warna sekali ye (colour available : pink, yellow, orange, red, purple)
EG:
SUKEMAKAN nak join giveaway!
Word : Baby on Board
Warna : Pink

6) tuan kedai akan update dari masa ke masa orait!..

Pemenang tuan kedai akan undi ok!


Thursday, December 10, 2009

Adik!!!!!! mak ni....

Salam
Semalam (9hb) aku baru balik dari K.L ada latihan 1 ari kat MINDEF so 8hb aku dah btolak.... Ni first time aku tinggal adik nureen kat my hubby, sebelum ni abang naufal dah biasa la kena tinggal tapi time tu mak aku ada lagi kat langkawi ni, bleh la tengok2. Adik nureen tak penah lagi ditinggal....mula-mula tu dok pikir nak bagi tido kat umah baby sitter (kak Sal) je.. tapi my hubby tak kasi. My hubby cakap klu skg dia tak belajar nak jaga anak so bila lagi..Pikir-pikir, betul jugak lgpun segan nak ganggu kak sal nak rehat2 lepas jaga anak2 aku tu..
kul 11 malam aku sampai langkawi my hubby datang ngan bawa anak-anak (dua-dua dah tido) sampai umah terus tido coz aku pun dah penat tapi sempat jugak la jenguk-jenguk dapur. Hmmmm..... semua dalam keadaan terkawal seperti yang sedia ada (tentu la coz diaorang tapau) umah pun ok jer...
Pagi ni(10hb) adik nureen bila jaga dari tidor terus pandang aku ngan muka cam hairan jer... nape adik?????
Adik!!!!!! adik!!!!!
mak ni, tak kenal ke????
hu..hu... adik tak cam aku ker???
slow-slow adik senyum kat aku..
Wah.. Comelnya.....


Monday, November 30, 2009

SWEET WANNUR & COMEL BERGAYA GIVEAWAY


SALAM
GIVEAWAY! GIVEAWAY! GIVEAWAY!
hujung-hujung tahun ni banyak pulak giveaway yang bagi hadiah best-best... giveaway yang dibuat tu ada sebab musababnya.. tapi yang penting kita "enjoy.." he..he..he..
Antaranya giveaway yang mudah atau sonang nak join inilah, sebab t&c nya hanya 4 jer...


Kategori A --> sesiapa yang ada blog (bloggers);

1. jadi follower SWEETWANNURSHOPPE dan COMEL BERGAYA!!
2. link kan kedua-dua blog ini di blog list anda
3. buat entry ttg giveaway ini
4. tinggalkan comment beserta link anda
Yang paling menarik tentang giveaway ni kepada yang tak mempunyai blog pun bleh join jugak. Cara-caranya adalah..


Kategori B --> bagi sesiapa yang tiada blog;

1. jadi follower SWEETWANNURSHOPPE dan COMEL BERGAYA!!

2. emailkan ttg giveaway ini kpd 5 orang dan di CC kpd sweetwannurshoppe@gmail.com
3. tinggalkan comment beserta email anda

Tunggu apalagi jom kita memeriahkan lagi giveaway ni.

Thursday, November 26, 2009

"KERETA JUGA MPV"


Klu nak tau tu lah kereta keluaran terbaru dari Perodua(PERODUA ALZA). Memandangkan sekarang mmg dah trend orang kita yang dah berfamily ni dok gila beli Mpv. Ye la, dah ada anak dan nak keselesaan tentu lah Mpv yang jadi pilihan. Sonang baitu nak kelik kampung nanti (tayang kat orang kampung) dok usah la dok niat gitu. orang kampung pung lagi hebat dari mung.. (bak pa ghoyat gi ni plak) Udah..udah kembali ke jalan yang benar..

Sebenarnya aku pun mmg ada cita-cita nak beli mpv ni "tapi..." aku syang lagi keta yang aku pakai skg ni lgpun baru 2 tahun...
Ok,Ok berbalik kepada ALZA tadi klu ada yang dah dok siap-siap nak p tgk kat showroom apakata tengok kat sini dulu...

Yang ini kah?

Atau yang ini?

Mungkin yang ini

pas tu kita tengok plak belah dalam serba sedikit




Klu ada anak kecik bleh la letak botol susu ke dan macam bagai lagi la ikut suka korang la.. dah keta korang..

Dah tercongak-congak harganya ye... ni ada la skit info ttg harga... tak mahal pun tapi berbaloi-baloi

Perodua Alza 1.5L Standard M/T
Solid – RM55,490
Metallic – RM55,990
S. Metallic – RM56,190 Perodua Alza 1.5L Standard A/T
Solid – RM58,490
Metallic – RM58,990
S. Metallic – RM59,190
Perodua Alza 1.5L Premium M/T
Solid – RM60,490
Metallic – RM60,990
S. Metallic – RM61,190 Perodua Alza 1.5L Premium A/T
Solid – RM63,490
Metallic – RM63,990
S. Metallic – RM64,190

Ok ??? apa lagi jom serbu showroom Perodua.


Terujanya makcik

Macam tak percaya....
dah lama makcik nak jumpa ngan nasha di baru termakbul.
Comfirm makcik tu framekan gambor dia ngan nasha ni...

Tolong.....Tolong...

Hah!.. nak buat cam na ni? ada orang minta tolong la..

alahai.....isk.isk.. kat mana nak p tolong ni..

larikkk....

oi! oi! aku kat sini la, tolong la aku..

Cian kat aleza tak cukup kain rupanya.... ingatkan nak kena ngap ngan gimau..

Wednesday, November 25, 2009

INI "FAKTA" BUKAN "AUTA"

SALAM

Blog walking-blog walking so singgah jap kat "Ceeramoon" lam N3 ceera ttg Nippon Paint nampak la gambo Kak Red time tu baru teringat dah lama nak jadi follower kak red ni tapi dok buat yang lain dah lupa la... Dengan sepantas kilat (hehe..agak jela) terus terjah Web kak red (dulu blogspot skg dah takde dah blogspot tu) temptlet pun dah baru tapi tetap MERAH (of couse la..) N3 teerbaru kak red ttg Hongkong Disneyland (uiiii... best giler...)

TAPI

Ini Kolum yang menarik minat aku utk berblogging so check it-out


Kamu mahu mendapat sebanyak itu via blog, bunyiknya macam menceceh2 je lam blog tup2 haik duit masuk hahahahaha…behind of the story nak masyuk tu is not easy darling. Sebab itulah saya sudi utk membuka Rahsia RM (bukan ringgit msia, but RedMummy lah RM tuh)…

The subject of this entry is to be on TOP is bcoz that s what Nuffnang call me and a few others (so bukan saya soranglah, mostly yang lelain tuh chinese bloggers) as the top bloggers. mbe saya antara yang bertuah, for wanita melayu blogger, where the advertisers seronok letak their ads di sini.


1.Minat! minat dulu kena ada…kalo kamu tak minat ngan blog, camne kamu nak be part of the blogging line? Bila kamu keep on complaining *tak geti, tak tau, segala macam tak* so how you nak go on living with blogging? Saya bermula bukan kerana minat pada hari pertama saya membuka blog. saya bermula kerana saya ingin lakarkan sejarah kisah anak2 saya.

itu asal minat niat saya. kemudian sedikit demi sedikit minat saya makin bercambah coz saya menang Bloggers Idol 2006 and also since ai m envy to red colour, so orang melihat saya wanita yang unik kerana gilakan warna merah. that s my reality life yang diadaptasikan di dalam blog. Then the mouth spreaded on RM, saya dijaja di dalam media, that s publicity yang membantu jugak. Minat yang seiring menaikkan blog RM.


2. Apabila kamu ada minat, kamu bertambah berusaha untuk menambah pendapatan. Permulaan pendapatan saya dari Nuffnang was like RM90 or seratus lebih ajer. saya antara blogger pertama yang mendapat cheque nnang. Dulu kala, saya sebenarnya tidak suka ngan segala iklan nih, menggangu tugas blogging saya, tp bila dpt cheque saya terus jadi seronok dan justeru dari beratus2 ringgit per month terus meningkat ke ribuan ringgit, setiap bulan.

itu pasal registration of my nnang is all done by sirman, so thanks a lot to him. he seems to see the long term of RM, the prospect to become among the famous bloggers, gamaknya dululah. kamu sudah lihat the Rezeki RM , that s huge amount – it s almost RM20 thousands. yer 20k(going to be 40k as of Oct 2009)!

Tetapi those income yang from Nnang tu haruslah ada Nuffnang Advertorial Special Dedicated Entries, you can find this kat sebelah right bar on top of my blog nih, ada 20 (more than 50 ads as of Oct 2009) iklan berbayar yang always on sticky mode basis.

even Levis atas entry nih pun paid by them. All each iklans yang keluar under nih, not cheap. saya tak bolehlah bilang bape, but contohlah yer, ni contoh jer, kalau satu iklan tuh harganya lam 1ribu ringgit, so dah bape for satu bulan saya dapat? tu lom campur the tepi atas bawah nya iklan lagik. n tak campur lagik ngan personal ads yang approach kami sendiri which kamu leh nampak kat column2 yang belah kanan ni gak with the banner. You can do your own math.


3. You must have the hits, the more hits you get, lagi tinggi lah income kamu. camne nak dpt hits, bila orang seronok dok lam your blog. spt mana kamu lakarkan lam entry, kalau entry kalakar ke, entry kisah umahtangga ke, but for RM, ai talk about everything except politics. so ko nak carik hiburan, airmata, shopping, education, family, anak2, nangis sedih gembira you can find in my RM.

i m not the blogger yang dok buat kisah anak2 jer. even aku mak. Setiap entries saya, saya pelbagaikan. kalo kol 8 entry anak, kol 10 lak entry make up, kol 12 entry mengamuk ahhahahaha kol 2 plak entry syahdu2, kol 4 mbe entry shopping and kadang2 pula entry hiburan artis / filem yang saya perlu attend and review.

so bila dah ada hits, orang suka, makin ramai orang akan berkunjung dan bertenggek kat blog ko – u hv your own loyal readers already. Hits datang dari kamu2 yang bawak berita, juga dari mereka yang berkongsi ‘hey baca RM, nice blog she has’ so itu antara promotion utk dptkan hits. Currently saya sudah capai satu juta dan 5ratus ribu ++ pembaca di RM. in few more months, blog ni akan mencecah 2 juta pembaca.



4. Setelah berada di atas, sentiasa ingat akan susah kita waktu di bawah….saya selalu imbas balik betapa susahnya nak naik jugak. camne ye…saya bekerja kuat for my red blog. despite saya dimaki dicerca sampai ada cuba cantas idup blog saya, ngan sumpah seranah lalat, sampai kena buat police report…itu semua sebenarnya cabang2 yang kamu harus ingat bila kamu bebaskan diri kamu di dalam dunia blog.

Kalau semua orang suka saya, tak indahlah dunia ni. Justeru sakit hati to me, harus ada, saya paham. tp kita just being diri kita lah, honest and do keep our track. Kalau rasa tergelincir, cepat2 move up balik. Semua tu nanti akan menguatkan kita lagi dan lagi, apabila kita seronok dengan apa yang kita buat, kita akan buat dengan ikhlas wpun dalam satu2 masa, ada yang tak senang dengan kenaikan kita. TokTi tu pun ada orang tak suka apatah lagi RM kan?



5. Macamana nak dptkan jobs advertorial? That s not for me to decide. that s people to decide. If they like my blog, they will invest in RM. Saya seronok kerana hasil tulisan saya mampu membuat clients gembira, mbe for you tulisan saya sangat ringkas but setiap ads yang sampai, saya buat dengan bersungguh-sungguh. Saya pastikan my delivery lebih daripada bayaran yang diterima. so bila saya letak concept macam tu, it will be win win situation. My writings in RM, not bcoz u paid me to do so too…but saya buat research, ai studied to make sure you are happy, and menepati sasaran.

The followers, my loyal readers sejak taun 2005/6 pasti ingat macamana how hard and rajin susahnya saya nak naikkan RM. Macam ni, saya diberi sebiji buah epal merah. dan sorang blogger lagi diberi juga sebiji epal merah. Blogger tu akan tulis ‘ini sebiji epal merah’. Tapi my writings ‘sebiji epal merah yang boleh dimakan bersama keluarga, senang dibawa ke mana saja, harus basuh sebelum makan, pastikan epal merah ni dibeli di pasar tani’ . So you leh nampak tak 2 pasang tangan yang menaip tp delivery saya sentiasa lebih dari apa yang dikehendaki.

Alhamdulillah, sebab dah banyak ads yang saya buat, you campak apa iklan pun, wpun saya tak mahir, saya akan belajar untuk memahaminya. Antara contoh2 iklan yang quite tough to do is Melasma and WOU. Just a few tp saya amik cabaran sebagai dorongan. AI love to be challenged, remember ai was a Fear Factor product . Tapi pada firasat saya, Kotex was my best delivery, itu pada pandangan saya lah, coz lain orang cam kamu lainlah iklan yang kamu paling suka.

6.Saya tahu ramai yang excited nak bukak blog, tp dok bising kenapa earnings kamu masih 50sen, kenapa 100 inggit pun tak dpt, ianya bukan arini kamu letak, bulan depan leh cash out kan ye dik. to gain that, berbalik kepada hits jugak. well ok ada orang yes ada hits, tp kenapa masih takde dedicated ads, mungkin kerana blog kamu is not ads interest. itu pada firasat saya. ai dont have the right answer, lgpun saya bermula pada taun 2005 dan saya mula mendapat cheque pun pada tahun 2007, 2 years later.

Kamu beruntung kerana baru setaun 2 bukak blog, ada hits sket n sudah ada income, saya bermula dari zero. jadi kerana itulah kita lebih perlu menghargai. Skang usaha saya untuk maintain and increase the income. itu ajer. apa yang saya belanja yang kamu lihat hanya sket jer coz saya tak boleh memewah spend pun, the manager is monitoring my account, ater camne nak ‘tolong transfer kan duit please….’



7. lagi satu saya tak berkira lah you, wpun lam tnc, cam personal ads yang terus contact us utk ads tu kan, contohnya cam SIY lah, dalam tnc is one entry sticky mode jer and side bar ada iklan for a month ke few months aku pun dah lupa (kena tanya sirman) tp saya sering promosikan, means beyond the tnc lah. itu tnc RM yang saya boleh olah alik, atas budi bicara. wpun ada ramai yang nak letak post ads kat sini, tp kita juga ada GBM forum yang kat situ pun kamu boleh promote business kamu, blog kamu.

Ai cant take all the promotion into RM, mengamuklah orang kang, over too much. so yang paid memang kompem letak lam RM, yang charity pun saya letak lam RM and GBM, yang business related tp takde budget boleh letak di GBM (kamu boleh letak sendiri type di GBM, not me), there s always a GBM link and updated info from RM gak. just saya mohon maaf, ai cannot be in GBM Forum tuh all the time, saya terus terang cakap saya tak mampu due to time factor. itu adalah jalan untuk kamu naikkan jugak business kamu. Saya hanya ada 3 jam setiap malam for blogging, kadang2 terlajak, ai dont blog during waktu bekerja (remember ai have a permanent job too).

Other rahsia to be on top, saya sangat gigih and dedicated to attend any blogging invite, kerana itu lah gamaknya Nnang suka call me. Wpun bukan Nnang kalo kamu panggil saya, insyallah saya boleh buat review, like HomeSchool and RedGlow arituh.

7. Berbalik pada hukum alam, rezeki dikongsi bersama, terus terang, wpun buah tangan saya dapat, tapi apabila saya ada singgit saya akan cuba berkongsi bersama readers apatah lagi my family members kan. Saya keluarkan duit sendiri untuk membalas mereka2 yang melabur membaca blog saya, saya juga pastikan the contest in RM tidak kering, a Potluck was the sweetest memory, saya ada GBM, ada PARM and kira sudah ada kiri kanan depan belakang readers seperti kamu yang akan back up saya wpun saya dihentam, dan memberi sokongan to RM, ai thank you a lot.

Bersyukur kepada Allah, sentiasa ingat yang apa yang kita dapat ni dari Dia, dan saya kongsi sama2 wpun tak banyak sedikit juga boleh membantu. kerana itulah saya tidak suka bilang apa jenis charity yang RM salurkan. not for you to find out. Apapun, saya buat kerana membalas budi, kawan2 readers yang menaikkan famousity and popularity RM. Nak belanja to berjuta readers tu idoklah mampu, so bit by bit lah…insyallah. So jadi, saya pastikan apabila arini saya menerima, saya akan catit yang esok pun saya kena keluar sket.

pada yang memberi buah tangan untuk RM’s family, sejak taun lepas saya record supaya saya bisa membalas semula. yang aritu dari Jakarta and Bangkok ramai dah dpt kan, that was the last adiah from overseas untuk readers lah.


9. PR – Saya sangat rajin menjawab emails kamu, saya cuba jawab secepat laju daya. wpun kadangkala emails yang saya terima berulangkali sudah dijaja dalam blog, tp saya gigih jugak jawab. Sabar sabar. Saya jumpa kamu saya senyum, kamu nak bergambar sama RM, boleh not a big deal, saya jaga PR kami sefamiy. saya pastikan nama RM bersih, so to become a famous blogger and to stand still, itu semua perlu ada jugak. kang nyampah orang ngan ko kalau ko tak nak beramah tamah kan.

But adakalanya kita terbalik kong gak, ada waktu saya lambat jugak jwb emails, ingat satu jer, blogging yes is my priority but family comes first. aku pernah diamuk sirman bila aku terlalu leka lam Bloggers Idol, sib baik ai cepat sedar diri, so kerana itulah apabila kami beralih ke domain sendiri (zaman dulu bspot lom ada autopublish) saya sangat lega coz ai can do my blogging job at nite wpun saya akan kurang tidur and menonton tv sudah bukan lagi satu keutaaman di waktu malam. Saya tinggalkan hobi bersukan dan menonton dvd kerana blog jugak.

Hubungan saya dan clients/nnang juga sangat saya jaga, kalau saya diberi assignment, and due date is this date, saya akan submit before the date so the mouth will spread ‘anto le ads ko kat kak red, bayo pun takper, she will do the best for your promotion. that s where ai earn the ribu2 tu lah…



10. Di belakang kejayaan RM, ada sorang lagi insan yang membina naiknya blog ni. All of you kenal dia. Sirman. He is responsible on my blog, the template, the photos. he s the manager of RM. Restu suami dan kerana dia membantu saya, makanya kami sesama bekerjasama for RM. anak2 juga penguat semangat, tp jangan sampaikan lupakan family hanya kerana mengejar blog plak.

RM yes belongs to saya, tp he is the one behind the scene, the important man. He is the master of IT, not me, so dialah yang control my template apa2 yang unik ke hapa lam blog ni tugas dia. account pun dia jaga, payment ke hapa sume dia jaga, saya hanya perlu pecah kepala pikir on the entries that ai need to post for my readers. Not only that, dia juga skang the fulltime photographer for RM. Ai invested quite a lot for my blogging job, ai bought a new pc, a new godang camera for Sirman, saya gigih untuk pastikan blog saya tidak pernah sunyi dari garapan tulisan entries for my readers.

11. Cita-cita dan impian RM? siapa tidak mahu naik dan lagi naik. kamu bilang saya sudah stabil dan sudah ada kelompok sendiri, sudah masyur di kalangan dunia blog, Red Diva etcs sampai ada kata ‘ko kalo nak blog, baik ko jenguk ratu merah ni dulu’. Tapi, manusia tidak pernah puas, betulkan? Saya sudah merangkak, kini saya berjalan, tetapi saya mahu berlari dan terus berlari….kerana wpun byk media dan publisity yang menaikkan saya, masih gagal untuk menandingi K/Sia.

Kenapa saya jadikan dia ref, kerana saya juga mampu untuk menjadi wanita melayu bloggger pertama yang setaraf dia. Dalam paper taun lepas ada keluar top 5 bloggers list, he is still the top, his ads is a lottttttttt than me, of cos, dalam list tu jugak ada turutan blogs yang kebanyakkan che det lah and politics blogs lah, majority tu sume male. Lelaki. Kenapa RM masih lagi belum in the list?? Kenapa saya masih lagi gagal appear in Malaysian Books Of Records to become the first Female Malay Blogger, ranking pertama di Malaysia? Saya tidak penat, tetapi saya akan terus berusaha, dan saya harap kamu semua membantu saya menaikkan lagi RM. Saya bukan mengejar popularity (ai already have it) tp saya mahu cantas dan berada seiring di tangga K/sia. take it as a positive look.

So antara 11 points yang saya mampu tulis. Entry ni akan sesekali aku letak kat on top of the page, supaya kamu tahu serba sedikit belakang cerita menjadi RM. ponek acik type bebanyak, typing so fast is not my problem, but lenguh gak weiii! mana ngan entry2 lain nak disiapkan.




Btw, komen atas tuh antara yang saya terima apabila some of you dapat password entry untuk Rezeki RM (wui tak larat nak paste sume) dan apabila kubuka entry tuh for public to view semalam petang. but skang sudah tutup semula hiks….sapa tak sempat tengok? aisay, wpun sirman suh aku hold dulu entry tu, tp aku nak bukak tu pun makan masa kat seminggu, ni kan pulak nak hold lelama. Kalau ada yang nak tengok lagik, bolehlah kejap kang aku bukak, sirman will open up for you coz ai have entries yang dah on q. hang kena pujuk2 sirman lah yer, ai m not connected to my blog during siang hari mar….

Kalau uolls nak baca n tengok mcm2 lagi tentang Kak red terjah je ke

http://redmummy.com

note: N3 ni aku copy dari redmummy tapi dengan kebenaran kak red....


Tuesday, November 24, 2009

.::TAK SEDAP::.

Hu..hu.. sian kat family aku ni, ingat dapat gaji nak makan sedap-sedap kat luar tapi....hampeh!!! Naufal dah 2,3 ari dok sebut nak makan cc a.k.a kfc (ikut sebutan naufal la..) tapi rasanya dah slalu mkn cc so aku pun suggess la kat my hubby mkn kat kedai area pkan rabu (kat langkawi bkn kat a/star). Member opis ada bgtau kedai kat situ ok so aku pun terjah la... Dah sampai tak tau la plak kedai mana yang ok coz banyak plak kedai kat situ. Pilih punya pilih aku pun dok la kat kedai yang ujung skali tengok dari segi kebersihan (ok), deco (bleh tahan) so oder la... Tak banyak pun yg oder just yang basic2 ja...(tomyam,kangkung blacan dll).
5minit..ok, 8minit..ok, 10minit..ok,15minit....ko! tak sampai2 lagi benda yg di oder mahupun air.
Nak kata customer banyak ada lam 3 meja ja... Naufal dah bising-bising dahaga.. 20minit baru sampai air.
15minit kemudian sampai la nasi tapi just 2 lauk je.. rasanya aku oder telur dadar tapi yang sampai telur mata (confius jap, aku salah bgtau @ dia salah dengar) tak pa lah... bedal je la dah lapor sangat ni (t/ari tak makan) Haduhhh!!!...naufal dah nak abis nasi ,tapi tomyam n sup tak sampai2 sian naufal mkn nasi kosong ngan telur goreng tak dak kuah(abis jgk 1 pinggan) Aku pun p la tanya kat kakak yang amik oder tu mana tomyam? eh..eh.. tak dapat lagi ke? (ayat akak tu) klu dah dapat tak kan saya mai tanya akak?? (ayat aku) 5minit pas tu baru sampai..rupa-rupanya diaorang lupa nak buat tomyam tu (bleh plak cam tu)
My hubby dah hilang selera.. mkn cepat2 terus blah. Ni pertama n terakhir la aku p n kedai tu dah kena tanda ngan aku.."HAMPEH"


aksi naufal sementara tunggu nasi sampai



Monday, November 23, 2009

Baby With Transport Contest...Stikey-mode


salam

wahhhh..... bestnyer, ada lagi kontest yang adik nureen bleh join....
Kontest ni anjuran Umminabilah, so sapa-sapa yang ada anak-anak yang suke sangat benda cam lam stikey-mode kat atas tu leh la join. Syarat-syaratnya tak la susah sangat just yang basic-basic je la...nak tau syaratnya leh klik sini :...:


Dan ini lah antara pesertanya.....




nama: Sharifah Nureen Humaira Bt Syed Saiful Azly

umur: 6 bln 22 hari

Ni sebenarnya mainan abang naufal tapi sebab
abang naufal dah lebih umur maka adik la yang kena bgaya ngan benda alah ni.. So far nampaknya adik pun suke ngan benda ni tapi adik gegirl la... tak sesuai plak.



Thursday, November 19, 2009

"Seindah Butterfly" Giveaway Kategori B





Seronoknya bila jumpa giveaway ni coz slalu giveaway /kontest hanya untuk baby or anak yang berumur sampai 3thn. Anak kita yang Si abang Naufal tu dah 3thn lebih so dah tak layak la.. Tapi giveaway Seindah Butterfly memberikan peluang untuk abang naufal join. So apa tunggu lagi jom layaaann...


NAMA: SYED NAUFAL HAZIQ BIN SYED SAIFUL ASLY

UMUR: 3 TAHUN 8 BULAN

Abang naufal ni klu bab bergambar mcm mimik muka dia buat (klu mood ok la). Walaupun br 3 thn lebih tapi saiz cam budak umur 6tahun so susah la skit nak cari saiz baju. harap-harap Pn Cuda ada la baju utk saiz Abang naufal ni.


NAMA: SHARIFAH NUREEN HUMAIRA BT SYED SAIFUL AZLY

UMUR: 6 BULAN 17 HARI

Adik nureen pun nak join jugak, klu abang naufal ada masalah berat badan adik nureen ada masalah rambut (cuba tengok klu tak caya). Si mak ni dah stanby nak beli klip rambut la ngan macam bagai lagi tapi...... tgu je la...

kita suka la hasil kerjatangan pn cuda. Yang paling kita bekenan:

1. Barney

2. set Kunen-Elmo

3.Set Doremon


~Apa Yang Dia Faham~

Salam
Ari ni Officemate aku (kak yus) crite pasal anak dia si kakak (Yasmin). Yasmin blaja tahun 4 then ujung-ujung tahun ni cikgu pun kasi borang pinjaman buku teks (SPBT) utk tahun depan punya. Yasmin ni pun suruh lah papanya isi kan Form tu dah selesai isi si papa pun bagi balik kat yasmin (sambil diperhatikan oleh si ibu). Dengan pantas yasmin pun ke dalam biliknya then ambil gunting dan mengunting bahagian bawah form tu si ibu pun tanya "awat kakak gunting?"(dengan nada tergejut) yasmin pun jawab "kat sini tulis potong mana yang tak berkenaan jadi kakak potong la"(dengan rasa tak bersalah).....
oooo... itu yang dia faham ngan ayat "potong mana yang tak berkenaan"
Cam tu pun bleh ke????

Wednesday, November 18, 2009

"18 nov 1982"



Tanggal 18 nov 1982 lahirlah sorang hamba allah di Muar johor yang diberi nama Syed Saiful Azly. Dibesarkan dan disekolahkan di perlis selepas 18thn diterima masuk ke dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Selepas hampir 3 tahun dalam perkhidmatan bertemu jodoh dengan Siti Nurkhijah pada 29 April 2005. Tak sempat nak sambut ulang tahun perkahwinan dah sambut orang baru pada 3 Mac 2006 dengan lahirnya Syed Naufal Haziq. Then 3thn lepas tu tambah lagi orang baru pada 2 Mei 2009 yang dinamakan Sharifah Nureen Humaira.
Semoga Syed Saiful Azly dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan gembira selalu disamping keluarga tersayang.

Tuesday, November 17, 2009

"BABY IN BABYKIDSLOVE APPARELL"

NAMA: SHARIFAH NUREEN HUMAIRA BT SYED SAIFUL AZLY
TARIKH LAHIR: 02 MEI 2009
NAMA IBU: SITI NURKHIJAH BINTI FISHAL

Kontest lagi..... rasanya ni antara yang paling senang uolls nak join coz syarat-syaratnya adalahtersangat la mudah...(terutama bagi blogger-blogger baru cam kite). Babykidslove online boutique buat satu kontest sempena 5 bulan beroperasi. Inilah syarat-syaratnya

Pertama : Uols perlulah menjadi follower Babykidslove Online Boutique dan mesti add http://babykidslove.blogspot.com/ kat blog link uols.
Kedua : Uols perlu copy banner diatas dan paste kat entri dan sidebar uols dengan linkback ke blog babykidslove online boutique.
Ketiga : Buat entri dan Uols uploadlah gambar baby uols dengan menggayakan LEGGINGS@TIGHTS. Tak kisahlah uols beli leggings & tights tu kat mane janji mengikut syarat saja. Jangan lupa letakkan nama baby, tarikh lahir dan nama ibu ye....
Lastly : Sila hantar link entry anda ke babykidslove@yahoo.com

Kat atas tu baby kite lee... adik nureen


Wednesday, November 11, 2009

Apasal lebih ni...????


Bila semak balance dlm bank ari ni ada plak duit yang masuk 5hb lepas….. Aik, duit apa plak ni? Pikir punya pikir rupanya baru teringat bln ni first income dari rumah sewa. Rumah yang my hubby beli baru je siap bln jun ari tu amik kunci, seronok juga la bila p tengok-tengok umah. Ni la aset termahal yang me & my hubby dapat beli (setakat ini)

Crita ttg umah ni ada yang best ada yang tak best. Yang best coz ada harta sendiri dan yang tak best tak dapat tinggal kat umah sendiri..hu…hu..hu…
Umah tu kat Taman Bujang Indah, Lembah Bujang Daerah Sungai Petani Kedah. Hadapan MRSM dan UITM Merbok. Me & my hubby tak dapat tinggal kat situ coz tempat kerja yang agak jauh, me & my hubby keja under MINDEF so kena ada kem-kem askar la baru bleh bertukar.So keputusanya kena sewa je la, walau my hubby berat ati nak sewakan.

~HAGEMARU HAGEDA~


Salam

Hagemaru hageda…. Penah dengar tak nama tu? Alah… yang satu Family Kedekut Banget tu…..YA!!! Itu watak utama dalam satu siri kartun yang dialih bahasa (jepun ke bahasa melayu) yang disiarkan dalam saluran ceria di Astro, tentu ramai yang ada Astro di umah kan…(umah kat kampong pun ada)
Dalam satu tulisan di dalam akbar Harian Metro (8hb nov 09) crita ttg Hagemaru ni dimana seorang hamba Allah telah menonton kartun ni bersama anaknya yang berumur 4 tahun (anaknya ni minat sangat ngan Hagemaru ni…)

Nak di jadikan cerita ari tu hagemaru crita ttg syurga dan neraka dimana di neraka digambarkan ada “setan” biru dan merah yang berbentuk robot. So si anak bertanya dalam neraka ada robot ke? Then anak tu cakap dia nak ke neraka coz dalam neraka ada robot. Apalagi, si emak ni pun dengan pantas tutup tv dia rela anak nangis dari merosakan fikiran budak tu….
Apa Komen Anda?????













Tuesday, November 10, 2009

BABY SNOWDROP'S GIVEAWAY


Now Baby Snowdrop is having a giveaway, not contest ye, just a small giveaway kepada sume bloggers. Actually for uolls punye info, baby snowdrop ingin memperkenalkan pada sume diaorang punyer new products which is Baby Ring Sling & Modern Cloth Pad. So for a start, baby snowdrop nak giveaway pd uolls yg berminat for Cloth Pad sample.

Kepada yang berminat join la giveaway ni then baby snowdrop akan beri

Free sample of one piece of Night Pads

Giveaway ni sah sehingga 16 NOVEMBER 2009

Untuk melayakkan uolls join giveaway ni

T & C
1. add banner Baby Snowdrop
2. become Baby Snowdrop's follower
3. make entry about Baby Snowdrop's Giveaway
4. leave your name, email address and blog/website at Baby Snowdrop's comment box so that they can visit each blog and see whether qualified or not to get the free sample
Last but not least, why don't we go and check Baby Snowdrops's site?

Friday, November 6, 2009

`baby in romper contest`


nama: sharifah nureen humaira bt syed saiful azly
tarikh lahir: 02 mei 2009


Jumpa je contest ni terus mlm tu jugak snap gambar adik pakai romper tu (adik ngantuk2 tu...) semangat beb....


Jom la kita pakat ramai-ramai masuk contest ni bagi Kakngah kita ni pening nak kasi sapa menang coz semua tentunya cantik2 belaka...so untuk sapa-sapa yang nak cuba nasib dan ada syarat-syarat seperti ni (sila klik) apa tunggu lagi, ayuh.... cergas....
Ops! jangan lupa, rajin-rajin la jenguk kedai kakngah coz ada banyak barang yang pasti uolls suka

::….KIDS ART & FUN ZONE….::


Ari ahad yang lepas my family ke Langkawi Fair (klu penah ke langkawi tentu korang perasan tempat ni..) kat ruang legar tu ada la tempat utk budak2 main namanya Kids art & Fun Zone so apalagi si naufal terus tuju ke situ. Sebenarnya tempat tu dah lama ada kat situ tapi selalu naufal tak kisah pun… tp ari tu dia nak main, maybe sebab tengok ramai budak kat situ so dia pun apa lagi..


Nak masuk bayaran RM5 then bleh main brapa lama pun utk sekali masuk….. kalau tak nak main cam naufal tu bleh jugak tunjukan kretiviti anak-anak atau diri sendiri dengan buat picture sand colour (yang tabor pasir berwarna kat atas kertas yang telah diletakan gam…) bayaran ikut saiz gambar tu lah…


Rasanya mmg elok jugak ada tempat cam tu utk bawa anak-anak selain di taman, pas tu bleh jugak mak n abahnya p window shoping kat kedai di situ…he..he…
Ni Cuma pengenalan untuk crita tentang Tempat-tempat di Langkawi, next n3 ada lagi crita ttg tempat yang lebih menarik.

Thursday, November 5, 2009

~PENGHARGAAN~

First yang aku nak tulis dalam blog ni adalah “TERIMA KASIH” tentunya pada my cousin UMMI SHUHADA n UMMI MAISARAH sbb diaorang yang paling banyak tunjuk cam na nak buat blog ni. Dari “0” hingga ujudnya blog ni diaorang yang beri aku panduan. Sebelum ni aku penah dengar tentang blog tapi mmg jarang aku layan blog ni kecuali beberapa feberet (gosip artis la….)

Aku nak kongsi crita skit cam na aku bleh terjun ke dunia blog ni….

Jeng…jeng…jeng…

Al-kisahnya beginila,pada 08 Oktober 2009 (birthday aku le…) my hubby telah presentkan laptop..he..he..(dah lama aku nak benda ni, asyik guna komputer kat opis ja) so aku pun terus YM ngan cousin aku yang sorang ni (kak da) then dia pun crita la ttg blog. kak da dah ada blog dari tahun 2008 lagi, sian kat aku yang ketinggalan ni… so crita punya crita dia suruh aku buat blog tapi cam na ye?....kak da ajar aku satu persatu dari buka akaun gmail hingga la cam na nak edit benda2 dlm blog. Yang bestnya sesi pembelajaran aku ni hanya guna YM, kami akan berhubung then kak da bagi guide melalui YM so aku ikut 1 by 1 and last inilah hasilnya…..aku mmg puas ati bila tgk hasilnya walau x secanggih cam blog org lain
Related Posts with Thumbnails