Showing posts with label adik-adik aku. Show all posts
Showing posts with label adik-adik aku. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Langkawi Anglers!!!! apa tu?

As salam

Awal-awal pagi tadi dapat sms dari adik ct
"Tengok Video ni kat You Tube, Langkawi anglers"

Dah memang ct dok depan pc so terus cari dan jumpa la vidoe ni
Jom tengok


Patut la pun.... nak bagitau dia dpat ikan la tu.... alah 2kg je
Tu yang dok tarik kail sampai naik urat-urat lengan tu adik ct la yang nombor 3..
single but not available

*len kali mai bagi sekor dua kat kat kak hang ni, baru leh puji hang terer mangail*


Tuesday, July 12, 2011

Alhamdulillah...habis jugak akhirnya

As salam

Hari isnin lepas selamat sudah keta adik aku dari bebanan hutang di bank. Aku rasa lega skit la sebab aku yang jadik penjamin loan keta tu.... Adik aku pun bleh la simpan skit duit yang tiap-tiap bulan bayar keta ni untuk buat benda lain.

Tapi tak settle jugak urusan ari tu sebab bank tak kasi aku amik surat pelepasan loan tu. Depa kasi kat owner sahaja ataupun kena buat surat skit mengatakan aku wakil untuk amik surat tu. Nanti kena pi skali lagi la..... malas betul kena buat keja banyak kali ni, dah la kena p buat urusan time keja. Jauh tau opis aku ngan bank tu.... dah la minyak mahai ni... menci!


Tuesday, December 14, 2010

Esok due date, cam na bleh tak perasan ni..


Due date apanya ni???
Tarikh akhir discount bayaran saman oleh PDRM
Sebelum ni member ada bagitau katanya PDRM bagi diskaun 50% untuk saman tapi aku yang tak ingat nak semak saman tu.
Aku check kat sini

 http://www.myeg.com.my/

Dan ini hasilnya

Gila kau ada 6 tuuuu...
Tapi aku tak nak bayar sebab orang yang bertanggungjawab adalah adik aku. KAY 7276 tu motor cabuk aku (beli zaman keja salesgirl) yang la ni adik aku guna buat p keja. Dia duk kat kl so aku bagi la motor tu buat ulang alik p keja...tau tau la kl ni kan, jem memanjang.Keta dia buat tukun kat parking. Dia ni, dari dulu lagi dah memang buddy ngan saman ni, aku tak tau dah berapa banyak dia bagi kat JPJ ngan PDRM. Aku dah suruh dia p bayar tapi nati kalau dia tak bayar pastu aku tak leh nak renew lesen aku, SIAP!!!
Ok cukup!

Pastu check atas ic hubby ngan no keta si hitam (keta sekarang)
:
:
:
alhamdulillah... tak dak saman
(tapi aku rasa cam pernah ada)

Seterunya check atas ic hubby
1 keta yang kasi adik aku sambung bayar
1 keta yang kasi member hubby sambung bayar (dah abis dah loan kat bank)
:
:
:
:
Ada 5 saman semuanya speeding
Bila semak semua tarikh, masa tu keta-keta ni masih dalam pegangan hubby, maksudnya semua tu hubby aku yang drive la. Aku dah agak dah.... kira pi kira mai semua total RM520 lepas diskaun, kalau sebelum? darab la ngan 2.

Tak tau nak kata apa dah... kalau nak membebel pun rasanya dah berkarung-karung, berguni-guni dah. RM520 tu kalau p shoping.... berlambak-lambak boleh beli, tambah-tambah pulak time Y.E.S la ni.
Hubby dah sms ajak p balai polis pukul 1 ni. Apasal kena bawa aku yer? bukan saman atas nama aku pun... Lu Pikir La sendiri

Dah la takat ni ja... Korang boleh la semak yer di http://www.myeg.com.my/

note: aku tak print screen saman hubby sbb lembab sangat la nak load page PDRM tu


Monday, July 12, 2010

✿Jawatan Kosong Kerajaan ✿

SALAM

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)
 Kekosongan di KUALA LUMPUR
Jawatan
1. Jurutera J41

2. Pegawai Tadbir N41

3. Pegawai Teknologi Maklumat F41

4. Pegawai Penguatkuasa N41

5. Penolong Jurutera J29

6. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

7. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

8. Penolong Pegawai Tadbir N27

9. Penolong Pegawai Perangkaan E27

10. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27

11. Penolong Pegawai Perpustakaan S27

12. Penolong Akauntan W27

13. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar C27

14. Juruteknik Komputer FT17

15. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) N17

16. Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17

17. Pegawai Khidmat Pelanggan N17

18. Pembantu Penguatkuasa N17

19. Juruteknik J17

20. Pembantu Tadbir (Kewangan) W17


Tarikh tutup: 25-7-2010

MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN

1. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W27






Tarikh tutup: 16-8-2010

MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

1. PENGETUA DG44


2. GURU BAHASA MELAYU DG41

3. GURU BAHASA INGGERIS DG41

4. GURU MATEMATIK DG41

5. GURU SAINS TULEN DG41

6. GURU SEJARAH/GEOGRAFI/KEMAHIRAN HIDUP DG41

7. GURU USULUDDIN/SYARIAH DG41

8. GURU BAHASA ARAB DG41

9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N17

10. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) W17

11. PEMBANTU AM PEJABAT N1

12. GURU SEJARAH/GEOGRAFI DG41

13. GURU MATEMATIK TAMBAHAN/FIZIK DG41

14. GURU BAHASA INGGERIS DG41

15. GURU BAHASA ARAB DG41

16. GURU USULUDDIN/SYARIAH DG41

17. PEMBANTU AM PEJABAT N1

18. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN E17


Pada yang tengah mencari kerja seperti adik aku ni, boleh la memohon jika berkelayakan

GOOD LUCK!!!




Friday, July 9, 2010

♥ Jawatan Kosong♥

SALAM

Aku sekarang tengah mencari kerja untuk adik aku. Al maklum lah adik aku tu tak de la ngaji sampai U pun.. takat SPM jer...tu pun cukup-cukup makan ja.. Dah penah p interview Bomba ngan penjara tapi tak lepas sebab kurus keding sangat..katanya bukaan dada tak cukup.. segala bagai borang dah isi tapi belum ada rezeki lagi, semalam aku ada mohon kerja secara online untuknya. Ada banyak jawatan kosong so sapa-sapa yang sedang cari kerja tu bolehlah mohon juga.

Perbadanan Putrajaya dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakkan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap seperti berikut:
JAWATAN:

- PEMANDU KENDERAAN GRED R3 (KONTRAK)

- PENOLONG JURUTERA (AWAM/ELEKTRIKAL/MEKANIKAL) GRED J29 (KONTRAK)

- JURUTEKNIK (AWAM/MEKANIKAL/SENIBINA) GRED J17 (KONTRAK)

- PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (KONTRAK)

- AHLI MUZIK GRED B27 (KONTRAK)

- PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (KONTRAK)

- PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 (KONTRAK)

- JURUTERA (AWAM) GRED J41 (KONTRAK)

- ARKITEK GRED J41 (KONTRAK)

- PEGAWAI PENILAIAN GRED W41 (KONTRAK)

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah dibuat secara online di : http://www.ppj.gov.my/

TARIKH TUTUP : 17 JULAI 2010


Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

JAWATAN:

- Pembantu Teknik Gred Jawatan J29

- Pembantu Ehwal Ekonomi Gred Jawatan E17

klik untuk melihat iklan

klik untuk download borang

TARIKH TUTUP : 14 JULAI 2010


Kalau uolls ada info tentang laman web yang ada iklan jawatan kosong boleh tinggalkan link di komen box.
TQ..



Thursday, January 7, 2010

THANKS KAK DA

SALAM

Dah banyak kali kak da (my cousin) tolong aku.....entah bila dapat balas balik (tunggu ye kak da......akan ku balas jua insyaallah...) Bersangkutan ngan kes atan tu, pagi ni kak da antaq sms bgtau dia cuti..tak tanya plak cuti sbb apa..sbb aku minta tlg tengok atan kat HKL ka? (klu sbb tu aku sangat la menghargai..) Aku arap kak da dpt p tengok jap atan dan tolong guide syam cam na nak p HKL.

thanks kak da - belikan legging utk nureen
thanks kak da - kasi banyak baju utk naufal
thanks kak da - ajar aku ujudkan blog ni
thanks kak da - ajar aku deco blog ni
thanks kak da - buat banyak tutorial atas permintaan aku
thanks kak da - bagi idea2 yang bagus
thanks kak da - tolong aku kes atan


ALAMAK!  AKU DAH BERTUKAR JADIK MRS FROGGY



"ACCIDENT"

SALAM

Kemarin semalam (06.01.10) kul 4.30 p.m (lebih kurang la) dapat call dari mak bgtau adik (atan) kat kolumpo accident.... lam hati "jangan la ada yg tak sedap didengar" (since kes arwah adik ipar aku jadi fobia skit bila dapat tau ttg accident ) Mak cakap patah tangan ngan bahu. Dia bawa motor,entah lori langgar dia or dia langgar lori ke, tapi yang pasti ngan lori.Lam kepala otak aku "cam na nak buat ni? sapa nak p tengok? yang lain ok ka?" My hubby try minta cuti emergency tapi masih tak approve lagi coz ramai yang tengah cuti dan ari sabtu ni dia duty (istilah lam tentera) tentu tak sempat nak balik dari kolumpo lagipun tak tau lagi cam na keadaan adik tu...

Pikir punya pikir adik yang sorang lagi (syam) cakap dia bleh p tapi tak tau jalan nak p HKL.. Tak pa la aku lukis map dari tol jalan duta p HKL (arap2 dia paham la)..... Syam tak keja ka???? (tanya lam ati)  mungkin dia minta cuti kot...

Malam.
Aku dok pikir lagi nnt depa (mak,abah,syam) nak tido kat mana? mana ada sedara kat area2 HKL tu so aku pun call kak Da (the somellomels) bgtau depa maybe tumpang tido umah kak da tapi jauh jugak la kat nunnn... putrajaya.

pikir lagi...depa bertolak pagi ni (07.01.10) dari alor star tentu sampai petang or malam. Sian atan dok sorang2 kat HKL tu tak dak sapa tengok, mesti sedih la...(aku tau coz aku penah kena cam tu....nangis sorang2) minta tlg lagi ngan kak da p jenguk sat sementara depa nak sampai Kolumpo...

pikir lagi..... AHH... tak nak pikir dah yang bukan2...tengok keadaan cam na nanti...



Related Posts with Thumbnails