Monday, June 29, 2015

Seleksi Tudung Terbaru Murah Online

As salam

Gaji dah terima, bantuan kewangan (kakitangan kerajaan) pon dah terima so sekarang masa yang sesuai membeli belah persiapan hari raya. Dengan cuaca panas, berpuasa, anak-anak lagi nak drive ke shoping komplek semata-mata nak membeli tudung jer tak berbaloi rasanya. Uolls suka shoping online tak? jom kita shoping dengan bijak. Yang pastinya berbaloi dan puas hati. 

Baju dah ada so tudung juga adalah antara fashion item yang sangat penting buat wanita yang beragama Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi kita untuk menerapkan ajaran agama yang dipraktikkan. Namun begitu, bagi Muslimah di Malaysia pemakaian tudung terkini tidak membataskan ruang untuk kita kelihatan  bergaya. Sekarang ini uolls boleh beli tudung terbaru murah dengan seleksi yang meluas bersama pemilihan corak, warna dan rekaan yang menarik bersama harga yang cukup berpatutan.



Oleh kerana ramai golongan wanita yang bertudung semakin gemar bergaya dan mengikut arus trend fesyen Muslimah terkini, semakin banyak koleksi tudung murah dengan rekaan moden dihasilkan. Pereka-pereka fesyen Malaysia juga telah muncul dengan koleksi tudung terbaru bersama rekaan yang unik dan eksklusif.
 



Kita juga boleh lihat ramai artis yang sudah mula memakai tudung dan penampilan mereka ini menjadi ikutan para peminat. Banyak juga jenama tudung popular di Malaysia ini yang bekerjasama dengan selebriti popular Malaysia untuk menghasilkan koleksi tudung terbaru. Manakala sesetengah artis yang lain pula turut berani memasarkan sendiri koleksi tudung di bawah jenama mereka seperti tudung terbaru Naelofar oleh Neelofa dan tudung Kailista oleh Dato Siti Nurhaliza.




Tudung kini juga antara aksesori fesyen yang semakin popular di Malaysia. Setiap baju yang kita ada wajib juga disertakan dengan tudung yang sepadan.Kita sebagai Wanita Muslim mengenakannya bukan sekadar untuk bergaya namun kerana menuntut perintah agama agar menutup aurat dan paling penting adalah selesa digayakan. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini nilai pasaran tudung melonjak tinggi selepas mendapat sentuhan rekaan dan stail yang lebih segar dan moden daripada pereka-pereka fesyen terkenal Malaysia seperti Hatta Dolmat, Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini.

 Koleksi tudung online murah terbaru yang ditawarkan  boleh didapati dengan harga mampu milik bersama kualiti yang cukup menakjubkan! Tunggu apa lagi jom kita shoping tudung secara online yang pastinya lebih murah, berkualiti,selesa dan rekaan terkini untuk digayakan pada hari raya yang akan tiba nanti

 Happy Shoping uolls!!!!



Wednesday, June 24, 2015

Kek lapis sarawak homemade

as salam

Selamat berpuasa semua... Hari ni dah 7 ramadhan dah yer, uolls sahur apa tadi. Sahur tak meriah yer, berbuka yang meriah giler....
Sebelum berbuka mesti snap pic pastu post kat fb yer dok? Hikhikhik
Selepas berbuka tu penuh noti fb dengan pic menu berbuka...

Eh, kita nak minta uolls jamu jamu mata skit dengan kek lapis yang soooo colourful nih... Bukan cantik dimata saja sedap di makan jugak yer... Tak percaya? Meh oder la kita try test tengok sedap ke tidak kan...

Layan la yer pic kek lapis ni...
Original homemade, dijamin bersih, moist jer... Tahan lama .....
Berat sebiji 450gram saiz 8 inci x 3 inci
alhamdulillah yang mana dah oder semua puas hati...
RM23 jer sebiji tak masuk pos yer... Amik 6 biji kita bagi free pos...
Jangan tunggu last minit baru nak oder sebab kek semua laku keras, masuk stok 3,4 hari dah licin...

Nak oder boleh wasap/ telegram kami yer
019 3767055

Related Posts with Thumbnails