Showing posts with label wishlist. Show all posts
Showing posts with label wishlist. Show all posts

Wednesday, December 12, 2012

Patah tumbuh hilang berganti

As salam

Hahahaha... tajuk entry tak boleh blah langsung
Tak dak yang patah pon...... tak dak yang hilang jugak
cuma digital kamera yang lama tu dah jatuh dan kompom rosak terus sebab masa jatuh tu kamera tengah ON abis lens dia rosak
sayang ooooo kat kamera digital lama tu walaupun cap KODAK (ada orang cakap brand lama) tapi banyak bejasa dah tu.... dah sampai tanah suci mekah dah kamera tu... setahun di bumi lebanon... last tamat riwayat kat Malaysia jugak

Pengganti nya :)

Say HI to Nikon Coolpix

Biasa-biasa jer ni bukan yang DSLR canggih-canggih tu tak mampu lagi rasanya nak beli yang beribu-ribu, cukup sekadar yang ada.

Ok, nantikan entry penuh gambar hasil dari CIk NIkon kita ni.... hehehe :P

Tuesday, April 17, 2012

Tragedi Jam tangan

As salam

Tak tau nak letak tajuk apa dah...kalau letak "aku seutas jam tangan" dah macam tajuk karangan darjah 3 plak. Dah lama dah ct tak pakai jam..kalau tak silap hampir 3 tahun kot...ct memang tak penah beli jam mahal-mahal...semua beli kat pasar malam or uptown gitu-gitu jer..murah jer tapi ada jugak yang pakai sampai bertahun. Rasanya yang paling mahal dalam Rm80 kot ct beli dengan member opis di KL..jam tu talinya kristal, member tu buat sendiri..memang tak berjenama pon la..Tapi cantik.

Masa hubby balik bercuti ari tu dia ada belikan ct jam.
Inilah rupanya (kotak pon dah kemek)
Bila tengok...jam tu tak berjalan  dan tali dia kena pi potong so pi la kedai nak potong tali tu kan...
pi satu kedai katanya dia tak boleh buat sebab apa tah alat dia tak de...Ok..
Pi kedai lain....kena tunggu sebab tukang nak buat tu tak sampai lagi...dah sampai dia cakap tak perlu potong pon cuma kena buka jer klip kat tali jam tu...hahaha..rupanya ada klip jer kat situ utk kita adjust talinya... Tapi cam na pon kena potong jugak skit sebab still longgar walau dah buka klip tu.

Pastu minta dia masukan bateri...memula tu heran jugak sebab hubby bagitau masa dia beli tu kena bubuh bateri sendiri...selalunya beli jam mesti dah ada bateri kan? tapi ct diam je lah...
Nak bubuh bateri kena pi kedai lain pulak...
Di kedai tu..bila budak pompuan tu buka dia kata bateri ada la..dan masih ok.
Dah tu kenapa tak jalan yer jam tu.....Rosak la kot.
Alamak...kalau rosak kena tukar kat Lebanon la.

Ct pulak dah buang semua kertas-kertas dalam kotak tu termasuk waranty card...adeh!
Hubby plak lupa nak bawa masa dia balik kesana.
Pasrah jer lah..memang tak de rezeki pakai jam mahal..hahaha
Simpan dalam kotak...tak tengok dah

Then ada member hubby balik cuti so hubby minta ct kirimkan jam tu pada member dia. Hubby dah tanya kedai yang dia beli tu kalau betul rosak boleh tukar.
So....sekali lagi jam tu terbang pulang ke Lebanon.
Bila hubby bawak ke ekdai tu..rupanya jam tu tak rosak yer..
Cuma kami ni yang keliru...nampak macam tak jalan rupanya jam tu tak de jarum minit.
Kita kalau nak tengok jam jalan ke tak mesti tengok jarum minit kan? dah tak de jarum minit nampak macam jam tu mati lah.
HAHAHAHAHA
Punya ramai tengok jam tu..semua tak perasan.
Hubby yang beli pon dia tak tengok betol-betol. Dah ct cakap nak jam yang ada bling-bling dia pon beli cam tu tapi tak tengok abis-abis.
2 minngu lepas hubby kirim kan balik jam tu bersama beberapa barang lagi cam dalam ENTRY INI
Sekarang Ct pon dah pakai jam tu...
Cer tengok betul-betul
Kalau tunggu baru nampak jarum minit tu bergerak.
Teruk betul la..tak pasal-pasal jam tu 4 kali naik flight Lebanon-Malaysia-Lebanon-Malaysia

Nampak sangat ct ni tak penah pakai barang berjenama..memang tak tau apa pon..baru 3 ari lepas search cari model jam ni di internet.
Jumpa di Timex Philippines


Women Crystal Collection
66 swarovski crystal

*TaTa*

Wednesday, September 14, 2011

Perhatian untuk pemilik @ pengguna ASUS EEE PC 1015pw

As salam
Ada sesiapa yang menggunakan @ memiliki @ mempunya pengalaman dengan ASUS EEE PC 1015pw?
minta jasa baik korang untuk bagi sedikit pendapat tentangnya sebab ct dah jatuh cinta denganya....
Ini yang ct tengok di kedai pc ... bila nampak jer terus jatuh ati nak memilikinya....

Model ni ada banyak lagi warna tapi di kedai tu hanya ada pink jer... purple tu pun cantik jugak

*klik untuk lebih jelas*
Ini spesifikasinya..ct tak pandai sangat bab ni, nak tanya hubby pun dia tak de so tanya korang la maybe ada yang lebih arif.
Harga di kedai tu RM1399.... google ada jugak yg jual RM1205 tapi kalau beli on line ni cam tak puas hati pulak.

Harap ada yang sudi membantu
Untuk Syed Saiful Azly...... adakah permohonan diluluskan?


Tuesday, August 16, 2011

Way Way from Papago

As salam

Kalau tak kerana aku kena p ke shah alam dan subang drive sendiri rasanya tak beli lagi menda alah GPS ni...Dah abis google map aku khatam tapi rasa tak kompiden juga maka terpaksalah ankat juga ini GPS


WayWAyQ40 (papago)
Mulanya survey kat Langkawi ni, ada 2 kedai ja yang jual pastu tiap kedai ada 1jenis ja... Ye lah kan, di Langkawi ni sapa nak pakai GPS, bukanya nak sesat mana pun alih-alih dalam pulau ni jugak.


On da way nak p Shah Alam ari tu aku singgah la Alor Setar dulu cari benda GPS ni. Main terjah je mana-mana yang aku rasa senang nak parking dan membeli dengan dua budak kecik ni. Ada member suh p Sentosa mall (ala-ala pertama) tapi mikirkan pariking susah so kat Tesco Mergong tu ja tempat aku. Nasib baik jumpa kedai ni


Cantik la tu kan.... tengok pi tengok mai kira pi kira mai au amik yang padan patut je lah.
Ok lah kra masih dalam bajet aku lagi ni, pastu function pun ok jugak.... Aku nak buat tunjuk arah je pun walaupun dalam tu banyak benda lagi boleh buat tapi tak sempat pun aku nak godek-godek. YAng penting dia bleh tunjuk arah dengan tepat dan cepat kat aku, tak kah aku dok p melencong merata tempat abis minyak setengah tangki baru jumpa yang di cari.
Aku mula on miss WW (gps) dari restoran jejantas sg buluh dan alhamdulillah kejap je dah sampai Grand Blue Wave Shah Alam.... memang lancar je lah tak de sesat-sesat pun.
Malam tu hubby plak try guna missWW untuk cari TUDM subang dari hotel, dalam 10 minit dah sampai TUDM Subang tu. Nampaknya prestasi miss WW amat memberangsangkan.
Aku on dalam bilik je nih..
Dah balik Langkawi, miss WW dok diam dalam case tu nanti raya maybe baru guna lagi. Hehehe.... macam la tak tau umah sedara mara aku...

*Tunggu hubby balaik nanti pasti miss WW akan digunakan sepenuhnya utk aktiviti cuti-cuti malaysia... insyalllah*

Thursday, November 4, 2010

Hari Raya Aidil Adha, saya nak.....

SALAM

*Ini entry Wishlist*

Dah tak lama dah nak sambut raya korban kan.... Bila raya korban mesti akan dapat banyak daging korban tak termasuk lagi segala tulang, perut dan paling best gear box....sambil telan air sirap liur.
So sempena raya korban ni ct ingat nak beli
PRESURE COOKER

macam ni




Mudah, cepat dan pastinya sodap.....kalau bukan ct yg masak hehehehe

Ct dah lama skodeng kat kedai harga antara RM90 - RM 180 untuk 5liter mengikut jenama.
Tapi harga tu untuk yang patern cam kat atas, kalau yang macam ni ct tak pasti berapa harganya

Rasanya lagi mahal kot... kalau tak silap yang ni pakai elektrik cam periuk nasi tu..

*kepada hubby yang tersayang, jika terbaca entry ni moga sudilah tunaikan hajat isterimu ini...

p/s: ahad ni hubby duty, dia selalu baca blog aku time duty


Related Posts with Thumbnails