Selamat hari pekerja untuk semua yer....... seronok korang dapat cuti sampai 3 ari. Di Fb ramai yang dok tempek di wall rancangan cuti, ada jugak sampai tak tau nak pilih nak p mana.
Aku pun cam korang jugak... tapi aku tak lah p jauh mana takat sampai negeri jiran jer, tu pun sebab hubby dapat weekend so dia dari lumut terus sampai perlis. Aku plak ari jumaat petang naik feri ngan anak-anak sampai kula perlis, hubby tak sampai lagi so aku check-in dulu kat seaview hotel dekat situ... 1/2 jam pastu baru hubby sampai sambil dok ngomel2 cakap jalan perlis ni cam hampeh... betul la tu, mlm tu kami kuar makan lalu jalan kuala perlis ke kangar.. masyallah, cam naik kuda dibuatnya. Jalan tu jadik cam na tah.. beralun-alun ada tinggi rendah.
Esoknya, bekfas di hotel pastu laju jer gerak ke Padang besar. Sampai di padang besar... lengang jer, aik! ari cuti gini takkan tak dak orang kot.Rupanya aku yang awal... kedai pun baru nak buka...hahaha.. tak sabar nak merabihkan duit la katakan.... Punya la excited tapi beli tak banyak mana pun, sebab harga sekarang ni pun bleh tahan jugak..Aku beli baju gown untuk nureen, eh! sama la ngan yang jual online tu..ada yang made in thailand ada jugak made in china. Banyak jual baju budak pompuan jer..baju budak lelaki tak banyak. Memang rambang mata aku tengok, banyak yang aku bekenan tapi hubby cakap cukup la tu. Tak terasa duit kuar...
Tunggu kedai kat padang besar tu buka
Dari padang besar kami ke mata air..p makan di kedai Pokok Sawa. Hubby kalau p perlis tak makan kat kedai ni tak senang duduk dibuatnya...tapi memang sodap sangat. Menu istimewa ialah Keli goreng dan keli bakar. Lauk bermacam-macam jenis pilih ja mana yang bekenan.
Dah kenyang p merendek di Tasik melati pulak. sampai sana time tengah hari rembang.... panas weh.. cair mekup aku. Just jalan-jalan kat tasik tu..
Dah panas sangat...terus plak p gua kelam. Mulanya ingat nak jalan dalam gua tu ja... tapi alangkah hampanya hati bila gua ditutup untuk diselenggara. Time cuti gini la depa nak selenggara... aku tengok ramai yang hampa tak leh masuk. yang mai dari jauh pun ada... 3 biji bas pulak tu.
Mula ingat nak balik dah tapi naufal plak nak mandi.... ramai orang mai berkelah kat gua kelam tu. Hubby, naufal ngan nureen ja yang mandi. Kejap jer... bagi hilang panas di tasik melati tu.Tak leh masuk.. amik gambar kat luar je lah..
Pukul 4.30 naik feri balik langkawi. Ya ampun... kat jeti kuala perlis orang nak ke Langkawi ramai giler..di balai menunggu tu sampai tak cukup tempat nak duduk. Rombongan sesaja...Nasib baik naik feri yang luas skit..so selesa la. Sampai umah pukul 6.30 petang, malam budak dua tu tido awal...penat kot.
Gambar tak banyak... kamera ada ja dalam henbeg aku tu tapi kadang-kadang tak ingat nak amik gambar.
No comments:
Post a Comment