Monday, May 23, 2011

Bye! Bye!

As salam

Semalam pukul 3.30 ptg hubby dah fly ke KL.. then terus ke kuantan. Tak puas rasanya jumpa sat ja ni... Sepanjang hubby blik ni, tak dak apa-apa aktiviti pun sebab hubby balik nak rileks jumpa anak-anak so tak payah la p merayau sana sini. Kami just kuar p makan-makan dan bawa anak p taman jer..masa pun suntuk kan. Hubby plak sempat lagi p jengok opis... cuba selesaikan apa-apa yang boleh diselesaikan terutama bab  anggota yang nak berhenti.
 Memang ada hubby serah tugas pada seseorang tapi orang tu cam tak mampu nak buat keja tu. Orang tu plak dah 2 kali mai tanya kat aku samada hubby comfirm tak dapat ke lubnan tu.. aku bagitau keputusan tak tau lagi walaupun sebenarnya hubby dah lepas dah sesi tapisan tu. Dia cam mengharapkan hubby tak dapat ke lubnan supaya dia tak perlu buat keja yang hubby tinggalkan. Sepatutnya dia yang lebih lama berkhidmat dan lebih tinggi pangkat tentu tahu buat keja tu. Aku pun tak pasti apasal dia tak tau nak buat semua tu yang merupakan perkara wajib tahu bagi seseorang anggota brand kerani. Bila dengar crita cam tu, hubby jadi rasa tak best plak sebab tu dia p jugak jenguk opis dan buat skit keja yang penting-penting.




Di airport... dah check-in tunggu gate buka.  Ada kiosk untuk check-in sendiri tapi aku tak tau guna la..pastu slip boking tu lupa bawa plak so tak ingat nombor boking. Nureen memang tak berenggang ngan hubby, cam tau-tau jer na kena tinggal. Lepas ni tak tau la bila plak hubby dapat balik sini... tambang flight agak parah jugak la.. nak blik drive keta takut tak sempat plak jauh sangat.
Redha je lah

*hubby dapat something bila balik Langkawi..... jap lagi kita crita yer*

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails