Showing posts with label nuffnang. Show all posts
Showing posts with label nuffnang. Show all posts

Monday, June 29, 2015

Seleksi Tudung Terbaru Murah Online

As salam

Gaji dah terima, bantuan kewangan (kakitangan kerajaan) pon dah terima so sekarang masa yang sesuai membeli belah persiapan hari raya. Dengan cuaca panas, berpuasa, anak-anak lagi nak drive ke shoping komplek semata-mata nak membeli tudung jer tak berbaloi rasanya. Uolls suka shoping online tak? jom kita shoping dengan bijak. Yang pastinya berbaloi dan puas hati. 

Baju dah ada so tudung juga adalah antara fashion item yang sangat penting buat wanita yang beragama Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi kita untuk menerapkan ajaran agama yang dipraktikkan. Namun begitu, bagi Muslimah di Malaysia pemakaian tudung terkini tidak membataskan ruang untuk kita kelihatan  bergaya. Sekarang ini uolls boleh beli tudung terbaru murah dengan seleksi yang meluas bersama pemilihan corak, warna dan rekaan yang menarik bersama harga yang cukup berpatutan.



Oleh kerana ramai golongan wanita yang bertudung semakin gemar bergaya dan mengikut arus trend fesyen Muslimah terkini, semakin banyak koleksi tudung murah dengan rekaan moden dihasilkan. Pereka-pereka fesyen Malaysia juga telah muncul dengan koleksi tudung terbaru bersama rekaan yang unik dan eksklusif.
 



Kita juga boleh lihat ramai artis yang sudah mula memakai tudung dan penampilan mereka ini menjadi ikutan para peminat. Banyak juga jenama tudung popular di Malaysia ini yang bekerjasama dengan selebriti popular Malaysia untuk menghasilkan koleksi tudung terbaru. Manakala sesetengah artis yang lain pula turut berani memasarkan sendiri koleksi tudung di bawah jenama mereka seperti tudung terbaru Naelofar oleh Neelofa dan tudung Kailista oleh Dato Siti Nurhaliza.




Tudung kini juga antara aksesori fesyen yang semakin popular di Malaysia. Setiap baju yang kita ada wajib juga disertakan dengan tudung yang sepadan.Kita sebagai Wanita Muslim mengenakannya bukan sekadar untuk bergaya namun kerana menuntut perintah agama agar menutup aurat dan paling penting adalah selesa digayakan. Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini nilai pasaran tudung melonjak tinggi selepas mendapat sentuhan rekaan dan stail yang lebih segar dan moden daripada pereka-pereka fesyen terkenal Malaysia seperti Hatta Dolmat, Jovian Mandagie dan Rizman Ruzaini.

 Koleksi tudung online murah terbaru yang ditawarkan  boleh didapati dengan harga mampu milik bersama kualiti yang cukup menakjubkan! Tunggu apa lagi jom kita shoping tudung secara online yang pastinya lebih murah, berkualiti,selesa dan rekaan terkini untuk digayakan pada hari raya yang akan tiba nanti

 Happy Shoping uolls!!!!



Friday, November 4, 2011

ALDO!!!!!!

As salam

Baca bebetol tajuk tu ALDO bukan ADOI hahaha....
Mingu lepas lagi dah dapat hadiahnya... ni sambungan dari entry
http://naufalnnureen.blogspot.com/2011/10/first-time-menang-dari-marie-claire_17.html
 

Siap dapat surat untuk diskaun 15% di butik ALDO tapi hanya Butik yang di Jalan Bukit Bintang ajo... huhuhu... jauh sangat la nak kesana... ini lah yg buatkan semangat bertukar ke KL semakin bertambah ni tapi apapun kena tunggu hubby balik dari Lebanon dulu la apa cerita pun.

OK...ni hadiahnya
Bernilai RM250
Sliper tu besar la..walaupun saiz S dah tu maybe saiz S orang yg dok london kot. Nanti kasi kat hubby je lah sliper tu, sesuai sangat buat jalan-jalan kat pantai kan...corak pun dah ala-ala hawaii dah, tak pi hawai tapi Pantai Chenang pun ok dah kan.

Sunglasses ni plak macam yang Ct bayangkan dah sebelum ni.. memang akan dapat yg besar gedabak cenggini kan...trend sekarang ni (member aku cakap trend artis p makamah)
Rasa tak berapa sesuai jugak la ngan muka Ct so kita lelong la...
 Dah di iklan di mudah.com  dan dah ada orang yang boking sampai lepas raya kalau tak jadik Ct buka untuk oarang lain la..
 Alhamdulillah masih ada lagi rezeki dalam kontest majalh tapi kontest di blog dah lama menyepi.. malasnya nak buat entry...huhuhu


Related Posts with Thumbnails