Monday, May 31, 2010

✿Wang Hantaran✿

SALAM

Dah nak cuti sekolah dah ni... aku dah terbau-bau nasi minyak,ayam masak merah, kurma daging,acar buah dan pajeri nenas....mmm..sedapnya
Time cuti sekolah banyak yang mendirikan masjid termasuklah sepupu aku
UMMI NADIAH
pada
06-06-2010
(tak kompom lagi dapat p ka dak)
Masuk bab kawen ni, tentu wang hantaran adalah yang selalu orang dok tanya.... 
Berapa???.....
So, uolls layan ni jap
V
V
V
Emak kepada Natasya :
"Yerlah... anak saya blajar lulus universiti.. .. tak nak bilang baper... tapi biar lah patut-patut. ... selalunya yang belajar tinggi dalam lingkungan 10 Ribu.... tapi ini lah satu satunya anak pompan saya.... harap harap paham jerlah~"

Emak kepada Rizal:
"Saya paham maksud awak... tapi saya harap awak pun paham lah yer... kalau terlampau tinggi harus ditangguhkan nanti... biarlah dicepatkan biar jauh dari maksiat..."


Emak kepada Natasya :
"Kalau awak tak mampu... Anak saya nie bukan tak laku... ada banyak lagi yang tunggu..... dah lah harga rendah..... nak cepat pulak tuh... apa nanti orang cakap..."

Rizal:
"Yerlah makcik... Makcik nie jual anak ke kereta? Takda macam gini..... SEKARANG jugak saya DOWNPAYMENT 2 Ribu... Saya bawak balik anak makcik.... Malam nie saya TEST DRIVE DULU SEMUA..... kalau dalam semua BAIK.... Jangan cakap 10 RIbu 12 Ribu pun saya letak... tapi kalau dah LEMAU, ENJIN PUN TAK BAGUS tuh anak makcik DENGAN DEPOSIT DEPOSIT semua MAKCIK boleh simpan!!"

Apa kata uolls?

Jom test drive

♥ Tolong Vote boleh???? ♥

SALAM
HARI NI LAST DAY...
Ct nak minta tolong uolls atau sesapa yang sudi tolong vote untuk adik nureen.
Adik Nureen join MY BIRTHDAY CONTEST so sekarang ni memerlukan undian anda semua.

 klik pada link diatas pastu vote pada ruangan komen di entry tersebut
uolls boleh vote 1 kali untuk seorang peserta pastu nak vote peserta lain pun boleh jugak
(yg penting vote adik nureen dulu yer)
Tarikh tutup : 31-05-2010


Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ MY FIRST GIVEAWAY Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Uolls nak Fridge Magnet dari Cameron Highland????
Jom Join

cepat2 sebab GA ni 1 minggu ja... sampai 6-6-2010


Wednesday, May 26, 2010

✿Potrait Me Giveaway ✿


Contest : Portrait Me!



Prizes: Exclusive Your Little Ones Potraits or Your Self Portrait (3 winner)

Print Size * 8R (8"x10") 720x900 (Printed on Photo Glossy Paper)

Contest Period: 25th May 2010 - 10th June 2010

JOM JOIN

Jika ct yang bertuah ct nak gambar ini dipotretkan


Hope bertuah la yer...

Tuesday, May 25, 2010

♥Hobi terbaru Nureen♥

SALAM

Masa tak leh jalan lagi, penat nak kena dukung jer... dah leh jalan,Penat kejar ngan tangkap pulak..
aku maksudkan...anak dara aku yang sorang ni...Nureen
Sekarang dah pandai jalan so p mana2 pun tak mau dukung, nak jalan sendiri. Kalau kat umah ok la adik oi.. ni, kat pasar raya...Nanti abis semua barang kat rak tu dia tolong simpan kan..Kisah di pasar raya nanti aku crita sbb tak de gambo...
Ari ni tentang hobi baru Nureen iaitu


video

Pantang aku letak beg tu kat bawah. Alih-alih tengok dia dah dok heret dah... tu tak kira selongkar segala bagai dalam beg tu..

Bila dah besar nanti pasti aku rindu gelagat dan keletah ni...



Friday, May 21, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ pemandu wanita dan polis wanita Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ


SALAM

Pada satu hari yang indah dan permai seorang wanita yang agak seksi memandu kereta dengan besenang lenang sekali. Tiba-Tiba....












Apa yang uolls boleh simpulkan?




Thursday, May 20, 2010

♥MY WISH GIVEAWAY::503020♥

Uolls dah penat berblogwalking? dah tak de idea nak buat entry? Apa kata kita join giveaway pulak..
Jom terjah

Dah namanya MY WISH so kita boleh wish nak hadiah apa...ikut suka uolls la
Hadiah-hadiahnya adalah dalam nilai
RM50,RM30 dan RM20
Kalaulah ct menjadi antara yang bertuah ct nak tudung atau shawl...boleh?
Tak kiralah RM50 ke RM30 ke atau RM20 janji dapat Tudung atau shawl

Tak cukup dengan tu, ada lagi hadiah misteri yang ditaja oleh

 Best kan? Apa tunggu lagi.......



✿Aksi terbaik Pemain Bola Sepak Antarabangsa✿

SALAM

Memandangkan piala dunia tak lama lagi dan demamnya sudah semakin terasa sehingga lesen Judi Bola Sepak ni pun sudah diluluskan, aku ada skit gambo-gambo aksi dari Hero-hero Piala Dunia...
Uolls Layan je la..
V
V
V






Yang aku kenal kat atas tu hanya Beckham ngan Rooney jer..
Aku mmg tak minat sangat bola ni.. dan nasib baik hubby aku pun tak layan sangat kalau tak, mesti terjebak jugak dengan demam Piala Dunia.




Wednesday, May 19, 2010

♥TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY♥




Uolls nak tak tote bag yang colourful cam kat atas tu?
Kalau nak, uolls kena la join TOTE BOUTIQUE GIVEAWAY
Jika  entry uolls disukai oleh Cik As (tokey kedai) maka uolls berpeluang memenangi

Cantik kan?

Dah terjah TOTE BOUTIQUE apa salahnya uolls cuci mata disitu then kalau ada yang berkenan dihati boleh la oder...
Selalunya kita beli beg kat kedai-kedai or shoping kompleks tapi susah kan, nak jumpa yang memenuhi citarasa kita dari segi saiz,corak mahupun design.
TOTE BOUTIQUE ada penyelesaianya kerana kat sini ada tote beg yang uolls boleh pilih sendiri corak dan saiz. Cam ni,

dan

 Diapers bag untuk ibu-ibu
ct suka yang ini, nampak kemas dan mudah nak ambil barang-barang

Kalau nak beg kecil untuk isi barang makeup pun ada jugak
cute sangat

Selain daripada ni ada jugak barang-barang lain seperti
 pensil case,mini wrislet,pasport cover,sling bag dan H/P casing


JOM TERJAH



Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Sepagi di SMK Sultanah Asma Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

SALAM

SMK SULTANAH ASMA???.. Apa aku buat disana?
Sebelum ni aku dah bagitau pada ENTRY INI

Tak la susah sangat nak cari sekolah ni sebab tak jauh dari pekan Alor Star.
Aku sampai awal so leh la tenang-tenang fikiran dulu...
Aku tengok ada jugak yang dok study lagik last-last minit ni.. AKU????
Oleh sebab sampai awal dan belum sarapan so aku pun cari la Kantin... tak jauh, sebelah dewan je pun.
Dah kenyang baru leh jawab dengan senang ati..

Suasana dalam dewan, awal lagi so tak ramai la.

Habis exam kul 12.30 tghari terus balik ke Langkawi...
Keputusan mungkin bulan september atau oktober baru dapat
so...TUNGGU....


Tuesday, May 11, 2010

✿Hadiah Percuma dari lollytot ✿

LollyTot Baby Online Store
Kawan-kawan ku semua nak hadiah percuma dari

Uolls kenalah buat review tentang
dan

Jika uolls suka membeli barang melalui online LOLLYTOT adalah tempat yang  uolls perlu singgah.
Disini terdapat bebagai barangan terutamanya untuk anak-anak uolls seperti

Pakaian bayi dan kanak-kanak

Untuk Girl

Untuk Boy
sesuai jugak kalau dijadikan hadiah
Uolls boleh mencari pakaian yang disukai mengikut jenama seperti
Disney
Old navy
carter's
laura Ashley
Dan banyak lagi

Cute Accessories

Soft toys/pillow
Pasti anak-anak uolls akan tidur nyenyak ditemani monkey cumil
DIY handicraft
 Sand Art
Yang ni ct paling suka kerana boleh menjana kretiviti dan lain dari kebiasaan anak-anak yang selalu mewarna dengan pensil colour.

Toys

Soft Play Block Book
sangat pratikal sebab kalau kotor boleh basuh,lembut (baby kan suka menggigit) dan boleh belajar sambil bermain.

Jika uolls nak buat party harijadi atau apa-apa party boleh jugak oder Party Gift Set yang terdiri daripada cone hat,paper cup, paper plate dan macam-macam lagi..

Jadi kenapa uolls perlu susah payah memandu ke shoping kompleks, bayar tol,bayar parking,minyak dan bersesak-sesak untuk mendapatkan barangan untuk anak-anak sedangkan semua ini ada di


Harganya pun sangat berpatutan.




♥ KPSL...OOO...KPSL ♥

 SALAM

Peperiksaan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Penolong Pegawai Tadbir (N27)
Tarikh:18 April 2010
Bahagian: A
Pusat Peperiksaan: SMK Sultanah Asma Alor Setar

Aku harap kali ni aku dapat lulus exam ni....Tinggal 1 paper ja lagik..
 2007 lulus paper C
2008 lulus paper B 
 2009 gagal paper A
2010 ulang paper A lagik

Rata-rata aku tanya member-member depa semua mudah jer lulus paper A ni, tapi aku ni awat tak
lepas-lepas lagi ni!!!!
Paper A ni tentang Arahan Pentadbiran,Arahan Perbendaharaan dan Stor. Selalunya aku memang tak konfiden sangat bila jawab bab stor...
Tahun lepas aku amik exam ni masa dalam cuti bersalin, seb bek dah lepas pantang...
So, stop blogging buat sementara waktu then tumpukan pada KPSL.. Boleh ke?
Aduh...pasti aku merinduinya..

p/s: masih ada tag yg belum dilangsaikan...
  

Monday, May 10, 2010

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ Amyna Kasi Wasiat la...Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

Lembu sapa yang terlepas ni??? Alahai....nak kata nak buat korban raja haji lambat lagi..nak kata nak buat kenduri kawen cuti sekolah pun belum lagi....
Opsss.... kejap-kejap...
La.... ni rupanya wasiat yang Amyna kasi kat aku...
Amyna cakap klau nak ambik wasiat ni kena buat 7 syarat dulu.
7 jer amyna??? kawan (myna kawan ct kan???) punya pasal 14 pun boleh..hehehe
Jom penuhi syarat-syarat tu

1- Thank & link the person that gave you the cow.
Terima kasih le bebanyak yer amyna... lembu ni nnt ct kasi adik nureen ngan abang naufal jaga elok-elok

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 orang blogger yang paling aktif atau 7 yang paling tak aktif.


3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat ni dari orang kaya kg sepening lalat.
Untuk Pengetahuan uolls wasiat ini datangnya dari Kampung Sepening lalat...Bukan Langau atau yang sewaktu denganya....

4. Cerita 3 perkara, apa yang anda selalu buat sambil tengok tv.
Makan.. makanan ringan dan kadang-kadang makan nasi pun..
Sms hubby kalau dia Duty/tugas luar atau kuar p mana-mana
Potong Kuku...hehehe,Aku ngan anak-anak
yang lainya adalah Cakap pot..pet..pot..pet..layan pertanyaan dari Naufal

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan.
Hmmmm....aku ni tak brapa suka sangat try benda-benda yang tak biasa tapi rasanya ada benda yang tak pelik bagi aku tapi pelik bagi uolls macam
Beronok
Lattot
Siput Tukoi
semua ni makanan laut dan dimakan mentah-mentah yer ...

6. Cuba bagi tau berapa orang kawan anda kat FACEBOOK.
200 lebih kot..
Uolls jangan segan-segan nak add aku yer...

7. Aku suka soklan ni...Camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe..... kat mana?
Betul ke uolls nak tau ni??? hehehe...
Aku ngan Hubby dikenalkan oleh sorang Roommate aku iaitu AZIE yang merangkap Opismate hubby aku...
Azie kasi no fon opis aku kat hubby pastu hubby call (mengayat aku la tu). Sebenarnya aku ngan Hubby keja dalam 1Kawasan(wisma pertahanan) tapi lain-lain department so tempat pertama kami berjumpa ialah kat Parking motor wisma pertahanan, masa balik keja (aku jalan kaki ja) aku bgtau aku pakai baju kaler merah bunga oren then dia main agak-agak jer tegur aku berdasarkan baju....hehehe kelakar la bila ingat-ingat balik..2,3 ari pastu kuar dating kat Kampung Baru..

Ok. setakat ni sahaja so sudilah kiranya para bloger yang tersenarai kat atas tu menerima wasiat ini




Related Posts with Thumbnails