Tuesday, May 31, 2011

Aku tak suka tapi terpaksa



As salam

Dulu, keja ni hubby yang buat...aku memang tak amik tau sangat tapi la ni aku la yang kena buat. Kalau tak buat alamatnya si hitam jadi si kelabu asap la...

Hantar si hitam gi mandi

Kalau tak kerana sakit mata aku tengok debu campur kesan air hujan (rintik-rintik) di badan si hitam memang aku dok bertangguh lagi la nak bawa si hitam p mandi. Malas la nak p dok tunggu di car wash tu... kalau takat 30minit ok lagi ni, sampai 1jam setengah.Selalu aku p time ari ahad lepas hantar naufal skolah aku p ngan nureen ja.. tapi tau-tau ja lah budak kecik tu... 15minit ja dok diam pastu abis segala cerok kedai tu di p melawat...nasib baik tokey tu dah kenai dah aku so tak segan la sangat.
Hubby dah biasa ngan kedai tu so aku p kat situ ja lah... hubby kata kedai lain buat cincai ja... lap pun tak kering,vacum skit-skit,cermin tak cuci bersih-bersih tapi kedai ni so far memang puas hati la sebab tu banyak hantar kat situ, tu pasal lambat skit.
Pasal HITAM la yang susah skit nak jaga...asal kotor skit pun dah nampak kelabu asap dah..tambah plak la ni kejap ujan kejap panas pastu jalan depan skolah tu plak dok buat projek hapa tah, lori angkut tanah merah kuar masuk..debu tanah merah brterbangan..time patang depa jirus plak ngan air...lagi lecak la jadiknya...hampeh tul!
Aku tengok keta member yang kaler gold,oren,silver...rileks jer...tak nampak sangat kalau takat debu skit-skit tu. Aku sebenarnya dulu nak kaler Merah tapi model ni tak de kaler merah la plak masa tu yang ada hitam,putih mutiara,biru gelap dan silver.
Seminggu sekali je lah aku mandikan ko yer...si hitam, tu pun kalau ko dah comot sangat kalau tak tunggu aku free la. Al maklumlah tuan ko ni bz memanjang...apa yang dibzkan tu pun tak tau la.

*korang rajin ke basuh keta? basuh sendiri or hantar car wash?


Monday, May 30, 2011

In Trend...bila nak mai Langkawi?

As slam

Bila dah ramai dok  tayang In Trend edisi jun, aku pun kalut la p cari kat kedai.... malang sekali, tak sampai lagi kat sini rupanya. Dari minggu lepas aku dok ulang alik p kedai cina tu. Selalunya kedai tu paling awai ada. Asal aku kuar je mesti aku lalu kedai tu jenguk kot-kot dah sampai balik keja pun aku pusing depan kedai tu jugak.....tapi hampa sekali.
Orang kat tanah besar sana dah ulang lima nam belas kali baca. Kat sini tak sampai-sampai lagi... bulan lepas awai plak. Ni yang buat aku dok pikir nak langgan setahun je terus tapi kena ada green light dari hubby dulu. Nak dapat green light tu macam-macam plak kena jawab.
Nampak gayanya tunggu je lah...





Sunday, May 29, 2011

Hadiah CGL yang tak berguna.

As salam




Aku kan ada  blog khas untuk CGL jer http://thecolourfulisland.blogspot.com/
Mula-mula dulu aku campurkan ngan blog ni tapi bila dah banyak CGL yang nak join nampak serabut plak ngan bloglist panjang berjela.... banner tempek penuh side bar so aku asingkan blog personal ngan blog khas untuk CGL jer... Ramai bloger kaki CGL ni yang buat cam ni...
Sejak join CGL online, banyak jugak la hadiah yang aku menang tapi mana leh lawan bloger tegar join CGL cam nana, cutemum,azatie,MZ,cempaka kuning dan ada ramai lagi depa ni antara yang rajin join CGL dan selalu jugak bertuah. Aku rajin gak join tapi bila mai mood malas tu...apa pun tak buat.

Aku ada baca di blog MZ pasal hadiah yang dia dapat tapi dia tak guna pun...kebanyakan yang kecik-kecik dan tak berharga kalau nak dijual balik sebab MZ ni suka jual hadiah yang dia tak guna. So sekarang ni MZ ada buat GA untuk hadiah tu. Bila baca entry tu, terpikir gak aku...adakah hadiah yang aku bagi untuk beberapa GA dan LD yang aku buat sebelum ni berguna untuk pemenang.

Aku pernah bagi....Pin kartun untuk visitor bertuah, cokelat untuk GA cokelat, Keychain,kain batik dan t-shirt untuk LD,shawls dan broch untuk GA di blog contest aku.
Rasanya semua tu berguna kot...just yang keychain tu ja murah skit. Aku rasa tak best plak bila hadiah yang kita bagi tu tak berguna dan kurang nilai bagi pemenang...memang la semua cakap join contest untuk suka-suka dan tambahkan kenalan tapi hadiah pun nak jugak kan? Sebab tu aku suka join CGL yang hadiahnya memang aku guna dan berbaloi join.
 Macam CGL yang just suh tempek banner, follow dan tag tu dikira simple la...so hadiah biasa2 pun ok dah tapi aku tengok gak kalau hadiah aku tak nak so aku tak join kasi orang lain chance untuk menang. Bagi CGL yang hadiah agak lumayan dan berharga,kena buat entry terbaik, like FB, kreativiti diambilkira...tag kawan-kawan untuk referer... susah skit pun tak apa kan...
Sehingga sekarang ni, aku cuma ada skit jer hadiah yang aku tak guna....tu pun sebab hadiah misteri.Tak tau hadiah apa main join jer...lagipun aku ni bukan selalu menang sangat.

Sekarang Naufal N Nureen 2nd Giveaway sedang berjalan dan akan tamat pada 15 jun 2011
Misi aku pulak sedang mencari hadiah yang sesuai untuk GA ni....GA simple hadiah pun simple jugak la.. tapi jangan risau, aku akan cuba cari hadiah yang berguna untuk pemenang.

Entry ni tak ditujukan pada sesiapa cuma untuk panduan aku jugak sebab aku kan suka buat CGL dan join CGL. 

Thursday, May 26, 2011

Yes Life Funniest Apple Contest


Kontest ni menggunakan sistem vote di FaceBook.

Masuk ke akaun FB YES 4G

Buat suara kelakar korang yang bleh bagi orang pecah perut bila dengar

Dapatkan seberapa banyak undian (vote)

30 yang mendapat undian tertinggi akan ke pusingan final dimana pemenang akan ditentukan oleh juri berdasarkan ketulinan, kretiviti dan cara penyampaian peserta.

Hadiah yang menanti pemenang ailah
Apple Ipad
Apple iPod
Stater pack Yes 4G
Starter pack YES ID

KLIK UNTUK TAU LEBIH DETAIL


Kucing Jadian di Johor



SKUDAI – Misteri penemuan seekor kucing hitam didakwa jelmaan individu yang mengamalkan ilmu hitam menggemparkan penduduk Jalan Laksamana, Taman Ungku Tun Aminah, di sini.
Kisah berkenaan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan orang ramai kerana haiwan terbabit dikatakan sering ditemui apabila serbuan dilakukan sebaik sahaja suara jeritan penduduk kedengaran setiap kali azan berkumandang.
Berkat doa dan solat hajat secara berjemaah selepas selesai isyak malam kelmarin, sekumpulan anak muda berjaya menangkap kucing hitam itu di tandas rumah seorang penduduk.

Kucing jadian itu dimasukkan dalam sangkar dan dibawa ke Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pengawasan selama 24 jam.
Ia bertujuan untuk memastikan sama ada haiwan terbabit boleh menjelma sebagai manusia, namun tiada sebarang perubahan dilihat selepas sehari kucing hitam itu berada di perkarangan balai polis itu.

Imam Masjid Laksamana, Ahmad Tahir Mohamed, berkata, kucing itu dilepaskan di Sungai Skudai, petang semalam dengan harapan ilmu hitam itu hanyut dibawa arus.

“Kejadian yang berlaku sejak dua bulan lalu menggusarkan penduduk kerana beberapa rumah di sini di pecah masuk yang melibatkan kerugian ribuan ringgit.

“Penyamun berkenaan dipercayai mengamalkan ilmu hitam dan terpaksa memenuhi kehendak untuk melengkapkan ilmunya yang didakwa akan berakhir pada malam Jumaat ini.

“Modus operandi penyamun ini ialah masuk rumah melalui atap belakang. Dakwaan orang ramai berasas, apabila dikejar penyamun ini. Ia akan berakhir dengan penemuan kucing itu,” katanya.

Menceritakan kejadian ketika menangkap jelmaan terbabit, Ahmad Tahir berkata, haiwan berkenaan bertindak agresif dengan menggigit salah seorang anak muda yang cuba menangkapnya.

“Keadaan fizikalnya amat pelik dengan mata yang berwarna kemerah-merahan, telinga yang sedikit panjang umpama kucing hutan dan tidak ada bunyi dengusan ketika ditangkap.

“Saya tidak pernah melihat kucing seperti treler (panjang). Tidak sama seperti kucing biasa. Saya percaya ini ada kaitan dengan ilmu hitam,” katanya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner, Ruslan Hassan enggan mengulas.

*Betul ke ni? zaman moden gini masih ada yang guna ilmu hitam untuk buat benda salah*

First Time bersama Exora


Assalam

Semalam last day aku bercuti...tak  ada apa yang menarik pun pasal cuti aku ni sebab bukan aku bercuti kat mana-mana just duduk umah menjadi suri rumah sepenuh masa. Hari  ni dah kembali ke rutin harian normal, bangun siap diri dan anak-anak,hantar naufal ke sekolah, nureen plak ke umah pengasuh singgah beli nasi dan air terus p keja.

Semalam BFF aku ada mai sini, so aku ada booking keta untuk depa tu.. keta exora. Aku memang tak pernah bawa keta yang lebih besar dari keta aku la ni. Mula-mula nak minta tuan punya keta tu hantar keta ke airport tapi dia plak tak dak transport nak blik umah plak lepas antar tu so aku lah yang amik exora tu dari dia then p jemput my bff tu di airport. Terpikir gak bleh ke aku bawa keta besar ni, dah la aku ni ketegori tak cukup inci... redah je lah, nasib baik exora tu auto kalau manual mau menggagau gak aku. Bukan tak bleh drive  manual tapi dah lama tak bawa takut melatah plak time tukar gear tu.(alasan)

Rupa-rupanya....... tak de masalah langsung. Elok je aku drive ke airport ditemani nureen kat sebelah. aku parking kat tepi kaki lima airport tu, tak masuk parking berbayar pun.Dah siap semua masuk lam keta...tengok2 ada plak keta yang block aku kat parking tu. Tak leh kuar..tunggu lam 5 minit tak nampak gak tuan punya keta so cari alternatif lain. Alihkan kon kat sebelah keta aku pastu kuar parking cara mengundur sambil mengelak dari keta yang parking kat belakang aku. Sekali jer.. terus berjaya. Dengan kepanjangan exora tu, aku ingat kena undur masuk undur masuk 2,3 kali. Memang betul la apa yang REDMUMMY review bab parking exora. Rasanya tak perlu camera reverse, pakai cermin sisi ngan cermin pandang belakang dah cukup.

Then aku drive balik dengan 6 dewasa termasuk aku dan 3 budak bawah 5 tahun.... nampak cam pack tapi agak selesa la..dan pickup keta ok cuma time naik bukit kot kena tekan lebih skit..tak tau la, maybe keta tu je kot. Ada 1 lagi yang aku tak berapa syok ngan keta tu, Keta auto so bila dia tukar gear tu kita terasa la.. cam tersentak skit. Pernah drive myvi sebelum ni pun cam tu jugak... yang model proton lain aku tak pernah try la tapi berdasarkan pengalaman aku drive keta jepun semua tu tak terasa... bila keta tukar gear pun kita tak tau...Best la jugak drive exora ni.Tak pernah  terasa sebelum ni nak p test drive exora di showroom proton walaupun showroom tu dekat sangat ngan umah aku. Lepas ni bleh jenguk kot showroom tu...hehehe Test drive je lah.....buat masa ni tak da niat lagi nak tukar si hitam aku tu. Si kuning di kuantan bersama hubby.



Wednesday, May 25, 2011

Peraduan Cari Cantum dan Menang Berita Harian



Kepada pembaca Berita Harian jom kita join peraduan ni..
Dulu dok teka ABPBH tak menang pon... so kali ni, kita cuba yang ni plak.

Peraduan bermula dari 16 mei- 19 jun (dah mula dah)
Beli berita Harian (yang len tak mo) mulai isnin hingga sabtu, Cari satu perkataan setiap hair dan kumpulkan semua perkataan sehingga menjadi ayat yang betul dan poskan bersama borang asal yang disiarkan di Berita Harian pada hari ahad

Hadiah wang tunai berjumlah RM 10K dan 10 iPad menati para pemenang

Keterangan lanjut KLIK DISINI



Jawatan Kosong Universiti Teknologi Malaysia (UTM) KL




Universiti Teknologi Malaysia International Campus (UTM IC) memerlukan individu yang kreatif, inovatif serta berwawasan tinggi dalam mencapai matlamat universiti. Selaras dengan hasrat ini, calon-calon yang berkelayakan dipelawa untuk memohon beberapa jawatan bagi gred staf sokongan di UTM IC.



1. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN GRED S27

2. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) GRED W17

Keterangan Lanjut DISINI


Tarikh Tutup Permohonan : 5 Jun 2011




Kalau tak tau, tanya la...

Assalam

Sejak hubby di kuantan, yang menjadi  penghubung antara kami mesti la henfon.
Call...Sms... Mms.... Video call tapi minggu lepas hubby bagitau henfon dia rosak, jatuh katil.
So terpaksa la henfon yang dah pening-pening lalt tu di tukar ganti ngan henfon baru...memandangkan bajet ciput dan emergency, hubby amik yang  second hand jer... nokia E5


Colour putih..cantik!
Esoknya..hubby cuba vidoe call aku tapi aku tak nampak pun muka hubby, yang aku nampak pinggan ngan sudu sebab time tu hubby di kedai makan. Puas la digodek-godek cam na nak buat buat bagi aku nampak muka hubby, hubby nampak muka aku. Serius, sebelum ni aku memang tak tau pun nokia E5 tu cam na, bila hubby cakap dia beli yang gitu so aku google gambar di tenet tapi tak cari pun ngan detail lagi.

Aku tanya, ada ke camera kat depan henfon tu?
Hubby jawab, ada....
Aku tanya, dah tu..apasal tak leh guna?
Hubby jawab, tak tau...

Bila cari balik pasai nokia E5 ni, rupa-rupanya memang tak de camera di hadapan.... yang hubby nampak cam kamera tu rupanya flash...hahahaha
Aku dah mula berkhutbah kat hubby
Len kali tanya la habis-habis sebelum beli...cam na guna, apa yang ada, apa yang tak ada... ni tidak, buat-buat pandai... sekarang kan dah rugi. Hubby cakap dia nak p tukar balik henfon tu di kedai kat kuantan tu amik yang len...tak tau la bleh ke tak.

*Aku lebih suka Sony Ericson....pernah sekali je aku pakai nokia 3310 masa zaman kegemilanganya dulu*

Tuesday, May 24, 2011

Welcome to Langkawi

Assalam

Besok BFF aku dari KL mai bercuti di Langkawi, aku kena la jemput depa sefamily di airport. Dah lama depa nak mai sini tapi tertangguh-tangguh ja...setelah sekian lama akhirnya sampai juga depa menaiki
 Air Asia yang diboking tahun lepas time promo....bagus kan AA ni, dengan promo cam la ni yang 10sen tu dapat la kita makan angin tempat orang. Hotel pun aku dah tolong bokingkan..harap selesa la depa tido di hotel tu... aku ni dah orang sini mana la penah tido di hotel kat sini tak tau yang mana ok yang mana tak so harap p survey skit-skit sebelum booking.

Hari khamis depa nak jalan-jalan pusing Langkawi, tapi aku tak bleh nak jadi tour guide sebab aku dah keja. Hari isnin sampai rabu aku cuti sebab pangasuh anak tak ada p hantar anak dia masuk matrik di gopeng. So esok, khamis aku dah keja dah.. mulanya nak amik cuti terus sampai jumaat tapi opis aku ada audit tambah plak cuti aku dah tinggal nyawa-nyawa ikan ja.
Tak pa la, pandai-pandai la depa drive pusing Langkawi ni. Tak yah takut sesat cam na pun masih lagi di Langkawi tak kan sampai Thailand ke hapa selagi tak naik feri. Pelancong dari oversea pun rileks ja sewa mota/ keta drive sendiri di sini... Jalan di KL lagi pening kalau nak dibandingkan disini. Habis sangat pun sesat masuk kampung pastu tanya la orang kampung tu mana jalan keluar..hahahaha

Kalau nak p tempat-tempat menarik yang orang selalu p tu, ikut ja sighboard....
Kabel  car di  Pantai kok/gunung matchinchang
Underwaterworld/ mandi laut di Pantai Chenang
Taman buaya di datai
Makam mahsuri di Ulu melaka @ makam mahsuri
Beras terbakar di Padang matsirat
Dataran Lang di Jety kuah
 Taman burung di kilim
Galeria perdana di kilim

Nak shoping
Idaman Suri di Jalan ayer hangat keluar skit dari pekan kuah (murah berpadan dengan kualitinya)
Ismail Group di pekan kuah, banyak cawangan (vantage dan beg troli murah)
Ram's di pekan kuah dan pekan rabu (mahal skit dari idaman suri tapi berkualiti)
Saga di pekan kuah (towel dan chocolate banyak pilihan)
Kalau nak borong chocolate di Ismail Group pekan kuah ada kedai khas jual chocolate ja.
Minyak gamat di jalan tok senik, bayas

Tapi mai Langkawi tak sah kalau tak p Pantai Chenang... banyak kedai dan gerai yang jual macam-macam benda tapi kebanyakan dari Thailand...ok lah beli buat kenang kenangan mai Langkawi kan.

Bab makan plak aku tak tau sangat..just kedai yang biasa-biasa je lah yang biasa aku p
Restoran bamboo di penarak (seafood)
EE burger di kuah (western food)
Restoran simpang area kedawang (thailand)
gerai-gerai di pekan rabu (malam jer)
eh! dah tak ingat la... tau kedai tu tapi tak tau nama apa.  Cari je lah kedai yang mana-mana yang nampak orang ramai dan cam best jer..ok lah tu. Kalau lalu di jalan kat pantai belakang airport tu singgah la makan laksa di lori-lori yang ada kat tepi jalan tu.. yang paling best lori ujung skali dan paling ramai orang.

Aku tak tau sangat nak crita..nak tau lebih lanjut mai la sendiri...


Monday, May 23, 2011

Jawatan Kosong Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara



Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara bagi jawatan-jawatan seperti berikut:-
 
1. Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E41
2. Penolong Akauntan Gred W27
3. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E27
4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) Gred N17
5. Pegawai Khidmat Pelanggan Gren N17
6. Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat Gred N17
7. Pembantu Ehwal Ekonomi Gred E17
8. Pereka Gred B17
9. Pembantu Am Pejabat Gred N1
10. Pekerja Awam Gred R1
11. Pemandu Kenderaan Gred R3

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN

Maklumat terperinci mengenai iklan boleh dirujuk di Laman Web Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) iaitu www.lktn.gov.my atau melalui portal kerajaan di alamat www.jobsmalaysia.gov.my.


Related Posts with Thumbnails