Sumber SINI
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.
Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.
"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya.

Korang tahu ke cara melahirkan dalam air ni? selalu kita dok dengar bersalin normal atau pembedahan jer... Ini bersalin normal jugak cuma proses bersalin tu berlaku dalam air bukan atas katil cam biasa tu... dikatakan proses tu lebih semulajadi dan kurang sakit.. tak tau la plak aku sebab tak pernah try lagi. Di negara kita ni mungkin agak pelik tapi di negara luar ramai dah yang bersalin dengan cara ni.. ada yang bersalin kat rumah lagi, guna kolam yang anak-anak kita dok main air tu...Aku pernah jumpa video bersalin dalam air (water birth) di youtube...
Kalu tak berapa paham bleh jugak tengok kat
SINI
dan
SINI
Pastu nak lebih detail pandai-pandai la google yer.... " Water Birth"
No comments:
Post a Comment