Tuesday, July 26, 2011

Restoran Bamboo


As salam

Kalau korang mai Langkawi aku rasa Restoran Bamboo di Penarak ni tak akan mengecewakan korang. Aku sefamily selalu jugak makan kat sini.. time gaji la.
Lokasi tak jauh dari jety kuah, dataran lang... cari jalan ke penarak. Restoran ni memang tepi laut, kalau feri dari kuala perlis lalu memang bleh nampak dari tempat korang duduk.

Nampak tak pantai kat belakang tu... ni masa air surut. Kiranya bawah kami tu pantai la.


Korang bleh pilih nak duduk di pondok cam kat depan tu atau di meja atas pelantar kayu cam aku duduk tu. Memang luas dan banyak pilihan la korang nak suasana cam mana. Bila malam skit lagi cantik la dengan lampu-lampu dan muzik yang dimainkan.
Kat sebelah aku duduk tu ada lagi satu pelantar yang mejanya lebih besar... sesuai la kalau family besar cam pak arab kat dalam gambar tu... depa makan memang sepah gila.. siap ngan KFC segala bagai lagi.
Ini budak memang kasi aku berpeluh ketiak ja... tak mau dok diam langsung. Ini salah satu faktor aku malas nak bawak depa makan kat sini, penat jaga budak ni ja...
Tengok... dok intai air laut kat bawah tu.. habis kotor baju dok guling kat lantai tu

kat sini pun ok jugak
Banyak crita pasai tempat je kan.. benda makan tak crita pun...sabar-sabar
menu feberet aku sefamily
tomyam campur (udang besar & banyak)
udang mentega
kangkung pedas
kerabu sotong (feberet aku)
telur dadar & sup (naufal punya)
Ini menu biasa-biasa saja korang bleh juga oder segala jenis seafood seperti  ikan, udang, sotong, ketam,pelbagai jenis siput sampai ke lobster pun ada.
Lupa plak nak p amik gambar tempat korang bleh pilih segala bagai seafood tu.
Pasai harga aku rasa berbaloi la dengan rasa makanan dan suasana restoran
Bagi menu aku kat atas tu..nasi untuk 3orang air milo,nescafe, barli semua RM36


Penat la gini... tu pasal kena stop tambah ahli baru, yang dok ada ni pun tak menang tangan dah.
Harap korang enjoy mai Langkawi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails