Tuesday, July 26, 2011

Keluar masuk Langkawi

As salam

Selalu korang yang mai melancong, makan angin, shoping kat Langkawi ni mai dengan kereta sendiri pastu tinggalkan kereta di Kuala Kedah atau Kuala perlis then naik feri ke Langkawi kan. Bagi yang naik flight plak terus ke turun di LTAB Langkawi amik kereta sewa atau teksi ke hotel.
Korang tau tak cam na orang yang tinggal kat Langkawi ni keluar ke tanah besar dan masuk balik Langkawi dengan bawa kenderaan masing-masing. Ye lah... bukan semua yang tinggal kat sini orang tempatan ada ramai yang hanya bekerja disini then time cuti mesti nak balik kampung dan bawak sekali kenderaan senang nak jalan-jalan nanti. Meh aku nak story skit... aku ni pun first time buat urusan keluarkan kereta ke tanah besar, sebelum ni hubby yang uruskan semua.
Ok! ini cerita kenderaan tu no plat Langkawi (KV) cukai kastam tak bayar lagi (duty free)

Ada beberapa syarikat kargo yang sediakan perkhidmatan pengangkutan kargo ni. Ada Wantas shipping, Pengankutan Bersatu dan Pertiwi shipping. Aku selalu guna Wantas shipping. First kena p boking dulu sehari sebelum kita nak hantar kereta naik katgo...contohnya aku nak kereta ada di tanah besar ari selasa. Hari ahad aku p boking bawa geran original sekali (kalau tak ada kena p amik di bank) bayar la untuk one way RM 120 (aku bayar pergi balik RM240) ikut cc dan jenis kereta lagi besar lagi mahal.Hari isnin baru urusan hantar masuk kereta. Pergi balik di syarikat tadi uruskan segala dokumen kastam pastu bawa dokumen dan geran original ke tempat kat bawah ni

 Kat sini kastam akan tengok balik rekod kereta tu dalam tahun ni dah berapa ari kuar dari Langkawi. Kalau tak silap aku kereta plat KV hanya boleh berada di tanah besar selama 60 hari dalam setahun (ingat2 lupa dah) ini bagi yang belum dibayar duti kastam la... kalau dah bayar tu bleh kuar ikut suka ati.
Geran akan disimpan oleh kastam kat sini.

 Pastu bleh la bawak masuk keta tu ikut gate cam kat atas tu.. ada lagi check oleh kastam.. buka bonet segala bagai... dah tu, drive ke dalam dermaga tu. Letak la kereta tu kat tempat yang dah disediakan mengikut syarikat kargo tadi. Kunci p bagi balik kat opis syarikat tu. Esok hari baru kereta tu sampai di kuala kedah (kuala perlis tak dak perkhidmatan ni) bleh la p maik kereta di Kuala kedah... dah abis jalan2 hantar balik ke Kuala kedah dan esoknya pulak baru bleh p amik balik di Langkawi

keadaan dalam dermaga...banyak lori, traler keluar masuk. Segala barang dibawa masuk ikut sini.. ada lori ayam, sayur, perabot dan macam-macam lagi lah...

Urusan masuk balik kereta lebih kurang ,macam masa hantar keluar hari tu jugak. P amik kunci di syarikat pengankutan, then masuk ke opis kastam untuk amik borang kastam hantar ke unit kenderaan langkawi cam gambar first tu pastu dapatkan balik geran kereta baru bleh amik kereta dalam dermaga.
Selesai...... agak rumit kan? sebab tu kalau nak keluarakan kereta kena plan awal-awal, banyak benda kena buat dan urusan penghantaran tu makan masa 1 hari....
Time raya ni memang ramai la orang nak bawa kereta balik kampung... kena boking awal-awal ni... 2 minggu lagi nak raya dah kena boking dah kalau tak memang tak lepas la kereta ke tanah besar.


5 comments:

  1. ari tu kawen mmg bw masuk keta sbb senang nk bergerak sana sini ...mls nk pinjam keta mak2 sedara...

    klu takat balik kg tu kitorg sewa je

    ReplyDelete
  2. Anonymous4/11/11 14:43

    salam....

    tambang tu ikut saiz kenderaan (cc) saje ke? Kalo kereta sedan sumbat barang byk2 lg berat ada kena surcaj x?

    ReplyDelete
  3. Anonymous30/3/12 15:55

    aku cadang nak gi sana dengan family. cadang nak bawa masuk kete. bebaloi ke kalau duduk sana untuk 3hari. atau aku sewa kete aje.

    ReplyDelete
  4. Anonymous29/5/12 14:20

    tq info berguna

    ReplyDelete
  5. salam...tumpang tanya nk bawa msuk moto mcm tu juga ke?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails