Saturday, July 30, 2011

Alesha Farhana @ Mohd Ashraf Meninggal Dunia


Masih ingat lagi dengan berita yangagak  panas baru-baru ni apabila seorang lelaki yang telah menjalani pembedahan jantina di Thailand 2 tahun lalu memohon untuk menukarkan nama di dalam my kadnya.. Mohd Ashraf ingin menukar nama kepada Alesha Farhana tetapi permohonanya ditolak oleh mahkamah. Akibat dari penolakan itu dia telah menghadapi kemurungan dan dimasukkan ke hospital kerana masalah janting dan tekanan darah rendah. 
Berita yang terbaru melalui SUMBER INI dia telah meninggal dunia jam 5 pagi tadi.

Innalillah.... takziah untuk keluarganya, Hanya Allah S.W.T sahaja yang layak menghakiminya... kita ni tak payah la dok buat pelbagai spekulasi... nasib kita pun tak tau lagi cam na.


Friday, July 29, 2011

Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad





1. ASSISTANT VICE PRESIDENT, TALENT MANAGEMENT (Kuala Lumpur)

Requirements:
- Degree in Human Resource Managements (or related discipline).
- Minimum 3 years in talent management.
- Excellent in English presentation and communication skills.
- Fully proficient in spoken and written (English & Bahasa Melayu).
- Experience in leading a team.
- Software skills (Word, Excel, PowerPoint, etc).

2. ASSISTANT VICE PRESIDENT, REWARDS & REMUNERATION (Kuala Lumpur)

Requirements:
- Degree in Human Resource Managements (or any other related discipline).
- Excellent in English presentation and communication skills.
- Fully proficient in spoken and written (English & Bahasa Melayu).
- At least 5 years working experience in HR functions of which 3 years in total rewards management.
- Analytical and meticulous, with a strong appreciation for details and have strong planning and implementation skills
- Need to stay abreast with current practices and adopt continuous improvement.
- Experience in leading a team.
- Software skills (Word, Excel, PowerPoint, etc).

How To Apply?

Interested applicants meeting the above criterion shall send their complete resume stating current and expected salary along with non-returnable passport size photo before 10 August 2011 and write in to:

VICE PRESIDENT,
GROUP HUMAN RESOURCE
POS MALAYSIA BERHAD
LEVEL 8, KOMPLEKS DAYABUMI
50670 KUALA LUMPUR

Important!

- For write in application, please indicate the position applied for at the top left-hand corner of the envelope.

- All applicants will be treated in strict confidence.

- Only short-listed candidates will be notified

Closing Date: 10 August 2011


Oh! $$$ terbang lagi

As salam

Dah nak jalan jauh ke KL ari tu kan mesti la kena pastikan segalanya dalam keadadan baik... First p  servis dulu..memang ngam2 la time nak jalan jauh ngan time wajib di servis... sudah terbang $$$ disitu. Ok la sebab ni dah ada dalam bajet bulan tu.
Pastu check lagi apa yang kena buat....... ooooooo, aircond pun dah sampai masa wajib jugak... so cergas ke pusat servisnya. Melayang lagi $$$
Tengah ganti gas aircond baru.... pastu memang sedap la, sejuk bangat sampai tiap pagi telinga nureen sejuk jer kena aircond tu dah kira paling low la tu.

Sesudah selamat sampai ke KL pastu balik pulak ke alor setar.. gedebuk gedabak, p sana p sini sampai la masa aku nak blik ke Langkawi. On da way tu kat jalan kuala kedah aku rasa cam tak sedap drive. Tapi terus jugak sampai jety nak hantar keta masuk kargo dulu.. Dah buat urusan hantar keta baru aku perasan tayar belakang cam dah kurang angin.... dah mula gealbah dah, ni aku ngan anak-anak ja.
Tanya ngan sorang abang kat situ kat mana ada kedai tayar... terus laju ke sana, nasib baik sempat sampai sebelum tayar tu kempis terus.

Entah la kena apa ngan tayar tu memang tak boleh pakai terus.. bila tokey tu masuk angin aku dapat rasa kat bahagian yg pecah tu angin kuar dengan lajunya.. Alahai, maknanya terbang lagi $$$ pekara yang tak disangka2. Alang-alang tukar tu aterus aku tukar 2 bijik sebab yang sebelah lagi pun dah haus jugak, rancangnya nak raya nanti baru nak tukar tapi dah jadik gini.....tu la kan, $$$ kena ada jugak untuk waktu2 kecemasan cam gini...huhuhuhu...napa lah jadik time tuan nya tak de?
Banyak benda aku dah blajar semenjak hubby dok jauh ni... selalu hubby yang buat semua ni aku tak amik tau pun.


Wednesday, July 27, 2011

Won Harajuku G of the sea

As salam

Set wangian Harajuku G of the sea dah selamat sampai ke tangan aku. Terima kasih kepada staf ACP Magazines Pte Ltd yang sudi tolong pos kan hadiah ni.
Serius, ct memang tak pernah dengar tentang Harajuku sebelum ni. Al maklumlah ct pakai parfume jenama murah-murah je..dah dapat ni baru la terhegeh-hegeh cari info pasal Harajuku di intenet.
jumpa lah web ni http://www.hlfragrance.com/ (lambat skit loading nya)
atau Fanpage FB DISINI

 Parfume Harajuku
Lotion badan LAMB Gwen Stefani

Suka sangat dengan botol harajuku... nanti dah abis pun rasa nak simpan lagi botol tu.
Yang best pasai Harajuku ni ialah bab botolnya yang cumil dan unik dari botol-botol parfume yang selalu kita tengok.
Antara koleksi lain dari Harajuku
 
Apapun Terima Kasih to Cosmopolitan.

Tuesday, July 26, 2011

Keluar masuk Langkawi

As salam

Selalu korang yang mai melancong, makan angin, shoping kat Langkawi ni mai dengan kereta sendiri pastu tinggalkan kereta di Kuala Kedah atau Kuala perlis then naik feri ke Langkawi kan. Bagi yang naik flight plak terus ke turun di LTAB Langkawi amik kereta sewa atau teksi ke hotel.
Korang tau tak cam na orang yang tinggal kat Langkawi ni keluar ke tanah besar dan masuk balik Langkawi dengan bawa kenderaan masing-masing. Ye lah... bukan semua yang tinggal kat sini orang tempatan ada ramai yang hanya bekerja disini then time cuti mesti nak balik kampung dan bawak sekali kenderaan senang nak jalan-jalan nanti. Meh aku nak story skit... aku ni pun first time buat urusan keluarkan kereta ke tanah besar, sebelum ni hubby yang uruskan semua.
Ok! ini cerita kenderaan tu no plat Langkawi (KV) cukai kastam tak bayar lagi (duty free)

Ada beberapa syarikat kargo yang sediakan perkhidmatan pengangkutan kargo ni. Ada Wantas shipping, Pengankutan Bersatu dan Pertiwi shipping. Aku selalu guna Wantas shipping. First kena p boking dulu sehari sebelum kita nak hantar kereta naik katgo...contohnya aku nak kereta ada di tanah besar ari selasa. Hari ahad aku p boking bawa geran original sekali (kalau tak ada kena p amik di bank) bayar la untuk one way RM 120 (aku bayar pergi balik RM240) ikut cc dan jenis kereta lagi besar lagi mahal.Hari isnin baru urusan hantar masuk kereta. Pergi balik di syarikat tadi uruskan segala dokumen kastam pastu bawa dokumen dan geran original ke tempat kat bawah ni

 Kat sini kastam akan tengok balik rekod kereta tu dalam tahun ni dah berapa ari kuar dari Langkawi. Kalau tak silap aku kereta plat KV hanya boleh berada di tanah besar selama 60 hari dalam setahun (ingat2 lupa dah) ini bagi yang belum dibayar duti kastam la... kalau dah bayar tu bleh kuar ikut suka ati.
Geran akan disimpan oleh kastam kat sini.

 Pastu bleh la bawak masuk keta tu ikut gate cam kat atas tu.. ada lagi check oleh kastam.. buka bonet segala bagai... dah tu, drive ke dalam dermaga tu. Letak la kereta tu kat tempat yang dah disediakan mengikut syarikat kargo tadi. Kunci p bagi balik kat opis syarikat tu. Esok hari baru kereta tu sampai di kuala kedah (kuala perlis tak dak perkhidmatan ni) bleh la p maik kereta di Kuala kedah... dah abis jalan2 hantar balik ke Kuala kedah dan esoknya pulak baru bleh p amik balik di Langkawi

keadaan dalam dermaga...banyak lori, traler keluar masuk. Segala barang dibawa masuk ikut sini.. ada lori ayam, sayur, perabot dan macam-macam lagi lah...

Urusan masuk balik kereta lebih kurang ,macam masa hantar keluar hari tu jugak. P amik kunci di syarikat pengankutan, then masuk ke opis kastam untuk amik borang kastam hantar ke unit kenderaan langkawi cam gambar first tu pastu dapatkan balik geran kereta baru bleh amik kereta dalam dermaga.
Selesai...... agak rumit kan? sebab tu kalau nak keluarakan kereta kena plan awal-awal, banyak benda kena buat dan urusan penghantaran tu makan masa 1 hari....
Time raya ni memang ramai la orang nak bawa kereta balik kampung... kena boking awal-awal ni... 2 minggu lagi nak raya dah kena boking dah kalau tak memang tak lepas la kereta ke tanah besar.


Sophea Isabella dilahirkan dalam air (anak dr sheikh muzaphar)

Sumber SINI
Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. "Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.
"Dia memilih kaedah bersalin di dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,'' katanya. 

Korang tahu ke cara melahirkan dalam air ni? selalu kita dok dengar bersalin normal atau pembedahan jer... Ini bersalin normal jugak cuma proses bersalin tu berlaku dalam air bukan atas katil cam biasa tu... dikatakan proses tu lebih semulajadi dan kurang sakit.. tak tau la plak aku sebab tak pernah try lagi. Di negara kita ni mungkin agak pelik tapi di negara luar ramai dah yang bersalin dengan cara ni.. ada yang bersalin kat rumah lagi, guna kolam yang anak-anak kita dok main air tu...Aku pernah jumpa video bersalin dalam air (water birth) di youtube...
Kalu tak berapa paham bleh jugak tengok kat
SINI
dan
SINI
 Pastu nak lebih detail pandai-pandai la google yer.... " Water Birth"


Restoran Bamboo


As salam

Kalau korang mai Langkawi aku rasa Restoran Bamboo di Penarak ni tak akan mengecewakan korang. Aku sefamily selalu jugak makan kat sini.. time gaji la.
Lokasi tak jauh dari jety kuah, dataran lang... cari jalan ke penarak. Restoran ni memang tepi laut, kalau feri dari kuala perlis lalu memang bleh nampak dari tempat korang duduk.

Nampak tak pantai kat belakang tu... ni masa air surut. Kiranya bawah kami tu pantai la.


Korang bleh pilih nak duduk di pondok cam kat depan tu atau di meja atas pelantar kayu cam aku duduk tu. Memang luas dan banyak pilihan la korang nak suasana cam mana. Bila malam skit lagi cantik la dengan lampu-lampu dan muzik yang dimainkan.
Kat sebelah aku duduk tu ada lagi satu pelantar yang mejanya lebih besar... sesuai la kalau family besar cam pak arab kat dalam gambar tu... depa makan memang sepah gila.. siap ngan KFC segala bagai lagi.
Ini budak memang kasi aku berpeluh ketiak ja... tak mau dok diam langsung. Ini salah satu faktor aku malas nak bawak depa makan kat sini, penat jaga budak ni ja...
Tengok... dok intai air laut kat bawah tu.. habis kotor baju dok guling kat lantai tu

kat sini pun ok jugak
Banyak crita pasai tempat je kan.. benda makan tak crita pun...sabar-sabar
menu feberet aku sefamily
tomyam campur (udang besar & banyak)
udang mentega
kangkung pedas
kerabu sotong (feberet aku)
telur dadar & sup (naufal punya)
Ini menu biasa-biasa saja korang bleh juga oder segala jenis seafood seperti  ikan, udang, sotong, ketam,pelbagai jenis siput sampai ke lobster pun ada.
Lupa plak nak p amik gambar tempat korang bleh pilih segala bagai seafood tu.
Pasai harga aku rasa berbaloi la dengan rasa makanan dan suasana restoran
Bagi menu aku kat atas tu..nasi untuk 3orang air milo,nescafe, barli semua RM36


Penat la gini... tu pasal kena stop tambah ahli baru, yang dok ada ni pun tak menang tangan dah.
Harap korang enjoy mai Langkawi.

Sunday, July 24, 2011

Grand Blue Wave Shah Alam

As salam

Walaupun hanya 1 malam di hotel ni.. aku memang berpuas hati la dari mula aku boking sampai ke check out dan insiden tertinggal barang. Mulanya aku plan nak ambil hotel sekitar subang dah cari di google map hotel yang pling dekat tapi cancel plak sebab hubby suruh amik hotel yang sama denganya sebab senang nak jumpa nanti. First tentulah aku ke http://www.bluewavehotels.com
dah belek semua gambar dan info kat situ aku email plak untuk comfirmkan harga bilik kat situ sebab time tu ada promosi harga bilik untuk anniversary pakej. Cepat jer email aku tu dibalas.. dah puas hati terus aku boking online.. then print slip pengesahan dan nombor boking...selesai

cilok dari http://www.bluewavehotels.com
Tak ingat nak amik gambar kat lobinya yang cantik tu sebab sibuk dok jaga anak-anak aku yang nak terjun dalam kolam kat lobi tu...abis basah baju dok main air kolam
urusan check in cepat jugak walaupun ada 2, 3 group yang nak check in skali
Ini di bilik aku...dah berselerak dengan anak-anak aku. aku amik extra bed sebab aku duduk sebilik ngan mak abah aku... 1 bilik lagi untuk FIL & MIL kat sebelah. Bilik FIL & MIL lagi cantik dari bilik aku sebab depa punya bilik yang promosi anniversary tu.
Pemandangan dari tingkap bilik aku...malam lagi cantik

Ada freezer tapi kosong.. seb baik kosong kalau ada air segala bagai mau nya anak aku kerjakan pastu koyak walet aku nak membayar. sebelah tu ada mini pantry
Ni dalam almarinya...siap ada peti besi, korang yang bawak duit beribu riban or barang berharga bleh la simpan kat situ pastu jangan lupa nak amik balik plak. aku tak guna la sebab duit pun tak penuh wallet.
Hair dryer pun ada jugak kat meja solek.

Bilik air memang selesa sangat... luas. Ada bath tab,sempat la anak-anak aku berendam kat situ
Semua kelengkapan ada....dari sabun, shower gel sampai la ke shaver, berus dan ubat gigi.
Nampak tak fon kat tepi tu?

Lif untuk ke bilik pun banyak so tak menunggu lama la nak naik or turun tu... kuar lif tingkat 5 yang aku duduk tu ada ruang rileks cam nureen tu. Kat sebelah tu pulak ada bilik khas untuk iron baju.. ada 6 iron sekali iron board tapi aku malas la kuar bilik p iron kat situ...pakai je baju yang dah siap iron kat umah... kedut skit jer...tak nampak sangat.
Floor yang aku duduk tu no smoking punya floor.... aku terlupa nak tik masa boking ari tu nak floor yang bleh smoking sebab abah aku dan FIL smoking. Nasib baik tingkap bilik bleh dibuka.. dapat la depa lepas gian skit-skit...
Kalu korang p ngan kawan-kawan pompuan jer bleh la amik floor khas untuk pompuan jer..
Parking di basement free.. bila nak kuar parking just tunjuk kad bilik korang.
Menu breakfast pun banyak dan sedap-sedap..tapi pagi tu aku makan cococrunch je, tak de selera la. Seawal pukul 6 pagi semua dah siap dah... lepas makan ni lah aku tertinggal beg susu anak kat cafe, nasib baik staff kat situ simpankan...kalau tak aku kena beli susu dan botol baru la jawabnya.

Grand BlueWave Shah Alam

Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : (603) 5511 8811
Fax : (603) 5511 8899
Toll Free No : 1800 - 38 - 1388 (within Malaysia only)
E-mail : info@bluewavehotels.com

Ataupun jenguk-jenguk dulu di
http://www.bluewavehotels.com/

Selamat sudah

As salam

Malasnya nak menaip disini... tapi nak juga tempekan sikit kenangan pahit manis perjalanan aku menghantar hubby... Hari rabu bertolak dari alor setar dan FIL & MIL join kami di hentian bukit gantang... terus ke shah alam, sampai di Grand Blue Wave pkul 2 tunggu jap sebab bilik belum siap... hubby masih di TUDM subang untuk raptai kawad majlis esok hari..
TQ to wayway (papago) yang memastikan aku tak sesat sepanjang perjalan kami. Dah masuk bilik rehat2 kan diri... tapi aku still dok sms hubby bila dia nak sampai kat hotel, aku saja amik hotel yang sama ngan hubby n geng akan menginap. Senang skit nak jumpa kan... Malam tu kuar makan area shah alam...berpusing-pusing jugak la mencari kedai makan yang nampak sedap di mata tapi nasib kami tak baik sebab kedai yang dipilih memang sedap dimata tapi tak sedap di tekak....
Balik hotel...aku tinggalkan anak-anak ngan mak pastu kuar jalan2 pusing2 shah alam ngan hubby.... feel cam time zaman bercintan cintun...best!
Esoknya hubby & geng pkul 5 pagi dah bertolak.. aku plak pkul 6.30 pagi terus check out terus ke TUDM Subang. Sampai sana tunggu PAT untuk amik hormat... ada sedikit perbarisan.. aku ada amik video tapi nureen dah terdelete masa dia main ngan henpon aku... sayang sungguh.
Abis tu semua kena p ke balai berlepas.. time tu baru aku perasan beg susu anak tertnggal di cafe hotel time breakfast tadi, terus aku tekan minyak blik ke hotel.. nasib baik ada lagi. Pastu pusing ke TUDM subang balik.. parking full plak so kena la jalan kaki jauh jugak nak sampai ke balai berlepas tu... Orang ramainya dengan panas lagi.. memang mencabar mental dan fizikal betul tambah plak ngan anak-nak kecik ni.
kejap ja aku dapat jumpa ngan hubby... tak sembang banyak pun, masing2 cam tak tau nak cakap apa. Hubby cuma layan nureen main kat padang tu...
Lepas hubby check in dalam pkul 10.30pagi...semua family hanya bleh masuk ke balai berlepas kul 12 tghari untuk last jumpa. Lamanya aku rasa nak tunggu pukul 12 tu... nureen dah merengek ngantuk. Nak masuk ke balai tu plak punyalah ramai orang rasa cam nak merusuh je... pintu tu kecik semua pakat tolak2...dah dapat masuk tu, tunggu lagi kat dalam tu.. panas tak tau nak cakap la.... nureen plak tak nak turun bawah asyik berdukung ja rasa nak patah pinggang aku. Hampir 1 jam jugak tunggu kat dalam tu.. last aku dah mengalah dah...sian tengok nureen dah lembik sebab lapar (susu ja mana kenyang) dan ngatuk, aku tinggalkan naufal ngan FIL & MIL kat situ terus aku bawak nureen kuar ke keta kasi makan.
Dalam masa aku kuar tu lah hubby turun jumpa ngan family... aku masuk ke balai tu tapi cari tak jumpa, nak call hubby betery henfon dah kong...mmg aku tak dapat jumpa hubby. MIL & FIL dan naufal ja dapat peluk hubby. Tak pa la... aku redha je lah.. tapi memang rasa ralat sangat time tu..
Sepanjang drive blik dari KL ke alor setar hati aku tak tenang asyik ingatkan hal tadi....kejap-kejap aku nangis nasib ada mak aku tolong sabarkan
Pkul 10.40 malam aku dapat sms dari hubby bagitau dia dah sampai di beirut dan dia pun tak senang hati sebab tak dapat jumpa aku.. Tak pa la, nak buat cam na kan benda dah jadi mungkin ada sebab jadi cam tu.
Hubby belum ada line intenet so buat masa sekarang belum boleh ber chat or skype lagi... harap sms je lah tu pun setiap sms hubby pada aku caj rm2 per sms.. kredit hubby dah abis tapi tak bleh plak aku nak tlong top up dari sini.. tadi ada bagi no top up kat hubby... sehingg sekarang belum ada balas darinya. entah tak bleh jugak nak top up..
Pagi on da way blik ke kuala kedah... tayar keta plak buat hal, entah kena apa pun tak tau tayar blakang bocor can kena toreh ngan pisau je.. memang kena tukar luar dalam le tayarnya. asalnya aku memang niat nak tukar tayar tu bulan depan sebab dah haus tapi dah jadik cam ni terpaksa la tukar lebih awai... 2 biji je dulu nanti gaji plak lagi 2 biji....terbang lagi $$$$

Inilah pahit manis perjalanan aku kali ni, manisnya skit je tapi pahitnya banyaaaakkkkk....


Tuesday, July 19, 2011

Terima kad ucapan Tahniah (aku sedih)

As salam

 Baru terima kad ni ari ahad lepas
Tak tau dalam hati ni rasa gembira ke sedih
Mungkin gembira sebab impian hubby tercapai jugak akhirnya
Sedih sebab akan menjalani kehidupan PJJ selama 1 tahun

Kad tu tujuan bagitau pada waris anggota yang terlibat kat mana nak contact kalau ada apa-apa hal penting yang kita nak tau atau nak bagitau.  Maklumat tu memang penting sangat, sebelum ni aku tak terpikir plak nak tanya hubby tentang benda ni. Dok ingat nanti aku bleh sentisa berhubung ngan skype, fb atau email.... tak fikir ada kemungkinan kami akan terputus hubungan dan masa tu plak ada benda penting yang perlu bagitau.

Esok bertolak ke alor star, rabu ke KL....khamis ke tudm subang...sabtu blik langkawi... harap perjalanan kami sekeluarga selamat pergi selamat balik dan tak sesat di KL nanti.

*Nak beli GPS*


Monday, July 18, 2011

Dah ada pengganti


As salam

Masih dalam mood berkemas -kemas nak p KL ari rabu ni.
Tak dak apa nak crita just kasi blog ni hidup aku post la gambo flash drive baru ni menggantikan pen drive aku yang dah mampus dijangkiti virus. Sayang gila aku kat pen drive yang dah mampos tu.... hubby kasi tu dan segala bagai mak nenenk ada dalam tu....  la ni ada file yg bleh buka ada yang tak bleh. Tapi aku tak berani cocok kat mana2 komputer sebab takut virus tu merebak.

Murah-murah ja ni..... rm28 jer (langkawi la, kat temapt korang lagi murah kot)
La ni dah murah kan? dulu segala benda komputer ni mahai belaka.

Sunday, July 17, 2011

Burung marah lagi

 A salam

Lagi update pasai angry bird a.k.a burung marah ni.... hubby pun dah mula syok main lastik2 vavi ijau ni jugak la... petang tadi hubby on da way dari lumut ke kuantan. Pastu dia sms aku 
Ayg, abg ada game baru best untuk ayg ngan naufal
Kat mana ni? (heran jgak laki aku ni ada kat mana bleh dok main game)
Dalam bas kat temerloh
Game apa?
Angry bird dalam  bahasa melayu burung marah

Cer tengok.... panyakit burung marah ni dah berjangkit kat hubby walaupun dia dok jauh. Tak tau la kat mana dia dapat tapi dia dok main game tu kat lappy dalam bas..... boleh gitu?

Dalam 2 jam lepas tu hubby sms lagi bagitau dia dah level 21..... ye lah tu, entah betul entah tidak.....
aku cakap aku baru level 3


Saturday, July 16, 2011

Burung Marah (angry bird)

As salam
Aku tertinggal lrt nih.....sana sini orang dok  main angry bird. Aku tau jugak angry bird ni sejenis game tapi tak tau sebest mana game ni sehingga lah aku try sendiri malam ni. Huh! best jugak... game ni pun simple jerk tapi bila main lama-lama jadik geram plak.... pastu ketagih nak bunuh semua vavi ijau jahat tu.
Memula aku tak amik tau sangat pasai ni tapi bila baca entry CIK GELI terus rasa nak coba. Kuat sungguh aura CIK GELI nih.... 

 Ini lah ropa burung merah yang dok marah kat vavi ijau tu.Burung ni marah sebab vavi ijau tu amik telor depa so bermulalah misi membunuh vavi ijou dengan melastikan diri depa sendiri sampai kena vavi ijau. Korang cuba try main la baru paham.... senang jerk... ni ikut aku la yg baru mula main jap tadi baru level 1 hahahaha.. nanti naik lagik level2 atas lagik susah la kot.

 Tahap kepopularan angry bird ni memang dah sampai ke alam nyata dah ni.... patut la aku ada nampak kat Fb orang jual t-shirt angry bird. Bukan takat t-shirt ja, macam-amacm lagi ada... tapi yang comel patung cam atas tu hah... nak carik 1 la letak lam keta...gantikan stich yang dah buruk tu

 Angry bird pun aku main tak abis level 1 pun lagi.... dah ada pulak angry bird Rio plak dah.
Nampak gaya cam lebih kurang je game nya tapi tak tau la sebab aku tak tengok lagi ropa game rio ni lagi.
Angry bird ni korang leh main online ataupun off line.
Ini yang aku dapat di komen kat blog CIK GELI jugak
Ada macam-macam cara leh main game ni, salah satunya korang main online disini 
http://chrome.angrybirds.com (guna mozilla atau google crom)
pastu kat belah bawah kanan tu korang leh download untuk main cara offline (aku malas nak print screen)

Ada ke yang nak buat baju raya cam gini tahun ni?

* kalau sapa-sapa ada cara len untuk main game ni bleh share kat komen box yer*


Friday, July 15, 2011

Packing time!

As salam

Hubby dah pun selamat sampai kuantan dah, aku baru nak update crita ni. Bukan ada apa pun tapi nak jugak tempek kat sini....hehehe
Hampir 2 minggu lebih hubby cuti so dah sampai masa kena bersiap-siap segala bagai barang nak bawak ke bumi lebanon nanti. Time balik sini ari tu hubby dah bawak balik 3 biji beg dah tapi tak berapa nak penuh lagi pastu tambah lagi barang dari sini makan full la 3 biji beg tu. Banyak benda kena beli nak buat stok takut kat sana nanti tak dak plak, kebanyakan barangan peribadi la cam minyak rambut, deodorant dan yang seangkatan denganya... bukan apa takut kat sana tak dak plak jual jenama yang hubby guna la ni.


Orang sibuk berkemas, budak kecik ni pun sibuk sama dok memunggah.
90% pakaian adalah uniform yang macam aku crita ni selebihnya yang biasa, tu pun aku suh hubby bawak banyak tapi dia tak mau...katanya kat sana banyak pakai uniform ja.... entah la, betul ke tidak.

Kebanyakan barang ATM kasi just tambah skit-skit jer...
Ini pun dapat jugak
Selipar cap Bata
Lotion bandan cap vaselin
Lip's balm cap apa tah aku dah lupa (penting ni sbb hubby selalu bibir kering)
Cawan pinggan cam masa rekrut tu pun ada.....yang kaler hijau tu.

Tapi yang paling nureen suka skali benda alah ni

Topi untuk musim sejuk kot.... aku pun tak tau.
Al maklum lah aku mana penah pi obersea yang 4 musim tu.... takat p siam ada la skali.

Gedebuk-gedebak maka siaplah 3 biji beg hampir penuh... tu pun simpan space untuk barang yang ada lagi di kuantan. 1 beg besar panjang berat nak mampus (ATM punya)... 1 beg sumbangan MAS untk hand carry.... 1 beg troli saiz sederhana sendiri punya.... tambah 1 beg lappy
hah! amik ko, gini la rupanya masa aku p hantar di jeti ari ahad lepas

Semua wajib warna hitam.... kalau nak tambah beg sendiri pun kena warna hitam jugak warna len tak bleh...hubby la cakap gitu, jangan tanya aku pasai pa...... tinggai lagi seminggu hubby akan meninggalkan bumi Malaysia... aku harap semuanya di permudahkan nanti.
Sorry... gambar tak ok sbb pakai hp jer... kamera hubby dah bawa p sana.

* Ada something hubby tak bagitau aku tentang kursusnya di Kuantan, bila aku tanya baru hubby buka cerita...... nanti aku crita skit kat korang yer....*


Related Posts with Thumbnails