Wednesday, February 9, 2011

Jawapan kenapa gadis Africa berbogel di KL


Ini jawapan or sambungan dari insiden yang ct cerita semalam DISINI





KUALA LUMPUR: Tindakan seorang wanita warga Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan raya di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental secara semula jadi, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut.


Sumber polis berkata, perkara itu terbongkar selepas hospital membuat imbasan X-ray pada bahagian perut wanita terbabit yang kelihatan agak buncit
“Besar kemungkinan satu daripada bungkusan dadah berkenaan terpecah atau bocor di dalam perut wanita itu menyebabkan dia menjadi tidak siuman dan hilang kawalan diri,” katanya.
Menurutnya, sehingga semalam, wanita terbabit yang dirujuk ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) bagaimanapun masih dalam keadaan tidak siuman dan gagal memberi kerjasama ketika keterangannya hendak diambil.

“Setakat ini, hospital memberikan ubat khas bagi membolehkan suspek mengeluarkan bungkusan dadah itu daripada perutnya. Proses mengeluarkan dadah berkenaan masih dilakukan sehingga petang ini (semalam) dan jumlah sebenar dadah dalam perut wanita terbabit juga tidak diketahui,” katanya.


Difahamkan, sehingga petang semalam, lebih 10 bungkusan plastik kecil dadah dikeluarkan dan bakal dihantar ke Jabatan Kimia bagi menentukan jenis dadah berkenaan dan beratnya.

Note:  Nasib baik tak mati... Kalu byk yg pecah boleh mati tu.
SUMBER: SINI
 

3 comments:

  1. org afrika ni tak abis ngan kes dadah kan .. dulu jantan dok guna org mesia jgn org tgh ...skrg org die plak ..
    jahat sungguh ... haramkan ej diorg masuk sini buat onar

    ReplyDelete
  2. ahahaha... funny.. trick x menjadi...

    ReplyDelete
  3. lerh...
    apo nak jadi...
    lempang kang orang tu ;p

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails