Monday, February 14, 2011

Temuduga Terbuka Penolong Pegawai Tadbir N27 di PTPTN



Sukacita dimaklumkan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), mempelawa permohonan daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27 lantikan sambilan yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut :

BIL TARIKH / HARI WAKTU TEMUDUGA TEMPAT TEMUDUGA

 14 Februari 2011
16 Februari 2011 Sesi I
17 Februari 2011


Pagi : 8.30 hingga 12.00 tghari

Sesi II
Petang : 2.30 hingga 4.30 petang

Dewan Besar PTPTN,
Tingkat 3A,
Wisma Chase Perdana
http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

Calon adalah diminta untuk membawa bersama borang permohonan yang telah diisi, dokumen sokongan asal dan salinan dokumen sokongan (yang telah disahkan) pada hari temuduga yang ingin dihadiri.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan semua salinan sijil dan dokumen yang telah disahkan hendaklah disusun mengikut susunan berikut :

1) Salinan Kad Pengenalan pemohon

2) Salinan Surat Beranak pemohon

3) Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya

4) Salinan Ijazah berserta transkrip

5) Lain-lain dokumen sokongan

6) Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA (sekiranya pemohon adalah lepasan IPTS)



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails