Wednesday, February 9, 2011

Aku pun nak bercuti jugak


Cuti sekolah bulan 3 ni aku bercadang nak p bercuti bawa anak-anak, dah boring dah dok memerap kat dalam pulau ni. Dulu kalau nak bercuti bleh p bila-bila masa ja tapi la ni kena la time cuti sekolah sebab naufal dah sekolah walaupun hanya Taska tapi sayang jugak nak ponteng. Last aku bawa anak-anak kuar dari pulau ni kalau tak silap cuti raya puasa tahun lepas...balik umah MIL pun time tu jugak. cuti CNY tu pun kami jalan-jalan dalam pulau ni ja... lagipun hubby duty.

So semalam hubby suruh aku buat perancangan untuk bercuti. Yer... nak bercuti kena buat perancangan yang betul-betul tau.. terutama bab bajet. Duduk kat sini sekali nak kuar kos angkut keta ngan angkut tuan keta (kami 1 family) dah RM300 lebih tu baru sampai kuala kedah jer..  Tu pasal kalau dapat kuar sekali sekala kena plan betul-betul.

Tarikh: Cuti sekolah bulan 3 (tak kompon dari bila sampai bila lagi)
Tempat: Semenanjung (Melaka/pantai timur/KL)
Penginapan: hotel murah2 jer...kena survey dah ni

Bab tempat yang nak di tuju tu yang buat aku pening skit ni.. sebab tu aku nak tanya uolls dari 3 tempat yang aku list kat atas tu agak-agak yang mana ok untuk percutian keluarga... maknanya kat situ ada banyak tempat yang menarik untuk anak-anak... tempat si mak nak shoping belakang kira.

Aku minta tolong ni.... Kalau jadik aku p tempat tu, insyaallah aku beli ole-ole untuk uolls


3 comments:

  1. melaka ok kut...kl sesak...bosan weiii

    ReplyDelete
  2. Kalau 3 tempat tu
    Saya rasa paling sesuai utk percutian keluarga melaka lah kot..
    Sana mcm2 ada..
    Ada a famosa waterworld, zoo Melaka, menara taming sari
    Paling bez port ikan bakar kat alai..
    Last year saya g oliday 2 ari je ke Melaka..mmg duduk otel murah2 je..sebab mmg kesana nk jenjalan kat famosa & makan ikan bakar…
    Pastu paling bez kan naik duck tours tu sorang rm38 klw tak salah duck tours tu sebenarnya kenderaan 2 alam heheh klw atas darat dia jadi bas pastu dia bole jadi bot bila masuk dalam air
    Nak tgk entry jalan2 melaka masa cuti raya cina tahun lepas masuk sini
    http://ibudamia.blogspot.com/2010/02/short-trip-to-melaka-15.html

    kalau kt KL ni banyak gak tempat2 menarik..
    klw nak list kat sini smpai esok tak habes hehehe….
    Klw nak tau mana2 tmpt menarik kt KL bole je tanya saya

    ReplyDelete
  3. kalo bercuti biasanya dni ke terengganu.. duk kat sutera beach resort :D

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails