Tuesday, February 8, 2011

Gadis Afrika Berbogel di Kuala LUmpur



KUALA LUMPUR: Orang ramai gempar apabila seorang wanita warga Afrika muncul di khalayak ramai dalam keadaan telanjang bulat sebelum membuat ‘persembahan’ dengan berjoget dan menjerit-jerit di bahu jalan berhampiran persimpangan Taman Cheras menuju Lebuhraya Lingkaran Tengah II di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, wanita berusia 20-an terbabit seolah-olah sengaja menarik perhatian orang ramai apabila enggan memakai semula baju walaupun dipujuk anggota polis dan orang ramai.

Saksi kejadian, Mohd Ghani Mohd Ismail, 29, berkata, dia yang menunggang motosikal terkejut apabila melihat seorang wanita melompat-lompat dalam keadaan bogel di bahu jalan.

Menurutnya, perlakuan aneh itu menyebabkan pengguna jalan raya memperlahankan pemanduan bagi melihat ‘tayangan percuma’ berkenaan yang turut menarik perhatian pelanggan bank serta pengunjung restoran berhampiran lokasi kejadian.

“Dua anggota polis lelaki yang menyedari perbuatan wanita itu cuba memujuknya bertenang dan memakai pakaiannya semula,” katanya

Menurutnya, anggota polis berkenaan yang mungkin serba salah untuk menyentuh wanita terbabit berulang kali menghulurkan pakaian, namun ditepis wanita itu.

“Wanita terbabit yang seolah-olah dirasuk menjerit-jerit dalam bahasa tidak difahami sebelum baring di atas jalan raya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurutnya, wanita terbabit yang berpura-pura pengsan bagaimanapun bangun beberapa minit kemudian sebelum berlari di sekitar kawasan itu dalam keadaan telanjang.

Namun, drama mencolok mata itu berakhir apabila seorang wanita yang juga pelanggan restoran berkenaan menghampiri wanita terbabit sebelum mengarahkannya supaya memakai semula pakaiannya.
Agak mengejutkan apabila wanita berkenaan akur arahan itu.
“Wanita itu dibawa ke dalam kereta peronda polis sebelum dipercayai dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti kebangsaan Malaysia (PPHUKM) untuk pemeriksaan kesihatan,”

note: gila ke apa ni???

sumber: sini

7 comments:

  1. Macam2.. dia warga luar leh wat sesuka kat negara kita ke?? Ntahler..

    ReplyDelete
  2. Aihh.. macam2 na.. isk3x.

    ReplyDelete
  3. hayyo...
    tp ok le tu, leh tgk free show..
    tp africa, huhuhuh.. :P

    ReplyDelete
  4. memang tu ke gambo orang afrika tu?

    ReplyDelete
  5. @*Miss Geli^
    tak pasti la akak... ni ct amik dari blog meja bulat..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails