Tuesday, February 22, 2011

Bye Bye WPW 219


Dari semalam nak crita pasai ni tapi terlupa plak.
Hari ahad lepas, si merah dah bertukar hak milik... selepas hampir 4 tahun menjadi kuda tunggangan aku sekeluarga. Walaupun aku ni jarang sangat join hubby ngan anak-anak tunggang si merah tapi terasa sedih jugak la. Dulu masa dok KL si merah lah yang bawa aku ngan hubby pergi balik keja, bila dok di langkawi ni kurang skit sebab opis jauh then nak hantar anak-anak p umah pengasuh pagi-pagi yang sejuk so aku lebih pada si hitam la tapi si merah tetap banyak berjasa jugak.

Selalunya petang-petang lepas balik keja  hubby akan bawa nak-anak p jalan-jalan ngan si merah. bila si merah tak dak so berakhirlah aktiviti tersebut.Nureen memang suka sangat jalan-jalan ngan si merah.. sampai semalam dia tengok Roda-roda KL tu pun dok tunjuk motor polis tu.

Hubby pun cam rasa silap skit sebab cepat sangat jual si merah untuk beri laluan pada new baby. New baby tu pulak mungkin amik masa 2,3 minggu lagi untuk jadik hak milik. Semalam, balik keja lalu kat kedai yang hubby jual si merah..aku buat tak tau jer tp aku perasan gak hubby dok tengok-tengok kedai tu cari si merah.Nak buat cam na, dah terlepas.
Minggu ni kalau hubby ada sukan luar pangkalan maknanya aku la yang kena hantar....

Dah godek-godek cari gambar si merah tapi tak dak.. baru aku perasan rupanya selama ni tak penah aku amik gambar si merah. So aku letak gambar ni je lah


*siapa lah tuan baru si merah*

1 comment:

  1. sayangnya...msti rindu dengan si merah kan? saya tengah nak cari si hijau...hehehh...



    New Entry: <a href='http://dihaz17-foryou.blogspot.com/2011/02/keputusan-spm-2010.html">Keputusan SPM 2010</a>

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails