Friday, January 14, 2011

Pangilan yang aku tak suka

SALAM

Semenjak dua menjak ni, aku selalu terima call dari tah apa-apa syarikat isurans la.. travel agen la.. macam-macam lagi dah tak tau nak sebut aku. Semua ni dok berkempen suh join jadik ahli depa... ada itu ini, dapat itu ini free, mudah semua urusan sebab depa yang uruskan, dapat diskaun kat semua hotel di malaysia, dapat p umrah murah la. Tah macam-macam benda depa dok cakap... bila aku kata aku sibuk leh pulak tanya bila masa aku tak sibuk depa nak call balik.

Katanya aku ni antara yang terpilih ja sebab bukan semua orang dapat offer cam ni. Tipu la weh... ada lagi 2,3 member aku dapat call yang sama. Mula lah dok cerita segala bagai... mula-mula cakap semua freeeeeee.....dengar free aku teruja jap pastu last-last bleh plak cakap
"sebagai permulaan akak kena bayar RM 5XX untuk sekali seumur hidup"
Hey! apa ni? tadi kata semua free... ni kena bayar plak.
Dah murah ni kak...harga sebenarnya RM 2K ni..

Bila aku cakap tak berminat dia dok kata aku rugi lah... macam-macam lagi.
Tak faham bahasa ke apa? aku cakap tak mau, tak mau la...

Korang pernah tak dapat call cam ni? terutama dari New venus (celebrity card)

Betul ke depa dapat no fon kita dari bank atau kredit kad?



2 comments:

  1. selalu jugak terima panggilan...kekadang daripada bank pun ade nak promote memacam produk....menci....

    ReplyDelete
  2. tipu.....Pasal celebrity card: 3 tahun lepas, bila diminta utk masuk member diaorg kata bayar satu kali utk seumur hidup. Thn lps, saya terima panggilan buat bayaran utk renew insuran. saya pula kata nak cancel member. Dia cakap :"kena renew insuran utk thn ini dulu, thn depan baru blh batal scr automatik. " saya pun buatlah bayaran utk renew insuran. Masa itu saya tdk fikir byk-byk. tak fikir sebenarnya saya sudah kena tipu. Sampai thn ini, bila saya terima panggilan utk renew insuran sekali lagi, saya dapati saya telah tertipu. Saya beritahu org yg fon saya bhw panggilah thn lepas mengatakan bhw membership blh dibatalkan scr automatik, dia pula cakap saya kena renew insuran utk 2 tahun baru blh batal. Saya percaya, jika saya renew utk thn ini, tahun depan dia akan buat panggilan dan cakap perkara yang saya pd saya. Saya tidak peduli dia, lagipun saya sudah tukar kad kredit saya.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails