Semua orang dok bercerita pasai first day hantaq anak p sekolah, dari yang masuk taska sampai la yang sekolah menengah. Tu tak kira lagi yang dok belajaq kat kolej yang jugak mula masuk sem baru macam adik aku, KOMI. Yang dah abih SPM 2010 pun ada dah kena melapor diri tapi bukan sambung belajaq la... PLKN. Kat opis aku ni pun kemarin ramai yang masuk lambat termasuk aku dan ramai juga yang amik cuti.
Pihak taska ada call hubby habaq suruh p daftar anak pada 31-12-2010. Tup-tup ari tu, aku p nak daftar tak dak orang pun kat taska tu, aku cuma ada no fon taska so no point la kalau aku call pun sebab sah-sah tak dak sapa, pagar semua berkunci. Dalam hati "esok kot mula daftar sebab 31hb tu cuti menang bola".
Esoknya aku p tak buka jugak... aku p amik no henfon salah sorang cikgu taska tu kat jiran mak aku. Bila aku call, cikgu tu bagitau daftarnya pada 30-12-2010. Aiiiii..... hubby silap dengar atau depa silap bagitau? Tak pa la, dia suruh p daftar ari isnin then terus masuk belajar.
Aku tak beli apa pun lagi untuk naufal sebab ingatkan lepas daftar baru nak p beli sebab aku tak tau apa yang taska sediakan apa yang tak. jadinya malam tu p la beli yang asas ja.. beg sekolah, pensil warna dan skit alat tulis. Tak tau plak alat tulis la ni mahai dah.. maklumla dah lama tak beli, dekat 10 tahun gak la tinggai alam sekolah ni pastu masuk keja pun semua pakai yang opis punya kalau beli pun pen sebatang dua ja.
Ari isnin p daftar terus tinggai naufal kat sekolah. Rupa-rupanya bukan aku sorang ja yang salah tarikh daftar, ada 3,4 lagi yang jadi sama cam aku. Sah! depa yang bagi silap tarikh.
Syed Naufal Haziq bin Syed saiful azly
1-3-2011 cukup 5 tahun
Berat jangan tanya... yang pasti patah pinggang kalau nak angkat.
xcited nih... esok dah nak p taska
beg thomas baru, kaler luna baru,pencil box power rangers baru & buku warna baru
Cantik tak?
hehehe... budak lelaki ni, tangan keras skit nak mewarna.
macho nye
ReplyDeleteselamat pergi ke sekolah dn selamat tahun baru..
ReplyDelete