Tuesday, January 11, 2011

Pisang & Pasar

SALAM

Apa persamaan Pisang dengan pasar? selain dari ejaan bermula dengan huruf "P"
Beli pisang dipasar? Di pasar ada jual Pisang?
(apa aku merepek ni)

Ok...ok... ni nak crita dah ni....
Ari jumaat lepas aku cuti so kena la merajinkan diri memasak, pagi-pagi dah siap kuar terus p pasar. Kat sini depa panggil pasar tu "merekit" Market la tu.... slang kedah
Selalunya aku sorang yang p meborong, hubby tunggu lam kreta ngan anak-anak tapi ari tu dengan sekoyong-koyong hubby pun turun jugak. Leceh skit bawa anak ni, dah la lorong-lorong pasar tu sempit ja..
Kalau ada ramai yang berenti dok pilih ikan mau trafic jem kat lorong tu.. ni sebab orang jual ikan tu letak meja kat kawasan oarang lalu lalang. Alamatnya ada la adegan begesel-gesel bontot, bahu, perut dan yang seangkatan denganya...

dah sempit gitu, orang pulak ramai nak mampus (jumaat kedah kan cuti) aku ngan hubby terpisah (kat pasar tu la) Malas la nak cari, aku pun sambung la sesi memborong. Naufal dengan aku, nureen ngan hubby.
Dah siap beli itu ini sampai kat kedai sayur baru aku jumpa ngan hubby...

Dia beli

Jantung pisang

&

Pisang emas

Aku: pasai pa beli ni???
Hubby: Ai... tak kan tak boleh? Jantung pisang nak buat ulam...pisang ni nak buat cokodak makan petang
Aku: bukan tak bleh beli tapi masalahnya ayang pun dah beli jantung pisang ngan pisang jugak
Hubby: Masalah apanya? dah beli, balik masak pastu makan la...

Jadinya 2 hari makan nasi berulamkan jantung pisang dan 2 petang minum petang bersama cokodok pisang.
Naufal kalau buat pengat ke hapa dia tak makan, cokodok pisang jugak yang dia nak.
Ada lagi pisang tu 4,5 biji dok tergantung kat dapur aku.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails