Saturday, January 1, 2011

Cabai Taucu


Pegi je pasar jumpa cabai @ cili besaq hijau yang nempak fresh sangat terus dalam kepala aku terbayang cabai taucu yang tok aku buat. Perghhh... sedapnya kalo makan dengan nasi panas-panas, tak dak lauk lain pun tak pa.... mau bertambah aku makan.

Aku pun beli cabai tu, taucu dah ada kat umah... balik masak cabai taucu

hasilnya

Buat skit ja sebab hubby tak makan, aku sorang yang balun sampai licin. Masa aku sekolah rendah dulu tok (nenek@ opah) aku selalu buat ni, yang dia buat of coz la 20x sedap dari yang aku buat. Air tangan orang tua-tua memang susah nak lawan...Aku belajar buat ni pun dari dia jugak, walaupun tak sesedap yang tok aku buat tapi boleh tahan la jugak hasil air tangan aku.

Cabai taucu ni dulu family selalu makan time hujan berhari-hari tak leh kuar p beli ikan kat kedai. Dulu mana ada keta, motor cabuk ja pastu umah plak jauh dari kedai. Kampung mana ada pasar kalau dapat p kedai pun belum tentu ada ikan sebab kampung tok aku ni perkampungan nelayan, hujan ribut orang tak p kelaut.
Kat belakang umah banyak tanam pokok cabai....so inilah hasilnya untuk santapan kami sefamily ditambah pulak dengan beberapa lagi resepi simple orang kampung.

Yang bestnya cabai taucu ni tahan berhari-hari cuma perlu panaskan balik jer dan semakin lama ia akan jadi semakin sedap.

note: aku dah buat blogslist resepi yang sedap-sedap kat sidebar belah kanan.  Cuba la korang terjah, tak rugi!


3 comments:

  1. first dgr masakan cabai tauchu

    ReplyDelete
  2. nmpak sedap tp tu lah, aku xmkn taucuuu... hehehe.

    ReplyDelete
  3. ct, try letak timun... memang sedap!!! dah lama tak makan nie..hehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails