KAJANG: Keseronokan seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di sini, berakhir tragedi apabila dia ditemui terbaring selepas dihempap seketul batu besar, pagi semalam.
Difahamkan, mangsa mendaki bukit itu bersama 15 rakan lain kira-kira jam 5 pagi sebelum ditimpa kemalangan itu ketika mahu turun dari bukit berkenaan.Mangsa, Norhanani Shahimi, 23, menderita kesakitan hampir dua jam selepas batu besar jatuh secara tiba-tiba di atas belakangnya.
Bapa mangsa, Shahimi Abdan, 50, berkata, anak sulungnya itu kerap mendaki bukit berkenaan, namun tidak menyangka akan ditimpa malang.
Shahimi berkata, anak perempuannya itu yang sedang mengikuti Pengajian Pengurusan Maklumat kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan susulan.
“Doktor mengesahkan anak saya patah tulang belakang,” katanya.
Ya alllah... patah tulang belakang, bukan main-main tu.. masih muda, cam na dengan masa depan
Selalu kita dengar dan tegok orang mengabadikan kenangan terindah mereka di bukit Broga sebab tempat tu memang cantik.. kalau tak, tak kan angkasawan kita pilih bukit broga jadi tempat photoshot untuk pre-weddingnya
erm..baru nak g broga..
ReplyDeletetime2 ujan camni stop dlu aktiviti mcm ni..
Ya Allah.. kesian nya.. semoga cepat sembuh....
ReplyDeletehaishh , dugaan sungguh . tak sangka . doakan sembuh .
ReplyDeletesemoga dia selamat n x ape2..kan
ReplyDeletetu la sian die 2 jam derita...dh la pmpn......beratnye la dugaan die....doakan die agar Allah meringankan dugaaan die
ReplyDelete