Sunday, June 26, 2011

Update dari Asus

As salam

Tahniah pada semua pemenang Giveaway Naufal N Nureen, ct belum pos lagi hadiah sebab ada lagi seorang pemenang saguhati yang belum bagi detailnya...Kalau tak salah cikedipedas namanya. Dah dapat semua nanti ct akan pos hadiah tu dengan seberapa segera. OK. habis bab Giveaway.

Entry ni hasil dari asus hubby....hehehe. Cam best plak guna Asus ni, lappy ct pun dah bengong dah tu...ada masalah skrin tunggu masa je nak lup je tu. Kalau dia lup, mmg dah dok usha Asus dah ni, dapat netbook pun tak pa dah...kalau boleh kaler pink. Berangan lagi.....

Semalam hubby dah balik sini, bercuti 2 minggu lebih then 12hb julai kena ke kuantan balik pastu 20 terus fly ke bumi lebanon. Ingatkan lepas cuti aku leh terus hantar hubby ke KL untuk fly tapi rupanya ke p kuantan dulu. Aku tak leh la nak amik cuti banyak2 sbb cuti pun dah paras hidung ja ni... mungkin FIL tolong hantar hubby ke kuantan. Aku cuma plan nak hantar hubby di TUDM subang 20hb julai ni. Makanya kena la drive sendiri ke subang. Haduh.... cam na yer.... aku ni mmg leh drive tapi tak biasa drive dalam KL tu, pastu plak aku mmg tak tau jalan ke TUDM subang. Sekarang ni aku harapkan map dari google yanng aku print tu.. Gps nan ado.... ada jugak minta adik aku di KL amik cuti semata-mata nak tunjuk jalan kat aku. Tapi dia pun tak kompom lagi dapat ke tak cuti tu... Aku tawakal je lah redah KL nanti.

Yang penting sekarang ni luangkan masa berharga bersama hubby. Kalu bole hari-ari aku nak berkepit je ngan hubby...hehehehe..tapi mana boleh, aku kena p keja. Naufal ngan nureen pun dah jadik semacam dah, bila tengok hubby pakai baju je depa pun kalut lari masuk bilik amik baju jugak... nak ikut hubby. Dah tak caya dah aku cakap hubby p beli kedai jap..tetap nak ikut jugak dua-dua budak tu. Yang lawaknnya nureen la, pulun carik baju dia yang banyak aku tak lipat dalam raga tu.. amik baju terus je sarung tunggang langgang... tapi mata teatp dok tegok ke abahnya takut abah tinggalkan dia. Nak tak nak hubby terpaksa le bawak jugak.

Kali ni hubby balik lama so nanti depa dua tu mesti ingat hubby dah tak p keja lama dah cam selalu...tapi depa tak tau akan kena tinggal lama nanti. Cam na la nanti di subang, aku rasa bukan anak yg nagis tapi aku. Selama 6 tahun kawen ni cuma sekali je aku ngan hubby PJJ tu pun sebab hubby kena kursus di Lumut 5 bulan tapi 2 minggu sekali hubby akan balik. Tapi kali ni mau makan masa berbulan-bulan baru leh jumpa. 
 Tak pa la, nak buat cam na kan... sapa suh gatai kawen ngan tentera? walau apapun aku tetap bangga dapat kawen ngan tentera dan hubby pulak terpilih untuk sertai misi di luar negara. Sekurang kurangnya ada juga pengalaman bertugas di tempat lain selain dari di Malaysia.

Banyak barang hubby bawak balik... beg besar gedabak aku pun leh muat dalam beg tu. Segala mak nenek ada dalam tu, dari baju seuar, stokin, kasut sampailah ke pinggan cawan dan kiwi kasut.  Lotion vaselin ngan lip balm pun ada jugak, ye lah untuk kegunaan nanti kat sana kan cuaca tak macam kita di malaysia ni, kena dah la tu ngan hubby yang memang kulit tak berapa nak tahan lasak...semua barang ni hubby akan bawa ke sana nanti. Tapi yang penting lappy ngan camera. Lappy untuk berhubung agan aku disini, camera untuk rakam detik-detik manis disana nanti.Harap semua yag manis je lah tak dak yang pahit, masam ke masin.

sapa ada tips atau info jalan mudah dari sungai buluh nak sampai ke blue wave shah alam dan tudm subang?


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails