Friday, June 17, 2011

Perhatian untuk pembaca blog kecik ni

As salam

Kepada semua follower blog ni ct ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi follow blog yang tak seberapa ni. Pada yang follow by networkblog pun terima kasih yer...
Selama lebih kurang 1tahun setengah blog Naufal N Nureen ni ujud dah bayak benda ct tempekkan disini. Tapi ada juga yang tak jadi di tempek  bila fikir-fikir balik lebih baik letak dalam draf je kot supaya tak timbul masalah di kemudian hari. Di sini ct nak bagitau mulai sekarang sehingga penghujung bulan julai tahun hadapan kemungkinan akan ada entry-entry berbau personal yang mungkin tak disukai oleh sesetengah pembaca.

Pendek cerita cam ni lah.... Ct dan hubby akan melalui Perkahwinan@perhubungan jarak jauh (PJJ) mulai penghujung bulan julai ni so blog ni akan digunakan sebagai medium perhubungan antara kami. Tu pun kalau skype tak ok atau kami tak boleh nak live chat.
Ct nak bagitau awal-awal lah takut nanti pembaca blog ni jadi menyampah plak baca entry yang dok cerita pasai life ct dan anak-anak. Ala-ala  laporan untuk hubby mengenai keadaan kami disini.
Tak semua entry cam tu... ct still akan berbloging cam biasa cuma entry sebegitu akan diselit skit-skit.

Bila orang yang penting dalam hidup dan merupakan tempat meluahkan segala benda  tak ada disisi so rasanya kat sinilah tempat untuk ct luahkan
Harap semua pembaca faham situasi ct dan family yer...

*Doakan ct dan anak-anak dapat lalui kehidupan PJJ selama 1 tahun ni dengan sebaiknya*



4 comments:

  1. mudah-mudahan ct dan anak-anak dpt laluinya dgn tabah...Aminn...

    ReplyDelete
  2. PJJ setahun...???byk dugaan tu...mesti rasa lain sgt berjauhan mcm tu....menjaga anak tanpa bantuan suami..semoga dapat menjalani semuanya dgn sabar ye...

    ReplyDelete
  3. @♥SyilaSyira♥ mmg akan rasa lain.. tp anak-anak yg akan jadi penguat semangat.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails