Dua termasuk seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 240.3, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar Tol Pedas-Linggi, arah utara dekat sini, hari ini.
Turut terbunuh bersama Ramlan Pilus, 29, ialah seorang anak perempuan rakannya, Nurul Emi Najwa, 2.
Kejadian pukul 2.45 petang itu berlaku ketika Ramlan dikatakan menumpang MPV Perodua Alza rakannya, Mohd. Latip Ismail, 33, yang juga anggota TLDM bersama isterinya, Rosilawati Majid, 33, dan dua anaknya, Mohd. Isdaniel, 5, dan Nurul.
Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke Lumut, Perak, selepas kedua-duanya selesai menyertai kejohanan hoki di Melaka.
Jurucakap polis berkata, MPV itu terbabas ke tepi lebuh raya sebelum terbalik dan terseret sejauh 70 meter sehingga terhumban ke dalam longkang berhampiran.
"Kemalangan yang dalam perjalanan dari arah selatan menuju ke utara itu gagal dikawal kerana dipercayai dipandu laju menyebabkannya terbabas.
"Dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi penumpang cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk rawatan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abdul Halil Hamzah ketika dihubungi di sini hari ini mengesahkan kejadian itu.
"Polis menyiasat punca kemalangan dan kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke HTJ untuk bedah siasat sebelum diserah kepada ahli keluarga," katanya.
Sumber: SINI
* Al Fatihah....... ni yang buat aku risau bila hubby out station, selagi dia tak sampai selagi tu aku tak senang hati....*
sama lah kita...
ReplyDeleteasek tepon tanya hubby kat mana...
kejap2 tepon...
kejap2 tepon...
takut sebab selalunya hubby tak cukup tdo...
takut hubby tertdo lam keta ja...
@Fadzillah Kamarudin hahaha... tu la pasai....
ReplyDeletekalau hubby tak angkat or balas sms dah macam2 benda dah dok main kat kepala....
hubby kdg2 sampai marah sbb ganggu dia nak drive..hehehe