Tuesday, June 28, 2011

Kerana Ubat Bayi Maut


Gambar dari Google

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki berusia dua bulan maut selepas menerima rawatan lebih empat jam di Hospital Ampang, di sini, kelmarin.

Difahamkan, kanak-kanak terbabit muntah teruk dipercayai kerana diberikan ubat salah oleh ibunya berusia lewat 20-an.
Malah, ketika dihantar ke hospital oleh ibunya, bayi terbabit dilaporkan tidak sedarkan diri.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di sebuah rumah di Taman Halaman, Ampang, di sini, suri rumah terbabit memberikan anak lelakinya itu ubat kerana demam
Menurut sumber, selepas lima minit kemudian, bayi terbabit muntah.

Tersentak dengan keadaan itu, ibunya bergegas membawa mangsa ke hospital. “Pegawai perubatan memberikan bantuan pernafasan kepada bayi terbabit. Selepas rawatan pernafasan, bayi terbabit memuntahkan air dengan jumlah banyak,” katanya.

Sumber berkata, selepas lebih empat jam diberikan rawatan, bayi terbabit meninggal dunia. Difahamkan, bedah siasat pertama sudah siap, namun pihak berkuasa masih menunggu laporan bedah siasat kedua untuk mengklasifikasikan kes berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut sementara menunggu laporan penuh bedah siasat.

* Cam no ni? boleh diketegorikan cuai la kot.... bagi ubat pukul 4 pagi maybe maknya tu pun mata dok pejam lagi time kasi ubat kat anak*


6 comments:

  1. Ya Allah...cian nyer...=(

    ReplyDelete
  2. ala cian baby tu kan...

    ReplyDelete
  3. uik cam ne tu ...
    mungkin dah ajal tak leh nk salahkan mak die ...
    klu tak bg ubat cam ne plak ngan anak yg demam...

    ReplyDelete
  4. @Miss Sukasih cian mmg la tapi dah ajal nak buat cam na kan...

    ReplyDelete
  5. @ita btul tu... kita dpt sedekah alfatihah jer...

    ReplyDelete
  6. @eima tu la eima, x tau la cam na cara dia bagi ubat ataupun dalam mamai bagun tido tu tersalah bagi ubat org dewasa ke, slah dos ke.. mintak2 benda gini dijauhkan dari kita

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails