Thursday, June 2, 2011

Pertandingan Catur untuk Golongan Buta



BANDAR SERI BEGAWAN - Ahli Persatuan Orang-orang Buta Kebangsaan Brunei Darussalam diberi peluang menyertai pertandingan catur "Seeing is Believing" oleh Bank Standard Chartered Brunei.

Pertandingan yang dianjurkan bersama Persatuan Catur Brunei (BDNAB) dan Unit Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan itu berlangsung di tingkat empat Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di sini, hari ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SCB Lai Pei Si, tujuan penganjuran pertandingan catur itu adalah sebagai salah satu program yang memberi sokongan dan peluang kepada ahli BDNAB untuk meraih kejayaan dalam hidup mereka tanpa batasan.

Program Seeing is Believing selama ini telah menjayakan beberapa aktiviti amal bagi memberi sokongan kepada masyarakat, terutamanya ahli BDNAB dengan memberi kemudahan dan sokongan bagi meningkatkan pembelajaran mereka di dalam atau di luar sekolah.

Tambahnya lagi walaupun mereka cacat penglihatan mereka telah menunjukkan semangat yang cukup luar biasa dan berpotensi untuk mencapai kejayaan dengan berpandukan sokongan dan bantuan yang diberikan oleh masyarakat.

Pertandingan itu turut dihadiri Presiden BDNAB Jemary Danggat, Naib Presiden Catur Kebangsaan Brunei Pengiran Abdul Rahman, jurulatih Grand Master Kebangsaan Tair Vahidov, kakitangan BDNAB dan beberapa orang pelajar dari Sekolah Menengah SOAS.

Empat kumpulan yang terdiri daripada seorang ahli BDNAB menyertai pertandingan itu. Pemenang pertandingan membawa pulang hadiah menarik sumbangan oleh SCB, Brunei Darussalam.
 
* Aku yang celik ni pun tak pandai main catur, kalau dam aji tu boleh la jugak

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails