Friday, March 25, 2011

Kembali Bersiaran dari Kepulauan Di utara

Fuh! Fuh! Fuh! Dah berhabuk umah aku ni, hampir 2 minggu umah kecik ni tak berupdate sebab tuan umah bercuti then naik kerja terus kena p kursus pulak. Ada beberapa benda nak crita kat sini...


Cuti sekolah seinggu, aku pun cuti jugak tapi tak p mana-mana pun. Aku cuti sebab pengasuh nak cuti balik kampung ada kenduri katanya tapi hubby tak boleh cuti plak. So, sepanjang cuti seminggu tu aku jadik suri rumah sepenuh masa la jawabnya. Kejanya... masak, kemas umah skit2, basuh segala yg kena basuh, urus 2 budak tu...pastu layan astro. Hubby ada suruh aku p bawa anak jalan2 tapi aku ni memang malas sangat nak berjalan kalau tak cukup korum. Tambah pulak nureen bukan mau dok diam dalam keta tu, kejap depan..kejap belakang...buat keta cam umah. Nasib la keta auto kalau manual mamang tak menang tangan aku dibuatnya.
Letak dalam baby car seat?
Jangan harap la dia mau dok dalam tu.. Beratus hengget aku beli guan takat 3,4 bulan ja. Bila dah bleh meniarap dah tak mau dok dlm tu dah..Nak beralih meniarap tak bleh so melalak la jawabnya... bila bagi duduk pun melalak jugak. Last benda alah tu dok diam-diam dalam stor..tunggu next baby hehehe

Semalam baru abis kursus keluarga cemerlang.... Cemerlang ke???
Ari ni baru leh ngadap blog skit tu pun lepas habiskan keja lain dulu...petang ni plak aku kena hadiri aktiviti BAKAT (badan kebajikan isteri tentera) alah... cam BAKTI, PERKEP. Dengarnya ada kelas masakan western....hahaha, pasni aku bagi resepi yer..tu pun kalau sedap

* Peserta Giveaway pun aku tak sempat nak jenguk lagi*


3 comments:

  1. saya pun baru sempat nak blogwalking hari ni...




    New Entry: Heel: Harus aku cerewet

    ReplyDelete
  2. same macam anak saye..bukan boleh dok diam dalam car seat..kejap² ke belakang, kejap² ke depan balik..jatuh tergoleh dah bape kali dah tu..

    ReplyDelete
  3. btw, botol NUK tu BPA-free..saya pon sebenarnye tatau nak tgok kalau takde tulis label..so beli berpandukan label pada kotak atau botol..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails