Monday, March 14, 2011

Syyyyy….ni rahsia tau!

Kalau dah tempek kat sini bukan rahsia lagi la namanya Tapi korang nak tau ke 25 benda yang aku tak penah bagitau kat korang sebelum ni.
Kalau nak tau sila baca sampai abis…


1- Cita-cita aku dulu ( masa sekolah rendah) nak jadik pramugari..hahahaha dah tau tak cukup inci, muka pun tak cun ada ati nak jadi pramugari. Tapi sekarang aku happy dengan kerjaya aku walaupun cita-cita tu tak kesampaian

2-Sepanjang hidup aku yang nak masuk 30thn… seingat aku, dah 16 kali aku berpindah rumah. 10 kali semasa duduk ngan family..2 kali masa aku keja di kl (bujang) dan 4 kali sepanjang aku berkahwin. Kemungkinan besar aku akan terus berpindah randah selagi aku @ hubby tak pencen…Family tentera gitulah

3- Start dari tingkatan 3 aku dah mula kerja part time masa cuti sekolah selalunya masa cuti hujung tahun la..cari duit poket.

4-Sebelum dapat kerja sekarang ni, aku pernah kerja di kedai barang permainan, kedai pinggan mangkuk, housekeping hotel,guru sandaran tak terlatih dan kerani akaun di firma guaman.

5-Gaji pertama aku kerja di firma guaman tu, aku beli DVD player. Masa tu kat umah aku ada yang jenis tape tu..pastu cd pertama cerita gerak khas. Beli kat pasar malam jer cd tu

6-Aku pernah eksident masa tinggkatan 5..aku bawa motor, lepas abis ceramah apa tah kat sekolah aku on da way blik umah…sedap jer bawa motor tu tup-tup ada satu keta yang dok kat tepi jalan terus buat U turn.. aku pun langgar je lah…yang aku tau buka mata jer nampak langit.. rupanya aku dah jadik superman terbang atas bonet keta tu golek-golek jatuh atas jalan.Motor rosak teruk tapi aku terseliuh skit jer..

7- Pernah menjadi pelajar matrik di satu U di KL selama 2 minggu jer.. entah apa yang aku pikir masa tu…call mak suruh mai amik aku jugak.. mak aku pun terus mai amik aku bawak blik. Masuk tingkatan 6

8- Habis tingkatan 6, aku tak isi sebarang borang untuk masuk sebarang IPT sebab aku rasa family aku tak mampu…lagipun aku dah mula syok bekerja.

9-Sebelum aku dapat temuduga kerja sekarang ni, aku ada p temuduga untuk jawatan pembantu makmal…masa tu aku jawab soalan 100% guna bahasa kedah…hahahaha

10- First dapat tau aku dapat keja kat KL, abah aku cam berat jer nak bagi aku p KL. 2 minggu aku tumpang umah sewa cousin aku di vista angkasa..ulang alik keja di jalan semarak naik LRT. Time ni macam-macam benda jadik… salah turun stesn LRT lah.. tertinggal bas la.. pastu dapt umah sewa di AU3. Then pndah lagi ke pangsamurni jln gurney.

11-Aku diperkenalkan dengan hubby oleh roommate aku yang merangkap opismate hubby. Nanti aku cerita di entry lain bab ni…tu pun kalau korang nak tau lah

12- First time naik kapal terbang masa dah ada anak sorang… dari KL ke Langkawi. Dulu rasa cam seumur hidup mungkin aku tak berpeluang naik kapal terbang…tapi Alhamdulillah … niat aku satu ari nanti nak bawa mak abah aku naik kapal terbang.

13-Aku pernah ada sorang opismate (pangkat kakak) bangsa india yang sangat baik dan rapat ngan aku dan BFF aku . Dia meninggal 7-7-07 kemalangan. Aku selalu ikut dia p mana-mana time lunch…termasuklah p shoping sari untuk depavali dan makan di kedai makan vegetarian. Kalau p koperasi tentera mesti kami singgah makan di restoran haslam.

14-Dulu aku suka warna biru..majoriti baju dan barang aku warna biru tapi sekarang aku hentam jer warna apa pun.. tak kisah sangat

15-Henpon pertama aku pakai jenama alcatel pastu tukar ke nokia (3310) kemudian sony erikson.. sehinnga sekarang masih sony erikson tapi model lain.. dah 3,4 jenis sony erikson aku pakai.

16- Sejak dari mula aku ada henfon sehingga sekarang no fon aku satu ni jer… masa tu starter pack RM120 mahal giler..

huh! dah penat la pikir ngan menaip la... nanti aku sambung lagik
Aku kena tag sebenarnya ni... tapi tak ingat la siapa yang tag...rasanya AYUNG MERAPU


3 comments:

  1. hahahaha sy pon dulu cita2 nak jadi pramugari, tapi bukan x cukup inci.. english pun broken..haha

    ReplyDelete
  2. whoaaa..gile bnyk rahsia...tp takpe...kite simpan sesame yah..=)

    ReplyDelete
  3. wah! bestnye baca citer kak CT. huhuhhu.. byk pengalaman ni..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails