Monday, March 28, 2011

BPA FREE.... (dah jumpa pun)


Ramai dah dok crita pasai botol susu BPA Free.. aku ni, rasanya pernah dengar pasai benda ni tapi time tu buat endah tak endah ja sebab aku tak cari pun maklumat yang lebih lagi pasai BPA Free ni.

Antara Tip memilih botol susu anak@ bekas plastik

* Hindari penggunaan botol polikarbonat yang mengandung BPA. Sebagai gantinya gunakan botol bebas BPA, atau botol yang terbuat dari gelas/kaca.


* Ketika membeli botol plastik, pilihlah botol yang menggunakan polypropylene/polyethylene, yang tidak keras dan warnanya kabur.

* Carilah tanda "BPA-free" pada kotak atau botol susu yang anda beli.

* Hindari pemberian teether berbahan plastik/vinyl pada bayi. Cari yang silikon.

* Hindari memanaskan makanan dalam plastik kerana ia dapat melepaskan BPA. Sebagai gantinya, gunakanlah bahan gelas/kaca atau keramik.

* Cucilah botol dan bekas plastik dengan spons agar tidak merosak lapisan plastiknya.

* Belajar membaca kandungan dalam plastik. Singkirkan produk plastik yang mengandung bahan-bahan seperti DBP dan DEP, DEHP, DMP.
Gunakan polyethylene (#5), dan hindari polikarbonat (#7).

* Jangan gunakan lagi botol plastik yang sudah tergores/rosak atau kusam 
 
*Sebaiknya botol susu digunakan dalam jangka 1 tahun tapi kalau sudah tidak elok lagi dalam 6 bulan botol sudah boleh diganti.


*Botol susu yang bertulis PC kode 7 itu ternyata mengandung BPA (Bisphenol-A), tapi kalau dibuat dari PP (Poli Propylene) dengan kode 5 itu ok.

Ct ambil info dari SINI sila klik untuk maklumat lebih lanjut

Lepas shout kat FB... pastu ramai yang komen bagi cadangan jenama botol BPA free.
Yang paling glemer tentunya AVENT. TQ pada yang bagi cadangan tu.Tapi hasil rembatan aku semalam bukan jenama tu
FIFFY & ANAKKU (9 oz) satu untuk dirumah satu untuk di umah pengasuh


 kuning (fiffy) pink (anakku)

Fiffy tu bentuk len macam skit..mengikut info di kotak bentuk gitu untuk memastikan posisi botol ketika baby minum ada lah betul (elak tbaby tersedak) yg bawah plak untuk mudah letak botol tak tumpah

Tengok...warna botol tu kelabu2 skit tak clear cam yang selalu ct gunaputing pun dari silicon

Pengesahan bahawa yang ni BPA Free
 anak zirafah disitu

Ini yang lain skit... selain dari bentuk yang bengkok cam pic diatas tu, botol Fiffy ni jugak boleh dibuka dari bahagian bawah.. Rasa mudah nak cuci sebab comfirm berus masa basuh kena kat semua tempat

Harganya pun sangat berpatutan dan bagi ct ok la.... beli ikut keperluan dan kemampuan kan, bukan ikut orang atau trend.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails