Thursday, March 31, 2011

Dengan kuasa PhotoScape blog aku BERTUKAR!!!!!



Wallpaper desktop dijadikan background

Then untuk header pulak

 Ini gambar asal

Dijadikan begini menggunakn PhotoScape

Kemudian gambar anak-anak ini juga di edit secukup rasa

Maka terhasil lah header dan background seperti yang uolls nampak sekarang.

Aku syok sangat bila tengok hasilnya... ok lah bagi orang yang baru nak belajar cam aku ni.
Ada komen? sila...sila....

*Perasan tak frame gambar bagi header tu macam  I ♥ (budak dua tu)*


Misi mencari raja buah

Minggu lepas kan minggu $$$ bagi yg keja gomen...gitu la jugak ngan aku. 2,3 ari sebelum tu Naufal dah dok bunyi nak makan doyan so sebagai mak abah yang terbaik untuk Naufal maka misi mencari doyan pun dimulakan pada minggu $$$. Demi anak ke???
Abahnya yang hantu doyan sebenarnya
Jauh gak kami cari sebab kat tempat yang selalu jual tu dah tutup...sampai ke kedawang nun...
Pilih jangan tak pilih

Aku memang tak padai pilih, hubby pun aku rasa tak berapa pandai jugak just suruh orang jual tu cari yang mana ok. Selalunya oarang tu akan buka skit soh kita tengok isi ok ke tak kan.... tapi hubby aku ni pelik skit dari dulu lagi style dia, aku cam confius gak. Hubby akan cubit skit isi doyan tu pastu rasa....
Aku pernah tanya napa buat gitu, hubby kata kalau tak rasa cam na nak tau manis ke tak...takat tengok ja buat pa. Ikut suka la....
Beli 2 biji ja sebab harganya cam mahal skit dari kedai kat umah aku...buat tutup mulut naufal. Nanti nak p cari kat pasar malam lagi murah dan buah lagi elok.
Ingat lagi tahun lepas kat umah MIL di taiping..sampai muak makan doyan ni...
sarapan doyan...
lunch doyan...
makan petang doyan....
best sungguh!


Wednesday, March 30, 2011

Susu anak free.... korang nak?

Cakap Free semua nak kan... tapi apa yang free tu???


Inilah bendanya

Korang pernah dapat?
Meh sini aku nak crita skit cam na aku leh dapat benda free ni. Susu ni untuk Nureen sebab dia dah termasuk dalam golongan kana-kanak kurang zat makanan... Carta berat badan kat kad klnik tu dah masuk ke warna kuning. Berat tak seimbang dengan umur. So, untuk check up bulan lepas ini la hadiah dari misi klinik desa kelibang tu.
Orang len lepas kuar bilik misi bawa ubat la..nagis kena cocok, tapi nureen kilik tin susu.. semua pakat tengok... siap ada yg tanya,
semua dapat ke?



Nureen: Tak de lah... saya sorang jer yg dapat..

umur 1 tahun 11 bulan berat 9.3 kg
Check up sebelum ni dah dapat vitamin tapi tak menjadik jugak sbb tu kali ni misi kasi susu plak. Katanya kalau tak naik gak lepas tiga kali amik susu kena masuk dalam progam pemakanan, jumpa doktor segala bagai. Ini yang aku tak berapa suka ni.....
Masalah Nureen, dia tak suka makan nasi lebih kepada roti, mihun,sup....
Tapi susu ni tak dapat bantu jugak sebab Nureen tak mau minum pun. aku bancuh 2,3 kali ja dia suruh aku bancuh susu lama dia gak.

Hak kerajaan Okey... pas abis kena pulang balik ke tin ni????? hahaha

Dok situ la susu ni. Korang ada petua or apa-apa la untuk bagi budak naik skit badan

Tuesday, March 29, 2011

Puding Roti Marble


Aku ni memang tk pandai masak...dulu semua bab masak mak aku yang buat walaupun aku sorang ja anak pompuan. Aku ada la tolong skit2 takat potong-potong then masak sayur air, goreng ikan.Lepas sekolah terus keja so tak da masa nak belajar ngan mak aku (alasan tak bleh blah) tapi sekarang ni bila nak-nak dah besar dan suka makan itu ini, aku pun jadi teringin nak cuba buat sendiri.
Beli tu memang boleh tapi kan lebih baik anak-anak makan hasil air tangan dari mak sendiri. Biarlah buat tak cantik or kurang sedap tapi bila dah cuba 2,3 kali ok la kan...
Kali ni aku cuba buat Puding roti marble (first time buat)

Tak berapa pandai nak memarblekan so jadik gini la hasilnya
Walaupun tak cantik tapi sedap (ceh! perasan)
Nuren asyik buka tutup peti ais ja dok ambil puding ni, aku dah siap pptong dalam bekas tu. Dah abis yang potong so dia tak bleh ambil dah... dicucuk-cucuknya puding tu ngan jari abis berlobang.
Seronok tengok anak suka makan hasil air tangan kita
Resepi dari KONGSI RESEPI



The Tooth Fairy

 Tengok ke crita ni?
Aku tak tengok tapi crita dia pasai pari-pari gigi. Jangan silap, aku  bukan nak buat review pasai crta ni..tengok pun idak tup-tup nak buat review?
Cuma entry aku ni berkait la skit-skit dengan crita ni

Al kisahnya, Naufal dari bulan lepas time aku kena p lumut dia dok ngadu giginya sakit. Masa tu naufal ngan nureen aku tinggalkan ngan hubby ja..so hubby ada la bawa p klinik check..doktor ckp ada gigi kekal nak tumbuh dah kat bawah bahagian depan. Sakit gusi la, bukan sakit gigi
time cuti sekolah yg lepas (aku cuti) dia mula buat blik. Dah tak larat dok dengar dia dok ngaduh ja aku bawa p klinik.Lagipun gigi susu tu dah mula longgar, aku suh dia goyang-goyang tapi katanya sakit
Last aku buat keputusan bawa p klinik nak cabut gigi yang longgar tu.Malam tu aku dah pesan kat naufal jangan nangis bila cabut gigi sebab doktor buat slow-slow tak sakit. Pagi sebelum p tu pun akau bgtau lagi cabut gigi tak sakit jangan nangis. 
Sebenarnya aku yang takut...hahahah. Masih teringat lagi aku dulu-dulu masa sekolah rendahnurse mai ekolah amik bawa p klinik gigi. Terbayang jarum untuk cucuk kasi kebas dan playar nak cabut gigi tu.
Ok..berbalik pada crita naufal.. kami p tiga beranak ja..aku, naufal dan nureen.Aku takut naufal nangis mau kalut aku nak dukung nureen lagi nak tengok dia pulak.
Sampai ja..tgu dalam 5 minit teru dah bleh masuk bilik rawatan nasib baik orang tak ramai. Aku ikut sambil dukung nureen dok kat tepi.Bukan doktor yang buat just nurse ja. Dia letak ubat apa tah guna kapaskat gusi... amik playar...tup! tercabut dah. Letak kapas...siap
Tak sampai 5 minit pun. Tak dak pun cucuk pakai jarum cam aku dulu..mungkin dah guna cara baru kot. 
Naufal plak tak bunyi sikit pun..dia gigit je kapas tu..Sampai umah baru nampak ke"rongak"kan nya.
"TAK SAKIT PUN"
Sambil sengih-sengih.
Dalam ati aku, dah besar pun anak aku ni...



*gigi kekal selalunya tumbuh masa umur berapa yer... nurse tu cakap naufal ni kategori cepat*


Mengedot Free Style


Sekarang kan musim mengedot so dengan adanya PENGHUNI BARU DAPUR yang berkilat-kilat tu, tunggu apa lagi... mula la gatai tangan nak cuba itu ini.
Cuti seminggu, ada la masa nak cuba try test resepi yang aku amik dari beberapa blog.
First aku menguji skill aku mengedot dengan membuat Apam Polkadot. Resepi aku amik dari
http://opiskecikku.blogspot.com
Ct pernah beli apam ni dari blog tersebut, kali ni nak cuba buat sendiri pulak.
Ini lah hasilnya


 Guna sudu sbb tu tak cantik dot-dotnya...sepatutnya guna cara piping baru cantik
Ada inti strawberry

 Bukan takat dot-dot.....lolipop pun ada

Ini request dari naufal

Rasanya?
Hubby dan anak-anak cakap sedap. Percubaan pertama.. harap nanti akan lebih sedap dan cantik

*Nak cuba buat choc tapi tak jumpa lagi bahan dan alatanya...*


Monday, March 28, 2011

Penghuni baru dapur kecik aku


TARRAAAA!!!!
:
:
:
:
:
:
:


Ini lah hasil dari ENTRY INI
Walaupun jumlahnya tak banyak tapi alhamdulillah sekurang-kurangnya ada juga hasilnya.
First cek dulu aku beli shawls almaklumlah time tu baru nak berjinak-jinak dengan shawls ni. Kali ni aku telah berjaya mendapatkan penghuni baru iaitu Periuk pengukus pula.
Lepas ni kita tengok apa plak hasil dari periuk pengukus ni........TUNGGUUUU.....

*Duit Nuff korang buat apa?*

BPA FREE.... (dah jumpa pun)


Ramai dah dok crita pasai botol susu BPA Free.. aku ni, rasanya pernah dengar pasai benda ni tapi time tu buat endah tak endah ja sebab aku tak cari pun maklumat yang lebih lagi pasai BPA Free ni.

Antara Tip memilih botol susu anak@ bekas plastik

* Hindari penggunaan botol polikarbonat yang mengandung BPA. Sebagai gantinya gunakan botol bebas BPA, atau botol yang terbuat dari gelas/kaca.


* Ketika membeli botol plastik, pilihlah botol yang menggunakan polypropylene/polyethylene, yang tidak keras dan warnanya kabur.

* Carilah tanda "BPA-free" pada kotak atau botol susu yang anda beli.

* Hindari pemberian teether berbahan plastik/vinyl pada bayi. Cari yang silikon.

* Hindari memanaskan makanan dalam plastik kerana ia dapat melepaskan BPA. Sebagai gantinya, gunakanlah bahan gelas/kaca atau keramik.

* Cucilah botol dan bekas plastik dengan spons agar tidak merosak lapisan plastiknya.

* Belajar membaca kandungan dalam plastik. Singkirkan produk plastik yang mengandung bahan-bahan seperti DBP dan DEP, DEHP, DMP.
Gunakan polyethylene (#5), dan hindari polikarbonat (#7).

* Jangan gunakan lagi botol plastik yang sudah tergores/rosak atau kusam 
 
*Sebaiknya botol susu digunakan dalam jangka 1 tahun tapi kalau sudah tidak elok lagi dalam 6 bulan botol sudah boleh diganti.


*Botol susu yang bertulis PC kode 7 itu ternyata mengandung BPA (Bisphenol-A), tapi kalau dibuat dari PP (Poli Propylene) dengan kode 5 itu ok.

Ct ambil info dari SINI sila klik untuk maklumat lebih lanjut

Lepas shout kat FB... pastu ramai yang komen bagi cadangan jenama botol BPA free.
Yang paling glemer tentunya AVENT. TQ pada yang bagi cadangan tu.Tapi hasil rembatan aku semalam bukan jenama tu
FIFFY & ANAKKU (9 oz) satu untuk dirumah satu untuk di umah pengasuh


 kuning (fiffy) pink (anakku)

Fiffy tu bentuk len macam skit..mengikut info di kotak bentuk gitu untuk memastikan posisi botol ketika baby minum ada lah betul (elak tbaby tersedak) yg bawah plak untuk mudah letak botol tak tumpah

Tengok...warna botol tu kelabu2 skit tak clear cam yang selalu ct gunaputing pun dari silicon

Pengesahan bahawa yang ni BPA Free
 anak zirafah disitu

Ini yang lain skit... selain dari bentuk yang bengkok cam pic diatas tu, botol Fiffy ni jugak boleh dibuka dari bahagian bawah.. Rasa mudah nak cuci sebab comfirm berus masa basuh kena kat semua tempat

Harganya pun sangat berpatutan dan bagi ct ok la.... beli ikut keperluan dan kemampuan kan, bukan ikut orang atau trend.


Tolong.... gambar hilang dari entry


Apasal ngan blogger ni.... semua gambar yang kita upload untuk entry tak kuar bila dah di publish
Ada tak sapa-sapa yang boleh tolong ct
blog korang ada jadik cam tu jugak ke?



Friday, March 25, 2011

Kembali Bersiaran dari Kepulauan Di utara

Fuh! Fuh! Fuh! Dah berhabuk umah aku ni, hampir 2 minggu umah kecik ni tak berupdate sebab tuan umah bercuti then naik kerja terus kena p kursus pulak. Ada beberapa benda nak crita kat sini...


Cuti sekolah seinggu, aku pun cuti jugak tapi tak p mana-mana pun. Aku cuti sebab pengasuh nak cuti balik kampung ada kenduri katanya tapi hubby tak boleh cuti plak. So, sepanjang cuti seminggu tu aku jadik suri rumah sepenuh masa la jawabnya. Kejanya... masak, kemas umah skit2, basuh segala yg kena basuh, urus 2 budak tu...pastu layan astro. Hubby ada suruh aku p bawa anak jalan2 tapi aku ni memang malas sangat nak berjalan kalau tak cukup korum. Tambah pulak nureen bukan mau dok diam dalam keta tu, kejap depan..kejap belakang...buat keta cam umah. Nasib la keta auto kalau manual mamang tak menang tangan aku dibuatnya.
Letak dalam baby car seat?
Jangan harap la dia mau dok dalam tu.. Beratus hengget aku beli guan takat 3,4 bulan ja. Bila dah bleh meniarap dah tak mau dok dlm tu dah..Nak beralih meniarap tak bleh so melalak la jawabnya... bila bagi duduk pun melalak jugak. Last benda alah tu dok diam-diam dalam stor..tunggu next baby hehehe

Semalam baru abis kursus keluarga cemerlang.... Cemerlang ke???
Ari ni baru leh ngadap blog skit tu pun lepas habiskan keja lain dulu...petang ni plak aku kena hadiri aktiviti BAKAT (badan kebajikan isteri tentera) alah... cam BAKTI, PERKEP. Dengarnya ada kelas masakan western....hahaha, pasni aku bagi resepi yer..tu pun kalau sedap

* Peserta Giveaway pun aku tak sempat nak jenguk lagi*


Wednesday, March 16, 2011

Syyyyy….ni rahsia tau! (part II)


Sebelum ni abis sampai no 16 je kan... so kita sambung skit lagi

17-Masa sekolah menengah, aku suka balut buku sekolah ngan poster-poster artis dalam majalah hiburan. Selalu yang bahagian tengah majalah tu ada gambar artis, pastu kertas dia pun jenis tebal skit kan…


18- Aku berkenan ngan nama Naufal bila tengok nama budak yang berlakon dalam teater Puteri Gunung Ledang yang jadik anak sultan tu… nama dia naufal. Then bila aku rujuk dalam buku nama-nama islam tu, maksudnya pun bagus so begitulah naufal dapat nama “syed naufal Haziq”

19- Aku tak suka jumpa doctor….klu sakit skit-skit tu aku just makan ubat dari farmasi ja..

20- Kereta idaman aku…. Toyota caldina (buat masa ni) tapi rasa sehari dua ni, ati dah tertawan ngan Honda insight pulak…berangan je lah

21- Aku tak suka tunggu orang dan orang tunggu aku

22- Bab-bab sukan ni aku memang fail… tak minat la. Main game lam pc bleh la

23- Dari tingkatan 1 hingga sekarang aku masih lagi guna pensil case yang sama. Pensil case tu aku beli ngan budak cina dalam kelas aku, budak cina tu ada jual macam-macam barang guna catalog tulis cina .. alah yang boleh oder name card gambar macam-macam. Masih elok lagi….

24- Dulu aku keja under pentadbiran ARMY…. Keja aku bayar gaji AIRFORCE….tapi jodoh aku ngan NAVY

25-Impian aku satu hari nanti…. Rumah sendiri (2storey)…. Ada bisnes (kecil-kecil pun ok dah)…. Anak-anak Berjaya…..pergi mekah (bawa mak abah skali)….memiliki semua yang tersenarai dalam wishlist aku. Amin….

Aku tag sesiapa sahaja yang baca entry ni.... Kalau dah buat tag ni, bagitau la kat aku.. nak jugak aku tau apa rahsia korang
~TAMAT~


Monday, March 14, 2011

Syyyyy….ni rahsia tau!

Kalau dah tempek kat sini bukan rahsia lagi la namanya Tapi korang nak tau ke 25 benda yang aku tak penah bagitau kat korang sebelum ni.
Kalau nak tau sila baca sampai abis…


1- Cita-cita aku dulu ( masa sekolah rendah) nak jadik pramugari..hahahaha dah tau tak cukup inci, muka pun tak cun ada ati nak jadi pramugari. Tapi sekarang aku happy dengan kerjaya aku walaupun cita-cita tu tak kesampaian

2-Sepanjang hidup aku yang nak masuk 30thn… seingat aku, dah 16 kali aku berpindah rumah. 10 kali semasa duduk ngan family..2 kali masa aku keja di kl (bujang) dan 4 kali sepanjang aku berkahwin. Kemungkinan besar aku akan terus berpindah randah selagi aku @ hubby tak pencen…Family tentera gitulah

3- Start dari tingkatan 3 aku dah mula kerja part time masa cuti sekolah selalunya masa cuti hujung tahun la..cari duit poket.

4-Sebelum dapat kerja sekarang ni, aku pernah kerja di kedai barang permainan, kedai pinggan mangkuk, housekeping hotel,guru sandaran tak terlatih dan kerani akaun di firma guaman.

5-Gaji pertama aku kerja di firma guaman tu, aku beli DVD player. Masa tu kat umah aku ada yang jenis tape tu..pastu cd pertama cerita gerak khas. Beli kat pasar malam jer cd tu

6-Aku pernah eksident masa tinggkatan 5..aku bawa motor, lepas abis ceramah apa tah kat sekolah aku on da way blik umah…sedap jer bawa motor tu tup-tup ada satu keta yang dok kat tepi jalan terus buat U turn.. aku pun langgar je lah…yang aku tau buka mata jer nampak langit.. rupanya aku dah jadik superman terbang atas bonet keta tu golek-golek jatuh atas jalan.Motor rosak teruk tapi aku terseliuh skit jer..

7- Pernah menjadi pelajar matrik di satu U di KL selama 2 minggu jer.. entah apa yang aku pikir masa tu…call mak suruh mai amik aku jugak.. mak aku pun terus mai amik aku bawak blik. Masuk tingkatan 6

8- Habis tingkatan 6, aku tak isi sebarang borang untuk masuk sebarang IPT sebab aku rasa family aku tak mampu…lagipun aku dah mula syok bekerja.

9-Sebelum aku dapat temuduga kerja sekarang ni, aku ada p temuduga untuk jawatan pembantu makmal…masa tu aku jawab soalan 100% guna bahasa kedah…hahahaha

10- First dapat tau aku dapat keja kat KL, abah aku cam berat jer nak bagi aku p KL. 2 minggu aku tumpang umah sewa cousin aku di vista angkasa..ulang alik keja di jalan semarak naik LRT. Time ni macam-macam benda jadik… salah turun stesn LRT lah.. tertinggal bas la.. pastu dapt umah sewa di AU3. Then pndah lagi ke pangsamurni jln gurney.

11-Aku diperkenalkan dengan hubby oleh roommate aku yang merangkap opismate hubby. Nanti aku cerita di entry lain bab ni…tu pun kalau korang nak tau lah

12- First time naik kapal terbang masa dah ada anak sorang… dari KL ke Langkawi. Dulu rasa cam seumur hidup mungkin aku tak berpeluang naik kapal terbang…tapi Alhamdulillah … niat aku satu ari nanti nak bawa mak abah aku naik kapal terbang.

13-Aku pernah ada sorang opismate (pangkat kakak) bangsa india yang sangat baik dan rapat ngan aku dan BFF aku . Dia meninggal 7-7-07 kemalangan. Aku selalu ikut dia p mana-mana time lunch…termasuklah p shoping sari untuk depavali dan makan di kedai makan vegetarian. Kalau p koperasi tentera mesti kami singgah makan di restoran haslam.

14-Dulu aku suka warna biru..majoriti baju dan barang aku warna biru tapi sekarang aku hentam jer warna apa pun.. tak kisah sangat

15-Henpon pertama aku pakai jenama alcatel pastu tukar ke nokia (3310) kemudian sony erikson.. sehinnga sekarang masih sony erikson tapi model lain.. dah 3,4 jenis sony erikson aku pakai.

16- Sejak dari mula aku ada henfon sehingga sekarang no fon aku satu ni jer… masa tu starter pack RM120 mahal giler..

huh! dah penat la pikir ngan menaip la... nanti aku sambung lagik
Aku kena tag sebenarnya ni... tapi tak ingat la siapa yang tag...rasanya AYUNG MERAPU


Saturday, March 12, 2011

Hagemaru Hageda glemer di blog aku



Anak-anak korang tengok ke crita ni? ataupun korang yang suka cita ni?
Kat astro tu chanel 611 lah... dulu naufal tengok jugak tapi la ni dia dah banyak tengok 613..
Terus terang aku cakap aku tak berapa suka crita ni sebab banyak sikap yang tak elok untuk anak-anak...
Budak-budak bukan tau apa, apa yang dia tengok dan dengar itulah yang dia akan ikut... keja mak bapa pulak memperbetulkan apa yang tak betul tu...

Aku pernah buat ENTRY INI tentang hagemaru.... then tiap-tiap minggu ada pengunjung dari search word  "hagemaru" singgah di blog ni

Rupanya ramai yang minat dengan "hegemaru Hageda"



Thursday, March 10, 2011

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Selayang-50 Kekosongan



Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa memohon jawatan dalam iklan ini :-


1. ARKITEK LANDSKAP ( 1 Kekosongan )

2. PENOLONG PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA ( 2 Kekosongan )

3. JURURAWAT ( 1 Kekosongan )

4. PENOLONG JURUTERA ( 2 Kekosongan )

5. PENOLONG PEGAWAI ALAM SEKITAR ( 2 Kekosongan )

6. PENOLONG PEGAWAI TADBIR ( 1 Kekosongan )

7. PENOLONG PEGAWAI BELIA DAN SUKAN ( 2 Kekosongan )

8. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN DAN PERSEKITARAN ( 4 Kekosongan )

9. PENOLONG JURUAUDIT ( 2 Kekosongan )

10. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA ( 2 Kekosongan )

11. JURUTEKNIK LANDSKAP ( 2 Kekosongan )

12. JURUTEKNIK ( UKUR BAHAN ) ( 1 Kekosongan )

13. JURUTEKNIK ( BANGUNAN ) ( 5 Kekosongan )

14. PEMBANTU KESIHATAN AWAM U17 ( 5 Kekosongan )

15. PEMBANTU PENGUATKUASA N17 ( 18 Kekosongan )

DOWNLOAD IKLAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

PERMOHONAN :-

Borang ( MPS 1 ) boleh dibeli di Kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Selayang dengan harga RM 1.00 atau boleh didapati melalui Laman Web MPS http://www.mps.gov.my./

Permohonan hendaklah dihantar dengan menggunakan sampul surat dan dinyatakan jawatan yang dipohon bertaraf tetap/kontrak di sebelah kiri atas sampul surat kepada :-

Jabatan Khidmat Pengurusan
Tingkat 7, Menara Majlis Perbandaran Selayang,
Persiaran 3, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada : 18 Mac 2011 ( Pukul 5.00 Petang)



Kotex® Fresh Face Search 2011 ~ aku tak layak


Mula-mula dah bersemangat aku nak join... sekali tengok syarat terus tak jadik.
Aku tak layak join sebab lebih umur dah.... aku bukan remaja lagik.
Pada uolls yang berumur 16 tahun hingga 25 tahun boleh la join

Senang jer nak join
klik join... upload gambar uolls yang paling cun dan nampak fresh tu
Ajak kawan-kawan uolls vote ramai-ramai ataupun paksa friends uolls yang beribu riban kat FB tu vote
Top 10 yang tersenarai akan menang la hadiah best cam kat banner tu.
walaupun guna sistem vote tapi tu hanya 40% dari markah sebab lagi 60% guna juri profesional
So pertaruhkan lah gambar yang paling cun dan sesuai yer..

Ini senarai top 20 sekarang

uolls join tau!
Dah join tu, bagitau nama kat shoutbox nanti aku p vote uolls.

Pada yang tak layak cam aku ni, jom la kita vote peserta yang kita berkenan
ini page untuk vote DISINI

Nampak tak yang aku buat kotak kat gambar tu?
Sesiapa yang vote berpeluang memenangi 2 tiket wayang di cabutan bertuah setiap minggu
Tak boleh join, kita vote jer lah...


Related Posts with Thumbnails