Thursday, December 30, 2010

Kerana Bola


Ada yang tak tengok bola malam tadi????
Uihhh.... rugi-rugi, walaupun tewas 1-2 tapi kita berjaya jugak mengakhiri penantian selam 14 tahun tu...
Aku bangga weh!!!! walaupun sekadar jadi penonton di depan tv, ditinggalkan hubby
(dia p tengok kat kedai) dan hanya ditemani dua orang budak kecik, aku tetap bersorak jugak.
TAHNIAH untuk depa semua
Petang ni mesti ramai yang dok tunggu kat airport sambut skuad harimau kita tu.

Bergegar bumbung umah aku.... Budak bujang umah atas dok hentak-hentak kaki ngan bersorak bila gol. Seb baik masa tu budak kecik tak tido lagi.

Kerana bola la jugak aku terlupa nak buat cabutan bertuah CHOCOLATE GIVEAWAY.
Semua senarai dah di print, pastu ingat semalam la nak gunting then terus buat cabutan
Tapi disebabkan syok punya pasai... abis bola dah tak ingat nak buat cabutan tu.

MAAF YER
Insyaallah malam ni aku akn buat cabutan tu dan bagitau keputusan secepat yang mungkin. Bukan niat aku nak lambat-lambatkan keputusan ni, aku tau perasaan korang yang join mesti tak sabar tunggu. Aku pun aktif jugak join GA ni. Aku cuma nak pastikan senarai peserta yang aku buat DISINI semuanya betul, nanti ada yang tercicir kesian pulak.

Korang boleh semak senarai peserta DISINI
Gambar hadiah DISINI

Esok CUTI!!!!! yahoooo....



4 comments:

Related Posts with Thumbnails