Thursday, December 9, 2010

Dah boleh bebas?


Ni entry auto publish
Masa uolls baca entry ni ct mungkin tengah dok dengar taklimat pasal tukar ketua jabatan & kementerian di JANM kedah ataupun dah abis taklimat on da way balik umah.

Kementerian Pertahanan adalah Kementerian yang close maknanya kebanyakan (tak semua) staf awam (bukan tentera) yang bekerja di dalam kementeria ni adalah ditakbir sepenuhnya oleh kementerian pertahanan. Ada juga staf awam yang dari JANM tapi tak banyak la..

Baru-baru ni kami terima maklumat mengatakan kementerian akan di Open tetapi jawatan aku ni masih Close. Pungutan suara telah dibuat... aku bersetuju untuk open then ari ni taklimat mengenai benda ni telah dibuat. Aku sebenarnya tak berapa nak faham pun lagi sebab dengar berita ni dari mulut orang ja... tak dengar sendiri dari HQ di KL. Insyallah selepas mendengar taklimat ni pasti kami disini yang masih kabur-kabur akan jelas akan kedudkan yang sebenar.

Member-member aku cakap kalau kementerian Open maknanya apabila kami minta ditukarkan atau posting ke tempat lain kami boleh diletakkan di mana-mana kementerian yang ada kekosongan jawatan di kawasan yang kita minta tu. Sekarang ni  kami hanya boleh ditukarkan ke unit-unt dibawah kementerian pertahan atau JLKN (khidmat negara) sahaja. Selamanya bekerja bersama tentera la jawabnya..

Bagi orang cam aku yang hubby tentera aku lebih suka kalau ditukarkan ke unit atau pangkalan yang sama dengan hubby tapi masalah yang sering timbul adalah tiada kekosongan (tak banyak perjawatan awam) So aku sokong juga lah kementerian pertahanan di OPEN sebab kalau tak dak kekosongan di unit tentera aku boleh diletakan di mana-mana sperti di balai polis, Jpj, sekolah dan mana-mana lah. Aku tak kisah bab kerja ni, janji aku ngan anak-anak bersama ngan hubby. Tak nak Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ) sian kat anak-anak rindukan abahnya....


4 comments:

  1. JANM tu apa kak?? hehe ingatkan jabatan akauntan negara malaysia

    ReplyDelete
  2. @far_east
    betl la tu...Jabatan akauntan Negara Malaysia

    ReplyDelete
  3. CT...tanak PJJ sbb kesian anak rindu abah ker sbb cian mama yg rindu abah? hehehehe
    mar pun tanak PJJ...mintak simpang la....tak mo ikut motto navy..."Sedia Berkorban!" tak rela bjauhan uuuuuuuu....

    ReplyDelete
  4. @SeMaLu SK
    hehehe...tu yang betul sebenarnya
    takat ni tak penah lagi PJJ tapi takut juga la..diaorang ni bukan tentu sangat

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails