Jawapan: sekarang akak menetap di Langkawi la eima..
Eima ni dah konpius aku ni sebenarnya dok kat mana. Korang ada juga ka yang konpius cam eima ni?
Untuk pengetahuan korang mak aku orang pulau tuba, Langkawi… abah aku pulak orang alor setar … pastu aku dibesarkan di Kuah, Langkawi. Eh! apa kena mengena pulak ngan mak, abah aku plak kan? Aku nak cerita satu persatu supaya korang nanti tak konpius lagi. Hokey…….
Lepas abih sekolah, aku dapat keja kat KL (jalan semarak) pastu aku kawen, masih menetap di KL dan menyewa di AU3. Tahun 2007 hubby kena bertukar ke Langkawi… nasib baik aku dapat tukar juga sebab ada kekosongan. Sehingga sekarang aku masih di Langkawi dan lepas ni tak tau la mana pulak nak kena pindah. Maklum lah hubby tentera, so pindah randah ni dah boleh dikatakan biasa la. Yang menjadi masalah kalau aku tak dapat tukar ikut hubby, tu memang akan menjadi masalah. PJJ sapa mau kan?
Ni dikira balik kampung la… tapi tahun lepas mak abah pindah ke Pokok sena so kampung aku kat pokok sena la pulak.
Hokey… dah paham kan semua? Jangan dok kompius-kompius lagi. Tahun 2011 mungkin aku akan di Langkawi lagi tapi selepas tu tak tau la kat mana pulak…tapi yang pasti kat mana pun. Aku tetap akan mengupdate blog ni dan meneruskan persahabatan dengan korang semua.. terutama Follower aku..
Buat Eima, akak ucapkan Heppy Aniversary semoga berbahagia selamanya bersama suami dan anak-anak.
Eima ni orang Langkawi juga, kalau tak silap area Kedawang kot..
Note: sebenarnya aku lebih suka tinggal di luar dari disini…
klu suami tentera memang kena selalu pindah2 tapi klu kitapun bekerja memang kena PJJ ajelah jawabnyer...
ReplyDelete