Tuesday, December 14, 2010

Aku dah setuju


Comfirm!!!
Aku dah setuju dengan syarat-syarat dan faham akan  implikasi yang bakal aku terima bila aku menadatangani borang tersebut.
Dengan senang hatinya pagi ni aku tandatangan borang tu tinggal nak buat pengesahan saksi ja.
Tak  payah pikir-pikir lagi rasanya sebab semua dah dijelaskan pada aku.

Hubby lagi la suka kan????
:
:
:
:
:
:
Korang tau ka borang apa yang aku tandatangan tu?
:
:
:
Borang ini

klik kasi jelas skit

Borang Opsyen pertukaran ketua perkhidmatan. Sebelum ni ketua perkhidmatan aku adalah KSU Kementerian Pertahanan selepas ni akan bertukar kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA)
Dulu aku dibawah skim bukan gunasama sekarang bertukar kepada Skim gunasama.
Minggu lepas aku dah p dengar taklimat pasal ni oleh JPA. Rasanya hampir semua bersetuju dengan opsyen ni sebab banyak kebaikanya.

 Sebelum ni peluang kenaikan pangkat adalah sangat terhad kerana kami hanya boleh dinaikkan pangkat jika ada kekosongan jawatan di dalam Kementerian Pertahanan sahaja.
Sekarang peluang lebih meluas, kerana boleh memohon KPSL dimana-mana kementerian atau jabatan

Sebelum ni, tempat pertukaran juga terhad di unit-unit atau kem-kem tentera dan Khidmat negara (JLKN) yang majoritinya perlu bertuankan @ berbosskan tentera.Tak semua negeri ada kem tentera, kalau ada pun bilangan anggota awam cam aku ni tak ramai.
Sekarang tidak lagi... boleh bebas diletakkan dimana-mana yang dirasakan sesuai oleh JPA so peluang untuk aku mengalami Perkahwinan jarak jauh (PJJ) tu kurang skit kot.

Yang lain-lain dalam perkhidmatan seperti Cuti, Gaji,kemudahan adalah seperti biasa. Tak da perubahan pun
Yang leceh skit adalah proses permohonan pertukaran yang mungkin memakan masa sebab kena lalui banyak peringkat. Dari unit ke mindef, setelah mindef lulus pertukaran baru dilepaskan ke JPA, Kalu mindef tak luluskan...dia nak kita keja under dia juga so masih di unit tentera la jawabnya.

Masa sesi taklimat tu wakil JPA dah bagitau... kalau nak bertukar dari KL ke kampung sendiri kena Q dulu la dengan Staf Awam yang lain tapi kalau nak bertukar ke KL tak dak masalah.

Note: Aku ni teringin nak p keja sebelah sabah or sarawak.Nak merasa duduk tempat orang. 


1 comment:

  1. wah...samalah kita...mari kita berguna sama...hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails