Thursday, November 4, 2010

2 individu saman syarikat kosmetik sosilawati



Dua ahli perniagaan memfailkan saman terhadap syarikat Nouvelle Beauty Centre Sdn Bhd, milik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya atas dakwaan melanggar perjanjian jual beli sebidang tanah yang mempunyai kedai pejabat bernilai RM3 juta di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di
sini pada 5 Ogos lepas itu, Low Choong Yen, 59, dan Lim Bee Geok, 52, menamakan Nouvelle Beauty sebagai defendan.
Media memperoleh writ saman itu melalui carian fail di mahkamah hari ini.
Saman itu difailkan 25 hari sebelum Sosilawati, 47, ditemui mati
Hari ini kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Hilmiah Yusof.

Peguam S.H.Tang yang mewakili dua ahli perniagaan itu hadir ketika kes itu disebut. Bagaimanapun tiada peguam yang hadir bagi mewakili Nouvelle Beauty
Mahkamah menetapkan 1 Disember ini bagi mendengar permohonan Low dan Lim
Low dan Lim berkata mereka telah membayar wang kesungguhan sebanyak RM60,000

semasa surat tawaran jual beli hartanah itu ditandatangani dan baki deposit sebanyak RM240,000 akan dibayar semasa Perjanjian Jual Beli ditandatangani. Baki sebanyak RM2,700,000 pula akan dibayar dalam masa 90 hari dari tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani, kata mereka.

Mereka mendakwa terma dan syarat-syarat dalam draf Perjanjian Jual Beli telah dipersetujui dan dijadikan muktamad oleh kedua-dua pihak pada 22 April, 2010.

Mereka berkata selepas sebulan surat tawaran jual beli hartanah itu ditandatangani, Nouvelle Beauty melalui surat peguamcaranya bertarikh 30 April, 2010, memaklumkan mereka tidak berniat untuk meneruskan transaksi jual beli hartanah itu kerana mereka dikehendaki menunggu selama enam hingga 12 bulan untuk mendapatkan kebenaran pindah milik kepada bukan bumiputera serta bagi menyempurnakan seluruh transaksi jual beli untuk memperoleh harga belian sebanyak RM3 juta berkenaan.
Mereka mendakwa Nouvelle Beauty pada 25 Mei, 2010, telah memulangkan surat Perjanjian Jual Beli, suratcara pindahmilik, borang permohonan untuk kebenaran pindah milik beserta cek plaintif berjumlah RM240,000 kepada mereka.


Mereka berkata Nouvelle Beauty bagaimanapun gagal membayar wang sebanyak RM60,000 yang dibayar mereka sebagai wang kesungguhan.

Baru je dengar waris sosilawati saman RM60 juta pada pembunuhnya... ari dah ada orang lain  nak saman depa pulak... bukan sikit2 duit ni, semuanya juta-juta.... saman jangan tak saman...
sumber: sini
 

1 comment:

  1. dunia..dunia..duit tak leh bawak ke mati pon..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails